SELEPAS DITANGKAP, POLIS PULA DIFITNAH & TABIAT ERIC PAULSEN DIDEDAHKAN !
Lihat printscreen di bawah :
Sebelum ini juga TS Khalid Abu Bakar telah memberi amaran. Lihat printscreen :
Dan apabila Eric Paulsen diberkas semalam, ada juga pihak pembangkang yang cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan pihak polis.
NGO pro-pembangkang
Lawyers For Liberty yang sebelum ini diam membisu, mendakwa Eric Paulsen
diberkas oleh 20 lebih polis. Lihat printscreen di bawah :
Yang lebih panas dan menutup mulut NGO dan Pakatan pembangkang (yang suka ambil kesempatan) ialah kenyataan Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar sendiri iaitu :
Mereka dah gabra, onlookers pun mrk kata Polis
Dengan kenyataan Ketua Polis Negara ini, apakah
Lawyers For Liberty dan kepimpinan Pakatan Pembangkang berbohong dan
sengaja menabur fitnah untuk memburuk-burukkan pihak polis?
Jika ya, NGO ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja sama dengan Pengarah eksekutif NGO itu!
Mungkin kerana termalu, Lawyers For Liberty pro-Eric Paulsen mengeluarkan satu lagi twitter untuk menjawab twitter Ketua Polis Negara.
Tetapi ianya menyebabkan ramai lagi yang mengkritik dan membidas NGO pro-pembangkang itu! 'Gabra' pun tidak tahu!
Lihat printscreen di bawah :
Kita tunggu dan lihat
kesudahan cerita Eric Paulsen ini kerana ada lagi prosedur undang-undang
yang perlu dihadapi sebelum sebarang hukuman dijatuhkan atau tidak. Dan
ianya akan mengambil masa.
Ada yang bertanya MiM sama
ada tindakan Eric Paulsen mencetuskan polemik ini adalah untuk menutup
isu penerokaan hutan dan kayu balak di Kelantan yang melibatkan
kepimpinan Pakatan Pembangkang.
Jika dari segi masa, mungkin ada benarnya.
Ianya
sangat 'kebetulan' dengan saat dan ketika rakyat terbuka mata serta mula
ingin jawapan kepada sebab yang menyebabkan banjir paling teruk di
Kelantan dan negeri-negeri lain. Dan semua mula mempersoalkan penerokaan
dan penebangan kayu balak yang didakwa dikuasai oleh syarikat yang
turut mempunyai pemimpin Pakatan.
Tahu-tahu sahaja, isu Eric Paulsen dan keceluparan twitter beliau meletup. Sekarang media dan rakyat banyak bercakap tentang polemik baru ini dan hampir terlupa dengan isu kayu balak melampau itu.
Tetapi jika kita
selidik intipati yang ditulis dalam twitter Eric Paulsen, kita akan
lihat beliau ini seperti sudah ada tabiat untuk mengritik isu-isu yang
melibatkan agensi Islam dan agama Islam.
Beliau mungkin naik ghairah bila bertweet sedemikian?!!
Parti PAS dan Hudud juga adalah sasaran utama di dalam twitter peguam Lawyers For 'Liberty' itu. Sebagai contoh ialah 2 printscreen di bawah dan MiM pasti penyokong PAS akan meroyan marah apabila membaca twitter yang menghina mereka :
Peguam Lawyers For Liberty inilah yang mempersoal dan mengkritik keras parti PAS, golongan ulama, MB Kelantan dan Hudud.
Ironinya, walau pun betapa keras dan hinanya peguam pro-pembangkang ini menghentam PAS, 'cybertroopers' UMNO juga yang disalahkan oleh peguam mulut celupar itu! PAS patut berterima kasih kepada 'cybertroopers' UMNO !
Yang turut memualkan
ialah modus operandi portal-portal pro-pembangkang yang cuba menipu
pembaca-pembacanya dengan melaporkan kononnya peguam LFL itu 'mengkritik
JAKIM'.
Jika
kita baca twitter itu, kita akan bersetuju bahawa ianya bukan
'mengkritik' tetapi satu tuduhan melulu dan menjadi fitnah jijik apabila
beliau menulis 'setiap jumaat'.
Hanya ini yang termampu di buat oleh PEMUDA ISLAM PAS
Sesuatu yang amat-amat mengejutkan bila kenyataan lembut PAS hanya boleh
sebut padam kenyataan di twitter dan mohon maaf. Setakat itu sahaja
abis cerita. Sayang sangat orang pas rupa-rupanya terhadap si bangsat
ini.
Inilah yang diperkatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad
Khalil Abdul Hadi menegaskan, Eric perlu padamkan kenyataan tersebut dan
mengemukakan permohonan maaf kepada umat Islam sekiranya kenyataannya
itu merujuk kepada khutbah Jumaat.
Itu sahaja yang PAS mahu dan selepas ini makin ramai orang-orang bangsat
seperti Eric Paulsen berlumba-lumba menghina mencacai islam dan lepas
itu mohon maaf dan abis cerita. Adakah kenyataan lembut ini kerana
sayang sangat dengan si bangsat ini atau takuyt DAP mengugut PAS diusir
keluar dari Pakatan Rakyat.
Inikah rupa PAS setelah menjadi talibarut DAP? Walhal ini bukan kali
pertama Eric Paulsen menghina islam dan malah acap kali menghina PAS.
Jangan jadi bacul semata untuk tali barut.