Thursday, 21 May 2015

BUAT SENYAP-SENYAP BILA DAH KANTOI MANA MAU LARI?


Buat senyap-senyap, bila dah berisi mana mau sorok lagi!!!!!

OLAK LEMPIT - Khamis, 2 Syaaban 1436H. Rakyat tak kesah pun dengan 1MDB, rakyat tak kesah pun dengan beli Jet baru....ada aku kesah? Yang marah sangat ni adalah Rafizi...sebabnya dia pun nak guna jugak Jet tu....

Dalam isu sehangat 1MDB sekarang ini, Mak Long Senah di Cherok Sembok terpinga-pinga bila pembaca berita duk sebut 1MDB....dari pagi hinggalah ke senja hari dan kadang-kadang membawa sampai ke malam. Awang Leng pulak duk marah sambil pegang resit Kedai Papan yang Ah Kiaw tulis GST RM 2.70 kat bawah resit tersebut.

Pasal 1MDB, haram tak di sebutnya. Posting kali ini penulis hendak memisahkan antara KERAJAAN dan NAJIB.  Kali ni penulis sebut Najib bukan kerajaan, sebab dari apa yang sudah tersingkap setakat ini, hampir semua Menteri dan mereka yang berkhidmat sebagai kerajaan tidak tahu apa2 mengenai 1MDB.

Hanya Najib saja yang tahu apakebendanya 1MDB ni.

Betulkah kabinet atau kerajaan tahu tentang 1MDB ? Kalau tahu kenapa semua nampak BLUR ? Sampai TPM sendiri pun BLUR ....

Bukan kecik anak Najib ooooi...... sekarang hutang dah RM49,000,000,000,000,000 ( ada berapa kosong kalau billion, ek ? )

Yang merasa billion2 tu berapa orang ? Yang terpaksa merana menanggung beban kesan billion2 tu SELURUH RAKYAT. 

Bila rakyat bising dan bertanya, Najib buat tak layan....... Tapi bila Tun Mahathir bertanya benda yang sama, pandai pula BISING2 marahkan Tun..... bukannya nak jawab tapi habis diungkitnya segala tok nenek perkara yang pernah Tun lakukan semasa zaman beliau jadi PM.

Sekurang2nya kesan peninggalan zaman Tun masih banyak dapat kita lihat dan rasa ketika ini ........ kesan dari hutang RM49 billion 1MDB apa yang dapat kita nikmati ?

Projek RM49 BILLION Kenapa buat senyap2 ? Bila rakyat tanya kenapa senyap juga ? Bila rakyat dah mula marah, baru nak suruh audit siasat .... kerana KONONNYA apa yang didakwa oleh rakyat itu tidak benar dengan kenyataan sebenar. 

Rakyat tuduh 1MDB ada masalah tapi Najib kata tidak ada masalah, makanya kena tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan Pacman. Sebab keduanya antara dakwaan rakyat dan apa yang Najib tahu itu bercanggah.

Semalam Najib melalui kenyataannya yang turut disiarkan oleh TV3 - 

Kita percaya bahawa langkah-langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Saya yakin MOF boleh bersama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah-langkah menyelamatkan ataupun memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya.


Bagi rakyat yang terlalu BERPOLITIK ini satu pengakuan bahawa apa yang Tun M duk bising mengenai 1MDB ternyata BENAR! Jadi ikut logiknya, TIDAK PERLULAH tunggu siasatan Ketua Audit Negara dan PAC jika hanya untuk mendapatkan penjelasan, ianya telas jelas TERANG dan lagi mau SULUH ka?

Najib sendiri mengaku 1MDB perlu diselamatkan. Dan langkah-langkah menyelamat sedang diusahakan. Kenapa Najib sendiri tidak mahu tunggu hasil audit ? Sebab Najib tahu apa masalahnya ......

Tolong jelaskanlah kepada rakyat, APA MASALAHNYA yang Najib tahu yang tidak perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara itu.......Buat 1MDB Senyap-senyap, bila dah kantoi dan di kritik tak perlulah bising-bising. Berbaliklah kita kepada TRADISI Berani kerana Benar dan Takut kerana Salah.

Apa impaknya kepada Negara jika hutang itu tidak dapat di bayar? Adakah Kerajaan akan Muflis? Apakah Negara akan jatuh miskin? Bawalah berbincang ke atas perkara ini. Tolonglah cakap perkara yang betul. Macamana nak jadi PM selama 22 Tahun jika cakap macam Kapten Kapal yang nak karam.

Image result for gambar najib sedih

Kapten kapal jangan jadi putar alam. Apakah yang hendak di sembunyikan? Bercakaplah dengan jujur...jangan.... hari itu merah, semalam biru, hari ni putih.. esok pula .. hitam?

Artikal asal di petik dari blog DIN-TURTLE....


Rupa-rupanya dah nak masuk 6 tahun artikel pasal kawan ni (klik) diterbitkan di blog ini... baru sekarang  lebih ramai yang bising....

Kalau pasal "Najib (klik)", dah lebih 160 artikel diterbitkan di sini.. seusia dengan blog ini agaknya.. dah naik cuak muak muntah hijau.. dok macam tu jugak sampai hari ni... yang ini tahun 2013 (klik) .. dok lagu la lagi nampaknya... artikel kedua blog ini pada tahun 2010...
 

1MDB TIDAK ADA WANG TUNAI USD 1.103 DI SINGAPURA?

Wednesday, May 20, 201520comments 

Najib akhirnya mengaku tiada wang 1MDB disimpan dalam bank Singapura 

Jangan buat saya lagu ni....Tun, bantulah saya.....


Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengaku wang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.


Dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, menteri kewangan itu sebaliknya menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB  adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar.

"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis hari ini kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua berkata, pendedahan ini mengejutkan dan mengesahkan tiada wang tunai yang dibawa balik oleh 1MDB daripada Pulau Cayman.

"Maksudnya tiada wang tunai yang disimpan di Singapura, tapi hanya aset. Aset ini pula hanya 'paper asset'," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pua juga menyifatkan pelaburan yang diwar-warkan Putrajaya sebelum ini dibuat di Pulau Cayman adalah mengarut, malah nilai aset tersebut juga tidak diketahui.

"Ini semata-mata aset atas kertas, apa nilai sebenar kita tidak tahu. Bermakna mereka 1MDB hanya membuat pemindahan kertas daripada Pulau Cayman ke Singapura," katanya.

Dalam jawapan bertulis itu juga, Najib bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Bank Negara menerima kenyataan daripada pihak berkuasa Singapura tentang penyata palsu dihantar anak syarikat 1MDB kepada sebuah cawangan Bank BSI di Singapura seperti didedah oleh Sarawak Report baru-baru ini.

"Bagaimanapun, sebarang maklumat yang diterima adalah tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA.

"Menurut seksyen 10 AMLA, maklumat yang diterima hanya boleh didedahkan kepada agensi penguatkuas berkaitan yang menyiasat kes tersebut di bawah undang-undang mereka selepas mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa asing," kata jawapan lisan itu.

Susulan pengakuan terbaru ini, Pua membidas Putrajaya kerana menipu walaupun sebelum ini mengakui tentang wang dari Pulau Cayman yang dibawa pulang dan disimpan di Singapura.

Pada 10 Mac lalu, Najib dalam jawapan bertulis mengatakan sejumlah wang AS$1.103 bilion yang dibawa pulang dari Pulau Cayman sudah ditebus dalam bentuk wang tunai dan disimpan dalam mata wang dolar AS di BSI.

Najib juga mengatakan tujuan ia disimpan di Singapura adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ketat BNM.

"1MDB perlu jelaskan perkara ini, kita selama ini diberitahu ada wang di Pulau Cayman, tapi terbaru pendedahan ini menunjukkan kita semua ditipu," kata Pua.

Menurut Pua, pengakuan Najib ini juga menjelaskan mengapa 1MDB bermasalah serta gagal membayar hutang yang ditanggung mereka.

"Ini salah satu sebab mengapa 1MDB tidak dapat membayar hutang mereka," kata Pua.

Sarawak Report dalam pendedahan membabitkan 1MDB mengatakan wujud bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh presiden 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎.

"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report.

Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, 2 hari selepas perdana menteri yang juga menteri kewangan mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di BSI di Singapura. –  20 Mei, 2015.TMI
Juga dari Malaymailonline



Nah.... ambik ko ! 1MDB sudah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telas ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar. 

Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini.

Ingat lagi pendedahan Sarawak Report bulan lepas yang mendedahkan apa yang disimpan di BSI cuma paper asset - KLiK.

 APA CERITA NI NAJIB ?

Apa kaitannya dengan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan oleh BNM ... ?

Transaksi wang melebihi RM50 juta ?

Hallo pengilap-pengilap Apple ..... tolong jawab bagi pehak Najib!


Begitu juga semua yang kata 1MDB OK, takde masalah .... tolong jawab!

Adakah Menteri Kewangan sudah MENIPU dalam jawapan bertulisnya sebelum ini ? 

Kalau pun boleh dipertahankan jawapan bertulis itu, kenapa tidak ada penjelasan sebenar mengenai status wang itu dan membiarkan rakyat tertanya2 dan bertelagah sesama sendiri ? Kenapa Najib sanggup memBANGANGkan penyokong2nya sendiri ?

Kita tunggu perkembangan selanjutnya .... kalau betul Najib menipu sebelum ini ...

PS - Buat permulaan selain dari menjelaskan jawapan bertulis terdahulu, Najib boleh terangkan juga apakah bentuk aset yang disimpan di Singapura yang bernilai USD1.103 bil itu ? Masih nilai sama kan ? 

Dah tebus la... bukan di Cayman tapi daftar jer di Cayman .... tranche pertama dah habis bayar hutang la .... Arulkanda dah lihat penyata la ..... peraturan Bank Negara la ..... APA SEMUA NI ??? 

BOM Lagi..!!!



Semalam PAC telah mula menjalankan siasatan ke atas 1MDB..! Tan Sri KSP telah dipanggil..! Menurut yang ampunya cerita KSP begitu tenang dengan jawapan yang diberikan..! 

Semua soalan yang dilontarkan oleh Pengerusi PAC dilihat dipersetujui oleh semua anggota PAC sehinggakan hampir tiada soalan tambahan..! Hanya Tony Phua sahaja yang dikatakan melontarkan hanya satu soalan tambahan..! kata yang ampunya cerita...!


Yang menariknya apabila ditanya kenapa KSP begitu tenang dengan jawapan yang diberikan..! jawab yang ampunya cerita kesimpulannya KSP begitu tenang kerana beliau TIDAK TAHU MENAHU dengan segala yang berlaku didalam 1MDB..! 

Kalau penasihat pun tak tahu...habis siapa yang tahu..?
Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana audit yang dibuat ketika ini katanya tidak akan mendedahkan mengenai beberapa personaliti yang sering dikaitkan dengan dana pelaburan strategik itu.
Katanya, ketua audit negara boleh mengaudit namun ia tidak akan mendedahkan apa-apa, oleh itu lebih baik ditubuhkan satu suruhanjaya untuk meneliti setiap tindakan 1MDB serta anggotanya yang bukan dipilih oleh kerajaan.
"Ini kerana ia (suruhanjaya) akan menyiasat bukan sahaja 1MDB tetapi juga kerajaan yang gagal mengawasi hal ehwal 1MDB," tulis beliau dalam masukan terbaru blognya petang ini.
"Memeriksa akaun sahaja tidak akan menjelaskan siapa Jho Low. Ia juga tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz (anak tiri Najib) memiliki banyak wang ketika wang 1MDB lesap," katanya.
"Ia tidak akan menjelaskan urusniaga-urusniaga meragukan dengan Petro-Saudi, bank-bank di Seychelles, Hong Kong dan Kepulauan Cayman.
"Wang dari Cayman dibawa pulang dan disimpan dengan bank di Singapura.
"Sekarang bank kata tak pernah ada duit disimpan dengan mereka," tulisnya lagi.
Siasatan ketua audit negara ke atas 1MDB diarahkan oleh Najib selaku menteri kewangan merangkap pengerusi lembaga penasihat 1MDB pada awal Mac lalu.
Komen terbaru Dr Mahathir ini dibuat dua hari selepas Najib menggesa pengkritiknya agar bersabar menanti dapatan audit ketua audit negara ke atas 1MDB.
Malah semalam, beliau turut mempertahankan operasi dan akaun tahunan 1MDB yang menurutnya tidak akan disahkan juruaudit bertauliah antarabangsa jika ia bermasalah.
Mengulas perkara ini, Dr Mahathir menyifatkan gesaan Najib itu sebagai mencuit hati.
"Menyuruh orang agar tidak bertanya sebarang soalan adalah melucukan.
"Ia ibarat melihat orang dirompak dan menggesa orang ramai agar tidak berbincang tentangnya sehingga pendengaran di mahkamah selesai," kata Dr Mahathir. -
Rakyat sudah tak kesah apa-apa lagi?

Aku dan Orang Kampung Olak Lempit...huhhh.... ada aku kesah semua itu? Tak ada masa semua itu....kelapa sawit jatuh merudum...itu yang rakyat bising sekarang ini. Semua kos dan perbelanjaan harian meningkat. Harga barang keperluan melambung naik  dan nilai duit semakin mengecil. Bila SEMUA barang naik harga serentak dek sebab tindakan kerajaan  ( contohnya bila harga minyak naik walaupun harga minyak dunia rendah ), sudah semestinya rakyat akan bengang ! Kenaikan tak setimpal dengan kenaikan berapa sen sangat harga minyak ...... Salahkan peniaga yang mengambil kesempatan !

Begitu juga bila GST diperkenalkan, kalau mengikut kata promosi kerajaan, tolak 10 campur 6, harga seharusnya turun kalau tidak pun, tidak berubah. Tapi kenapa harga naik ?

Salahkan peniaga yang mengambil kesempatan !

Entahlah ..... saya akui benda ni bukan satu perkara yang mudah hendak dirungkai melalui satu artikel pendek oleh orang yang bukan pakarnya. Point saya cuma, standardlah kalau rakyat bising bila beban kos kehidupan meningkat. 

Soalan PM kenapa bila dapat BR1M rakyat senyap ..... hmmmm .... itu kena tanya orang yang dapat BR1M lah...aku tak dapat. Bukan semua orang dapat BR1M tapi bila kos meningkat, ia tak kira orang tu dapat BR1M atau tidak, semuanya akan menanggung akibatnya.

Gaji tetap sama .... Kalaupun kerajaan naikkan gaji penjawat awam, bukan semua orang kerja gomen.

Ramai yang berpendapat, Kalau kerajaan terpaksa AMBIL demi untuk BERI, baik tak payah BERI ...... sebab itu kerajaan tak payahlah AMBIL !

Bila BERI, bukan semua dapat. Tapi bila AMBIL, semua kena.

Ada Orang Islamelayu kesah dengan semua itu? Orang Melayu sudah muak dan jemu dengan POLITIK Orang Melayu sendiri.....bila penulis sogokkan dengan KABINET Bayangan Pakatan Rakyat.....mereka hanya berkata "Siapa Memerintah pun Kita Begini Jugak"........

Lihat ini:

MENAKUTKAN - KABINET BAYANGAN PAKATAN





Minta Allah jauhkan dari semua ini dan MEMURKAI mereka yang membuat PERANCANGAN ini ...aminnnn.......... 

nilah Menteri-Menteri yang akan menerajui kementerian-kementerian kita tahun 2017 - 2022. Pada semua penjawat awam jika anda tidak bersetuju maka boleh resign pada tahun tersebut. Kalau tak resign pun Menteri Kewangan yang baru YB Tony Pua akan mengeluarkan satu surat pekeliling yang akan mengurangkan saiz dan bilangan kakitangan awam demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Lagi pun banyak sangat Melayu dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam menunjukkan betapa rasisnya perkhidmatan itu. Di Singapork saiz penjawat awam sikit jer dan tidak rasis kerana mereka yang diambil jadi kakitangan awam berdasarkan meritokrasi. Lihat lagi Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri seorang wanita pertama dalam sejarah. 

Walaupun hanya berkedudukan sementara tetapi jadilah walaupun sehari sekurang-kurangnya boleh dapatkan balik berbilion hinggit duit nota RM500, RM1000 dan RM5000 yang dulunya dibawa lari bersama...Lepas tu bolehlah kaw tim kita jadikan negara ini Republik Pakatan Rakyat Malaysia. 


Boleh buang Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Boleh pinda Perlembagaan jadi Deklarasi Republik. Naikkan lah seorang Presiden...sapa dia...dah tentu Menteri Mentor Lim Kit Siang.
Perlahan-lahan boleh singkir Perdana Menteri Wanita Pertama tu. Suaminya pun tak boleh buat apa-apa. Sebab kes-kes terlampaunya banyak dalam kocek sang Presiden.

Menteri Dalam Negeri serta Menteri Perumahan dan Perundangan ada banyak ceritanya...banyak cakap sangat nanti masuk 'ke dalam' lagi. Maka mudahlah nak jadikan negara ini sebagai sebuah negara yang liberal kapitalis-sosialis mengikut acuan sang Presiden dan anaknya yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri baru.

Boleh ubah lagu kebangsaaan, boleh ubah bendera Malaysia....ya ubah...ubah...ubah apa saja yang ada bau-bau Melayu dan Islam.  Maka bergabunglah Malaysia dengan Singapork di selatan menjadi sebuah Republik yang kuat dari segi ekonomi dan politiknya. 90 buah kawasan Parlimen yang majoritinya orang baik-baik ditambah dengan 222 buah kawasan Parlimen di Malaysia semuanya jadi 312 buah Parlimen.

250 buah Parlimen dikuasai mereka yang telus transparent hingga ke soal pemakaian akan jadi pemimpin negara Republik ini.   


Hudud...jangan mimpi nak sebut pun silap-silap akan dituduh terroris dan militan oleh Perdana Menteri yang baru merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan. Nak sebut pasal Melayu...baru cakap dah masuk ISA...rasis dan chauvinis! Maka kita pun kena redho dan to'at wa'la sebagai jemaah dan rakyat yang mukhlisin kepada barisan kepimpinan negara yang baru ini.

Tak perlulah bising-bising soal bangsa dan agama sebabnya semua nikmat kita dah dapat free. Yang penting perut terisi... Rumah free, gaji tinggi, kereta free, minyak murah, pendidikan free, nak kahwin free...Satu Bangsa, Satu Jiwa Semua Sama Rasa...    Ketika itu MENAGISLAH SEPUAS-PUASNYA.....Puaskan?

Do'a Ibu.......

Tun Dr Siti Hasmah Doakan Najib Jangan Buat Sesuatu Yang Tak Baik Bagi Agama Islam... 



Dengan nada sebak, Dr Siti Hasmah berkata, selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib "tidak buat sesuatu yang tidak baik terhadap Islam".

Bagaimanapun, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak mengulas lanjut mengenai doanya itu.

"Saya fikir suami saya dan saya tak sampai (Mekah) tapi Alhamdulillah, Tuhan bagi masa, usia, kesihatan, dapat juga sampai.

"Saya berdoa depan Kaabah untuk keselamatan bagi semua. Saya sebagai ibu, saya juga doakan untuk Najib supaya dia jangan buat sesuatu yang tak baik bagi agama Islam," katanya sebak.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Siti Hasmah sempena Hari Ibu anjuran Yayasan Generasi Muda di Kuala Lumpur.


SUDAH 500 TAHUN, MELAYU TETAP SAMA.


1. Melayu tetap Melayu. 500 tahun berlalu. Terjajahnya Melaka bukan disebabkan kuatnya penjajah semata-mata, tetapi ia disebabkan oleh rapuhnya benteng pertahanan orang-orang Melayu.
2. Melaka gah disebabkan oleh perjuangan Melayu. Melaka jatuh pun disebabkan oleh Melayu.
3. Hilangnya Laksamana Hebat Hang Tuah jua disebabkan oleh Melayu sendiri.
4. Terbunuhnya Panglima Hebat Melaka, Hang Jebat juga disebabkan Melayu.
5. Tidak bersultannya Melaka sehingga kini disebabkan barua Melayu.
6. Termetrainya perjanjian 1909 di antara Siam - British pisahkan Tanah Melayu tanpa pengetahuan Pemerintah Tanah Melayu juga kerana kelalaian dan kealpaan Melayu.
7. Bersatunya persatuan Melayu, tubuhkan parti Melayu untuk kemerdekaan disebabkan oleh satunya Melayu, pecahnya serpihan parti Melayu untuk tubuhkan parti Pas juga disebabkan oleh Melayu.
8. Tanah Melayu hilang sebuah Negerinya (Singapura) disebabkan oleh perpecahan orang-orang Melayu.
9. Pecahnya UMNO lagi , muncullah Kelompok Semangat 46.
10. Pecah Lagi UMNO , muncullah Parti Keadilan Rakyat.
11. Zaman berganti zaman, pemerintah berganti pemerintah, generasi berganti generasi, sikap pecah Melayu masih ada lagi. Kini perseteruan antara mantan Presiden dan Presiden , masih samar penghujungnya tetapi jelas pengakhirannya, Melayu sentiasa dalam kerugian.


AMUKANMelayu - PERSOALAN, MAHUKAH KITA KEMBALI KE ERA 500 TAHUN YANG LALU?