Sunday, 12 July 2015

LOW YATT KENE "LANGGAR" DI SAAT-SAAT DAP NAK BAWAK CINA BERAMBUS DARI TANAH MELAYU


KESEDARAN : Melayu Bangkit atau DAP bangkit?

melayu bangkit



Pembangkang berkata bahawa mereka akan memerintah dan melakukan perubahan, maka suka dinyatakan bahawa semua yang mereka katakan itu adalah benar sekali.  Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu.   Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat.

Dalam PRU yang lalu secara sedar atau tidak DAP telah membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya.  PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya.
Dalam hal ini, banyak pihak telah mengenal siapakah yang berada disekeliling mereka. Samaada kawan ataupun lawan. Teman sebantal atau berlainan bantal. Semuanya diterjemahkan melalui perbuatan mereka.

Musuh atau lawan seiringan bersama  kawan atau taulan berganding bahu  menerjah komposisi politik agar mereka dapat melihat hasil kajian mereka berhasil atau pun sebaliknya.

Mungkin ada yang masih tidak tahu atau kurang membaca agenda politik sebenarnya DAP. Mungkin mereka hanya melihat  kebaikan pemberiaan RM100 ringgit kepada warga tua  atau  masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang  ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hitam sambil menganga mendengar Anwar berucap membawa harapan ‘Ketuanan Cina’.

Kita biarkan anak-anak Cina produk SJKC itu terus percaya apa yang mereka ingin percaya kerana mereka bukannya bijak sangat untuk diajak berbicara. Semua ini adalah kesan daripada kontrak social dimana setiap kaum berhak keatas kaumnya termasuk sekolah.

PAS tidak perlu lagi berpura-pura berjuang demi  Islam, PKR tidak perlu berpura-pura berjuang demi keadilan dan DAP tidak perlu berpura-pura berjuang demi ketelusan. PKR juga tidak usah berpura pura memperjuangakan rakyat namun isu air sudah mencapai 10 tahun lamanya untuk diatasi.

Namun, dengan ‘perubahan’ yang berlaku ini, inilah diseru agar semua pihak yang bijak,  waras dan matang agar berhenti dari menjadi hipokrit. Jika namanya PKR PAS dan DAP bila mereka bercakap mengenai isu rakyat seolah olah mereka adalah segala pemutus segala permasalahn yang dihadapi oleh rakyat.

Sedar atau tidak disebalik kata kata manis dan sumbangan RM100 ringgit oleh DAP , janji kebajikan oleh PKR semuanya adalah penyebab PAS bersama mereka dan bersama sama menyerahkan sebuah negeri kepada fahaman komunis.
Alhamdulillah......
Hari ini, BN sudah pun mula bekerja dan PAS sudah pun mengambil keputusan untuk ‘senyap’ sahaja.   PKR bagaimanapun, memilih untuk menafikan kekalahan dan terus berlawan.

Dan sudah  pasti hala tujunya adalah DAP.  Bagaimana DAP mempergunakan orang Melayu dengan janji manis, dengan fitnah yang dilemparkan dan mempergunakan Melayu sebagai  orang yang akan meyerahkan segalanya kepada DAP.

Di kala pemimpin DAP yang sanggup mengangkat sumpah dan menunjukkan keperihatinan mereka dalam permasalahan rakyat, anak muda Melayu pula sanggup terus berhimpun bersama Anwar/PKR menentang keputusan PRU.
Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan ialah, mungkin masih tiada arahan rasmi dari Tokong Lim kepada anak-anak Cina totok ini untuk meninggalkan Anwar di pentas keseorangan.   Mungkin DAP sebenarnya masih mengharapkan Anwar dapat melakukan sesuatu untuk menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat ini.

DAP yang mana satu ketika dahulu sanggup menentang polisi kerajaan kini sekarang  hanya mengeluarkan arahan sahaja kepada PAS agar megerahkan segala tenaga unit amal dan unit demontrasi untuk mencapai segala cita cita tersembunyi mereka.

PAS yang sudah terperangkap dan memenangkan DAP di Pulau Pinang kini menaggis dalam senyap  bahawa mereka telah dipergunakan untuk DAP mendapatkan sebuah negeri  hanya sanggup menerima bahawa mereka telah diperbodohkan.

Apa yang telah mereka lakukan adalah pengajaran bahawa  seburuk buruknya Melayu UMNO dimata mereka  masih lagi bersama mereka dalam apa juga kebangkitan yang berkaitan dengan Melayu.

DAP kini sedang bergelut dengan kebangkitan orang-orang Melayu yang sudah ‘mengenali’ mereka.   Rata-rata, ancaman mereka dengan menggunakan label ‘rasis’ terhadap sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka tidak lagi berjaya.

Malah, ugutan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang juga sudah tidak dipedulikan lagi.   Ini kerana, setiap kali mereka menuduh orang lain rasis, setiap kali juga sikap rasis mereka terserlah semakin jelas.

Sikap DAP ini tidak ubah seperti sikap Yahudi yang melabel sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan Zionis merampas tanah Palestin sebagai rasis dengan merujuk kepada peristiwa ‘holocaust’.  Sedangkan, semuanya hanyalah lakonan untuk menutup agenda jahat mereka sendiri.

Taktik yang sama juga diguna oleh DAP dan ianya terbukti apabila satu ketika dahulu  mendiang Karpal Singh menyuruh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz agar menutup mulut dan tidak mendedahkan ‘rahsia’ DAP.

Hakikat bahawa DAP sedang berahsia dengan rakyat amatlah menarik kerana parti tersebutlah yang paling lantang melaungkan ‘ketelusan’ seolah-olah mereka melakukan segala-galanya secara terbuka dan tiada apa-apa yang perlu disembunyikan

Apa yang pasti, ‘rahsia’ DAP itu tentulah bukan sesuatu yang baik untuk rakyat.  Jika tidak, kenapa DAP perlu merahsiakannya?  Sekarang bukti yang nyata telah dilakukan bagaimana rasisnya DAP terhadap Melayu dan lain lain bangsa di Pulau Pinang.

Apa yang ada pada Melayu di Pualau Pinang sekarang? Tanah kampung, gerai , warung semuanya dirampas dan dihalau keluar dari tanah yang didiami berates tahun dahulu. Jika sedemikina perkara ini tidak dilihat oleh Melayu dan masih mendewakan DAP maka  dengan mudah la Malaysia ini akan bertukar tangan dengan ketaksuban  yang diperlihatkan  oleh Melayu yang meyokong DAP.

Jadi, kita ingin bertanyakan kepada DAP atau Lim Guang Eng di manakah ketelusan yang dilaungkan DAP, jika parti sendiri penuh dengan rahsia?  Dan di manakah kebebasan bersuara yang dilaungkan DAP jika sesiapa yang bersuara akan disaman, didenda, diugut dan diancam?

Sebagai sebuah parti politik yang berazam untuk menjadi pemerintah, DAP tidak wajar berahsia dengan rakyat.  Lebih-lebih lagi jika DAP ingin terus melaungkan ketelusan dan kebebasan dalam perjuangannya.

Seperti yang dikatakan di atas, politik Malaysia sedang mengalami perubahan di mana kita semua kini bermain atas landasan ‘berterus-terang’ selaras dengan matlamat kita untuk menjadi negara maju.  Jika DAP masih memilih untuk berpura-pura baik, telus, bersih dan tidak rasis maka DAP akan ketinggalan dalam arus politik semasa sedangkan semua orang tahu sudah siapa DAP yang sebenarnya.

Sudah sampai masanya kita semua berkata benar dan berani mempertahankan apa yang kita anggap benar itu serta biarkan rakyat memilih sendiri ‘kebenaran’ manakah yang mereka mahukan.  Lagipun, bukankah DAP juga yang melaungkan ‘ubah’

Perkataan ‘Ubah’ itu juga yang dinafikan seterusnya diolah dalam kepelbagaian cara untuk menghalalkan cara. Itu lah DAP yang mana menggunakan Melayu yang kini sebahagian besar dari mereka  ‘mungkin’ telah sedar atau tidak mahu sedar tentang agenda DAP yang sebenarnya. – By redzuan 

 



AMUKANMelayu - Bangunlah BANGSAKU.....jangan tidur terlalu lama, kelak gelanggang di ambil orang.....