Tuesday, 29 September 2015

KENAPA ZAHID SERING TIMBULKAN PESEPSI?

OLAK LEMPIT - Selasa 15 Zulhijjah 1436H, Zahid keluar pula stetman baru yang kononnya satu kumpulan sedang siapkan AKUAN BERSUMPAH UNTUK JATUHKAN NAJIB. Letih la dengan Zahid ni. ZAHID, MAMPU CAKAP TAPI TAK MAMPU NAK BUKTIKAN. Dalam epik cerita Wayang Kulit, Tok Dalang memainkan peranan penting. 
Tok Dalang mampu membawa Berpuluh Watak dalam satu-satu persembahan. Dalam politik UMNO hari ini penulis melihat, bukan DALANG yang di cari Zahid, sebaliknya Zahidlah Tok Dalang yang sedang memainkan perbagai 
watak.............................

Cerita Lahad Datu/Sulu, Syiah, Guling Kerajaan, Jumpa Keluarga Penderma 2.6 billion dan sekarang cerita ni pulak? boleh percaya ke cerita  Zahid ni.
Bila melihat kerenah Zahid ni, teringat penulis akan lagu "PAK HITAM " nyanyian R.AZMI. Tapi penulis telah ubah liriknya KHAS UNTUK ZAHID.














 ZAHID KAKI TEMBERANG

AMBOI ZAHID SAYANG
ZAHID KUAT TEMBERANG
KAKI BODEK, TUNJUK HEBAT
BANYAK CAKAP TAKDAK BUKTI

AIR LIUR MELELEH,
TAK BOHONG KETAGIH
AIR LIUR MELELEHHH..
EYAH....  

Chorus, 
 
UMNO USAHLAH KAU JADI BIMBANG
TAKUT NAJIB HILANG JAWATAN
KAN MOHYIDDIN SUDAH HILANG
BANYAK RAHSIA MP DALAM TANGAN
TANPA FAKTA  GERENTI MENANG
TUKAR ISU NAMPAK SENANG
KALAU  KALAH NAJIB  MASUK DALAM

AIR LIUR MELELEH
TAK BOHONG KETAGIH
 
AIR LIUR MELELEHHHH..EYAH
  
DI SEBUT DUA PULUH ENAM ORANG 
ZAHID DAH PUN PUKUL CANANG
RAMAI MP TAK TIDUR MALAM
SEMUA TAKUT KENA BUANG
Chorus
UMNO USAHLAH KAU JADI BIMBANG
TAKUT NAJIB HILANG JAWATAN
KAN MOHYIDDIN SUDAH HILANG
BANYAK RAHSIA MP DALAM TANGAN
TANPA FAKTA  GERENTI MENANG
TUKAR ISU NAMPAK SENANG
KALAU  KALAH NAJIB  MASUK DALAM

AIR LIUR MELELEH
TAK BOHONG KETAGIH
BIAR POLIS TAKE OVER PULA
SURUH TANGKAP, SURUH REMAN
CUMA INI SAJA CARA YANG ADA
NAK TUTUP MULUT KITA

AIR LIUR MELELEH
TAK BOHONG KETAGIH
AIR LIUR MELELEHHH....EYEH
PESANAN RAKAN KAROKKU

- JAGA " piching " semasa nyanyi
- BUAT lontaran suara sekuat mungkin
- PAKAIAN biarlah kena dengan konsep lagu 
Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pulak.

Dulu ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja.

Sebelum ini beliau mendedahkan dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, maka ramailah yang tak tido malam takut hilang jawatan, habis di petiknya dan kini Akuan Bersumpah pulak dah.....

Bahkan, mungkin disebabkan sudah naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri yang tambah luas jajahan kuasanya, maklumat yang diperolehinya mengenai dalang menggulingkan kerajaan ini lebih lengkap dan terperinci lagi. Tapi percayalah....semua ini temberangnya sahaja....

Dalam cerita Tok Dalang nak guling kerajaan, Zahid siap mendedahkan bahawa perancangan tok dalang itu ialah melibatkan akaun bersumpah tujuh halaman dengan kertas kuning yang disediakan oleh peguam yang juga diketahuinya identitinya.

Sehari selepas pendedahan itu pula, Zahid kemudiannya mengatakan tok dalang tersebut sudah sedar mengenai tindakannya dan akan bertemu Perdana Menteri, Najib Razak untuk meminta maaf. Maklumat yang diberikan Zahid itu menyebabkan para wartawan berkampung di Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mengetahui siapakah dalang tersebut.

Malangnya, setelah menunggu kira-kira lima jam bermula jam 5 petang hingga 10 malam, langsung tiada kelibat sesiapa yang datang menemui Perdana Menteri di rumahnya. Najib pula dikesan sampai ke rumahnya daripada merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Gerik menjelang jam 8 malam.
 
Kesian wartawan....menunggu di rumah PM
Pewakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saduddin yang video ucapannya tersebar luas sebelum ini mengatakan Najib telah "kencing" tiga juta ahli UMNO, pasti sekali lagi akan menyebut perkataan itu jika tindakan Zahid ini berlaku sebelum beliau berucap.

Bagaimanapun pada sebelah malamnya pula ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lumut, Zahid mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot mahu menggulingkan kerajaan itu.
Sambil itu, di depan Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut yang memang diketahui penyokong kuat Muhyiddin, Zahid turut mendedahkan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tetapi Zahid yang antara peranan utamanya dilantik sebagai orang nombor dua dalam kerajaan ialah untuk mempertahankan Najib, bukan saja tidak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu, bahkan membersihkan lagi nama Timbalan Presiden UMNO itu tidak terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan.

Selepas beliau mendedahkan adanya dalang yang mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan, jawapan yang ditunggu oleh orangramai tentunya ialah siapakah orang  yang dimaksudkannya itu?

Kalau betul sudah ada cukup maklumat dan yakin ianya bukan maklumat tepi jalan atau khabar yang dibawa oleh burung-burung berterbangan, malah berdegar-degar mengatakan langkah mayatnya dulu jika pertukaran kerajaan melalui pintu belakang mahu dilakukan juga, maka dedahkanlah nama siapa dalang itu?

Buat apa mendedahkan tentang Muhyiddin yang tidak terlibat? Orang ingin tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.
Ngomonglah sopo dalang sing terlibat, sopo sing orak terlibat...ojo meneng waeh...

Peninglah....
Hutang kepada rakyat siapa dalang Lahad Datu masih tertunggak, kini Zahid menambah hutangnya lagi untuk kita sama-sama menilai wibawa dan prestasinyaBukan apa.. dulu dia kata dah kenal pasti pemimpin pembangkang yang jadi dalang pencerobohan Sulu tu.. tapi sampai sekarang tak keluar satu nama pun dari dia..

Lepas tu pulak dia kata Mat Sabu tu pengikut Syiah, dia ada bukti kukuh dan akan ambil tindakan seterusnya.. sampai sekarang hasilnya hampeh!
Ini pulak dia kata ada pemimpin UMNO yang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.. yang mana semua yang mengikut pemimpin UMNO itu ialah pemimpin pembangkang..

Kah.. kah.. kah.. patutlah Blogger Otai dari UMNO kata ini 'Menteri Tin Kosong'.. cakap pong pang, pong pang.. hasilnya tiada..

Laporan berkaitan..Seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, beliau difahamkan, mereka sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli Parlimen pembangkang untuk menarik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

"Saya dapat maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai. Ini usaha yang sedang dijalankan... peliknya, ia diketuai Umno, ahli BN," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan, dan berkata ia akan “terbongkar sendiri”.

Zahid berkata, gerakan itu sedang berjalan, dan seorang peguam sudah bersedia untuk bentang memorandum 7 halaman yang dibuat dengan kertas kuning, dengan dilampirkan sekali SD, bagi menunjukkan mereka mewakili majoriti.

“Ini adalah perkara serius. Mereka tidak boleh tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. Mereka mahu masuk ikut pintu belakang.

“Mereka bukan saja tikam parti dari belakang, tetapi mereka memusnahkan institusi demokrasi,” katanya.

Beliau berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha menggulingkan kerajaan akan berjaya dan menggesa Umno bangkit mencegah rancangan itu daripada jadi realiti.
Zahid juga menggesa perwakilan supaya jangan mensabotaj parti sendiri, dan berkata mereka yang berbuat demikian tidak stabil mentalnya.

“Jangan tebuk lubang dalam kapal ini. Kita perlu layari kapal ini bersama. Itu cari yang betul.
“Sebaliknya, kita ada seseorang yang ambil pemutar skru dan korek lubang dalam kapal itu. Pemimpin itu tidak stabil mentalnya, masuk air,” kata Zahid.

Khabar angin tersebar menyatakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang cuba menggulingkan kerajaan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan beliau daripada Kabinet. Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menafikannya berulang kali dan menegaskan beliau tidak akan mengkhianati Umno.

Sementara itu, Asia Sentinal melaporkan veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ada bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bagi menyingkirkan Najib ~ The Malaysian Insider

Ni propaganda terbaru pemimpin-pemimpin UMNO Pro Najib (Penjilat Najib)..
Jatuhkan Najib = Jatuhkan Kerajaan

Apa punya bodoh propaganda tu.. macamlah dah tak ada pemimpin UMNO yang lebih baik untuk menggantikan Najib tu hinggakan jatuh Najib jatuhlah Kerajaan..

Atau memang tak ada yang cerdik pun?


Pada 2 Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua ahli Umno supaya tidak mengamalkan budaya politik 'sate' agar survival parti terus kukuh. Politik sate pulak.....siapa yang duk kipas ni.....

Peninglah Zahid ni.....

Naib Presiden Umno itu berkata mereka yang menjadi tukang cucuk, tukang kipas atau tukang bakar, tidak boleh wujud dalam parti kerana sikap seumpama itu menjadi antara punca kepada perpecahan dalam kalangan ahli dan merosakkan parti.

Katanya, ahli Umno perlu mencontohi semangat dan prinsip Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneruskan perjuangan dalam parti walaupun digugurkan daripada Jemaah Menteri.

"Tetapi jangan ada yang jadi tukang cucuk, jangan jadikan politik seperti sate dan lebih teruk bila ada tukang kipas," kata Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kepong, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata keserasian dalam politik mesti dipertingkat supaya terdapat kesinambungan antara kepimpinan di semua peringkat.

Tambah beliau, ketika ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno sedang diuji, dengan pembangkang cuba membawa pelbagai isu untuk memporak-perandakan keadaan.

Bercakap pada sidang akhbar kemudian, Timbalan Perdana Menteri berkata semua kepimpinan Umno di setiap peringkat harus menghormati pendirian Muhyiddin untuk terus kekal bersama parti.

Katanya, beliau percaya Muhyiddin sebagai pejuang sejati Umno akan mengotakan janjinya untuk kekal sebagai Timbalan Presiden Umno, dan tidak sesekali bersama pembangkang termasuk tidak menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan kerajaan dalam Persidangan Dewan Rakyat.

"Saya sebagai Naib Presiden akan terus sokong pegangan beliau (Muhyiddin) dan memohon kepada semua kepimpinan di peringkat akar umbi bahagian, negeri atau nasional menghormati pendirian itu," katanya. - Bernama

'Saya dah jumpa wakil penderma dari Arab Saudi yang beri Najib Razak RM2.6 bilion itu'






Hilang Politik Sate timbul pula cerita dia dah temui PENDERMA 2.6 Billion yang kecoh seluruh dunia itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak.

 "Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Sri Gading di Parit Raja, Johor hari ini.

Beliau berkata, mereka memberitahunya sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. Tapi awat tak habaq Najib dah REMBAT duit tu masuk dalam akaun dia. Dia tak masuk pun dalam akaun UMNO.


"Dia beritahu saya lagi, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan.
Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma."

Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.

"Malaysia mempunyai Pota, Kanun Keseksaan, Sosma. Kita sebuah negara sederhana, kita tidak mahu pengganas, jadi mereka menghargai komitmen kita," kata Zahid, merujuk kepada Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Dana itu dipindahkan ke dalam akaun Najib dalam 2 bahagian: AS$681 juta pada Mac 2013, dan RM42 juta antara Disember 2014 dan Februari tahun ini. Pota bagaimanapun hanya diluluskan Dewan Rakyat pada April tahun ini.

"Saya tanya kepada mereka, ada apa-apa sebab lain (memberi derma)? Ya, kerana kita ahli Sunnah, kita tidak mahu mazhab lain yang boleh membuatkan kita jauh daripada sunnah."

Zahid berkata, penderma itu mengakui semua yang dilakukannya kerana kepimpinan yang ditunjukkan Najib.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".

Beliau berkata, tidak ada gunanya mempersoalkan sumber dana mereka kerana parti pembangkang juga hanya berdiam diri mengenai sumber pembiayaan mereka.
- sumber

Boleh percaya ka Najib Oiiiiii cerita hang ni......tapi cerita politik sate memang hebat. Penulis duk perasan....kalu jual ste merti ada tukang bakarnya dan yang paling jahat dalam politik sate ni adalah TUKANG KIPAS......siapakah tukang kipas sekarang ni? Dan siapa pula pembelinya?

Pening la Zahid ni.....

1 - Zahid ‘Backing’ Raja Judi.. Surat Kepada FBI Tersebar


Paul Phua kini menjalani tahanan rumah di Amerika Syarikat sementara kesnya berlangsung di mahkamah sana.
APABILA salinan surat dua halaman ditulis sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Paul Phua (gambar) bukan anggota kongsi gelap 14K Triad bertebaran di Internet, dah pastilah ia boleh menimbulkan curiga di hati ramai orang.

IMG-20150106-WA0025 (1)
Surat bertarikh 18 Disember yang mencetuskan ontroversi selepas tersebar di Internet.
Surat dari pejabat Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah FBI bertarikh 18 Disember 2014 ini mencetuskan kontroversi selepas tersebar di Internet.
Paul Phua atau nama sebenarnya, Paul Wei Seng Phua merupakan pemain poker profesional handalan yang pernah menyertai kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Paul Phua dan anaknya, Darren Wai Kit Phua kini menghadapi pertuduhan menghantar maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014. Ekoran itu Paul Phua telah ditahan di negara ini sebelum dibawa ke Amerika Syarikat dan sekarang sedang menjalani tahanan rumah di sana sementara kesnya dibicarakan di mahkamah.

Pada surat ditulis oleh Zahid kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano bertarikh 18 Disember 2014 itu, beliau bukan sahaja membela Paul Phua dengan menafikan pembabitannya dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, malah turut memaklumkan bahawa lelaki tersebut pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara membabitkan isu keselamatan negara. Justeru, negara ini menanti kepulangan Paul Phua dengan tangan terbuka. 

2 - KPN Nafi Kumpulan 14K Wujud Di Negara Ini

Begitu sekali pembelaan diberikan oleh Zahid kepada Paul Phua sedangkan menurut peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, beliau hanya meminta jasa baik Zahid untuk menulis surat kepada FBI bagi menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kongsi gelap 14K Triad.



Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah
“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” kata beliau pada satu sidang media khas 3 Januari lalu.

Muhammad Shafiee menjelaskan bahawa firma guamannya bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld sememangnya ada memohon kepada Menteri Dalam Negeri pada Ogos tahun lalu untuk mengeluarkan surat berkaitan.

Surat itu menurut beliau, diminta oleh peguam Paul Phua bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada FBI pada 2008 yang menyatakan lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad.

Begitu pun Muhammad Shafiee menjelaskan, Zahid telah merujuk kepada maklumat polis bahawa Paul Phua benar-benar tidak terbabit dengan kumpulan kongsi gelap tersebut sebelum mengirim surat yang mencetuskan kontroversi kini, secara terus kepada FBI, dua bulan selepas diminta.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” kata peguam terkemuka negara ini. – MYNEWSHUB.CC

3 - TIGA DALANG UTAMA TRAGEDI BERDARAH LAHAD DATU AKAN DI DEDAHKAN....


Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. - Bernama

4 - Zahid: 'Bukti Syiah' Mat Sabu tak akan didedah


 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukti yang didakwa mengaitkan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah tidak akan didedahkan kepada umum.

Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Tugas kami (Kementerian Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah.

"Jadi, amat penting untuk menyerahkan bukti kepada jabatan (Jakim)," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah lanjut Kementerian Dalam Negeri (KDN) setelah mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah Khamis lalu.

KDN juga dilaporkan memiliki bukti lebih bermutu - dikategorikan sebagai "gred A" - yang didakwa boleh mengaitkan Mohamad sebagai pengikut Syiah.
Penolong setiausaha bahagian keselamatan dan ketenteraman awam KDN Zamihan Mat Zain mendakwa, bukti berkenaan termasuk kenyataan dari individu didakwa "anak buah" Mohamad.

Zamihan yang dipetik dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, mendakwa individu terdekat dan rapat dengan Mohamad itu menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi mahkamah jika diperlukan.

"Ada yang 'sekapal' dari sudut politik, ada juga pengikut Syiah yang sudah bertaubat. Mereka ini rapat dengan pemimpin tersebut, orang yang berkawan dengannya, yang jadi 'anak buah' dia.

"Mereka menyaksikan apa yang dia cakap, buat dan libatkan aktiviti-aktiviti berkaitan Syiah.

"Mereka juga pernah bersama-sama dia ke Iran dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat kumpulan Syiah.

Jadi, kalau orang yang dekat dengannya boleh mengemukakan bukti, nak nafi macam mana?," kata beliau dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini.
Zamihan menambah, KDN juga memiliki bukti yang mendakwa Mohamad pernah menghadiri seminar-seminar berkaitan Syiah di Iran selain pertemuan kerap dengan pemimpin tertinggi Syiah di luar negara sejak era 90-an lagi.
"Jangan lupa, bila dia ke luar negara, dia lawat siapa, pergi mana, sudah tentu ada aspek catatan rekod teknikal Jabatan Imigresen. Semua ada rekod dan bukti.

"Ada (bukti) gambar, tetapi tidak banyak termasuk video," kata Zamohan seperti dipetik dalam laporan itu.

Zamihan turut menyelar beberapa pihak termasuk pemimpin Pas yang menganggap 10 maklumat berhubung penglibatan Mat Sabu dengan Syiah sebelum ini sebagai bahan lawak.

"Kementerian mengemukakan 10 maklumat secara fakta. Kalau fakta-fakta ini ditarafkan sebagai lemah, lawak atau tak masuk akal, sila bawa fakta yang boleh nyahkan (menghapuskan) bukti-bukti kementerian itu.
"(Tetapi) sampai kini, tak mampu nyahkan bukti itu. Kita tak akan dakwa kalau tiada fakta. Kita bukan bercirikan politik atau nak aibkan individu berkenaan. Kita bercakap atas platform kebenaran," tegasnya.


5 - GULING KERAJAAN

SHAH ALAM – Seramai 26 Ahli Parlimen BN dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi pemimpin Umno.

Portal The Rakyat Post melaporkan pemimpin Umno berkenaan memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah bagi mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar Umno apa yang dia buat itu sangat kurang ajar

“Individu  itu dikatakan telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Naib Presiden Umno itu mendedahkan konspirasi tersebut semalam,” kata sumber berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada usaha guling kerajaan guna ‘pintu belakang’]

Semalam Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.

“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dedahkan siapa dalang gulingkan kerajaan]

Sementara itu di BUKIT KATIL, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan identiti pemimpin Umno yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan.

Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan setiap pemimpin dan ahli parti dapat mengetahui pergerakan individu berkenaan yang berhasrat menggulingkan kerajaan.

“Saya rasa elok sebenarnya kita diberitahu siapakah individu terlibat dan saya menghargai ketelusan Timbalan Perdana Menteri yang berkongsi dengan rakyat bahawa ada percubaan tersebut.

“Kita perlu tahu siapa individu tersebut sebab kita dah lama nak tahu siapakah bergerak dalam parti cuba gulingkan kerajaan dan apakah cara dikatakan nak guling kerajaan guna cara tidak sah.

“Kita pun tak tahu cara yang tak sah supaya kita dapat membantu membetulkan keadaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali, di sini hari ini.


6 - AKUAN BERSUMPAH UNTUK JATUHKAN NAJIB

Seorang tokoh UMNO didakwa sedang berusaha usaha untuk mendapatkan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen sama dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang beliau sangat percayai.
“Sehingga kini ada 88 Ahli Parlimen pembangkang termasuk bebas dan ada usaha untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai usaha itu.
“Hairannya, ia diketuai oleh pemimpin UMNO, tetapi saya tidak mahu menamakan siapa. Biarlah masa yang menentukan,” katanya sewaktu berucap bagi merasmikan UMNO Bahagian Ampang Kali Ke 12 pada Sabtu.
Najib Pasti Menggelupur Jika Tahu Berita Ini? 


Mengulas lanjut, Zahid menyatakan peguam kepada tokoh UMNO itu sedang menyiapkan memorandum sebanyak tujuh helai.


Ia juga disertakan dengan kertas kuning untuk disembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dan ia akan dikepilkan bersama akuan berkenaan untuk menyatakan mereka mendapat suara majoriti.
Jelas Zahid lagi, selaku Menteri Dalam Negeri, dan juga Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik, beliau tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku.
“Sebagai Timbalan Presiden, Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan benarkan ia terjadi.

7 -   Mana pi 90,000 Rakyat China Yang Telah Tamat Tempoh PAS Lawatan?.....

SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu

Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.

Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik gagal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?

Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.

Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.

  Pada tahun 2011, pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.

Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.


Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.


8 - 1000 CINA KOYAK PASSPORT DIBAWA PULANG KE MALAYSIA?

 @Zahid_Hamidi LEMBUT TENGKUK PADA DAP? #BOC


Isu BOC Koyak Pasport sekumpulan rakyat Cina yang mahukan kembali kerakyatan Malaysia dipanaskan kembali.

Isu ini BASI! Benda yang basi jika dipanaskan kembali akan menjadi bertambah busuk, apatah lagi dengan niat untuk membusukkan persepsi terhadap seseorang.

Ini kerja golongan yang mahukan publisiti murahan yang sudah habis modal maka cerita basi terpaksalah dikitar semula dengan ditambah garam kononya ianya menjadi lebih 'Sedap'.

Isu ini telah pun dijawab oleh Menteri Dalam Negeri pada tahun lepas, boleh baca KLIK DI SINI.

Tuduhan kononnya Zahid Hamidi memberikan kerakyataan kepada 500-1000 orang pemegang pasport British Overseas Citizen (BOC) adalah tidak benar.

Persoalannya kenapa penyokong kerajaan sendiri yang terus mempercayai psywar yang dimainkan oleh pembangkang. Bukankah kita semua tahu mereka ini semua KAKI PUTAR ALAM. Dah boss mereka perangai 2x5...takkan kita pun boleh ikut sama...yer tak??

Di sini GR rungkaikan kembali analisis terhadap tuduhan yang dilemparkan pada DS Zahid Hamidi seperti di bawah:


9 - ANALISIS TUDUHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA PEMEGANG PASSPORT BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC)


1. Minggu ini, rakyat Malaysia terperanjat apabila akhbar Utusan melaporkan betapa mudahnya kerajaan Malaysia memberi kerakyatan semula kepada kumpulan yang telah melucutkan kewarganegaraan mereka sendiri pada tahun 2003, 11 tahun lalu.

2. Sebenarnya isu ini bermula daripada soalan lisan Ahli Parlimen Tanjong, Tuan Ng Wei Aik adalah seperti berikut;

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha yang telah diambil sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan British bagi memastikan rakyat Malaysia yang merupakan British Overseas Citizen (BOC) dan telah melepaskan tanpa sengaja atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia tidak menghadapi masalah untuk kembali ke Malaysia?

3. Jika kita perhatikan dengan teliti, pemimpin DAP ini telah berbohong secara terbuka di dalam soalan tersebut yang menyatakan 'melepaskan kewarganegaraan tanpa sengaja' sedangkan seluruh Malaysia mengetahui tragedi di mana 1,000 rakyat cina Malaysia dengan angkuh mengoyakkan passport mereka untuk mengumumkan bahawa mereka tidak mahu menjadi rakyat Malaysia.

4. Kumpulan ini terbang ke United Kingdom dengan harapan agar menjadi rakyat tetap England. Akhirnya, kumpulan ini menjadi pendatang haram di United Kingdom dan bekerja sebagai pencuci pinggan. Kumpulan ini meminta agar kerajaan Malaysia mengembalikan kerakyatan mereka di Malaysia melalui saluran DAP.

5. Sekarang adakah kita sudah jelas mengapa pemimpin DAP bertanyakan soalan tersebut di Dewan Rakyat dengan fakta yang tidak benar. Jawapan Menteri Dalam Negeri amatlah tegas dan konsisten yang selari dengan perundangan negara. Namun jawapan tersebut telah disalah ertikan serta di manipulasikan, kononnya kumpulan tersebut diberi taraf kewarganegaraan.

6. Ini mungkin angan angan atau mimpi kumpulan tersebut yang mengharapkan jawapan dan keputusan kerajaan seperti yang mereka inginkan.

7. Sebenarnya Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC. Berdasarkan laporan, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pass Residen dan bukan taraf kerakyatan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.

8. Kita perlu faham dan jelas bahawa pengeluaran Pass Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

9.  Berdasarkan pendedahan ini, rakyat Malaysia diharap lebih tersuluh dengan permainan manipulasi DAP yang memperjuangkan agenda kumpulan stateless tersebut. Kita harus yakin tidak mungkin Zahid Hamidi mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

10.  Pandangan GR, keputusan kerajaan untuk memberikan Pass Residen adalah wajar kerana Pemegang Pass Residen tidak ada hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya. Hujah ini menempelak tuduhan fitnah kononnya Zahid Hamidi membenarkan kumpulan tersebut mengundi dalam PRU 14.

11.  GR yakin dan percaya, kewibaan Zahid Hamidi sebagai seorang bakal pemimpin tertinggi masih relevan dan didambakan oleh rakyat terbanyak. Oleh kerana personalitinya yang hebat, bersamalah kita mempertahankannya dari serangan musuh-musuh politik.


10 - Adik Zahid Runding Sistem Urus Pekerja Bangladesh



Aidila Razak    

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan bagi 1.5 juta pekerja Bangladesh, yang Malaysia berhasrat membawa masuk bekerja di negara ini.

Real Time Networking Sdn Bhd, di mana adik Zahid - Abdul Hakim Hamidi - adalah pengerusi eksekutifnya, mencadangkan penyediaan satu sistem dalam talian di mana, dengan bayaran, pekerja boleh didaftar dan dipantau dari Bangladesh dan Malaysia.

Zahid juga adalah menteri dalam negeri, dan kelulusan bagi pekerja asing ke Malaysia adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya.
Sistem dalam talian Real Time - yang dikenali sebagai Workforce Management & Networking System (Workman) - adalah sama seperti yang disediakan oleh Bestinet, firma yang dimiliki oleh bekas menteri dalam negeri, Datuk Azmi Khalid.

Perjanjian Bestinet dengan kerajaan digantung pada awal tahun ini selepas bantahan agensi pekerjaan di negara penghantar, terhadap bayaran perkhidmatan yang tinggi.

Ketika dihubungi, Hakim mengesahkan perkara itu tetapi menekankan bahawa ia bukan satu kontrak kerajaan. Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dengan kerjasama Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).

"Kami mempunyai model sistem di mana kita akan mendapat bayaran untuk satu pakej (perkhidmatan) dan kita boleh menghantar orang (dari Bangladesh) untuk 60,000 taka Bangladesh (RM3,000), termasuk tiket penerbangan."Ini bukan kontrak kerajaan. Ya, kerajaan mereka perlu meluluskannya kerana ia melibatkan rakyat tetapi mereka hanya memantau," kata Hakim.

Jika diluluskan, agensi-agensi seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Manusia akan dihubungkan dengan sistem Real Time dan semua agen pekerjaan mesti melalui Real Time untuk menghantar pekerja ke Malaysia.
Beliau juga menafikan dakwaan berlaku nepotisme, dengan alasan bahawa beliau berpengalaman dalam bidang tersebut.

"Abang saya seorang menteri tetapi saya seorang ahli perniagaan. Ini sebuah negara demokratik dan saya boleh buat apa-apa pun, selain daripada menjadi pengedar dadah," katanya kepada Malaysiakini.

"Di Malaysia ni susah sangat. Mereka kata jika abang saya seorang menteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka mahu kami semua jadi penganggur," kata beliau yang kini berada di Dhaka



AMUKANMelayu - Zahid nampak bijak dalam POLITIK, tapi kenapakah ZAHID sering menimbulkan PESEPSI? Apakah Zahid takut orang melupakannya atau Zahid kurang yakin dengan DAYA KEPIMPINANNYA?