Tuesday, 27 January 2015

MH370 - Penumpang Hantar Sms Di Kesan Dari Diego Garcia




Dr M: Jangan Salahkan MAS, Tanya CIA Dan Boeing Mana Pergi MH370


 Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad mencadangkan supaya Boeing dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dipersoalkan di atas kehilangan pesawat MH370.

“Seseorang menyembunyikan sesuatu. Ia tidak adil kerana Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia yang dipersalahkan,” kata Mahathir dalam blognya Chedet.cc.



Dr M: Jangan Salahkan MAS, Tanya CIA Dan Boeing Mana Pergi MH370
Dr M: Jangan Salahkan MAS, Tanya CIA Dan Boeing Mana Pergi MH370

Dalam perenggan ke-11, Dr Mahathir menyatakan pandangan dan teori kepada keadaan dan menegaskan bahawa sesuatu yang lain timbul dan media tidak akan menyiarkan apa-apa mengenai Boeing atau CIA.

“Mereka boleh mendarat dengan selamat atau mereka mungkin kemalangan, tetapi kapal terbang tidak boleh hilang. Lebih-lebih lagi hari ini sistem komunikasi berkuasa yang beroperasi hampir dalam tempoh yang lama dan mempunyai kapasiti simpanan yang besar ,” jelasnya.

Beliau percaya sistem pengesanan pada pesawat itu sengaja dilumpuhkan dan mempersoalkan di mana data pesawat, yang sepatutnya dirakamkan oleh satelit.

“MH370 adalah pesawat Boeing 777. Ia dibina dan dilengkapi  komunikasi dan peralatan GPS telah dipasang oleh Boeing.

“Jika mereka gagal atau dilumpuhkan, Boeing perlu tahu bagaimana ia boleh berlaku dan sudah tentu Boeing akan memastikan mereka tidak boleh dilumpuhkan dengan mudah kerana melibatkan keselamatan dan operasi kapal terbang, ” katanya.

Beliau menambah bahawa pada 2006, Boeing menerima sistem data milik Amerika Syarikat untuk satu sistem apabila diaktifkan mampu mengawal semua kawalan dari juruterbang untuk kembali sebuah pesawat komersial secara automatik ke lokasi pendaratan yang telah ditetapkan .

Beliau menyebut satu rencana oleh John Croft dalam Flightglobal.com pada 1 Disember 2006 yang menyatakan bahawa ‘autopilot akan diaktifkan – sama ada oleh juruterbang, pemerhati lembaga atau melalui radio mahupun satelit yang berkaitan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat, jika pengganas cuba untuk mengawal penerbangan.

“Jelas sekali Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih ‘kawalan tidak terganggu’ daripada penerbangan komersial yang mana salah satunya adalah MH370,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, percubaan untuk mengesan kapal terbang dengan mencari serpihan dan minyak licin adalah satu pembaziran wang, sambil menambah bahawa ini bukanlah satu kemalangan biasa dan yang pesawat itu di suatu tempat, mungkin tanpa penanda MAS.

“Boeing perlu menjelaskan mengenai apa yang dipanggil anti keganasan sistem auto  ini.

“Saya tidak boleh bayangkan juruterbang membuat pendaratan ‘lembut’ di laut bergelora dan kemudian secara perlahan-lahan lemas dengan pesawat,” katanya.
Sumber : Mstar


PHILIP WOODS - Saya telah ditawan oleh pihak berpakaian tentera selepas pesawat dirampas. Saya bekerja untuk IBM

Antara teori spekulasi paling popular tentang kehilangan pesawat MH370 adalah ia telah dirampas dan dibawa mendarat ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia yang terletak berhampiran Lautan Hindi pada hari kejadian.

MH370-Diego-Garcia

Sejak akhir-akhir ini, teori itu semakin hangat diperkatakan.

Apa yang menyemarakkannya adalah penyebaran kandungan mesej yang dikatakan dihantar oleh salah seorang penumpang MH370 iaitu Philip Woods untuk meminta pertolongan di sebuah forum.

Philip Woods yang bekerja sebagai eksekutif IBM merupakan seorang daripada tiga penumpang warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat MH370.

Mesejnya berbunyi:

MH370_Diego_Garcia-Philip Woods_Message

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. 

(Saya telah ditawan oleh pihak berpakaian tentera selepas pesawat dirampas. Saya bekerja untuk IBM dan berjaya menyembunyikan telefon bimbit dalam punggung ketika rampasan berlaku. Saya diasingkan daripada penumpang lain dan kini berada dalam penjara. Nama saya Philip Wood. Saya rasa saya turut diberikan dadah hingga tidak dapat berfikir dengan betul).

Dikatakan, gambar profil individu mendakwa dirinya Philip Woods tersebut turut dianalisa dan keputusannya mendapati dia berada dalam satu bilik gelap dengan maklumat berikut:

MH370_Diego_Garcia-Philip Woods
(Klik gambar untuk paparan besar).

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18′ 58.3″ South, 72° 25′ 35.6″ East
(-7.316197, 72.426544)

Diego Garcia Latitude and longitude
Sumber: Klik sini..

Spoiler for Hangar Diego Garcia

MH370-Diego-Garcia [2]
MH370-Diego-Garcia [3]

Sekiranya benar lokasi ‘tawanan’ tersebut, maka ia dikatakan selaras dengan maklumat yang dikutip daripada sumber awam dan dilaporkan media sebelum ini iaitu nelayan Malaysia di Kelantan dan di Indonesia telah melihat satu pesawat terbang rendah awal pagi Sabtu, 8 Mac.

Seterusnya, ia juga dilihat berpadanan dengan sumber daripada juruterbang B777 ke Narita Jepun yang memberitahu pesawatnya telah terbang 30 minit di hadapan MH370 pada 1.30 pagi 8 Mei lalu, begitu juga dakwaan penduduk Maldives di Kuda Huvadhoo yang melihat pesawat terbang rendah dari selatan ke tenggara menghala Addu yang terletak tidak jauh dari Diego Garcia.

Apa pun, ini semua tinggal teori selagi penyiasatan tidak membuktikannya. Paling utama, adakah mesej yang dikatakan dihantar Philip Woods ini benar-benar sahih atau diada-adakan oleh pihak tertentu?

MH370_Eyewitness_Reports

Malah Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila ditanya pendapatnya menolak teori ini walau tidak seratus peratus (kerana masih menggunakan perkataan ‘kita boleh semak’).

Hal ini kerana Amerika Syarikat dikatakan tidak kisah untuk membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian Mh370 dilakukan di Laut China Selatan lagi.

“Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” kata Hishamuddin. -Mynewshub.my

Wallahu’alam



AMUKANMELAYU - Malaysia di ancam LUAR dan DALAM......siapa mereka ini?