MENAKUTKAN JIKA PASMA MENERAJUI PAS........
sudah dijangka, sudah diketahui pas dalam perpecahan yang dijangka membawa kepada berkuasanya team pasma dalam pas, semuanya akan terbukti pada jun ini? mungkin nampak mengarut, tetapi bibit-bibit menolak hadi awang juga sudah nampak terang dan jelas.
pro ulama juga sudah tahu perihal ini, cuma barua yang disebut oleh nik abduh tidak dibongkarkan lagi, mungkin mat sabu sudah berkira-kira melompat lebih tinggi kerana makin berjaya menguasai pas sikit masa sahaja lagi.
maka benarlah cytro bn pernah mainkan isu perosak dalam pas ini, malah nik abduh juga pernah bongkarkan golongan perosak dalam pas sejak 2009 dahulu yang pas bakal diserang dari dalam oleh mereka yang gila kuasa, mereka yang berniat menguasai pas dengan menolak segala apa yang pro ulama sarankan, dengan bantuan pkr dan dap gerakan perosak ini semakin berjaya sepenuhnya.
antara diam dan lawan balik teserlah kepada team pro ulama, rata-rata nampaknya mengambil jalan play safe, kita lihat dan tunggu, sekiranya benar, maka ranaplah perjuangan sebenar pas, maka bersedihlah para pejuang pro ulama yang dari dahulu memperjuangkan Islam.
pembongkaran demi pembongkaran team pasma dalam memporak perandakan pas sudah dibuktikan, tunggu ada lagi perihal panas. tunggu!!
Dari FB Teresa Kok: DAP + PASMA + PKR = Hancurkan Islamelayu
Coretan Teresa Kok di fb beliau:
Malam ini saya hadir jamuan pungut dana Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) di dewan sivik MBPJ.
Ini pertama kali saya hadir program PASMA dan juga mengenali pemimpin PASMA.
Selepas saya terima jemputan jamuan ini pada beberapa hari yang lepas, saya pun tanya beberapapemimpin PAS samada saya boleh hadir ataupun tidak, kerana beberapa pemimpin PAS telah menasihat pemimpin komponen parti Pakatan Rakyat supaya jangan beri sokongan kepada PASMA. Kawan saya dalam PAS berkata saya mempunyai hak untuk hadir apa-apa program di mana mana organisasi. Jadi saya pun hadir jamuan PASMA pada malam ini.
Saya dijemput untuk beri sepatah dua kata dalam jamuan tersebut. Dalam ucapan saya, saya tekankan kepentingan Pakatan Rakyat dalam suasana politik sekarang, dan kita perlu sokong sesiapa yang berusaha untuk memantapkan keutuhan Pakatan Rakyat.
Tujuan kita selamatkan Pakatan Rakyat ialah kerana kita ingin selamatkan Malaysia, negara kita.
Perkembangan organisasi PASMA adalah agak mengagumkan.
Selamat berjuang, PASMA. - Teresa Kok
LIEW CHIN TONG LAHIRKAN KEBIMBANGAN KEPUPUSAN PENYEMBAH LIM GUAN ENG DAN DAP DALAM PAS EKORAN CADANGAN DR. ZUHDI
Kebergantungan DAP kepada PAS bagi menjayakan rancangan mereka menawan beberapa negeri Melayu-Bumiputera terutama sekali Johor, amat kuat. Tanpa PAS, DAP tidak akan dapat menjayakan rancangan mereka untuk merampas Johor dari tangan UMNO-BN. Tanpa PAS juga, DAP terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi tradisi di Perak dengan berkemungkinan besar kehilangan kerusi-kerusi seperti Bruas mahupun Taiping kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang.
Namun, DAP pula tidak mengharapkan PAS yang ada sekarang, sebaliknya PAS yang dibentuk selepas pembebasan Anwar Ibrahim, yang mana kebanyakan pemimpin PAS yang berada dalam saf kepimpinan sekarang merupakan trojan-horse Anwar Ibrahim yang sengaja dimasukkan ke dalam PAS untuk menguasai pimpinan parti tersebut bermula dari tahun 1996.
Ramai pemimpin PAS sudah mula menyedari betapa bahayanya kumpulan PASMA yang diterajui oleh Phahrolrazi Zawawi, pemimpin haloba dari Kedah dan didalangi oleh Husam Musa dan Hatta Ramli. Beberapa orang pemimpin PAS seperti Nik Abduh sudah pun melabelkan mereka ini sebagai BARUA kerana peranan yang dimainkan oleh kumpulan tersebut untuk merampas kuasa dan bersatu dengan DAP serta PKR.
PASMA sebagai tindakbalas sudah mula menggerakkan kempen untuk menjadikan Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga sekutu utama Nga-Ngeh menjadi Mursyidul Am dan Mat Sabu pula merampas jawatan Presiden daripada Abdul Hadi Awang.
Hatta Ramli yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat telah menggunakan peruntukan sedia ada untuk membela ramai tentera parasit yang bertindak menyerang kepimpinan PAS. Kumpulan tersebut lebih dikenali sebagai kumpulan HAWAII-FIVE-O.
Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan melahirkan kebimbangan apabila kenyataan terbaru Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Mohad Zuhdi Marzuki mendesak agar penyingkiran dan pembersihan PAS segera dijalankan.
Penyingkiran dan pembersihan PAS bermakna, PAS akan menendang keluar ramai pemimpin dan ahli-ahli yang kuat menyokong penyatuan PAS dengan DAP-PKR termasuklah Timbalan Presidennya, Mat Sabu.
Dr. Zuhdi ketika Wacana Ilmiah: PAS Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam, menyatakan PAS dijangka berpecah menjelang Muktamar Agung pada bulan Jun ini dengan kumpulan serpihan yang membentuk PASMA dan beberapa kumpulan fraksi lain akan bergabung untuk membentuk sebuah parti politik baru yang akan menjadi organisasi Melayu-Islam untuk DAP-PKR.
Menurutnya, PAS perlu bersama-sama PKR dan DAP yang 'lebih tulus' menguruskan isu-isu demokrasi buat rakyat Malaysia dan menentang UMNO. Maksud sebenar Liew Chin Tong ialah, PAS perlu terus berada di bawah telapak kaki dan menerima arahan daripada DAP bagi memastikan kelangsungan dan ketuanan Lim Guan Eng. PAS tidak boleh bersama-sama dengan UMNO dalam bentuk Kerajaan Perpaduan walaupun PAS tidak bergabung dengan UMNO atau sebaliknya, kerana tindakan PAS itu hanya akan menjadikan angan-angan Lim Guan Eng untuk menjadi Perdana Menteri Cina-Katolik pertama Malaysia, tidak kesampaian.- by sengal
AMUKANMELAYU - Bila ramai yang BODOH bermain POLITIK......orang yang BIJAK pun akan MERELAKAN diri mereka menjadi KUDA TUNGGANGAN.......