Friday, 31 July 2015

1MDB - BERAPA RAMAI LAGI YANG PERLU DI KORBANKAN

NAJIB -  ‘Cash is King’

OLAK LEMPIT - Khamis 13 Syawal 1436H, Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh NAJIB QC, ramai dikalangan

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - Khamis 13 Syawal 1436H, Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh NAJIB QC, ramai dikalangan

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - Khamis 13 Syawal 1436H, Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh NAJIB QC, ramai dikalangan

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - Khamis 13 Syawal 1436H, Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh NAJIB QC, ramai dikalangan

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
OLAK LEMPIT - Jumaat 14 Syawal 1436H, Apakah kebetulan atau konspirasi?
OLAK LEMPIT - Khamis 13 Syawal 1436H, Sejak berlakunya rombakan kabinet yang dibuat oleh NAJIB QC, ramai dikalangan

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
KETIKA Malaysia sedang menarik perhatian dunia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), persoalan wang dalam akaun peribadi, aset anak isterinya dan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang mempersoal kepemimpinannya, Datuk Seri Najib Razak hari ini menampakkan ‘belang’.

Ketika penulis 5 jam BERGELUT antara hidup dan mati di dalam Bilik Pebedahan di IJN, jam 8 malam balik ke Wad. Dalam keadaan khayal dengan Ubat Pelali yang di suntik, penulis terdengar perbualan dari katil sebelah......Najib "MEMBUANG" beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat-kuasa esok.(29hb. Julai 2915). 

Sengaja penulis menggunakan perkataan MEMBUANG, kerana jika di pecat dalam istilah Pegawai Kerajaan masih ada harapan untuk membuat RAYUAN atau di kemukakan kepada Pejabat BURUH. Tapi MP atau Ahli Politik atau Menteri jika mereka di BUANG.....berti sudah sampai masa untuk di LEMPAR di hujung Kampung. Mereka ini akan di buang oleh kawan-kawan dan orang-orang yang sering bersama mereka dahulu semasa berkuasa. 

Tapi apa yang amat pelik, menghairankan dan amat tidak masuk akal bagi pemerhati politik berlaku sebelum ini adalah pengumuman rombakan Kabinet itu berlaku hampir serentak dengan lima berita mengejutkan  yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

5 berita lain yang TERKELUAR hari ini serentak dengan rombakan Kabinet ialah:

1. Bukit Aman Terbakar

2. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara;

3. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Muhyiddin;

4. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri;

5. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Tidak boleh dinafikan bahawa kelima-lima ‘peristiwa pelik’ itu telah membawa kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan di bawah kepemimpinan Najib sekarang ini sedang berusaha ‘mematahkan’ serangan terhadap beliau. Tapi penulis tidak terkejut dengan 4 perkara di bawah BIDANG KUASA sang penguasa Najib QC. Jika anda berada di tempatnya sekarang sudah semestinyalah kita sebagai Orang No 1 selepas Agung akan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Diri, Keluarga, Adek Beradek dan Kawan-kawan. Negara dan Rakyat sudah tidak masuk dalam senarai yang perlu di SELAMATKAN.

Isu hutang oleh 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dikawal sendiri oleh Najib, isu wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi beliau dan isu RM2 juta didakwa masuk ke akaun isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, selain persoalan mengenai dari mana anak tirinya memperoleh jutaan ringgi bagi membiayai filem lucah, menghampiri kemuncaknya apabila kerajaan cuba menutup mulut pemimpin dan rakyat daripada bersuara. Semua perkara ini penulis dapat menerimanya. Tapi apa yang mengherankan penulis bagaimana BUKIT AMAN terbakar?





Adalah amat mustahil Bangunan TERPENTING dalam PENGUATKUASAAN Negara boleh terbakar dengan begitu mudah. Dan yang terbakar pulak sudah tentulah DUKUMEN-DUKUMEN penyiasatan atai Fail-Fail "mana ada yang tidak penting" jika melibatkan PENYIASATAN yang akan membawa kepada PENDAKWAAN?. Adalah amat melucukan bila KPN mengatakan Fail-fail yang tidak perting yang bakar. Adakah Api akan memilih mana yang penting dan mana yang tidak peting untuk ia MEMBAHAMNYA.

Kebakaran Bukit Aman: Hanya Dokumen Tak Penting Terbakar - KPN

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 9:29 PM
"LONGGOK" - Terbakar atau  dibakar?
PETALING JAYA: Kebakaran di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah berjaya dipadamkan tanpa ada kemalangan jiwa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata kebakaran itu menyebabkan kemusnahan dokumen-dokumen yang tidak penting.

"Saya sahkan kebakaran di Ting 10 Menara 2 @PDRMsia Bkt Aman. Api telah berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa. Punca sdg disiasat.

"Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin," katanya menerusi laman Twiiter @KBAB51, Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

"Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat sepuluh adalah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya. 

Jurucakap bomba dan penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya pada 7.47 malam Rabu. Sebanyak 24 anggota bersama empat jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa terbabit dalam operasi itu. 

"Kebakaran itu melibatkan buku di tingkat 10 bangunan itu,"katanya.

Di atas adalah KENYATAAN KPN yang di Petik dari MStar. Penulis terasa amat KELAKAR dengan kenyataan KPN itu. Seperti juga KES Low Yat.....belum di siasat dah di keluarkan kenyataan "BUDAK MELAYU MENCURI TALIFON" .......bagaimana jika MAHKAMAH membuat keputusan sebaliknya?
Begitu juga dengan KES BUKIT AMAN TEBAKAR. Bagaiana jika JSJ kata semua DUKUMEN "RAHSIA" SIASATAN 1MDB telah TERBAKAR?

Penulis harap janganlah di TANGKAP pula......

Disini penulis nak menerangka kepada KPN bagi pendapat penulis, Bukit Aman adalah Lambang Penguatkuasaan Ke atas Undang-undang Malaysia. DUKUMEN adalah bahan penting untuk SIASATAN dan PANDAKWAAN. Ia juga ada bahan BUKTI yang di simpan didalam FAIL SIASATAN. Dan sudah tentulah Bukit Aman perlu jaga rapi dari perbagai sudut. Dari sudut KECURIAN....mustahil Bukit Aman ada pencuri. Tapi SABOTAJ boleh ada dimana-mana sahaja. Kerana ia melibatkan HABUAN atau UGUTAN. 

Tapi api adalah amat MUSTAHIL berlaku kebakaran di PEJABAT SEPENTING ini. Dalam sesebuah bangunan PENTING pasti ada BILIK KEBAL dan KALIS API. Mustahil JSJ tiada bilik ini. Dalam bangunan ini telah di LENGAKAPI dengan SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN yang terkini.or

1. Heat Ditektor
2. Smoke Ditektor
3. Sringkler Sistem
4. Pancur Kering/Basah
5. Hose Real.

Heat Ditektor, Smoke Ditektor dan Springkler sistem berjalan serentak. Bila smoke atau heat ditektor nengesan asap atau kepanasan........sringkler telah bersedia untuk menjalankan tugasnya. Bila kepanasan sampai ke had tertentu springkler secara automatic akan bekerja dengan memungtahkan air selepas tiup kaca mereka itu pecah.
Springkler
Smoke Ditektor
Heat detectors can be spot type or linear.
Heat Ditektor

Penulis mengharapkan selepas ini tiada lagi KECUAIAN dan PEBOHONGAN. Jika ini berlaku,ianya amat mendukacitankan.  Jika dari awal kita BERBOHONG dan ianya akan di turuti pula oleh AGENSI lain untuk terus berbohong. Bagaimana Pegawai Bomba hendak berbohong dalam perkara-perkara teknikal seperti ini. Jika dia BERBOHONG sudah pasti dia akan KANTOI. Samalah apa yang berlaku pada Najib QC. Ribuan orang menyambutnya bila kesesuatu UPACARA dengan sepanduk I LOVE PM......tapi hakikatnya PULUHAN RIBU MESEJ yang meminta Najib QC MELETAK JAWATAN.

FB Najib Dibanjiri Puluhan Ribu Mesej Letak Jawatan

Najib kini dianggap sebagai ‘kerajaan diktator’.dan FBnya pula di banjiri dengan Mesej "NAJIB LETAK JAWATAN"






Bermula dari pengumuman rombakan kabinet yang menggugurkan Muhyiddin Yassin baru-baru ini, Facebook Perdana Menteri, Najib Razak dibanjiri dengan puluhan ribu mesej letak jawatan yang dicopy paste  di ruangan komen status Perdana Menteri Malaysia itu.

Komen-komen terbabit dipenuhi dengan hashtag najibletakjawatan.


Selain dari itu terdapat juga komen-komen dari pengguna media sosial yang melawan komen letak jawatan itu dengan menulis #wesupportyounajib.

Komen-komen terbabit paling banyak ditulis di dalam kenyataan di Facebook tersebut yang menjelaskan tindakannya merombak kabinet. Sehingga ke saat ini, pertarungan berbalas komen itu masih lagi berlaku

1. Rombakan Kabinet (Pemecatan Muhyiddin dan isu 1MDB)
Mula menduduki kerusi TPM pada 10 April 2009, semua orang tahu Muhyiddin yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada Islam, malah bapanya yang juga seorang ulama, tidak takut untuk mempertahankan kebenaran.

Muhyiddin yang sebelum ini pernah dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai TPM tetapi ditolak oleh Najib, mula menyuarakan pandangannya sebagai Timbalan Presiden yang bertanggungjawab terhadap parti Umno dan sebagai TPM yang perlu bertanggungjawab kepada negara serta rakyat.
Kita yakin sebagai TPM, bukannya Muhyiddin tidak mengetahui mengenai isu dan masalah yang menimpa 1MDB sebelum ini, namun demi menjaga Najib sebagai boss dan rakan, beliau dipercayai lebih banyak mendiamkan diri.

Sehinggalah isu 1MDB semakin panas dan kemudian dikaitkan pula dengan laporan The Wall Street Journal bahawa kira-kira RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib, serta laporan mengatakan RM2 juta masuk ke akaun peribadi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Muhyiddin mula memberi nasihat kepada Perdana Menteri, namun tidak dipedulikan.

Akhirnya, Muhyiddin mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 1MDB secara umum dalam perjumpaan dengan ahli Umno sama ada secara tertutup atau terbuka dan dalam Kabinet. Kita yakin beliau tidak membuat kritikan dan menyerang secara terus Perdana Menteri atau keluarganya.
Kita menganggap tidaklah berat sangat kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB dan nasihat kepada Najib sehingga Perdana Menteri begitu kejam ‘mematikan’ karier politik orang yang selalu membelanya.

"Kita bercakap benda yang betul, apa yang rakyat rasa, apa yang rakyat nk tahu tak kan saya dah bohong kepada ahli saya? Saya orang Islam"

DUA KALI.
Ingat kali pertama Tan Sri Muhyiddin bersuara mengenai 1MDB? Di Janda Baik, di program latihan UMNO, KERIS.

Kedua, baru-baru ini di Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras. Kedua dua nya di MAJLIS TERTUTUP BERSAMA AHLI UMNO.

Saya ulang, kepada ahli-ahli UMNO. Cuma kedua dua nya disebarkan melalui video kepada orang luar.
JADI DI MANA TSMY MEMBURUKKAN PARTI DAN NAJIB RAZAK KEPADA RAKYAT sedangkan beliau hanya bercakap benar mengenai apa yang sedang berlaku kepada AHLI UMNO yang menjadi viral adalah orang luar (media dan penyebar video).

Bak kata TSMY "Kita bercakap benda yang betul, apa yang rakyat rasa, apa yang rakyat nk tahu tak kan saya dah bohong kepada ahli saya? Saya orang Islam"

HARI INI, kerana serangan terhadap 1MDB, Muhyiddin akhirnya ‘diberhentikan’ oleh Najib.

9560

2. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)
Alasan yang diberi ialah kerana Gani menghadapi masalah kesihatan. Tidak dinafikan Gani mempunyai masalah kesihatan, namun rata-rata orang ramai melihat tindakan itu ada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas 1MDB, yang dipercayai memperoleh banyak maklumat mengelirukan mengenai berbilion-bilion wang yang dipinjam daripada bank tempatan dan luar.

Apa yang memeranjatkan ialah pendedahan oleh The Wall Street Journal yang memetik laporan Pasukan Penyiasat Khas itu mendedahkan berlaku aliran wang tunai ke dalam akaun Najib berjumlah RM2.6 bilion. Najib walaupun sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan, namun masih tidak menjawab sama ada betul atau tidak wang berkenaan berada di dalam akaun beliau. Ya atau tidak!
Malah, ada dakwaan bahawa Gani sudah mempunyai maklumat lengkap dan bercadang mengenakan tuduhan terhadap Najib. Pasukan Penyiasat Khas itu turut dianggotai SPRM, Gabenor Bank Negara, dan PDRM dan kerap menyiarkan kenyataan mengenai siasatan mereka.

HARI INI, khidmat Gani akhirnya ditamatkan. Adakah Pasukan Penyiasat Khas juga terpaksa menghentikan siasatan mereka atau menyerahkan semua dokumen siasatan kepada Najib?

 

Kertas Pertuduhan Ke Atas Najib Adalah Palsu – Pejabat Peguam Negara
 
Pejabat Peguam Negara menafikan deraf Kertas Pertuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Shamsul Anuar bin Sulaiman yang disebarkan di laman-laman sosial merupakan dokumen dari pejabat mereka.
“Dokumen tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata,” kata sumber Pejabat Peguam Negara ketika dihubungi sebentar tadi.

SR-Tuduhan

Hari ini beberapa portal berita mula memaparkan apa yang mereka dakwa sebagai deraf kertas pertuduhan ke atas Perdana Menteri menyeleweng Wang Kumpulan Amanah Pencen (KWAP) melalui SRC International.
Portal SarawakReport yang menerbitkan dokumen tersebut mendakwa deraf tersebut menjadi punca Tan Sri Ghani Patail dipecat isnin lalu.
Menurut sumber, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.
Sementara itu dari penyelidikan kami juga mendapati kertas pertuduhan tersebut bukan format biasa Pejabat Peguam Negara yang sepatutnya mempunyai nama lengkap dan no kad pengenalan.
contoh pertuduhan
 


Logo-SPRM
Add caption
3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)

Secara tiba-tiba sahaja, PMSP hari ini membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan kepada media selepas mengemukakan laporan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan dilaporkan meminta Muhyiddin mengambil cuti rehat sehingga siasatan SPRM ke atas projek itu selesai.

“Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” kata Suud. Mungkin, Suud tidak mengetahui bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB adalah wang rakyat dan jumlahnya lebih besar daripada RM663 juta.

Namun, kita hairan kenapa pertubuhan yang mempunyai minda prihatin itu tidak membuat aduan terhadap Najib selepas dakwaan mengatakan RM2.4 bilion wang 1MDB yang juga wang rakyat masuk ke akaun peribadi Najib.
Apa benda ni.....siapa yang kena berehat ni?
Jika PMSP menggesa Muhyiddin berehat kerana kata mereka kes itu melibatkan wang rakyat yang jumlahnya sangat besar, wajar juga mereka menggesa Najib supaya berehat kerana wang yang dikawal oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan ‘pengawal’ 1MDB adalah berkali-kali ganda besarnya – bukan juta tapi bilion.

HARI INI, apabila Muhyiddin sudah menjadi rakyat biasa (kecuali masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen), mudahlah siasatan dijalankan ke atas beliau.

nurjazlan
Add caption
4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Pengerusi PAC yang kini sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang oleh 1MDB yang dikawal oleh Najib.

Adakah, pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (satu portfolio penting) adalah usaha untuk memperlahankan siasatan PAC ke atas 1MDB? Ini kerana pelantikan anggota PAC perlu dibuat di Parlimen sedangkan sidang Dewan Rakyat sesi akan datang masih lambat lagi.
Sudah diketahui ramai bahawa 1MDB membuat hutang daripada bank tempatan dan luar negara paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu kira-kira RM42 bilion. Wang yang dipinjam itu pula kini dikatakan tidak dapat dikesan.

HARI INI, pastinya siasatan PAC terhadap 1MDB tergendala apabila Nur Jazlan berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC selepas dilantik sebagai timbalan menteri. Siapa yang akan meneruskan siasatan apabila ‘kepala’ PAC dan Pasukan Penyiasat Khas (Gani) tiada?

4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Apa pula kaitan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dalam hal siasatan terhadap 1MDB atau Najib? Memang agak sukar untuk dikaitkannya, namun perlu diingat bahawa peranan SB dalam sebarang siasatan kes tidak boleh diketepikan apa lagi dalam isu-isu yang besar dan mengancam keamanan negara.
Namun, mungkinkah hanya kebetulan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baharu yang akan memulakan tugas rasminya esok, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara?


KENAPA HARUS DI KORBANKAN BANYAK ORANG HANYA UNTUK MENYELAMATKAN SATU ORANG?

MUSTAHIL Springkler system dan Jokkey Pump di Bukit Aman tak berfungsi......tolong periksa SOP syarikat yang menjalankan PENYELENGGARAAN BANGUNAN di Bukit Aman dan bila kali terakhir PENYELENGGARAN ke atas Jokey Pump di jalankan?


AMUKANMelayu - Adat PEMIMPIN, ia di LANTIK dan ia BERTANGGUNG JAWAB keatas lantikan itu dan MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB apa yang di AMANAHkan kepadanya.....dan jika ianya sudah tidak di BEKEHENDAKAN lagi oleh RAKYAT.....maka TURUNLAH walau pun kita MERASAKAN kita adalah PEMIMPIN yang terbaik.