Thursday, 29 January 2015

MH 370 - KENAPA PC DI BATALKAN?


Bikin Panas..!

Perkara besar seperti ini boleh dibuat main main ke..! Pastinya pembatalan sidang akhbar saat akhir ini memberikan kesan buruk kepada negara dalam mengurus suasana terutama isu yang melibatkan bencana besar seperti kehilangan MH 370..!

Apa yang baghal sangat..! Dikhabarkan pihak DCA diarahkan untuk memanggil sidang akhbar..! Pihak kementerian juga sudah bersedia namun katanya ada 'tokoh' yang tidak dapat hadir maka terpaksalah dibatalkan sidang akhbar yang bukan sahaja ditunggu tunggu oleh rakyat malah seluruh pelusok dunia..!

Tak habis habis nak ambil milage politik..! cukup cukup ler..! jangan melampau meraih air mata dan darah mangsa yang terkorban..! rakyat tahu dan rakyat pun dah muak..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai maklumat terbaharu berkaitan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang dijadualkan diadakan petang Khamis, dibatalkan.
Pengumuman itu dibuat setelah lebih sejam pengamal media menunggu di Dewan Serbaguna DCA di sini.
"Sidang media mengenai MH370 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman baharu mengenai tarikh lain bagi sidang media akan dimaklumkan kemudian," kata seorang jurucakap kepada pengamal media.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. 
Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata, tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan  oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara.
Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan.