CERITA BINI PM
"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya. Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti." - ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rosmah-khuatir-peniaga-ambil-kesempatan-terhadap-suri-rumah-dengan-gst
KESUDAHANNYA, kita mengetahui RAHSIA kecantikan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.
CERITA RAKYAT
Curi kerana anak lapar
1 - KUANTAN: “Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.
Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.
Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
3 - Atas desakan hidup juga seorang penganggur mencuri 13 jenis coklat bernilai RM248, dan beliau terpaksa meringkuk di dalam penjara selama empat bulan.
Tapi.. dalam suaminya sibuk mengajak rakyat agar hidup dalam kesederhanaan.. wasatiyah.. Isteri kepada PM itu mendedahkan sekali dia buat rambut saja habis RM1,200..
Wasatiyyah sangatlah tu...
Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.Kebimbangan itu diluahkan Rosmah ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut."Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.
"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.Program tersebut merupakan anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hadir untuk memberi penerangan mengenai GST.Menyuarakan lagi kebimbangannya, Rosmah berkata golongan suri rumah sering menjadi mangsa kerana tidak mempunyai pilihan selain menggunakan khidmat mereka."Suri rumah khususnya sering menjadi mangsa kepada peniaga tersebut akibat tiada kawalan harga dan panduan ditetapkan kerajaan dalam perkhidmatan di rumah," katanya.Beliau berkata, meskipun harga minyak kini sudah turun, namun peniaga terbabit enggan menurunkan caj khidmat mereka."Apa yang kita (suri rumah) mahu semua kena minta dengan suami, kalau suami yang bagi tidak apa, ini kadang kala ada suami yang kata,’Eh I dah bagi you last week nak lagi?'" katanya.Rosmah menggesa Putrajaya mempertimbangkan perkara tersebut dengan mencari mekanisme bagi menangani masalah tersebut."Jadi saya rasa perkara seperti ini kita (kerajaan) kena pantau sebab mereka (peniaga) akan buat keuntungan dengan berleluasa," katanya.Tambahnya, peniaga yang mengenakan perkhidmatan di rumah kebiasaannya melaksanakan perniagaan secara persendirian di mana timbul kebimbangan golongan terbabit sudah semestinya akan tidak akan mendaftar bagi GST."Tukang jahit dan pendandan rambut mereka ini tidak daftar, kami tak nak mereka (peniaga) naikkan (caj perkhidmatan) lagi."Dia (peniaga) memang sekarang sudah naik (caj perkhidmatan) macam ini, 3 bulan harga naik tetapi mereka buat banyak duit, mereka dapat pelanggan tempatan banyak."Saya tak nak buat bising nanti orang kata Datuk Seri Najib Razak (suami) tak bising saya pula sibuk, tetapi ini realiti," katanya laporThe Malaysian Insider
AMUKANMELAYU - Inilah perkara-perkara KANTOI yang mendatang FITNAH dan orang MELUAT dengan PEMIMPIN UMNO.......