Sunday, 13 September 2015

'I Want To Touch A Dog' MENGAJAR CINA SUPAYA BERKURANG AJAR DENGAN ORANG ISLAM


OLAK LEPIT - Ahad 29 Zulkaedah 1436H, apa nak jadilah dengan Negara kita ni.....semalam LANGGAR LARI di Kuala Selangor.....mati seorang budak Perempuan Melayu dan Cina yang melanggarnya BOLEH PI LEPAK sambil minum dengan tidak rasa bersalah dan meninggalkan mayat ditepi jalan. Sekampung Orang Melayu keluar belasah Cina Kurang Ajar ni. 

Sealam juga ada lagi KEJADIAN MEMBAWA ANJING ke dalam premis.....ini berlaku di KLIA pula. Provokasi jenis apakah ini? Bagi penulis semua ini bermula dengan program 'I Want To Touch A Dog' yang di adakan pada tahun sudah....walaupun Penganjurnya telah memohon maaaf seperti kenyataan di bawah, tapi ianya telah menjadi duri kepada Orang Islam yang mengajar perkara ini juga adalah orang Islam.

Penganjur kempen sentuh anjing, Syed Azmi Alhabshi menyatakan permohonan maaf atas sebarang kontroversi yang berbangkit mengaitkan program anjurannya, Menurutnya, program itu proses pembelajaran untuk menghormati makhluk ALLAH yang kian dipandang hina dan didera oleh masyarakat.

"Saya ingin memohon maaf di atas sebarang ketidaksenangan yang berbangkit disebabkan program 'I Want To Touch A Dog'.

"Program ini bertujuan untuk mengatasi rasa takut terhadap anjing, cara membantu anjing jika ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam," katanya ketika membaca kenyataan akhbar pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa program itu sama sekali tidak menggalakkan anjing sebagai haiwan peliharaan.

"Segala pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program tersebut.

"Ingin saya tekankan sekali lagi, program ini adalah proses pembelajaran. Oleh itu, kaedah sertu (samak) juga telah diterangkan dan amali telah dikendalikan," katanya.


"Terima kasih atas komen-komen diterima. Ini adalah proses pembelajaran bagi saya. Saya dengan sejujurnya tidak mempunyai niat untuk mengguris sensitiviti rakyat Malaysia.



Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing


 

Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing
Fathul Bari membalas status Nurul Izzah pada laman mikro Twitternya. 

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah


Tidak boleh ulang program 'I Want To Touch A Dog'

anjing
Tidak boleh ulang program 'I Want To Touch A Dog'


ALOR SETAR - Pihak berkuasa perlu memastikan program 'I Want To Touch A Dog' yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, Ahad lepas, tidak berulang kerana ia secara terang-terangan menghina agama Islam.
  
Pengarah Persatuan Jemaah Pondok-pondok Kedah Ustaz Sobri Osman berkata program itu tidak sepatutnya dianjurkan dan umat Islam yang mengikutinya jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu mereka.
  
"Kita sedia maklum bahawa Mazhab Syafie sudah menjelaskan bahawa anjing itu tergolong dalam kategori berat (najis mughallazah) jadi mengapa perlu mengajak umat Islam memegang benda yang haram sedangkan banyak lagi benda halal yang boleh dipegang," katanya kepada pemberita di sini semalam.
  
Malah, Sobri mencadangkan agar kempen seperti 'Jangan Dekati Anjing' diadakan, jika tujuannya untuk mengajar cara menyamak dengan betul.
  
"Melalui kempen sedemikian, para ilmuan dan ulama boleh memberi penjelasan mengenai hukum halal dan haram," katanya menambah Pejabat Agama negeri perlu membanteras penganjuran program seperti itu daripada berlangsung, pada masa depan.
  
Program berkenaan mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. - Bernama



'Penganjur, peserta acara sentuh anjing wajib taubat'

Mufti Kelantan mahu penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh anjing dalam majlis itu Ahad lalu, wajib bertaubat kerana dianggapnya mempersendakan hukum Allah. Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata perbuatan menyentuh secara sengaja itu haram kerana anjing adalah najis...

By: penburukonline

Lihat sisi positif program ‘I Want to Touch a Dog’

- October 23, 2014
Program ini yang telah menolong meningkatkan persefahaman antara orang pelbagai kaum serta antara orang dan anjing.


Oleh Carol Ng

syed azmi 

Dalam beberapa hari ini, tiada henti kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak penganjur program ‘I Want to Touch A Dog’. Antaranya termasuk kritikan bahawa perbuatan menyentuh anjing tanpa keperluan adalah haram mengikut ajaran agama Islam, tuduhan bahawa penganjur tidak mendapat kebenaran sepenuhnya dari MAIS, bahawa program itu adalah cubaan menghina ulama Islam, namun ada juga yang menuduh Ustaz Mohd Iqbal yang hadir di program itu merupakan seorang Kristian yang menyamar sebagai Ustaz. 

En. Syed Azmi, penganjur program ini telah menerima banyak mesej kebencian, akibat dari orang yang tidak bertanggungjawab berkongsi nombor telefon peribadinya di internet dan menyarankan orang Melayu untuk menegur Syed Azmi atas perbuatannya. Terdapat juga mereka yang membangkitkan kebimbangan bahawa acara itu akan menyesatkan umat Islam.

Sebaliknya, terdapat juga umat Islam yang menyokong Syed Azmi, memahami bahawa niatnya menganjur program ini adalah baik, dan menerangkan bahawa umat Islam yang menyentuh anjing tidak berdosa jika mereka melakukan ritual perbersihan ‘sertu’.

Sesiapa yang betul atau salah dalam pemahaman ajaran agamanya? Memang saya tidak berhak membuat kesimpulan, atas sebab saya bukan penganut Islam dan juga rasa bingung terhadap perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Tetapi sebagai salah satu peserta yang telah membawa dua anjing kesayangan saya kepada program menyentuh anjing itu, saya menulis ini untuk menolong pengkritik sedar bahawa walaupun ada yang percaya acara ini tidak sesuai dengan ajaran Islam, program ini telah juga menjadi ruang untuk perkara positif juga. 

Sebagai pengikut agama yang diakui sebagai indah dan damai, adakah adil untuk memfokus hanya kepada perkara yang dianggap negatif dan bertentangan dengan ajaran agama, tetapi tidak menerima hasil positif daripada program itu yang menggalakkan perdamaian dan kasih sayang, yang saya tahu, juga merupakan ajaran agama Islam? Jika anda bersetuju, sila baca penjelasan saya.

Meningkatkan persefahaman antara pelbagai kaum dan agama

Pemerhatian saya yang paling bagus tentang apa yang berlaku semasa program ini adalah ia mewujudkan peluang untuk orang Malaysia dari pelbagai kaum untuk bergaul dan meningkat persefahaman antara satu sama lain. Mereka yang beragama bukan Islam telah berpeluang untuk mendengar dari Ustaz Mohd Iqbal tentang ajaran Islam terhadap anjing. Jurulatih sertu juga hadir untuk mengajar cara yang betul untuk melakukan ritual pembersihan, dan saya merupakan salah seorang daripada ramai peserta bukan Islam yang sengaja memerhatikan umat Islam melakukan sertu kerana saya ingin tahu. 

Terdapat pula beberapa orang Cina dan India yang membantu dalam upacara dengan menuangkan air bagi orang Melayu untuk mencuci tangan mereka. Jelas bahawa program ini telah menolong kita yang bukan beragama Islam untuk berpeluang memahami lebih tentang ‘sertu’ dan ajaran Islam tentang anjing.

Pengkritik boleh berhujah bahawa rakyat berbilang kaum juga dapat berinteraksi di acara-acara yang tidak melibatkan anjing. Memang benar, tetapi tolong tanya diri sendiri, adakah selalunya mudah untuk kita bercakap dengan orang yang tidak dikenali, terutamanya kepada orang yang mempunyai budaya yang berbeza? Para pemimpin kita pernah banyak kali mengeluh tentang kekurangan integrasi kaum di Malaysia. Dalam realiti, sememangnya sifat manusia untuk lebih selesa berinteraksi dengan orang yang berbudaya serupa dengan mereka. Namun semasa program ini, anjing-anjing mewujudkan topik perbincangan yang mudah.

Beberapa orang Melayu yang hadir selalunya rasa takut kepada anjing, tetapi mereka ingin tahu bagaimana untuk mengurangkan ketakutan itu. Maka mereka bertanya kepada pemilik anjing banyak soalan, dan saya gembira untuk mencerita tentang pengalaman saya sendiri tentang bagaimana untuk menangani anjing agresif. Salah satu daripada anjing kesayangan saya yang saya dibawa ke program itu juga takut menggigil dengan ekornya di antara kaki belakangnya. 

Apabila beberapa peserta Melayu perasan kondisi anjing saya, saya menjelaskan kepada mereka bahawa bukan sahaja ada orang yang takut anjing, tetapi terdapat juga anjing yang sangat takut dengan orang! Kami tertawa dan bercanda tentang hal itu, dan bukan hanya kita, namun suasana acara pada keseluruhannya memang ceria, dan ia memang menggembirakan untuk melihat orang dari pelbagai kaum dan agama berinteraksi secara bebas dan bersuka hati.

Tidak perlu takut pada anjing

Satu lagi kesan positif dari acara ini ialah dengan mengajar rakan-rakan Islam kita cara yang betul untuk berinteraksi dengan anjing dan menunjukkan bahawa kebanyakan anjing tidak agresif, ini membantu untuk mengurangkan rasa takut kepada anjing yang kadang-kala mengakibatkan orang menderakan anjing. Ini adalah penting, terutamanya kerana terdapat banyak kes-kes anjing di Malaysia didera atau dibunuh, bukan kerana anjing itu agresif, tetapi hanya kerana ketakutan orang yang tidak berkeperimanusiaan terhadap anjing. 

Contohnya, kes anjing yang dinamakan Brianna yang dipanah mati oleh seorang lelaki, kerana dia takut dengan Brianna yang hanya duduk di luar rumahnya. Terdapat juga kes keracunan sekumpulan anjing di tempat letak kereta Bukit Bintang yang selama itu tidak agresif dan ada berbagai-bagai kes kekejaman lagi.

Saya juga mempunyai pengalaman dengan beberapa orang Melayu yang telah cuba untuk melukai anjing-anjing saya, termasuk seseorang yang melemparkan batu ke dalam kawasan rumah saya kerana anjing saya menyalak padanya! Tetapi saya percaya tingkah laku orang sebegini yang hanya tahu berlaku kejam dengan anjing itu hanya kerana ketakutan dan kekurangan pemahaman terhadap perilaku anjing, bukan kerana Islam menggalakkan kekerasan terhadap anjing kerana saya pernah mendengar dan membaca penjelasan ramai umat Islam bahawa kekejaman terhadap anjing tidak selaras dengan ajaran Islam.

Pengkritik akan berhujah bahawa seseorang itu tidak perlu menyentuh anjing untuk mengurangkan ketakutan mereka terhadap aning. Namun, ramai kawan-kawan Melayu kita yang hadir pada hari program itu bersetuju bahawa peluang untuk berinteraksi dan menyentuh anjing telah banyak membantu untuk mengurangkan ketakutan mereka terhadap binatang ini. Secara logik, ia masuk akal bahawa orang yang lebih berinteraksi dengan sesuatu yang membuat mereka takut, interaksi itu dapat menolong mengurangkan rasa takut itu. 

Saya seorang yang langsung tidak ketakutan terhadap anjing, bahkan yang agresif, atas sebab saya telah membesar dengan mereka seluruh kehidupan saya. Namun saya mempunyai saudara mara Cina yang takut anjing, kerana mereka tidak pernah memelihara anjing, dan hasilnya mereka takut hanya kerana kurang pengalaman berinteraksi dan memahami perilaku anjing.

Islam mengajar umatnya untuk mencintai semua binatang

Saya juga mempunyai permintaan untuk pemimpin agama Islam yang takut lebih orang Melayu akan digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti haram yang lain selepas acara ini. Adakah anda tidak menyedari bahawa kritikan tegas anda terhadap umat Islam yang menyentuh anjing mungkin membuat beberapa orang Islam berfikir ia adalah digalakkan untuk melakukan kekejaman terhadap anjing? Dari apa yang saya telah membaca tentang ajaran Islam dari umat Islam, Islam mengajar bahawa penderaan haiwan juga dilarang.

Jika ini benar, maka itu juga penting untuk mengeluarkan satu kenyataan untuk mengingatkan umat Islam bahawa penderaan haiwan, termasuk anjing juga dilarang bagi penjagaan akhlak mereka. Pertimbangan anda ke atas permintaan ini dihargai, kerana sama seperti yang anda takut umat Islam terlibat dalam aktiviti yang haram, kami pemilik anjing juga takut dengan kemungkinan peningkatan kekejaman terhadap anjing, termasuk haiwan kesayangan kita.

Soalan terakhir saya kepada pengkritik, terutamanya mereka yang pergi setakat menelepon atau hantar mesej mengutuk pihak penganjur atau menyebarkannya fitnah terhadapnya, apakah kebaikan yang diperolehi dengan perbuatan mengutuk dan memfitnah tak henti-henti? Pada halnya, penganjur sesama mereka yang hadir pada program itu, termasuk yang Islam dan bukan Islam, telah memperolehi manfaat yang baik daripada pengalaman itu. Berbuka hatilah dan cuba menghargai kebaikan yang dihasilkan daripada program ini yang telah menolong meningkatkan persefahaman antara orang pelbagai kaum serta antara orang dan anjing!

Kepada Syed Azmi, penganjur, dan rakan-rakan Melayu yang hadir pada hari itu, saya dan pecinta anjing yang lain sangat bersyukur kerana keterbukaan anda untuk mengatur atau hadir ke acara ini dan menjadikan ia satu kejayaan yang tidak dijangkai. Saya hanya berharap bahawa anda tidak perlu lagi berasa bersalah atau menghadapi kritikan atau hukuman daripada orang lain hanya atas sebab menunjukkan kasih saying kepada anjing. 

Reaksi yang begitu tidak masuk akal, manakala mereka yang menunjukkan kekejaman terhadap anjing atau menyebarkan fitnah tidak menerima padahnya walaupun sebanyak ketahuan saya, kekejaman dan fitnah juga bukan ajaran Islam. Kami menyokong anda, kalau Tuhan itu memang adil dan baik, Dia memang akan membalas kebaikan yang anda menunjukkan kepada ciptaan-Nya.

Terima kasih!

Carol Ng adalah seorang pembaca FMT.

KESANNYA SEKARANG

Related image
Sekadar hiasan
Anjing dalam troli
 
Lagi gambar anjing dalam troli
 
Sebuah perkongsian oleh seorang pelayar yang menggunakan nama Muhammad Senyum di laman Facebooknya menunjukkan seorang pengujung membawa seekor anjing di dalam troli menjadi viral.

"Bawa anak anjing dalam troli supermarket," tulisnya dalam Facebook.

Sementara itu, Tesco Malaysia berkata, mereka akan membesarkan saiz papan tanda larangan membawa haiwan di semua 53 pasar rayanya di seluruh negara berikutan kontroversi dua orang pelanggan membawa seekor anjing menaiki troli di Tesco Extra Plentong di Johor Bahru, Johor pada Jumaat lepas
Image result for anjing dalam supermarket  

Biadab dan tidak sensitif!

Tindakan dua wanita membawa seekor anjing menggunakan troli di sebuah pasar raya di Plentong, Masai. Lebih menjijikkan, anjing tersebut dilaporkan kencing sehingga mengotorkan troli dan lantai pasar raya berkenaan. Gambar kedua-dua wanita bersama anjing berkenaan yang dirakam seorang pelanggan pasar raya itu kemudian menjadi viral dalam Facebook dan mendapat kecaman daripada ramai pengguna laman media sosial berkenaan.

Seorang penggguna Facebook dikenali sebagai Annie Belinda Han melahirkan rasa kesal dengan tindakan kedua-dua wanita berkenaan membawa haiwan peliharaan mereka di tempat awam.

Sementara itu, seorang pegawai pasar raya berkenaan yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian tersebut berlaku semalam dan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya termasuk menyamak kira-kira 500 troli di pasar raya itu.


Anjing Dalam Troli KLIA Pula


Anjing Dalam Troli KLIA Pula 

Apa lagi ni. Sampai macam ni pun pihak yang bertanggungjawab masih buat buat buta ke??

Nak cakap apa?? Samak lagi??


Isu anjing dalam troli antara isu yang cukup panas. Namun ianya seolah-olah tidak diendahkan oleh kaum bukan Islam di negara kita.  Selepas kejadian anjing diletak dalam troli di pasaraya terkenal yang menyebabkan kariah masjid diminta menyamak kesemua troli pasaraya tersebut,ianya dilihat dilakukan pula di sebuah pasaraya lain pula. Terbaru sekeping gambar seekor anjing diletakkan didalam troli di KLIA pula.

Kemana penguatkuasa KLIA?

Adakah mereka tidak peka dengan sensitiviti Islam? Jika ini terjadi dengan sengaja maka pengurusan KLIA kena bertanggungjawap. Berdasarkan gambar, kelihatan dua orang wanita membawa anjing menggunakan troii KLIA. Wanita berbaju merah itu dipercayai pembantu rumah, manakala wanita di sebelah berkemungkinan adalah majikannya, sama ada sedang menunggu seseorang atau menghantar ahli keluarga mereka di KLIA. 


Lokasi tidak dapat dipastikan namun ia kelihatan seperti kawasan balai ketibaan. Gambar yang tersebar di laman sosial beberapa hari yang lalu ini, mencetuskan tanda tanya netizen, apakah mereka sengaja berbuat demikian atau benar-benar tidak tahu akan larangan membawa haiwan ke dalam bangunan awam?

Bawa Anjing Dalam KLIA : Pihak Lapangan Terbang Ambil Tindakan


Berikutan gambar dua wanita membawa anjing di dalam troli di KLIA menjadi viral di media sosial, pihak lapangan terbang telah mengambil tindakan dengan menyertu troli yang terbabit.

Melalui kenyataan dari akaun Twitter, Malaysia Airports menulis :

"Dimaklumkan bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan di dalam kawasan terminal lapangan terbang kami. Terdapat notis yang diletakkan untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan ini.

"Merujuk kepada insiden seekor anjing yang dibawa ke KLIA semalam, pihak lapangan terbang kami telah mengambil tindakan sewajarnya dimana troli yang terlibat telah diasingkan untuk di bersihkan (sertu).



Bagaimanapun netizen memandang sinis dengan kenyataan terbabit dengan menyifatkannya sebagai "sebagai penyedap hati" sahaja.

Setelah itu, seorang pengguna Twitter, Kadri Azmi, memuat naik dua keping gambar yang dipercayai proses sertu troli di lapangan terbang oleh seorang wanita.



Tesco Malaysia telah mengambil tindakan membesarkan saiz papan tanda larangan membawa haiwan di semua 53 pasarayanya di seluruh negara berikutan isu dua pelanggan yang membawa anjing menaiki troli di Tesco Extra Plentong Johor Bahru.


Sepatutnya kaum bukan Islam sensitif terhadap perkara ini dan menghormati umat Islam dan orang Melayu yang merupakan Bangsa Majoriti dan Negara ini Negara Orang Melayu dan Islam merupakan agama rasmi Malaysia dan dilindungi dalam Perlembagaan.

 Image result for anjing dalam supermarket

Apa lagi ni. Sampai macam ni pun pihak yang bertanggungjawab masih buat buat buta ke??


Nak cakap apa?? Samak lagi??


Sebelum ini, lebih 500 troli di pasar raya di Pletong terpaksa disamak ekoran dua orang wanita membawa anjing di dalam troli ketika membeli belah kini perkara serupa turut dikatakan berlaku di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara dan pihak TESCO telah mengambil langkah sewajarnya termasuk membesarkan Tanda Amaran Di LaRang Membawa Binatang Ke Dalam Bangunan.


AMUKANMelayu - Jika anjing dah masuk Airport.....apalah sangat nak bawak BABI bersir-siar di Taman KLCC....... 
Penganjur "I Want To Touch A Dog" mohon maaf Mohd Nasaruddin Parzi SYED Azmi Alhabsi bersama peguam, Syahredzuan Johan (kanan) pada sidang media mengenai isu "I Want To Touch A Dog" di Petaling Jaya hari ini. - Foto Mior Azfar Mior Kamarulbaid mnasaruddin@bh.com.my PETALING JAYA: Penganjur program "I Want To Touch A Dog" hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas penganjuran program berkenaan yang diadakan Ahad lalu sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang Islam. Permohonan maaf itu dibuat penganjur program berkenaan, Syed Azmi Alhabsi dalam sidang media khas mengenai isu itu, di sini, sebentar tadi. Aktivis sosial itu yang diiringi peguamnya hanya membacakan kenyataan sebelum bergegas meninggalkan sidang media yang dihadiri kira-kira 50 wartawan dan jurugambar. Peguam beliau, Syahredzan Johan menjelaskan Syed Azmi perlu meninggalkan bilik sidang media itu atas faktor keselamatan. Terdahulu ketika membacakan kenyataan itu, Syed mengakui program berkenaan mempunyai kelemahan dan penganjurannya sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, memesongkan akidah, menukar hukum agama serta menggalakkan liberalisme. Sebaik Syed Azmi meninggalkan sidang media itu, seorang lagi rakan penganjur, Norhayati Ismail berkata pihaknya tidak pernah setuju apatah lagi menggalakkan peserta beragama Islam untuk sengaja memegang anjing tanpa sebab. Beliau juga mengakui kehadiran peserta yang begitu ramai menyebabkan tindakan mereka sukar dikawal serta memaklumkan hanya mengetahui gelagat wanita Islam memegang dan memeluk anjing menerusi laman sosial dan media. "Saya sendiri tidak nampak tindakan memegang anjing itu. Jadi saya tidak boleh komen. Kami hanya tahu dari media dan laman sosial," katanya. Beliau berkata, pihaknya juga akan menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6 November ini bagi memberi penjelasan sebenar berhubung penganjuran program terbabit. "Kita juga sudah temui MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) bagi menjelaskan perkara berbangkit berkenaan program 'I Want To Touch A Dog' itu. "Kami akui kelemahan dan minta maaf. Kami tidak pernah galakkan orang Islam untuk pegang anjing tanpa sebab," katanya. Sementara itu, Syahredzan berkata satu laporan polis sudah dibuat Rabu lalu berhubung pelbagai ancaman, termasuk ugutan bunuh yang diterima Syed Azmi. Beliau berkata pihaknya juga sudah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan ancaman berkenaan dan meminta supaya tohmahan dan ugutan menerusi media sosial dihentikan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/13551