KERIS
ASAL USUL
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Keris adalah satu senjata yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional bagi tujuan mempertahankan diri dan juga dalam
perperangan
untuk melawan musuh.
Bagi masyarakat
Melayu tradisional, setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya sebilah keris sebagai simpanan bagi tujuan untuk mempertahankan
diri. Keris bermaksud senjata
pendek kebangsaan Melayu yang entah bila pertama kali digunakan tidak dapat di pastikan. Ianya disedari sejak ujudnya Bangsa Melayu itu sendiri.
Senjata ini
memang unik dalam dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan
yang terdapatnya penduduk Melayu seperti Malaysia,Indonesia, Singapura,
Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei Darussalam.
Keris
merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman
keagungan pemerintahan kesultanan Melayu, pendekar, pahlawan
serta kalangan pembesar istana. Keris merupakan sejenis alat kebesaran
bagi raja-raja,lambing kekuasaan atau kedaulatan diraja.
Antara keris
yang menjadi senjata diraja ialah Keris Pendek, Keris Panjang
emas dan Keris Tamingsari. Keris mempunyai dua belah mata, melebar, di
pangkal dan tirus dihujungnya sertatajam. Terdapat mata keris yang lurus
dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga
sarungnya.
Keris digunakan tujuan untuk mempertahankan diri (misalnya
sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga
merupakan Lambang Kedaulatan Orang Melayu. Keris yang
paling mahsyur ialah Keris Taming Sari yang merupakan senjata
yang digunakan oleh Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang begitu
mahsyur namanya semasa zaman kesultanan Melayu Melaka.
Sebagai sejenis
senjata yang disanjung tinggi, sesebilah keris biasanya dihasilkan
dengan penuh teliti serta dihiasi dengan ciri-ciri yang indah dan
menarik. Oleh kerana keris merupakan satu-satunya elemen yang penting
dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, maka tidak hairanlah keris
sering kali dikaitkan dengan kesaktian serta kuasa-kuasa luar biasa.
Namun begitu,kepercayaan
terhadap kuasa-kuasa luar biasa ini kian lenyap mengikut peredaran masa
dan kini penumpuan lebih diberikan kepada nilai-nilai estetika serta
fakta- fakta sejarah yang dikaitkan dengan sesebilah keris.
Sesebilah keris itu dianggap lebih bernilai pada masa sekarang sekiranya keris tersebut diperbuat daripada bahan-bahan berharga seperti emas, tembaga dan perak serta dihiasi dengan intan dan permata.
Sesebilah keris itu dianggap lebih bernilai pada masa sekarang sekiranya keris tersebut diperbuat daripada bahan-bahan berharga seperti emas, tembaga dan perak serta dihiasi dengan intan dan permata.
Nilainya
akan menjangkau lebih tinggi lagi sekiranya sesebilah keris itu
disandarkan dengan fakta sejarah serta mempunyai ciri-ciriyang istimewa.
Seperti kebiasaannya, orang-orang Melayu memang terkenal dengan
kepakaran mereka dalam menghasilkan barangan yang mempunyai mutuseni
yang tinggi, dan oleh itu, senjata, khususnya keris tidak terlepas
daripada fenomena ini.
Menurut sejarah, asal-usul keris ini datangnya dari
Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad
ke-14.
Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung.
Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung.
Keris seringdikaitkan dengan kuasa mistik orang Melayu pada
zaman dahulu.
Antara
lainkepercayaan terhadap keris yang ada ialah kepercayaan bahawa
keris mempunyai
semangat tersendiri. Berdasarkan catatan sejarah, Sang
Guna ialah orang
pertama yang telah membuat keris tempa panjang yang berukuran
tiga jengkal pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di Melaka.
Unsur
logam dan tahi bintang adalah bahan utama dalam menghasilkan keris
tersebut. Menurut amalan tradisional orang Melayu, keris perlu dijaga
dengan diperasapkan pada masa tertentu, malam jumaat misalnya. Ada juga
amalan mengasam limaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris
dan juga untuk menambah bisanya.
Hulu Keris
CONTOH-CONTOH GAMBAR HULU KERIS |
Bahagian hulu keris biasanya berukuran sepanjang lebih kurang 15sm,
berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti bentuk
kepala tongkat,diukir dengan tangan sepenuhnya, dan mempunyai nilai
estetik Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (Kemuning,
Tegor, Tempinis, Sena,Celagi, Petai Belalang, Boai,
Lebang, dan Kayu Hitam), gading gajah, tanduk binatang, gigi ikan paus,
emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).
Pelbagai nama telah
diberikan kepada setiap hulu keris seperti Anak AyamTeleng, Anak Ayam
Sejuk, Jawa Demam, Kakak Tua, Tapak
Kuda dan Pekaka.
Penjelmaan reka bentuk menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut
yang bersifat raksasa dan Garuda. Ragamhias hulu keris
kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, Awan Larat, Bunga Tebuk,
Ketam Guri, bentuk fauna,dan
bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.
hulu keris @pun pemegang seringnya kita lihat ada ukiran padanya tetapi adakah kita tahu asal usul ukiran berkenaan? sekiranya kita mengetahui itu tiada masalah tetapi sekiranya kita tidak tahu itu akan membahayakan kita sebab ukiran di hulu banyak maksud yang terirat hanya tuan empunya keris itu sahja yang tahu akan ukiran tersebut.
Ukiran pada hulu keris yang kurang elok adalah ukiran yang menyalahi hukum agama.. haa.. ukiran inilah yang anda semua perlu berhati-hati kerana kemungkinan akan mendatangkan shirit bagi kita. contoh ukiran seperti ukiran dewa-dewa.. ...
Ukiran ini dipercayai direka sebelum kedatangan islam di tanah melayu dan ukiran ini telah mempengaruhi pemikiran orang melayu pada masa itu dengan beranggapan setiap ukiran membawa roh yang berlainan, akan tetapi selepas kedatanga islam masyarakat melayu telah menukar corak ukiran kearah bunga dan sebaganya yang tidak enyalahi huum agama.
SIFAT-SIFAT MATA KERIS
pamor merupakan besi yang terbentuk pada besi keris dan merupakan salah satu tarikan pada keris. berbagai jenis pamor yang terbentuk pada keris berdasarkan persekitaran dan cara pembuatan keris berkenaan. pamor yang menarik kebiasaanya ada pada keris lama kerana untuk menghasilkan pamor yang menarik dan asli memerlukan masa yang panjang. antara pemor yang terbentuk adalah pamor nekel, pamor luwu, pamor sanak dan banyak lagi.
luk
luk pada keris perlulah ganjil dan tidak boleh genap. paling banyak bilangan luk adalak 13 dan sekiranya melebihi 13 luk maka keris berkenaan tidak normal. luk juga dibuat menikut irama iatu terbahagi kepada tiga irama, pertama luk yang kembar atau samar, kedua luk yang sedang, dan ketiga luk yang rengkol iaitu luk yang kelihatan tegas.
Sarung keris adalah tempat meletak keris dan juga sebgai penahan serangan musuh. Sarung keris kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang berkualiti dan menarik contohnya seperti kayu kemuning kayu dan ada juga segelintir tempat yang menggunakan gading atau tanduk sebagai sarung keris.
Boleh juga dikatakan sarung keris ini adalam tempat untuk untuk menjaga mata keris daripada bengkok. Sarung keris kebiasaanya menandakan kemewahan pada keris berkenaan dan justeru itu sarung keris dibuat denga teliti dan menarik agar seninya dapat terselah pada keris tersebut.
Senapang Melayu abad ke 19 dilelong
Al Quran Tanah Melayu (Malaysia) dan senapang milik bangsa Melayu dari abad ke 19 dilelong
|
QUR'AN
MALAYSIA, 19TH CENTURY
Estimate
- £2,500 - £3,500
- ($3,855 - $5,397)
Sale Information
- Sale 7987 —
- 6 October 2011
- London, King Street
Rahsia senjata Melayu yang dilenyap sejarah
Beribu-ribu tahun dahulu…di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.
Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…
Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…
Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka.Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak
lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan
askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan
keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar
Melayu mati ditembak istinggar musuh.
Gambar rumah beratap rumbia musnah
dibedil meriam.Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang
berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.
Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang
disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara
(Indonesia).
Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada
masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini
sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak
buat sebatang jarum pun tak mampu”
Benarkah begitu?
‘Musketeers’ dan ‘Gunners’ Melayu
Pada tahun 80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan
zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia
memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan
meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya ‘Lela Rentaka’.
Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di
bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas
membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi
letupan yang begitu ‘real’ dan suasana selepas perang di mana
mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah
bersemburan di sana sini.
Filem
ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga
berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan
kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan
lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik
serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.
Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu
dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para
conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan
saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum
era penjajahan?
Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya
berlainan?
Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan
catatan Stamford Raffles dan Leyden?
Mengapa pandangan para cendekiawan
Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para
gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah
Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan
pistol dan senapang,apatah lagi meriam.
Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu?
Kerana apabila teknologi meriam semakin maju
pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi
ini. Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan
Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak
ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah
merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA
DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa
bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik
dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’
mereka.
Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat
untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan
ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah
menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan
tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.
Tiada
satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI
GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN
JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT
DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU
SENDIRI.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan
pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas
bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh
memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.
Malah
pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju
zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:
Pemuras
Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam
Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat
pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar
beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning
juga berlaku dalam beberapa siri.
Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).
Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).
Pemuras ini menggunakan peluru timah
hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan
oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoonini berasal dari
penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih
kecil,seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon
atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah
senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan.
Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular
berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap
digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar
atauFlintlock Musket. Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara
yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan
pelaut,lanun dan pedagang.Ini
kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia
mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari
jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua
kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga
kaki) panjang.Satu sumber
menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17,
menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28
cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi
Pemuras.
*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.
Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara
salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah
sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia
menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor
‘Pemuras dan Karga’.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang
dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada
juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak
serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras
adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah
digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit
syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera
mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini
meletakkanblunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
TERAKOL
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan
pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan
teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan
‘fius’.
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk
dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan
Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar
Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam
Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol
telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu
api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock).
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
ISTINGGAR
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata
api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia
menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing
batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan
mengurangkan kos pembuatan senjata api.
Mula
diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan
pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti
mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam
Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh
seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun
Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis
senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang
digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada
ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka
oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera
Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar
juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang
membina loji-loji di Sungai Perak.
LELA RENTAKA
Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam
Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka
adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang
menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini
adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan
keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka
inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan
berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih
daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil
sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik
seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan
rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable
cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam
biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan
cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan
turut diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam
mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang
membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh
dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal
ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat
berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga
menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan
sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan
rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan
ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan
amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak
senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan
kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro,
Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan
penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu.
Kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia
sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di
Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang
terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan
kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda
sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi
melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan
penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara
yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
MERIAM / LELA
*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand.
Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam
sejarah Melayu.
Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.
Meriam
digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.
Meriam
digunakan di Pasir Salak.
Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan
Inggeris dan Belanda.
Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.J
ika
Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih)
terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia
Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau
bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam
diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat
meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang
Belanda pula memperkenalkannya.
Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan
meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di
Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan
memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas
berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan
Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah
menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To
Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan.
Tiga buah
meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri
Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula
lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini
telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu
pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah
pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan
diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya).
Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan
Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam
besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan
perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala
Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula
telah hilang tanpa dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama
saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk
diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika
anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda
bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang
Thai.
Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini
telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai
menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan
kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang
menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang
dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di
Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.
Sebab
orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu
mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal
tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek
moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang
dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.
Jika
nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah
air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine
Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga
‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu
mempertahankan warisan.
Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers
(ahli senjata api) dangunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba
meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa
salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta
raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka
menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.
Sultan
Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris
berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi
beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya
Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana
James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.
Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu.Lucu
dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya
kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti
juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita
sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu
mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.
Jika
kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa
lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan
pegangan agama kita sendiri??Orang asing??
SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa
orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris
dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya
juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol
(Terakol).
*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.
Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan
Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang
mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti
batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh.Kenapa drama dan filem
lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem
ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.
Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang
Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris
(kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para
musketeers dan gunnersMelayu inilah antara ‘penggerun’ mereka dan
membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja
Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan
menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar
ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkanblunderbassnya
(Pemuras) di bahu.
Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu
kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.
Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi
fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal
peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil
memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan
matchlock musket,blunderbuss dan cannon?
sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan.html
AMUKANMelayu - Melayu kehilangan dirinya sendiri......
AMUKANMelayu - Melayu kehilangan dirinya sendiri......