Sunday, 31 May 2015

PENIPUAN DAN KEJUJURAN - NOW Ada Syarikat Pengemis‘Berniaga’ di KL

SOALNYA SEKARANG......mengapa mudah TERPEDAYA?....

klia2 - Sabtu 13 Sya'aban 1436, pelaburan jangka pendek, sistem piramid, saham Labu Peram, perusahan cacing tanah, pelaboran hartanah dan LINTAH DARAT. Semua ini adalah gula-gula kemewahan yang di canagkan oleh mereka yang di beri Allah kelebihan yang suara mereka menjadi "LUNAK" bila berbicara. Mereka melebihi suara para penyanyi. Orang akan terpaku dengan kata-kata mereka. Mereka ini terbahagi kepada dua gulungan. 1 menggunakan sedikit suara tapi lakonan yang lebih....mereka ini di namakan PENGEMIS. 

Tapi yang kedua ini adalah sangat hebat. Mereka menggunakan PENTAS POLITIK untuk meraih SIMPATI dan menggunakan JANJI-JANJI palsu untuk "MEREMBAT" duit dari dalam poket-poket mereka yang TERPUKAU dengan gaya KEPIMPINAN yang di tonjolkan oleh beberapa PEMINPIN POLITIK khususnya dari mereka yang BERHALUAN KIRI.

SOALNYA SEKARANG......mengapa mudah TERPEDAYA?....

Pendapatan seorang pengemis di bandar raya ini boleh mencecah sehingga RM300 sehari sekiranya 'lakonan' mereka dapat menarik simpati rakyat negara ini yang sememangnya dikenali sebagai pemurah.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Abdullah Hanapi berkata, angka itu diperoleh berdasarkan purata jumlah wang yang dipegang oleh pengemis yang ditahan oleh para pegawainya dalam operasi-operasi sejak Januari hingga September lalu.

"Wang itu diperoleh daripada simpati orang ramai sewaktu mereka melakukan kerja-kerja mengemis sepanjang hari di bandar Seremban ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pembongkaran itu juga menunjukkan betapa rakyat di negeri ini amat mudah tersentuh dengan 'lakonan sedih' pengemis, termasuklah tidak kisah dengan pengeluaran wang tunai RM1 hingga ke RM5, yang diberikan kepada pengemis berkenaan.

"Walaupun pendapatan yang diraih pengemis itu tidak sebesar seperti yang diperoleh oleh golongan itu di Kuala Lumpur, JKM tidak akan berdiam diri kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan," katanya.

Pada masa yang sama juga, JKM tidak mahu negeri yang mempunyai potensi membangun dalam pelbagai sektor ini, dicemari dengan kehadiran pengemis dari luar negeri ini, termasuklah yang datang dari negara asing.

"Dari tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 42 operasi khas telah kita lakukan dan sejumlah 14 pengemis diselamatkan termasuklah mereka yang bergelandangan, kurang siuman mahupun kutu rayau.

"Ada pengemis yang ditahan mengakui bahawa perbuatan mengemis itu adalah 'kerjaya' harian mereka. Golongan ini ada kalanya sihat tubuh badan, mampu bekerja tetapi memilih cara mudah untuk mendapatkan wang," ujarnya.

Abdullah juga menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terperdaya dengan 'lakonan sedih' pengemis itu kerana mereka akan tampil dengan watak kusut masai, berbaju koyak, muka sedih, kecacatan palsu serta merayu dengan pelbagai alasan.

"Jika terlihat golongan pengemis, manusia gelandangan, kutu rayau yang mendekati anda, segera hubungi jabatan ini untuk tindakan selanjutnya. Jangan beri 'gaji' kepada pengemis untuk hidup senang kerana mengemis bukan satu kerjaya," tegasnya. - © Utusan Melayu (M) Bhd.

Syarikat pengemis pun ‘berniaga’ di KL

 February 17, 2015
Pengemis dapat mengumpul antara RM400 hingga RM1,500 sehari dengan 'bekerja' setiap hari tanpa cuti.
pengemis
SINDIKET - Pengemis Cina di KL
KUALA LUMPUR: Sekarang bukan setakat barangan atau pelancong China yang membanjiri negara, khususnya Kuala Lumpur. Terkini adalah limpahan pengemis dari negara Tembok Besar itu mula bertapak di sesetengah pusat tumpuan orang ramai.

Lazimnya, operasi menguruskan pengemis dilakukan oleh sindiket yang memperdagangkan manusia demi memenuhkan poket sendir. Tetapi lain pula halnya dengan pengemis-pengemis dari China ini apabila mereka diuruskan oleh syarikat!
Peminta sedekah ini sebenarnya ‘pekerja’ syarikat berdaftar. Guangming Daily melaporkan, sebuah syarikat dari China telah menggunakan  ‘rombongan seni orang cacat’ untuk merekrut ahli sebelum menghantar mereka mengemis di China dan negara-negara serantau, termasuk Malaysia.

Keadaan itu sekali gus menunjukkan kumpulan pengemis dari negara Tembok Besar itu bukan sahaja ‘dikorporatkan’ malahan ‘diantarabangsakan’. Beberapa sindiket pengemis China yang mensasarkan kawasan tumpuan umum, telah mula beroperasi di Jalan Alor, berhampiran Jalan Bukit Bintang.
Seorang pengemis yang mahu dikenali sebagai Sun berumur 28 tahun mendedahkan bahawa semua duit yang berjaya dikumpulkan akan dibahagi pada nisbah 50:50 iaitu separuh milik pengemis dan bakinya milik syarikat.

Sun berkata, setiap pengemis dapat mengumpul antara RM400 hingga RM1,500 sehari dengan ‘bekerja’ setiap hari tanpa cuti. Jika terlalu penat, maka pengemis dibenarkan memohon cuti sehari dalam seminggu. Kata Sun, terdapat tiga kategori pengemis iaitu pengemis cacat, pengemis seni yang menyanyi dan pengemis ‘beranak’ yang membawa anak kecil.

“Bos di China juga merupakan orang kurang upaya, dia yang menguruskan visa supaya saya dapat mengemis di Malaysia,” katanya, lapor Guangming Daily.

Pengemis-pengemis dari China telah ditempatkan di pelbagai wilayah China, Hong Kong, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Menurut anggaran awal, terdapat kira-kira 500 pengemis China telah ditempatkan di sekitar Asia Tenggara. Walaupun Sun pernah berkhidmat dengan syarikat pengemis China, namun pengemis muda itu kini mengemis secara ‘free lance’ kerana tidak sebulu dengan pihak pengurusan.

Katanya, pihak pengurusan sebelum itu asyik menyindirnya kerana kutipan harian yang berjaya dikumpulnya hanya antara RM40 hingga RM100 setiap hari. Keadaan itu menyebabkan Sun bergaduh dan bertumbuk dengan  ‘pengurus’ syarikat terbabit. Jelasnya, jumlah duit yang dikumpulkan secara relatif adalah kecil kerana dirinya tidak mempunyai kecacatan fizikal yang jelas berbanding pengemis lain. Walaupun tidak cacat, saiz badan Sun adalah kecil iaitu hanya setinggi 143 cm dengan berat 35 kg menyebabkan pengemis ini nampak seperti murid sekolah rendah.

Selepas berpisah dengan syarikat terbabit, Sun telah menggunakan duit sendiri untuk membeli alat untuk mengemis dengan menyanyi di kawasan tumpuan ramai di ibu negara. Sun dari semasa ke semasa turut bekerjasama dengan seniman jalanan Melayu dan berkongsi tip yang berjaya dikumpulkan  daripada pelancong dan orang ramai. Ditanya sama ada mahu balik negara asal, Sun berkata, pada awalnya beliau berniat pulang ke China tetapi terpaksa membatal hasrat itu apabila dia dirompak sehingga dokumen perjalanan dan tiket penerbangannya hilang.

“Saya juga pernah dirompak dalam satu kejadian lain oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa diri sebagai polis sehingga saya kehilangan RM8 dan tuala,” katanya. -

Penubuhan National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) Untuk Melindungi Pemberi Maklumat


Negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salahguna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku. Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa. Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau.

Sepanjang saya mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, saya berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Saudara Johari Mohamad. Mereka juga kini menghadapi risiko yang sama.

Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.

Saya percaya selepas ini, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka. Pemburuan ini juga bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.

Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat.

Saya telah menubuhkan sebuah badan yang bernama National Oversight and Whistleblowers Centre (kependekan namanya NOW) yang bermatlamat seperti berikut:

1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);
2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;
3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;
4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan
5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi. Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.

NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.
Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini. Maklumat akaun bank NOW adalah seperti berikut:

Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd)
Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
2 OGOS 2012 


PENDERMA MINTA RAFIZI KEMBALIKAN WANG MEREKA, PUNGUTAN MENCECAH RM5.9 JUTA ?




3 Soalan rakyat kepada Rafizi:-

1. BERAPA BANYAK SUDAH WANG HARAM KAMU KUMPUL DALAM SYARIKAT PERIBADI 'NOW' ITU?

2. SYARIKAT NOW IALAH SYARIKAT PERIBADI KAMU, SILA BENTANGKAN STATEMENT AKAUN PUNGUTAN WANG HARAM DARI ORANG RAMAI ? 

3. KHABARNYA PUNGUTAN WANG HARAM DI AKAUN SYARIKAT NOW MENCECAH RM5.9 JUTA TETAPI KAMU HANYA DECLARE RM6,000 SAHAJA? BETUL ATAU TIDAK?

NOTA: BUKANNYA SUKAR BAGI SEORANG AKAUNTAN PENIPU SEPERTI RAFIZI UNTUK MENIPU JUMLAH WANG  KELUAR MASUK. RAFIZI BIASA MELAKUKANNYA SEBAB ITU MANTAN MB SELANGOR SINGKIRKAN RAFIZI SEBAGAI PENASEHAT EKONOMI, KERANA MEMBERI DATA TIPU KEPADA KHALID

4. SOALAN EMEL TERAKHIR, BOLEHKAH WANG PENDERMA DIKEMBALIKAN SEMULA DAN BAGAIMANAKAH CARANYA? MEREKA BARU TERSEDAR DITIPU.
Rafizi, The CEO Syarikat Peribadi National Oversight Whistleblowers (NOW)
National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad di mana Rafizi adalah Pengarah Elsekutif.

Rujukan di Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mempunyai surat kebenaran untuk mengutip wang daripada rakyat. Malangnya, Rafizi tanpa rasa malu telah melancarkan kutipan Wang haram itu.
Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin menyifatkan Rafizi sebagai penipu.

“Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” kata Rao.
“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”
“Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.
LAPORAN POLIS

Ramesh Rao Report Polis
Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP) K. Ramesh

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP) K. Ramesh membuat laporan polis berhubung tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang memungut derma menggunakan akaun sebuah syarikat.

Beliau berkata laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya itu adalah bagi memohon polis menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan daripada Rafizi sendiri.

"Saya telah mendermakan RM10 melalui akaun atas nama Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd yang saya sangkakan sebuah pertubuhan.

"Namun setelah disemak ia merupakan sebuah syarikat dan tidak mempunyai kebenaran mengutip wang deposit daripada orang awam berdasarkan Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989," katanya kepada Bernama Khamis.

Menurutnya beliau memasukkan RM10 ke dalam akaun Oversight and Whitstleblowers Sdn Bhd setelah membaca laman Twitter milik Rafizi yang ingin mengutip derma bagi mengupah peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya menderma bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangannya untuk menuntut keadilan namun sebaliknya saya merasa tertipu setelah mengetahui akaun yang digunakan ialah akaun milik syarikatnya," katanya.
 
Laporan polis berhubung perbuatan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memungut derma menggunakan akaun sebuah syarikat dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. 
Laporan dibuat Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP) K. Ramesh bertujuan memohon polis menjalankan siasatan serta mendapatkan keterangan daripada Ahli Parlimen Pandan itu.

"Saya telah mendermakan RM10 melalui akaun atas nama Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd yang saya sangkakan sebuah pertubuhan.

"Namun setelah disemak ia merupakan sebuah syarikat dan tidak mempunyai kebenaran mengutip wang deposit daripada orang awam berdasarkan Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989,” kata Ramesh - seterusnya
Ramesh juga berkata merasa tertipu setelah mengetahui akaun yang digunakan ialah akaun milik syarikat Rafizi Ramli. 

Tindakan Ramesh membuat laporan polis bertujuan mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan itu.
 
Ramesh juga tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai lagi mereka yang menjadi mangsa penipuan itu.
 

AMUKANMelayu - Segalanya sudah tidak TERKAWAL.....Malaysia bagaikan sebuah KAPAL YANG tiada NAKHODAN dan sedang di pukul RIBUT dan GELOMBANG......