Sunday, 24 May 2015

TGHH - PERJUANGAN BELUM SELESAI


PAS MENUJU PENDIRIAN AKHIR. BERSABAR LAH ! 

Image result for haji hadi dan najib

Menteri Besar Kelantan dah setuju dengan pandangan TGHH dalam isu mufakarah dengan PR. Kata MB Kelantan, perkara itu sudah LAMA dikaji . Dikaji dalam maksud adakah gabungan ini membawa manfaat atau mudorat pada perjuangan PAS.
Mengikut fahamannya, akan sentiasa mendahulukan prinsip perjuangan partinya.

Mana-mana parti pun baik dalam BN sudah pasti mewajibkan akan pendahuluan prinsip perjuangan melebihi persefahaman dalam konteks gabungan. Ramai skeptikal mengenai pendirian pas ni. Dah ramai jugak balun pendirian flip flop pas. Namun kita sebagai blogers harus memahami isu 'sengugut politik' ini dengan lebih meluas. Dalam konteks ini, gabungan PR YANG MENDAHULUKAN IDE HAK ASASI, DEMOKRASI, KETERBUKAAN amatlah jauh menyimpang dari prinsip asal perjuangan PAS.

Anwar pada 2007, secara terbuka menyatakan persetujuan untuk membenarkan Lina Joy murtad atas nama hak asasi. Adakah PAS perlu menyetujui pandangan anwar ini? Pada 2008, isu kalimah ALLAH yang mahu diguna pakai di SEMENANJUNG oleh pakatan. Tp ianya sama sekali tidak dipersetujui oleh Dato Haron Din. Harus blogers fahami, dalam konteks gabungan BN dan pakatan ....

Pakatan dalam beberapa polisi politiknya amatlah serius untuk menggangu status quo. Namun tidak dalam BN ( walaupun ada sikit sikit namun dapat diselesaikan ) mengganggu status quo inilah yang menjadi dilema besar TGHH. Dalam hal ini, TGHH memerlukan beberapa waktu sahaja untuk difikirkan jalan mufarah dengan PAKATAN.

Liku pertama.... pemilihan dalam muktamar pas bulan depan. Melihat perkembangan ini, ianya amat membimbangkan DAP. Tanpa PAS, DAP akan merana untuk menambah KERUSI PARLIMENT bagi mencapai impian DAP menjadi PEMERINTAH di Malaysia ini seperti dalam KABINET BAYANGAN mereka ini.

Malaysia menjadi Negara KOMUNIS sepenuhnya

Melihat kepada perkembangan politik semasa, Kit Siang begitu terdesak sehingga tidak dapat lagi menyembunyikan perasan marahnya kepada TGHH dan begitu juga dengan pemimpin DAP yang lain. Kit Siang sehingga sanggup menggunakan nama Almarhum Tok Guru bagi menghalalkan KEBIADABANnya menyerang TGHH. Sedangkan TGHH memegang WASIAT TOK GURU.

Al-Marhum Tok Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat

TMB: Amanat Nik Aziz mahu PAS, Umno berbaik

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno.

Mohd Amar berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAs sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.

"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah  Islamiyah di Pengkalan Chepa malam kelmarin. 
 
Anak Tinggalan PENJAJAH
Huh! Nampak gayanya Si Apek Kit Siang ni semakin hari semakin ketandusan idea untuk dijadikan sebagai bahan kempen dalam pemilihan PAS Pusat kali ini bagi menyerang Si Hadi Awang tu.

Jika sebelum ini, segala maki hamun, bahan cacian serta Penghinaan yang dilemparkan terhadap Si Hadi Awang tu jelas tidak mampu untuk menjejaskan sokongan dikalangan ahli PAS.

Sebaliknya, kecaman dan kutukan yang dilemparkan oleh puak - puak DAPigs tu terhadap Hadi Awang menjadi sumber kekuatan serta menambahkan lagi sokongan kepada Presiden PAS tu sendiri.

Persoalannya, kenapa Si Apek Kit Siang tu sibuk sangat nak tumbangkan Presiden PAS  tu dengan memburuk - burukkan nama baik serta kredibiliti Si Hadi Awang tu secara terang - terangan?

Punya la Si Apek Kit Siang tu terlalu taksub dan ghairah nak mencemar imej serta reputasi Hadi Awang sampai sanggup pulak dia menjaja nama Allahyarham Nik Aziz sebagai bahan kempen.

Kata Si Apek Kit Siang, jika Allahyarham Nik Aziz masih hidup, sudah pasti beliau tidak akan membenarkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu mengalami krisis seteruk yang dihadapi pada ketika ini.
“Kalau bekas mursyidul am PAS (Nik Abdul Aziz) masih hidup, pasti beliau tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat berhadapan krisis seteruk ini dan menentang rancangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh pimpinan PAS sedia ada.

“Bekas pemimpin PAS pernah mendakwa idea pembentukan kerajaan perpaduan telah mendapat restu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi ia dihalang sendiri Nik Abdul Aziz.


“Bagaimanapun promoter konsep kerajaan perpaduan telah mengambil kesempatan daripada kematian Nik Abdul Aziz untuk meneruskan konspirasi politik itu,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dari kenyataan yang dibuat oleh Si Apek Kit Siang tu, nampak sangat yang dia cuba nak sembunyikan Kebenaran disebalik pendirian yang pernah dikemukakan oleh Allahyarham sebelum ini.

Si Apek Kit Siang tu lupa, jika Allahyarham masih hidup, sudah pasti dia juga tidak akan sanggup untuk melihat dasar perjuangan PAS dihina secara terbuka oleh puak - puak Kafir Harbi tu.

Dan sudah pasti Allahyarham Nik Aziz juga akan tetap menyokong perjuangan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud seperti mana yang telah diperjuangkan selama ini.

Hakikatnya, Si Apek Kit Siang tu perlu sedar bahawa Allahyarham Nik Aziz merupakan orang yang bertanggungjawab memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Jadi, tak perlu la Si Apek Kit Siang tu nak mempergunakan nama Allahyarham demi kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!

Kit Siang bagi tempoh 2 minggu PR berpecah

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu.
Ia sekaligus menggambarkan PR kini di ambang perpecahan.

“Ini merupakan perkembangan politik paling tidak munasabah,” katanya dalam laman blognya pada Ahad.
pas kekal dlm PRMenurut Kit Siang sebuah kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO mungkin akan menjadi kenyataan selepas cuba dihalang bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Bekas pemimpin PAS menegaskan kerajaan perpaduan mendapat restu daripada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tetapi dihalang Nik Aziz,” katanya.

Katanya, beliau terkejut apabila mengetahui dakwaan terbaharu Hadi bahawa cadangan tersebut mendapat kelulusan Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dimaklumkan kepada DAP.

Kit Siang merujuk kepada ucapan Hadi pada Selasa lalu di mana beliau mendakwa Nik Aziz dan Anwar menyokong idea pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

“DAP tidak pernah memaklumkan kepada Hadi mengenai idea itu. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli turut menafikan Anwar bersetuju dengan konsep tersebut.

“Nik Aziz mungkin tidak bersetuju atau beliau tidak akan menegur Nasharuddin pada Jun 2009 dan memberitahunya supaya berundur sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok serta menyertai UMNO sekiranya beliau ingin tetap meneruskan konsep perpaduan,” katanya.
Tambah Kit Siang satu cara untuk menyelamatkan PR daripada berpecah adalah dengan mengamalkan hala tuju lapan tahun PR.

Beliau berkata tiga parti komponen perlu komited untuk menegakkan dua prinsip asas iaitu kepatuhan pada dasar bersama dan prinsip operasi kesepakatan mengenai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai badan pembuat dasar tertinggi dalam PR.



AMUKANMelayu - Mana mungkin POLIS dan BOMBA dapat bersatu. Polis mengarahkan semua premis memasang GRILL BESI di semua rumah untuk mengelakan KECURIAN sedang BOMBA minta semua rumah jangan di pasang GRILL BESI ini kerana ianya seperti PENJARA yang akan MEMERANGKAP kita bila KEBAKARAN berlaku.