Tuesday, 7 July 2015

MALAYSIA KINI KUSUT DAN SERABUT


OLAK LEMPIT - Selasa 21 Ramadhan 1436, Dalam semua umat Islam mengejar 10 malam terakhir ramadhan ni, cuaca juga mendung seolah-olah Lailatulkhadar datang menjengah kita.....penulis pun tak tahu macamana Mala yang di datangi Lalilatulkhadar ni.....cuma dengo orang bercerita jer.....tapi hari ini REDUP dan NYAMAN......bukan mendung. Tapi siapa yang boleh pastikan macamana malam yang di datangi Lalilatulkhadar tu? Ini semua RAHSIA ALLAH.

Tapi bagaimana pula dengan RAHSIA MANUSIA......semua rahsia MANUSIA sejak dari dulu lagi, tiada yang menjadi RAHSIA. Ianya akan TERBURAI juga di masa-masa selepas itu. Biar pecah di PERUT jangan pecah di MULUT......tapi semuanya terdedah jua. Seuanya semakin KUSUT dan BERBELIT-BELIT. Seperti kesah ALTANTUYA.....last-last dua Orang Bekas POLIS yang terlibat. Adakah senang-senang POLIS nak membunuh orang?

Image result for nazir razak sindir najib dalam twitter
Pemimpin perlu BEKORBAN untuk Kepentingan Rakyat dan Negara.
Pasukan Uniform terkenal dengan disiplinnya. Tambahan pula dengan UNIT PROFOSINAL. Unit seperti ini selalunya hanya akan menurun perintah Orang atasannya atau Orang yang Berkuasa keatasnya sahaja. Diwaktu ini kedua-dua anggota ini bertugas dengan siapa? Beginilah terjadi bila KITA ADA KEPENTINGAN keatas sesuatu perkara. Benar kata Tuan Nazir Razak........"PEMIMPIN PERLU BEKORBAN UNTUK RAKYAT DAN NEGARA" ......... dan lebih hebatlagi dengan KATA-KATA TMJ



...................................jika sudah tiada sifat-sifat ini....BERUNDURLAH....


Kenyataan Terbaru Taskforce 1MDB



KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan. 

Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia

 Yan Sri Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

 7 Julai 2015

Kematian Pengasas Ambank Penuh Tanda Tanya


Maklumat berikut telah disebarkan dalam komentari blog:

AmBank significant events. 

March 21st 2013. CheatKor AmBank account received a deposit of USD620millions.

March 22nd 2013. AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Ma laysia that a significant amount of money was deposited into CheatKor personal account.

March 25th 2013. CheatKor AmBank account received a deposit of USD60millions.

March 26th 2013. AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Malaysia that a significant amount of money was deposited into CheatKor personal account.

May 5th 2013. Malaysia General Election.
Every Month AmBank repoted to BNM that sinificant amount of money was withdrawn from the CheatKor account.

28th July 2013. AmBank founder went to file a police report on the matter above due to BNM non action.

29th July 2013. AmBank founder Hussain Ahmad was shot dead in a car park.

30th Aug 2013. All CheatKor accounts in AmBank was closed and money transfer overseas.

Sept 2013. At AmBank all IT department heads was sack and replace.

Unspinners pun turut terima di beberapa komentari. Nampak jelas ada usaha terancang untuk sebarkan khabar angin.

Masaalahnya niat mereka hanya politik tapi ini hal jenayah. Jika salah tuduh, boleh dikenakan contempt of court atau criminal defamation yang mana ada hukuman penal code.

Harap pihak polis siasat lead ini. Turut penting disiasat polis dan MCMC adalah siasat siapa dalang yang sebar. Tak ada kepakaran, guna mereka macam PGI. 

AmBank dan BNM Terlalu Lama Membisu ..



Ramai termasuk aku sendiri tertanya-tanya kenapa dua buah Bank yang dinamakan oleh The Wall Street Journal dalam dakwaannya terhadap Najib hingga kini masih membisu.

Ambank dengan mudah boleh mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa akaun-akaun ini yakni 2112022011880, 2112022011906 dan 2112022009694 bukanlah akaun milik Presiden UMNO iaitu Najib Tun Razak..

Begitu juga dengan Bank Negara yang menjaga transaksi dan laporan tunai, Jika USD681 Juta dipindahkan dari luar negara kedalam akaun yang dikatakan milik Najib di AmBank itu Bank Negara sudah pasti menyedarinya..

Samada akaun yang dimaksudkan itu masih kekal atau ditutup serta seluruh wang telah dipindah keluar negara Bank Negara pasti menyedarinya..

Sama dengan AmBank, Bank Negara Malaysia boleh mengeluarkan satu kenyataan menafikan wujudnya transaksi yang didakwa itu..

Tapi kenapa Bank Negara juga membisu?.. Adakah mereka bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib?

Ini jawapannya...

KUALA LUMPUR: Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang didakwa atas nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar wujud atau sebaliknya. 
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bank-bank berkenaan dilihat perlu merahsiakan maklumat sekali gus tindakan itu tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA). 
"Tiada sebab Najib atau mana-mana menteri Kabinet yang dilihat boleh mengeluarkan arahan kepada AmBank atau BNM supaya mengeluarkan rekod bank seseorang individu. BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi tersebut. 
"Jadi tidak ada apa yang boleh mendesak kedua-dua bank itu untuk mendedahkan apa sahaja yang tertakluk di dalam Akta BAFIA, jika didedah, kepercayaan rakyat termasuk dunia kepada sistem perbankan negara akan musnah," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 
Abdul Khalid mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menggesa AmBank serta BNM mengesah atau menafikan sama ada nombor akaun yang didedahkan AWSJ yang didakwa atas nama Najib benar-benar wujud. 
Jelas Rafizi, langkah ini dapat memberi gambaran terbaik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat atau tidak dalam pengambilan dana berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari 1MDB. 
Sebelum ini, Abdul Khalid merupakan seorang ahli korporat dan pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB). 
Pada tahun 1981, Abdul Khalid menjadi terkenal setelah menyelesaikan 'serangan Subuh' di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51 peratus syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. 
Abdul Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari tahun 1995 sehingga 2003. 
Dalam pada itu ujar Abdul Khalid, kenyataan Rafizi sekali gus dilihat mengelirukan orang ramai serta sengaja menimbulkan persoalan yang tidak harus terjadi. 
Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan boleh memulakan siasatan ke atas pemilik akaun bank yang didakwa AWSJ serta Sarawak Report. 
"Akta BAFIA itu pula tidak tertakluk kepada kuasa SPRM sendiri untuk 'masuk' dan memulakan siasatan terhadap laporan media itu. 
"Hasil daripada siasatan harus diumum dan ia akan menyelesaikan kemelut yang melanda Najib sendiri," ujarnya. 
Pada Ahad, Najib menegaskan, selaku perdana menteri yang dipilih rakyat, dia tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini. 
Kata Najib, pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka. 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, pihak berkuasa kini menyiasat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan AWSJ yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report lapor AstroAwani

BAFIA.. sebabnya.. jadi susahlah kalau Najib mahu rakyat mempercayai kata-katanya 100%.. macai mungkin percaya..

Jadi tepatlah kalau bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, mahu Najib sendiri segera menjelaskan sama ada beliau mempunyai beberapa akaun peribadi di AmBank itu..

"Kesan memfailkan saman undang-undang terhadap WSJ akan mengambil masa yang lama. Perkara segera adalah bagi perdana menteri untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun di bank itu," kata Abu Talib.

Tapi masaalahnya ialah kalau Najib mengaku dia ada akaun di AmBank, secara tidak langsung dia dah akui akan kebenaran WSJ tentang beliau memiliki akaun di AmBank..

Sudahlah Peguam Negara sendiri pun dah sahkan melihat laporan siasatan yang didakwa WSJ tu..

Nak nafikan pula nanti WSJ dan Sarawak Report keluarkan detail transaction tu pula.

Malaysia Teruk Dimalukan - Tun M


tun-dr-mahathir-mohamad
Oleh Azri El
BANGI, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika era lima Perdana Menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak, Malaysia tidak pernah dicemuh seteruk hari ini.
Menerusi tulisan terbaru di blognya, chedet.cc hari ini, Dr Mahathir berkata, Najib dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak terjawab, menjadi punca cemuhan itu.
“Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang,” katanya.
Artikel bertajuk ‘Memalukan Negara’ itu antara lain sebagai reaksi Dr Mahathir kepada kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang menuduhnya memalukan negara ekoran mengkritik Najib di akhbar Amerika “The New York Times”.
Image result for jho low bersama riza aziz
2 Orang Jutawan muda Malaysia
Dr Mahathir berkata, seluruh dunia telah tahu isu hubungan Najib dengan jutawan Jho Low dan 1MDB selepas akhbar terkenal Wasington, New York dan London menyiarkan rencana panjang berhubung perkara itu.
“Ia termasuk laporan mengaitkan Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem porno The Wolf of Wall Street.
“Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Datuk Seri Najib. Anifah mungkin tidak pernah baca surat khabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib.
“Di negara lain skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin dia tetap akan letak jawatan dan mohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” katanya.

Sarawak Report Sudah Ditutup


Orang yang takut salah memang akan lari bila kebenaran akan datang. Apakah rakyat Malaysia masih lagi hendak percaya kepada portal yang berperangai begini?

Web Sarawak Report Sekejap Ada, Sekejap Takda. 
Takut Ke? 
Ibarat seperti tiada telor atau dalam istilah lainnya adalah bacul, web tajaan Yahudi - Sarawak Report (SR) hari ini tidak dapat dicari melalui browser. Rakyat yang menantikan berita hangat dan fitnah hari ini merasa hampa kerana tiada lagi sumber rujukan berita khayalan admin SR. 
Takda angin takda ribut cuma awal pagi tadi sekitar jam 3 pagi jer hujan lebat jer di Lembah Klang, tiba² saja web lidah Pembangkang ini ghaib. Nak kata hilang tapi jejaknya masih ada jika dibuat pada carian di Google cuma main web nya saja ghaib. 

Apabila dilihat pada laporan yang tertera semasa membuka pautan ke web tersebut. Jelas terdapat status 503 SERVICE UNAVAILABLE yang membawa maksud laman web ini ditutup atas faktor maintenance (diselenggara) atau server web  ini overloading. 
So maksudnya di situ, web ini sengaja ditutup oleh admin SR sendiri atas sebab² yang tak diberitahu. Kemungkinan besar admin SR sedang cuak / menggelabah dan cuba membaiki beberapa perkataan atau barangkali memadamkan artikel² tertentu yang berunsur fitnah. 
Yela kan, semalam Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dah mengarahkan peguamnya untuk menyemak dan mengkaji untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang memfitnah beliau hasil sumber daripada SR sendiri. Sumber tu dikatakan sendiri oleh WSJ melalui artikelnya. 
Untuk tidak mengelirukan pihak² yang menganggap ini adalah sebahagian perancangan kerajaan untuk mengaburi mata rakyat, berikut saya sertakan contoh website yang disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Contoh laman web lucah yang telah tidak dibenarkan akses di Malaysia sahaja oleh pihak SKMM.  
So fikir²kanlah  realiti sebenarnya yang melanda Malaysia hari ini. Jika SR yakin bahawa mereka di pihak yang benar, tak sepatutnya mereka menggantung sementara web tersebut. 
Artikel update sehingga 1.40pm (7 Jul 2015)

AMUKANMelayu - Walau pun kita baik......tapi bila dah orang "TIDAK LAGI BERKEHENDAK" pada kita......baiklah letak jawatan......