Sunday, 9 August 2015

Nazir Razak SANDARAN HARAPAN BARU MAT SABU




Mat Sabu Umum Tubuh Parti Islam Baharu

BARU ADA HARAPAN BARU..!!

OLAK LEMPIT - AHAD 23Syawal 1436 H, Najib memberi PUKULAN MAUT kepada semua "MUSUH" politiknya. Sehinggakan Kakitangan Kerajaan juga TERKEDU dengan tindakan balas dari Najib. Cerita GLEMOUR Anwar, DAP, Mat Sabu, Keadilan, President PAS dan Tun M juga diam dan MAIN JAUH-JAUH. Memang hebat mainan POLITIK PAHLAWAN BUGIS ni. Ahli-ahli UMNO seperti redho dengan POLITIK Najib.

Hampir tiada kedengaran letupan atau hamburan cerita dari ORANG lain lagi.....hanya Astro Awani Berita 7.45 sahaja yang ada sedikit cerita orang lain di muatkan. Tapi berlainan dengan FB dan Blog. Hampir 89% dari media sosial ini MENGHENTAN Najib dari subuh bawa ke subuh.....tapi Najib masih segar dan bertenaga. Tapi Big Mama sudah mula hilang dari pandangan......

Seperti Tun M......penulis juga rasanya perlu berlaku adil. Sebagai Blogges Cepisan, rasanya sudah banyak hari asyik memberi "PROMOSI" percuma kepada Najib dan hari ini penulis nak ceritan Bang Mat Sabu pula dah ada HARAPAN BARU......jom kita layan....................

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pada Jul 13, 2015 telah mengumumkan penubuhan parti baru berteraskan Islam ke arah mewujudkan Pakatan 2.0. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja parti baru yang belum dinamakan berkata, parti itu akan mendokong Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

“Kami komited untuk membawa tawaran Islam sebenarnya rahmat untuk semua dalam membela rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, semua ahli PAS tidak akan keluar parti selagi parti baru belum ditubuhkan.
SUDAH dijangka dan akhirnya saat tersebut telah tiba. Setelah lebih sebulan bergelumang dengan pelbagai spekulasi tentang kedudukan kumpulan profesional dalam PAS, akhirnya mereka mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan yang diberi nama Gerakan Harapan Baru. Gerakan tersebut diwujudkan demi memenuhi hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah parti baru berkonsepkan Islam, juga memperjuangkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Democratic Islamic Party (DIP) Bakal Ditubuhkan Progresif PAS?

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh salah seorang pemimpin G18 atau kumpulan progresif dalam PAS, Mat Sabu. 

Memetik kenyataannya menerusi laporan Malaysiakini, Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.
Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya.
 
Antara pemimpin(Pemimpin la sangat) lain yang hadir dalam majlis pengumuman itu ialah bekas Naib Presiden, Ahmad Awang, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat. Selain itu, anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor iaitu Faiz Fadzil dan Datuk Dr Yusuf Rawa, iaitu Mujahid Yusuf turut hadir memberi sokongan.Antara muka yang yang kelihatan adalah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad. 

Perpecahan antara pemimpin PAS menjadi ketara setelah selesai Muktamar Tahunan PAS yang mana tampuk kepimpinan tertinggi parti dikuasai oleh golongan ulamak sekaligus menepis golongan profesional.
Sejak hujung tahun lalu, PAS dilihat berpecah kepada dua puak yang mana puak ulamak dilihat lebih cenderung untuk tidak bekerjasama dengan DAP manakala sebaliknya untuk golongan progresif.


Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan dan menamakan Parti bari itu dengan nama "Gerakan Harapan Baru" satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.

"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.

"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang,  bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PASSuhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.

Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad. Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu. (MK)

HARAPAN Baharu: Mat Sabu Berbincang Serius Dengan Nazir Razak?


Parti Baharu: Mat Sabu Berbincang Serius Dengan Nazir Razak?
Kumpulan pemimpin progresif PAS itu kini terlibat dalam perbincangan dengan wakil-wakil Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada perdana menteri.


Ia mungkin mewujudkan kerjasama Gerakan Harapan Baru (GBH) dengan NGO baru yang dirancang oleh Nazir susulan kelemahan kepimpinan sedia ada, lapor Singapore Straits Times.

Anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa, antara terlibat dengan GBH, mengesahkan perbincangan dengan bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah bulan lepas, yang dijangka mengetuai sebuah NGO baru.

“Saya perlu bincang cadangan-cadangan itu dengan anggota lain kumpulan sebelum memutuskan,” Mujahid dipetik sebagai berkata.

Saifuddin mengesahkan penglibatan mereka bertukar pandangan berhubung rancangan masing-masing kerana sudah terlibat dengan kerjasama dua pihak sebelum ini.
GBH ditubuhkan untuk merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka kepada semua pihak, seterusnya memperjuangkan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.


Sementara itu lain pula dari sebelah KEM PAS ULAMAK. Timbalan Presidennya dengan tegas mengatakan........

PAS Akan Pecat Mat Sabu Dan Sekutu Yang Tubuh Atau Taja Parti Baharu

Mohamad Sabu dan kumpulan pemimpin progresif PAS akan dipecat daripada parti itu susulan tindakan mereka menubuhkan sebuah parti baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak tegas terhadap sebarang usaha untuk melemahkan parti Islam berkenaan.

"Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

"Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti," katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sebelum majlis Iftar Mahabbah bersama media di sini.
Sebelum ini Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Mohamad juga bertindak sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru iaitu jawatankuasa penaja penubuhan parti politik baharu.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menyifatkan penubuhan parti baharu yang dirancang Gerakan Harapan Baru tidak akan menyumbang kepada gabungan pakatan pembangkang yang kuat untuk menentang Barisan Nasional (BN).

"PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.

"Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.

"Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama," katanya. - Mstar

Walau Apa pun Alasannya, Islamelayu Terus Berpecah Di Iringi Oleh Orkestra Politik Yang Mengasyikkan

"Tidak salah berselisih faham kerana masing-masing mempunyai naluri untuk berfikir tetapi jangan sampai berpecah.

''Sekarang ini seolah-olah seperti sebuah orkestra yang dimainkan yang mahukan kita (orang Melayu) bergaduh.''

Persoalannya sejauh manakah orang Melayu memahami akan permainan orkestra politik tersebut? Atau demi kepentingan politik, masing-masing lebih rela mengorbankan kepentingan bangsa dan agama.......sedih dengan MINDA Bangsaku....

Selepas pilihan raya umum lalu nama Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi sebutan di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hasrat untuk mencontohi kepimpinan khalifah agung berkenaan.
 
''Jangan sebut (mencontohi kepimpinan Khalifah Abdul Aziz) sebab retorik politik, tapi fahami dan hayati sepenuhnya apa yang dia telah lakukan.''

Namun bagi orang Melayu yang taksub dengan pegangan politik sempit dan demi menjaga kepentingan politik bersama dalam pakatan, mereka bergembira dengan apa yang diucapkan oleh Guan Eng.
Begitu ramai sekali pemimpin pembangkang hatta dalam Pas sendiri yang memperjuangkan Islam begitu teruja dengan permainan lidah Setiausaha Agung DAP itu.

Justeru tidak hairanlah apabila kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul, ramai pemimpin utama Pas membela Guan Eng.

Pelbagai andaian dan hujah dikeluarkan, malah ada yang sanggup membelek kitab bagi mempertahankan pembatalan berkenaan.

Demikianlah juga apabila ada pemimpin pembangkang bukan Islam memperalatkan ayat suci al-Quran dalam kempen politik mereka, orang Melayu termasuklah pemimpin politik Islam yang menjadi sekutu mereka memuji.

Lebih mendukacitakan lagi, ada ketikanya akibat terlalu taksub dengan politik, sesetengah pengikut parti sanggup melaungkan takbir 'Allahuakhbar'' apabila seseorang pemimpin bukan Islam berhujah.
Apabila ada pemimpin politik lain menentang perkara berkenaan, pemimpin atau parti itu akan dianggap perkauman atau tidak pandai soal Islam.

Begitulah keadaan orang Melayu sekarang, kita berpecah-belah, tidak mahu sepakat dan sekata semata-mata kerana perbezaan politik.

Perbezaan itulah yang menutup mata dan hati sesetengah daripada pemimpin Melayu untuk melihat kebenaran dan kadang-kala 'tersesat' dalam membezakan antara kepentingan politik dan kepentingan umat.

Inilah bahana orkestra politik. Sesetengah kita mengikut alunan orkestra politik tersebut sehingga kita leka dan lalai. Kesudahannya kita berpecah-belah walaupun kita SEBANGSA DAN SEUGAMA SERTA MENGADAP KIBLAT YANG SAMA.

Kecelaruan akibat orkestra politik inilah yang membuka laluan kepada pihak-pihak lain untuk begitu berani dari semasa ke semasa terus mempersenda dan memperlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam.

Mereka sudah tidak ada rasa takut atau bimbang lagi kerana mereka tahu akan ada pemimpin politik Melayu yang akan sentiasa 'senada' dan 'seirama' dengan mereka.

Kepentingan politik mengatasi segala-galanya, apa sahaja hujah yang berkaitan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam akan dianggap rasis.
Atas sebab itulah di tegaskan disini bahawa kita boleh berbeza cara hidup termasuk fahaman politik tetapi tidak sepatutnya berpecah kerana itu.

Ia kerana perpecahan tidak akan menguntungkan mana-mana pun kelompok Melayu dan umat Islam. Sebab itulah di dalam al-Quran dan hadis, soal perpaduan ummah amat ditekankan.

Sejarah Islam sudah membuktikan perpecahan di kalangan umat Islam akan melemahkan mereka dan akhirnya mereka akan bercerai-berai sehingga tumbangnya empayar keagungan Islam. Kunci kejayaan untuk menjadi umat yang hebat serta disegani sebenarnya bermula dengan kekuatan perpaduan dan bukannya kekuatan ekonomi.

Tetapi berapa ramaikah pemimpin Melayu yang menyedari perkara ini? Oleh kerana mementingkan PEREBUTAN KUASA POLITIK, mereka SANGGUP meminggirkan semua peringatan itu.

Bagi mereka, kerjasama politik di dalam satu pakatan biarpun berbeza ideologi adalah lebih mustahak berbanding daripada mempertahankan hujah atau kritikan benar yang disampaikan oleh lawan politik mereka biarpun ia berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa.

Malahan ada pula yang tanpa mahu berfikir panjang - sudah pasti kerana kepentingan politik - sanggup bersetuju jika ada pihak luar mencampuri urusan dalaman negara kita.
Bagi mereka itu berlaku kononnya kerana di negara ini yang pemimpin utamanya adalah orang Islam terlalu banyak kepincangan termasuklah dalam bidang kehakiman.

Justeru hujah mereka, campur tangan asing hanyalah lambang keprihatinan kelompok berkenaan. Tetapi mereka sengaja melupakan orang asing yang bersikap demikian pastinya mempunyai 'udang di sebalik batu'.

Lebih malang lagi, pendirian yang boleh dianggap songsang ini disokong pula oleh penulis-penulis blog politik yang tidak sebulu dengan pemimpin parti Melayu di pihak kerajaan.

Ini belum lagi termasuk lidah rasmi parti masing-masing yang ada antaranya seratus-peratus hanya memaparkan fitnah dan memburukkan sesama Islam.

Mereka menulis mengikut emosi, mempertahankan pembatalan perarakan Maulidur Rasul, bergembira dengan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam dan menuduh pemimpin yang mempertahankan hak Melayu dan Islam sebagai rasis.

Inilah senario akibat leka dan lalai dengan orkestra politik yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak mahu orang Melayu dan Islam bersatu.

Bagi puak yang memainkan orkestra politik dengan tujuan untuk terus memecah-belah orang Melayu, mereka terus akan berbuat demikian kerana mereka tahu kelemahan orang kita ialah mudah terpengaruh dengan retorik politik. Ini termasuklah kata-kata ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Hakikatnya, seperti mana dibimbangi, orang Melayu terus berpecah-belah. Perbezaan fahaman politik tidak lagi diiringi dengan usaha untuk merapatkan jurang dalam soal-soal berkaitan orang Melayu dan Islam.

Ada antara pemimpin Melayu terlalu teruja untuk meraih kekuasaan dan kedudukan, kelompok seperti ini sudah tidak mempedulikan apa-apa lagi selain mencari kedudukan politik semata-mata.

Justeru ketika kita masih berada dalam semangat sambutan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, maka cubalah berfikir sejenak wajarkah kita terus menari mengikut rentak orkestra alunan orang lain sehingga suatu hari kelak mampu memudaratkan masa depan orang Melayu dan umat Islam. 

AMUKANMelayu - Melayu tidak pernah BERPECAH melainkan kerana KUASA dan POLITIK.