DI PERMAINKAN - Selepas Tonggang Arak Octoberfest Di Selangor Bikin Pesta Najis MUGHALLAZAH
Soalan :
Dalam mazhab Shafi'ie, apa hukum sentuh anjing?
Kalau pihak polis guna anjing untuk menyiasat kes, apakah bermakna setiap hari mereka kena samak..? Apakah sebenarnya hukum menyentuh anjing?
Adakah menyentuh anjing tiu haram? Jika tersentuh dengan sengaja, perlukah samak..?
Jawapan:
Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu
haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya.Kita perlu jelas
pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah
ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia
sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.
Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak
ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya
basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan
kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul
kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering
wajib samak.
Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau
basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan
anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib
di samak bukan sebab bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.
Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM
sepertimana Hadith Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang memlihara anjing bukan
untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap
hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)
"Apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing
(seperti meminum air didalamnya) maka sucikanlah dengan membasuhnya tujuh kali
basuhan pertama hendaklah dengan air tanah (air yang dicampurkan dengan
tanah)." (muslim(279)).
menurut riwayat Al-Daruqatni 1/65 salah satu daripada air itu ialah dengan air
tanah.
Najis Mughallazah (BERAT) Anjing dan Babi
Dalil menunjukkan bahawa anjing dan babi adalah najis berat ialah kerana tidak memadai membasuhnya sebanyak sekali air seperti mana najis-najis yang lain. Bahkan mestilah dibasuh dengan tujuh kali. salah satu basuhannya ialah dengan air tanah.
Sebagaimana dalam hadis yang lalu iaitu hadis berkenaan dengan anjing yang menjilat bekas air. Babi diqiaskan kepada anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.
Ini Orang Tua dan mereka bukan Najis Berat, Takde ke yang nak buat HARI CARE ORANG TUA? |