Friday, 28 August 2015

ANAK JANTAN UMNO LAMBAT BALIAQ


Image result for bangkai gajah
Nak tutup Bangkai Gajah dengan Nyiru?

SPRM Masih Menyiasat RM2.6bilion..

OLAK LEMPIT - Jumaat 13 Zulkaeah 1436H, letih, lemah dan lesu.....dua kali meeting....tahlil.....Chairman menjelaskan stanby penuh TAHAP MERAH pada ahad ini. BERSIH, MERDEKA, Kegawatan MAS dan Flow traffik yang di jangka sesak. Harga papan tanda Kedai makan dah 3 kali berubah. Nilai Ringgit masih tidak stabil.......emosi rakyat banyak yang terganggu. Eh.....apa yang saya merapek ni......emosi terganggu!!.

Pepatah Melayu lama menyebutkan “Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru..”. Siapakah gajah, siapakah bangkai, siapakah nyiru. Dan bau bangkai itu sedang membuak serta menyebar ke setiap lubang hidung mereka yang masih sihat dan berakal serta mengenal erti kebenaran dan kebohongan yang melingkari kehidupannya.Kata Hetty Keos Endang.....BENCI TAPI RINDU.

1. 3 dan 5 Ogos SPRM kata hanya RM2.6bilion bukan daripada 1MDB, tetapi belum menafikan pengelibatan SRC International sdn bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan.
2. Pada 2 julai The Street Journal surat khabar harian milik Dow Jones mendakwa SRC International Sdn Bhd telah menyalurkan RM42juta ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank. Sehingga kini belum ada penafian daripada Perdana Menteri berkaitan dakwaan tersebut.
3. SPRM sedang memburu Nik Faisal Arif Kamil Pengarah urusan SRC dan Datuk Suboh Md Yamin Pengarah syarikat itu, namun hingga kini kedua-dua individu tersebut gagal dikesan.
4. SRC International menjadi perhatian kerana mendapat pinjaman RM4bilion daripada KWAP.
5. Kini, bukan sahaja pembangkang akan tetapi rakyat juga mahu mengetahui duduk perkara pengelibatan SRC International berkaitan wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.
6. Selagi belum ada penjelasan berkaitan RM42juta, selagi itu wujud persepsi bahawa wang KWAP digunakan untuk disalurkan ke akaun Perdana Menteri. - musram rakunman

Tapi sayang seribukali sayang.....3 orang ini telah di sorok Bunian.....SPRM masih gagal menemukan mereka.


Kata orang ada yang menyorokkan mereka..! di mana? sampai bila mampu bersembunyi?

Keluar dan berani menghadapi kenyataan..! Berani kerana benar dan takut kerana salah....!

Siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd tidak akan lengkap tanpa keterangan ketiga-tiga individu yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri  Abdull berkata, sehingga kini ketiga-tiga individu terbabit (Pengarah Urusan dan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah syarikat itu, Datuk Suboh Md Yassin serta ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low) belum menghadirkan diri ke Bahagian Operasi Khas SPRM.
“Kita masih belum menerima sebarang maklumat berkaitan ketiga-tiga individu terbabit.
“Kehadiran mereka diperlukan bagi melengkapkan siasatan. Jika (mereka) tidak hadir, tidak lengkaplah siasatan,” katanya.
SPRM dalam kenyataannya, menerusi Pengarah Siasatannya, Datuk Azam Baki tiga hari lalu menyatakan, ketiga-tiga individu itu dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-318 7757 atau 03-8890 0752, atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-6000345 atau 03-8890 0754.
Mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Azam juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini supaya menghubungi pegawai SPRM itu atau menghubungi pejabat SPRM terdekat.
Menurutnya, alamat terakhir Jho Low  dipercayai di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, alamat Nik Faizal di Alam Impian, Shah Alam, sementara alamat Suboh di  Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Tapi yang peliknya, kumpulan MAT JENIN yang menentang keras SPRM semasa Kes Tan Beng Hok tiba-tiba menyerbu Pejabat SPRM dan mengucapkan Tahniah dan memuji melangait akan SPRM kerana BERANI dan TEGAS dalam tugas-tugas mereka.

Menangguk di air yang KERUH

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.
Dalam kunjungan diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disertai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mereka beria-ia mempertahankan SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan adil dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM 2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka yang tiba di situ kira-kira pukul 10.30 pagi, bergilir-gilir berucap bagi menyatakan sokongan kepada SPRM sebelum Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob membawa mereka masuk untuk sesi dialog.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut hadir dalam kunjungan tersebut menegaskan, kehadiran mereka bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan tugas dengan profesional, telus dan integriti. Beliau juga dengan lantang menggesa pihak polis supaya menghentikan campur tangan terhadap pegawai SPRM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembangkang-bela-sprm-atau-ambil-kesempatan-1.121448#sthash.evzNoznc.dpuf
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembangkang-bela-sprm-atau-ambil-kesempatan-1.121448#sthash.evzNoznc.dpuf

Pembangkang bela SPRM atau ambil kesempatan?


 4  0 Google +0
DR. WAN NOR AZIZAH WAN ISMAIL dan Lim Kit Siang antara pemimping pembangkang yang berkunjung dan men DR. WAN NOR AZIZAH WAN ISMAIL dan Lim Kit Siang antara pemimping pembangkang yang berkunjung dan menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM) di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.
Dalam kunjungan diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disertai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mereka beria-ia mempertahankan SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan adil dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM 2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka yang tiba di situ kira-kira pukul 10.30 pagi, bergilir-gilir berucap bagi menyatakan sokongan kepada SPRM sebelum Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob membawa mereka masuk untuk sesi dialog.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut hadir dalam kunjungan tersebut menegaskan, kehadiran mereka bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan tugas dengan profesional, telus dan integriti. Beliau juga dengan lantang menggesa pihak polis supaya menghentikan campur tangan terhadap pegawai SPRM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembangkang-bela-sprm-atau-ambil-kesempatan-1.121448#sthash.evzNoznc.dpu
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembangkang-bela-sprm-atau-ambil-kesempatan-1.121448#sthash.evzNoznc.dpuf
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.
Dalam kunjungan diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disertai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mereka beria-ia mempertahankan SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan adil dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM 2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka yang tiba di situ kira-kira pukul 10.30 pagi, bergilir-gilir berucap bagi menyatakan sokongan kepada SPRM sebelum Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob membawa mereka masuk untuk sesi dialog.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut hadir dalam kunjungan tersebut menegaskan, kehadiran mereka bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan tugas dengan profesional, telus dan integriti. Beliau juga dengan lantang menggesa pihak polis supaya menghentikan campur tangan terhadap pegawai SPRM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembangkang-bela-sprm-atau-ambil-kesempatan-1.121448#sthash.evzNoznc.dpuf
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mahu menegakkan kebenaran atau me­ngambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.
Dalam kunjungan diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disertai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mereka beria-ia mempertahankan SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan adil dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM 2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka yang tiba di situ kira-kira pukul 10.30 pagi, bergilir-gilir berucap bagi menyatakan sokongan kepada SPRM sebelum Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob membawa mereka masuk untuk sesi dialog.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut hadir dalam kunjungan tersebut menegaskan, kehadiran mereka bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan tugas dengan profesional, telus dan integriti. Beliau juga dengan lantang menggesa pihak polis supaya menghentikan campur tangan terhadap pegawai SPRM.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pembangkang-bela-sprm-atau-ambil-kesempatan-1.121448#sthash.evzNoznc.dpuf

Pemuda BN sokong SPRM panggil Najib


Pemuda BN menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung penerimaan dana politik berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, segala siasatan yang sedang berjalan ketika ini mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran yang lebih jelas supaya rakyat mendapat gambaran yang jelas apa yang sebenarnya berlaku.

"Sekiranya agensi ini memerlukan keterangan daripada Perdana Menteri untuk membantu siasatan dengan lebih sempurna dan menyeluruh, maka ia haruslah dilakukan supaya rakyat yakin bahawa kita tidak menyembunyikan apa-apa perkara daripada semua pihak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Pemuda BN di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini.

Menurut beliau, usaha yang dilakukan SPRM ini membuktikan agensi itu telus dalam melakukan apa- apa siasatan tanpa 'fear or favour'.

"Ini membuktikan SPRM adalah satu badan bebas yang boleh menyiasat tanpa sekatan daripada mana-mana pihak.

"Kita melihat kredibiliti SPRM sangat penting supaya rakyat yakin dengan hasil siasatan kelak," katanya.

Semalam, SPRM akan memanggil Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan kepada agensi berkenaan mengenai sumbangan derma yang diterimanya.

Dalam pada itu, beliau tertarik dengan tindakan parti pembangkang yang menyokong SPRM pada kali ini walaupun mereka pernah mempersoalkan kredibiliti agensi itu pada suatu ketika dahulu.

"Hari ini (semalam), saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyatakan sokongan mereka terhadap agensi berkenaan.

"Itu mungkin untuk tujuan dan kepentingan politik mereka tetapi tak apalah. Ini membuktikan SPRM merupakan satu badan bebas yang boleh menyiasat tanpa apa-apa sekatan," katanya



Image result for UMNO 

KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

26 OGOS 2015
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik RM 2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.

Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan UMNO, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.

Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam UMNO sendiri yang lantang mengkritik saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.

Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada UMNO cukup panjang. Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun. Malah, ketika UMNO diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk membina semula UMNO di Johor sehingga UMNO kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika UMNO menghadapi pelbagai krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.

Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.

Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Ucapan Khaled Nordin Pemangkin Semangat Ahli UMNO..!




Pemimpin sejati ialah pemimpin yang berani berkata benar..! pemimpin yang tahu bahawa tugas yang dipikul adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan..! Kuasa bukan untuk kepentingan diri dan kroni..!


1. Kami di Johor percaya bahawa jalan ke hadapan untuk UMNO dalam apa saja keadaan ialah dengan berfikir, bersikap dan bertindak dengan penuh kematangan, berlapang dada dan berhikmah.

2. Kita memerlukan kematangan berpolitik yang luar biasa. Yang mencerahkan. Kita memerlukan kematangan berfikir dan bertindak yang memaparkan sosok sebenar kita sebagai parti paling berpengaruh dan paling berjaya dan mempunyai pemikiran termaju. Kematangan dan pemikiran yang sesuai dan selaras dengan kematangan demokrasi Malaysia. 

3. Maka kerana itu, dalam kita menghadapi pelbagai isu seperti isu 1MDB, FELDA, peningkatan kos sara hidup dan pelbagai lagi, pertimbangan kita harus jelas dan matang.

4. Harus menjangkaui sentimen politik kepartian. Tidak emosional. Tidak dangkal dan tidak anti-akal.
5. Pertimbangan kita haruslah tidak sesekali merosakkan sistem yang ada. Sama ada sistem dalam parti, sistem kerajaan dan amalan bernegara yang secara umumnya telah lama kita bina.

6. Kerana kita mesti ingat, sesungguhnya kerja membina masih banyak dan masih jauh. 

7. Hari ini kita maklum. UMNO sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Yang lama dan yang baharu. Yang dijangka dan yang tidak dijangka. 

8. Dan bila UMNO Johor menganjurkan bahawa semua ujian dan cabaran ini mesti ditanggani dengan kematangan, apa maksud kami? Sebenarnya, kami menganjurkan bahawa kita mesti berlapang dada dan meraikan perbezaan pandangan.

9. Kita mesti menghargai keupayaan untuk menangani segala masalah kita dan negara ini dengan mengumpul segala pemikiran terbaik. Bukan hanya oleh satu pihak. Bukan hanya dengan satu cara. Bukan hanya melalui satu jalan.

10. Kita sebagai sebuah institusi siasah Melayu, mesti terbuka dengan pelbagai pemikiran, pelbagai idea dan pelbagai pendekatan. 

Agar kesimpulan dan penyelesaian yang kita pilih dan ambil akan menguntungkan bangsa, dan tidak merugikan sesiapa.

11. Sebab bagi UMNO Johor, kami sentiasa yakin bahawa pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan heirarki dalam lapangan idea dan pemikiran.

12. Sebaliknya, pemimpin yang menyediakan segala landasan yang luwes, bebas dan terbuka.

13. Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya UMNO. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan.

14. Lebih-lebih lagi, kalau kita imbas sejarah. Asas UMNO itu adalah memperjuangkan kebebasan bangsa dan kemerdekaan negara. Dan kita percaya kebebasan dan kemerdekaan itu turut mencakupi keupayaan untuk menjadi bangsa merdeka yang tidak anti akal, tidak anti kebebasan bersuara.

15. Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu bukan budaya UMNO. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO.

16. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita merdeka. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin Malaysia mampu keluar daripada pelbagai krisis tanpa perlu mengikut telunjuk orang luar. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita bisa terus maju dengan cara kita sendiri.

17. Ahli UMNO mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan kita budak-budak. Yang diajar untuk hanya menerima dan tidak mempersoalkan salah betulnya sesuatu perkara.

18. Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir. 

19. Ia tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan.

20. Perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi tidak boleh muncul jika UMNO tidak mempunyai ciri, amalan dan budaya ini.

21. Yakni, ciri, budaya dan amalan membuka seluasnya ruang untuk pencerahan, ruang untuk menghargai pandangan berbeza, ruang untuk belajar dari yang terbaik. Ruang untuk bersedia menegur dan ditegur.

22. Hanya jika UMNO bersedia untuk melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil ‘Dekad Pencerahan’. 

23. Dekad yang bukan sekadar memberikan dinamisme baharu kepada UMNO. Tetapi yang lebih penting membina kembali wibawa UMNO sebagai parti politik yang progresif dan mendukung pemikiran Islam berkemajuan. 

24. Saya hanya ada satu alasan bagi segala perkara yang saya ucapkan hari ini. Tentang mengapa kita harus menjadi parti yang bukan tajam lidahnya, tapi akalnya. Yang bukan panjang tangannya, tapi akalnya. Yang bukan padu dan lantang soraknya, tetapi hujahnya.

25. Kerana saya percaya, kekuatan bangsa dan negara kita bukan pada hasil mahsul negara. Lama-kelamaan semua itu akan habis. Bukan pada menara berkembar yang tinggi atau jambatan yang terpanjang. Itu semua hanyalah mercu zahiriah.

26. Tapi kekuatan sebenar parti dan bangsa kita adalah pada akal budi dan pemikiran kita, selaku bangsa yang merdeka. Yang merdeka pada zahirnya, pada jiwanya, pada akalnya.

27. Dan UMNO inilah, medan terbaik kita mencapai semua itu.



Berjiwa besar menerima kritikan, jangan anti akal, jangan menyogok pandangan..! 
Merdeka jiwa raga dan akalnya..

Di peratikan nampaknye masih lagi ade petualang bermaharaje lele dalam UMNO. Petualang ni nampaknye semakin berani dan lantang mempertikaikan tugas-tugas yang dilakukan oleh kerajaan demi kebaikan negare.

Pertukaran pegawai SPRM yang dibuat itu adalah satu perkare biase sahaje. Dulu-dulu semase bertugas dengan Gomen selame lebih  30 tahun pun pernah bertukar tempat kerje sebanyak lebih 10 kali. Make rasenya tindakan Khairy ni mempertikaikan pertukaran pegawai SPRM ni ade patutnye.

Pemberontakan Dalam Parti UMNO Makin Merebak

Disclaimer : This is about the UMNO party ok. Nothing about that 'against workings of democracy' bullshit ok. Simpan sejuk.
 
Here is a picture from Pulai in Johor. It has been carried in the online media and no one has disputed it yet.  It is self explanatory :


Syabas kepada UMNO Bandar Pulai Jaya 2 di Johor. Syabas, syabas dan seribu kali syabas.  Syabas juga UMNO Johor. Johor adalah tanah kelahiran UMNO.  Memang padan, wajar dan bertanggungjawab bagi Johor membangkit untuk menyelamatkan UMNO daripada kehancuran.
There is a rebellion starting to spread inside the UMNO party. There is a lot of  undercurrent in the party that is totally against the president. It is gaining momentum and is about to break the surface.  The banner above is just one small symptom. This morning I am informed there is another similar banner in Johor.
Surprisingly it is not Johor that is leading the charge. My sources say that Pahang UMNO has turned against the president.  Surprise ! Surprise !
First off UMNO Bentong which is the home of Adnan Yaakob the Menteri Besar invited Muhyiddin Yasin instead to officiate their Bahagian meeting.   Adnan Yaakob of course has never been a big fan of Najib.   
Three other bahagian in Pahang (which I will not name) are also going for broke. They are turning against the president. Two weeks ago Pahang folks told me about this 'wind of change' in Pahang. There is a source for this wind - which again I will not divulge. 

The other state where the rebellion is gaining ground is Sabah. Firing Shafie Apdal and appointing Salleh Keruak has split UMNO Sabah between the Suluks (Shafie) and the Bajaus (Keruak). Gani Patail is also a Suluk.  But it is not just a clan thing. Sabah people (and Sarawak people too) are getting really tired of all the crap from Putrakaya. 
Kepada semua bahagian dan cawangan UMNO diseluruh pelusuk negara, mahal sangat ke nak buat banner atau kain rentang? 
Tidak ada siapa pun yang boleh selamatkan keadaan kecuali ahli-ahli UMNO sendiri. 
 Surah Raad : 11    

 A011


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 


Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

RIZALMAN BANDAR TUN RAZAK SOKONG MUHYIDDIN


Sanusi Junid - Pemimpin Yang Membawa Kekalahan Kepada UMNO Sekarang Ini Adalah Pemimpin Yang Bangsat......


Ini adalah ulasan Tan Sri Sanusi Junid bekas Menteri Besar Kedah dan juga Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar mengenai 'Melayu Terbangsat' yang diucapkan oleh Najib baru-baru ini..  

Antara ucapan Najib .. "Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap,"

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan TERBANGSAT kalau UMNO hilang kuasa. TERBANGSAT...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan,"

Mengulas mengenai ucapan Najib itu, Tan Sri Sanusi berkata "Tapi saya fikir.... kalau Umno kalah, orang Melayu ni dikatakan akan jadi bangsat. Tapi Umno tak pernah kalah .. di zaman Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir .. malahan Umno pada waktu itu, BN dapat dua pertiga majoriti ..bermakna waktu itu tak bangsat.

"Sekarang ini, ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah... jadi orang yang menyebabkan Umno itu kalah ialah punca ..yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsatnya bangsa.

"Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat. Pemimpin yang menyebabkan Umno kalah itu adalah pemimpin yang bangsat !

Takut Di Kenakan Dakwaan Jenayah Ke Atasnya, Najib Tak Akan Letak Jawatan!

KUALA LUMPUR: Kecaman mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berterusan.Laporan terkini Malay Mail Online menukil Dr Mahathir sebagai berkata bahawa Datuk Seri Najib berkemungkinan besar enggan meletak jawatan kerana takut akan diheret ke mahkamah atas dakwaan jenayah.

Menurut akhbar itu, selaran terbaru Dr Mahathir itu dimuatkan dalam satu penerbitan video yang dimuat naik oleh seorang penulis blog, "Din Turtle".
Dr Mahathir dikatakan memberitahu satu forum tertutup Rabu lalu, bahawa Datuk Seri Najib melakukan berbagai kesalahan dan jika beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri, masa depan Malaysia akan hancur. Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menyebut dengan jelas kesalahan yang beliau maksudkan itu.
"Tentang nasihat, saya dah nasihat. Tentang ugut pun, saya dah ugut. Tapi dia kata dia tak akan berhenti.
"Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat, pasal dia takut. Kalau dia berhenti, 'maybe' kena 'criminal charge'," kata beliau dalam video itu.
Beliau juga terus menimbulkan persoalan mengenai dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengalami kerugian AS$11 billion, dan ingin tahu ke mana perginya wang tersebut. Datuk Seri Najib, yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, sudah berulang kali menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. 
- Agensi berita/nd
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menyerang Datuk Seri Najib Razak, mengatakan perdana menteri itu mungkin enggan meletak jawatan kerana beliau takut dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle, bekas perdana menteri itu, pada satu majlis diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya berkata, selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil.
"Tentang nasihat, saya dah nasihat. Tentang ugut pun, saya dah ugut. Tapi dia kata dia tak akan berhenti.
"Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat, pasal dia takut. Kalau dia berhenti, 'maybe' kena 'criminal charge'," katanya.
Ini, katanya, berkaitan hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Mana pergi duit itu? Dia kena terangkan. Dia cakap memanglah, melabur sana, melabur sini, tetapi tiada bukti selain daripada membeli tanah dengan harga yang murah dan membeli kilang elektrik dengan harga yang terlalu tinggi.
"Jadi, banyak sangat kesalahan Najib ini dan saya percaya selagi dia menjadi perdana menteri, negara kita akan merosot dan menjadi sebuah negara bermasalah dan tidak lagi stabil, tidak lagi menjadi tempat kita selesa hidup dengan sempurna," katanya.
Dr Mahathir berkata, itu satu daripada sebabnya mengapa beliau mengisytiharkan beberapa bulan lalu yang Najib perlu meletak jawatan tetapi katanya, ramai yang masih tidak memahami isu di sekitar 1MDB.
"Susah nak fikir RM1 bilion, satu juta (ringgit) pun kebanyakan orang Melayu tak kenal. Ini RM42 bilion, susah kita nak fikir. Sebab itu mereka ambil jalan mudah, (dan berkata) takpalah, apa sangat kesalahannya," katanya.
Kenyataan Dr Mahathir tersebut mengulang apa yang pernah dikatakannya pada wawancara dengan The New York Times (NYT) minggu lalu apabila beliau dipetik berkata, tindakan Najib ibarat beliau seorang penjenayah.
Beliau ditanya akhbar harian Amerika Syarikat itu berhubung kritikannya terhadap 1MDB, dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dr Mahathir tidak jemu-jemu mengkritik 1MDB dan Najib, yang merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Dalam video tersebut, beliau juga mengingatkan orang Melayu sekiranya mereka gagal menyedarkan diri sendiri tentang isu yang berlaku, besar kemungkinan mereka akan tewas dibandingkan kaum lain, sama seperti keadaannya di Singapura dan selatan Thailand.
Berhubung laporan NYT itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membidas perkara itu dalam satu surat terbuka, melahirkan kekesalan kerana Dr Mahathir cuba merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai "sebahagian daripada dendam politik peribadi."
Beliau juga berkata, menuduh Najib ibarat seorang penjenayah adalah tidak bertanggungjawab dan satu pembohongan.
"Beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
"Ini menunjukkan Dr Mahathir tidak berminat kepada jawapan daripada pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan menjatuhkan perdana menteri," katanya dalam suratnya. – 21 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-terus-menyerang-kata-najib-takut-letak-jawatan#sthash.63Zq6Rfp.dpuf

PERDANA MENTERI TERJERAT DENGAN TINDAKAN SENDIRI - PENGANALISIS


BANGI, 8 Ogos 2015- Tindakan memindahkan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri walau pun di batalkan, merupakan tindakan yang amat berbahaya terutama sekali ketika isu penyiasatan 1MDB dan dana yang bernilai RM 2.0 masih lagi berjalan.

Menurut seorang penganalisis dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata, langkah memindahkan Datuk Bahri ke dalam JPM mungkin akan membawa kepada lebih banyak maklumat baru sekaligus dapat membongkar kebenaran disebalik isu 1MDB dan dana RM 2.0 bilion dari Timur Tengah.

"Secara ironinsnya, saya lihat Perdana Menteri seperti menjerat dirinya sendiri. Namun kita tunggu dan lihat sahaja hasil siasatan berkenaan isu ini."

Dalam masa yang sama penganalisis yang enggan namanya dikenali itu turut berharap agar pihak-pihak yang terlibat dalam siasatan 1MDB menggunakan segala maklumat yang ada untuk membantu SPRM pada masa hadapan.

"Saya berharap Datuk Bahri akan menggunakan peluang yang ada untuk mencari 'orang atasan' sepertimana yang didakwanya. Semangat beliau yang mahu menyiasat sehingga ke 'lubang cacing' adalah satu semangat yang harus diraikan dan disokong. Jadi saya fikir perpindahan beliau ke JPM walau pun di batalkan akan membantu beliau mendekati 'lubang cacing' yang dimaksudkan itu."

Media turut melaporkan, selain Datuk Bahri Mohamad Zin, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob turut dibatalkan pertukarannya ke jabatan yang sama.

Orang No 2 SB tak tahu alasan ditukar ke JPM


Bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam. Bagaimanapun, beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat.

"Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ," katanya kepada Malaysiakini.
"Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya," katanya ketika dihubungi.

"Saya OK, tidak ada masalah (ditukarkan ke mana-mana). Jangan tanya saya kenapa saya ditukarkan, tanya mereka lah. saya tidak mahu buat spekulasi," katanya.

Ditanya sama ada pertukarannya berkaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hamid berkata: "Tiada komen."


Sementara itu, Abdul Hamid berkata beliau secara rasmi telah melepaskan jawatannya pagi tadi tetapi belum lagi membuat keputusan sama ada akan menerima jawatan di JPM.

“Saya belum terima jawatan di JPM. Saya haya melepaskan jawatan saya saja. Pagi tadi saya lepaskan jawatan saya,” katanya.

Ini bukan pertama kali pegawai tertinggi kerajaan ditukarkan.
Pengarah bahagian operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob turut ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri. Pertukaran itu kemudiannya dibatalkan.

Perak Today's photo.
Perak Today
Siapa gang Kitul yang bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman maksudkan ini?
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa ada kumpulan sulit yang cuba menutup isu 1MDB. Menggelarkan kelompok itu sebagai Geng Hang Tuah, Abdul Hamid bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mereka.

Beliau menyebut nama kumpulan itu ketika Malaysiakini bertanya mengenai kemunculan mesej WhatsApp palsu mendakwa dia akan memfailkan aduan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Geng Hang Tuah menyebarkan mesej palsu yang mendakwa dia akan mengadakan sidang media di Bukit Aman untuk mendedahkan pembabitan Dr Mahathir dengan Sarawak Report mendedahkan maklumat 1MDB demi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Abdul Hamid juga mendakwa kumpulan rahsia itu diketuai Si Kitol. Katanya, beliau berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai dalang kumpulan itu selepas ini.

"Saya pasti mereka daripada kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah.
"Saya akan dedahkan nama Si Kitul tak lama lagi," katanya.

Si Kitol merujuk kepada nama pengkhianat yang membocorka rahsian Melaka kepada Portugis pada abad ke-16 sehingga menyebabkan kerajaan Melayu itu runtuh. Ditanya lebih lanjut Abdul Hamid berkata, mereka mahu mengelak isu 1MDB dipersoalkan.

"Kumpulan ini cium tangan pun mahu demi melindungi kepentingan peribadi," katanya.
Mati hanya sekali

Sementara itu Abdul Hamid berkata sehingga kini beliau menerima pelbagai panggilan telefon yang menasihatinya agar berhati-hati. Kata Abdul Hamid, pihak tersebut mendakwa ada kelompok sudah "gelap mata" dan sanggup mengambil tindakan luar biasa terhadapnya. Meskipun pasrah dengan apa yang terjadi, beliau yang berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun itu tegas dengan ikrar janji yang dibuat sebelum ini.

Katanya ketika menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Mei 1980, anggota PDRM berikrar untuk mempertahankan kebenaran walaupun nyawa menjadi galang gantinya.

“Saya pasrah. Saya hanya takutkan kemurkaan Allah. Saya tetap memegang kepada sumpah ikrar tamat latihan asas polis di Pulapol pada Mei 1980 dulu.
“(Saya) sanggup mati untuk pertahankan kebenaran demi negara tercinta. Pada lambang polis tersemat pada topi polis itu ada tertera kalimah Allah (dan) Muhammad.
“Itulah yang dijunjung oleh lebih 100 ribu warga PDRM selama ini. (Lagi pun) mati itu sekali saja.
Beliau turut berkata jika ada mana-mana pihak membunuhnya, ia tetap tidak dapat menutup jenayah yang dilakukan.
“Membunuh saya tidak akan dapat menutup jenayah yang dilakukan,” katanya

TPM Baru Pun Kaki Kenching?


Kita tak perlu sebut lah pasal marah perwakilan UMNO Langkawi dan mengeluarkan perkataan kaki kenching. Berulang kali dia sebut. Sampai suruh Presiden pergi berubat. Bunyi macam kasar, tetapi itulah yang bermain di dalam pandangan rakyat.
Kabinet Telegram yang diwujudkan oleh PM tak boleh ada unsur cakap tak serupa bikin. Atau jenis suka sembang kencang. Atau sembang bikin bimbang. Atau nak poyo dengan jawatan.
Kabinet Telegram @ Whatsapp ini juga mesti ada integriti. Cakap mesti buat. Janji mesti tepat. Jangan main suka sebut dan tak laksana. Rakyat nanti tak suka.
Terbaru, janji TPM/Menteri KDN kononnya ada MASTER CONSPIRATOR yang akan menyerah diri dan meminta ampun daripada PM petang semalam. Pukul 6 petang. Kononnya Master Conspirator ini ORANG TUA dan salah seorang Ahli Parlimen. Tugas utama: mencari cukup sokongan Ahli Parlimen lain untuk menyokong usaha menggulingkan PM.
Mana orangnya? Siapa dia?
TPM jangan main serkap jarang. Konon maklumat tidak diperoleh tepi jalan. Maklumat sahih. Tapi tak ada orangnya. Dikatakan juga, sedang mencari seorang kambing hitam yang nak mengaku buat seperti itu. Siapa nak mengaku?
TPM kena ingat, ini bukan boleh seorang Ahli Parlimen biasa. Mesti ada stature. Bukan jenis macam Ahli Parlimen Grik atau Setiawangsa. Jenis ikut cakap macam pet. Mesti Ahli Parlimen senior. Ada nama. Jawatan penting. Bukan setakat orang yang cakap pun tak berapa senang nak faham. Integriti TPM bergantung kepada cerita ini.
Kalau setakat sembang buat bimbang, tak payah buang masa lah. Charge terus kalau betul ada. Charge sebagai pengkhianat negara.

Tun M Minta Zahid Kemuka Bukti Penderma RM2.6 Bilion
by paktam
                                                                   
Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.

Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu


"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain. "Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.

Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.

Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma dari Timur Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu

"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," katanya.

Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".

Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report pada awal Julai.-TMI

Yang jelas sekarang dah ramai yang mula ada TELUQ untuk menyerang KABINET 1MDB Najib...... 


AMUKANMelayu - Sikit lagi nak REBAH......
APA HAL PULAK DENGAN KJ NI??? MABUK KE?? SABTU, 08 OGOS 2015 23 SYAWAL 1436H APO kono nya kau ni jang? Itu kata orang nogeri Sembilan. Soal ini juga berlegar-legar dalam kepala IBM. Kini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Katanya jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada. Agenda apa pula ni KJ? Kata KJ lagi, beliau tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku). Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut. Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri. Dah le tu KJ. Kau buat aja kerja dan tugas kau sebagai Menteri Belia dan Sukan. Naikkan nama negara demi sukan. Jangan nak ikut kata dan desakan dari pembangkang. Jika kau bersuara lebih nanti ada di antara kita sesama kita pulak dengan lantang menghentam kau. Dah le tu. Biar lah mereka sesama mereka yang menyelesaikan masalah tersebut. Jangan cepat melatah KJ. Ini adalah pandangan dan teguran ikhlas dari saya - IBM. 'IKUT RENTAK PEMBANGKANG KITA YANG RUGI. BERSATULAH DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA"

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ