NAJIB ganti ANWAR?
Apakah Najib sekarang bebas dari Pengaruh US dan Zionis?.
# - 1 Malaysia yang dijajanya merupakan ciri-ciri perjuangan liberalisme US dan Zionis.
# - Penghapusan ISA yang diperjuangkan Anwar dilaksanakan Najib. Justeru itu Anwar tidak menentang gagasan 1 Malaysia kerana perjuangan Najib dan Anwar adalah sama, iaitu menjadi boneka US dan Zonis.
# - Tanya pada ahli-ahli dan para pemimpin UMNO apakah kalian jahil dan bodoh tidak memahami matalamat 1 Malaysia itu?
# - UMNO sudah jadi koro, bisu dan pekak, buta matahati kerana dihanyut olehmitos bahawa selagi ada bulan dan matahari Melayu dan UMNO akan terus berkuasa.
# - Mereka tidak sedar bahawa UMNO sekarang sudah hilang tenaga magisnya, dibenci, dipandang rendah oleh bangsa Melayu sendiri kerana perjuangan UMNO sudah jauh menyimpang dari semangat Melayu, islam dan patritisme yang terkandung dalam perlembagaannya.
-yahya-
-yahya-
Jib,,,,,kalu aku kedalam....ngkolah kena ambik tempak aku... |
1. Anwar dah 'selamat' dalam penjara. Mungkin elok dia dok ontok2 dalam tu. Mungkin Allah masih sayangkan dia agaknya..sekurangnya dia ada peluang jika nak muhasabah diri dan bertaubat atas dosa2 silam. Selagi bung Nuar tak buat salah satu daripada 6 dosa yang tak diampunkan..mungkin masih ada cahaya buatnya di hujung terowong.
2. Kita ni yang masih dok bebas luar penjara pun belum tentu dapat banyak pahala..silap2 makin banyak dosa. Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, "Kadangkala orang yang mempunyai masa silam yang buruk, akan menjadi orang yang paling baik di masa hadapan." Nasib masing2..manalah nak tau kan..
Bapak Presiden Nusatara "BONEKA US" |
3. Sejak 1990an, Anwar sudah diwar2kan sebagai boneka Amerika..proksi Israel. Walaupun sejarah pengrekrutan Anwar sebagai 'double agent' bermula sejak 1970an, tapi ia hanya mula diperkatakan umum sejak 1996 dan tahun2 berikutnya. Banyak bukti penglibatan secara langsung Anwar dengan Amerika dan Israel telah dikemukakan..kita pun boleh semak sendiri.
4. Tapi Anwar ada satu habit yang Amerika susah nak kawal..iaitu kegemarannya pada kaum sejenis. Pada peringkat awal, habit itu digunakan sebagai 'senjata' supaya Anwar akur dengan segala arahan penajanya. Tapi lama-kelamaan habit itu tidak lagi boleh dijadikan 'senjata' untuk mengugut dan mengawal Anwar lagi..
5. Maka watak Anwar perlu ditamatkan dan bidak catur baru perlu dimainkan..
6. Watak kedua dalam pembikinan ialah si Kerbau Jantan..tapi terlalu lama pulak nak tunggu si 'tall, dark n handsome' tu ke puncak kuasa. Jadi apa pilihan yang ada? Sudah tentulah individu yang kini sudah pun berada di tampuk kuasa.
7. Ramai maklum sejarah Najib. Ramai juga maklum akan lembabnya Najib menggunakan otak. Najib berada di kedudukan kini hanyalah sebab nama bapanya..dengan sedikit bantuan Tun Hussein dan banyak bantuan Tun Mahathir. Tanpa ketiga tokoh itu, dah lama Najib bungkus!!
8. Amerika mengetahui kelemahan Najib..malah Amerika maklum dengan kelemahan otak Najib berfikir dan menganalisis, serta sikap gila glamour aka syok sendirinya..ditambah dengan faktor QC..
9. Ramai juga maklum, betapa akrabnya Malaysia dan Amerika Syarikat sejak Najib sebagai Perdana Menteri. Malah berita mengenai Amerika sering mendapat liputan meluas dalam akhbar arus perdana..iaitu sesuatu yang jarang terjadi dalam era Tun Mahathir dan Paklah.
Adakah Najib BONEKA baru US? |
10. Petanda pertama Najib kini adalah boneka baru Amerika ialah kekerapan lawatannya ke negara sekutu Israel itu. Bermula dengan duta kita yang dipanggil balik pada 2010 kerana tidak menyokong dasar Amerika ke atas Iran, ditambah lanjutan sokongan Malaysia terhadap sekatan dagangan ke atas Iran, adalah bukti jelas pengakuran Najib terhadap sahabat Israel itu.
11. Penghapusan ISA, komitmen pelik kerajaan Malaysia terhadap perjanjian TPPA, penganugerahan kontrak2 kerajaan kepada banyak syarikat asing berbanding syarikat tempatan, penggunaan konsultan2 asing dalam urusan pentadbiran kerajaan, tunduk dengan desakan kelompok pelampau kristian dalam negara, membiarkan isu melibatkan Islam dipermainkan sewenangnya dalam negara, selfie dan golfie dengan Obama etc. adalah sebahagian gambaran watak boneka Najib dan tuannya - Amerika Syarikat.
12. Petisyen 1 trillion tandatangan oleh penyokong bung Nuar di laman sesawang White House hanyalah kerja sia2. Malah kenyataan kedutaan AS ke Malaysia berhubung kekecewaan mereka atas pemenjaraan Anwar hanyalah camouflage simpati yang tak beri sebarang impak pun..sebab White House dah ada bidak catur baru bernama Mohd Najib Razak. Maka apalah yang nak dihairankan dengan Anwar lagi..
13. Mungkin akan ada yang mengatakan ini semua hanyalah andaian atau tuduhan untuk menjatuhkan Najib. Tapi percayalah..sudah ramai yang memperkatakan tentang peranan Najib sebagai boneka baru Amerika, bukan saja dikalangan rakyat biasa, juga ahli UMNO, malah dikalangan masyarakat dunia Islam di luar Malaysia.
14. Malaysia ini masih 'terselamat' disebabkan beberapa otai seperti Tun Mahathir masih bernyawa. Bagaimanakah nasib negara ini jika mereka semua telah tiada..
15. Bidak yang terasing..bakal mengundang musibah kepada keseluruhan percaturan..