Sunday, 6 December 2015

NAJIB BERANI TAPI PENAKUT


TMI
Bila pemimpin lain terpaksa tampil mempertahankan keberanian Najib dan memuji2 Najib, itu menunjukkan memang Najib penakut !

Satu Malaysia sudah nampak sejauh mana keberanian pahlawan Bugis Malaya ni ...... Oya, sejak sauh dilabuhkan, tak dengar2 dah cerita penglipurlara pahlawan Bugis ni.

Then again, saya kena setuju dengan Hishammudin yang Najib memang seorang yang tenang. Najib tenang je lari dari bersemuka dengan Tun Mahathir masa di Nothing To Hide. 

Najib pun tenang jer lari dari menunjukkan muka di Seminar IACC mengenai Rasuah bila dapat tahu isu 1MDB dan RM2.6 bil menjadi topik hangat sesama perwakilan antarabangsa.

Najib tenang jer bila bagi alasan tak mahu saman WSJ sebab duit saman kalau menang pun, ciput jer.....

Tidak kurang tenangnya bila menafikan timbalannya dalam parti dari berucap kepada sayap2 parti, satu amalan tradisi berpuluh tahun ..... 

Dan semalam, Najib dengan tenang jer boleh lari dari menunjukkan muka di Parlimen bila satu negara menantikan saatnya untuk beliau mendedahkan segalanya mengenai RM2.6 bil setelah lebih sebulan diumumkan.

Memang Najib tenang ...... Tenang dalam ketakutan. Tenang dengan muka sardin. Satu Malaysia mencemuh Najib sebagai penakut, tapi ada Najib kisah ? Tenang jer ..... hahahaha .....

Segalanya mengenai RM2.6 bil mengundang persoalan. Tidak ada jawapan yang mampu memuaskan hati rakyat. Dan segala reaksi Najib dalam menangani isu RM2.6 bil hanya menguatkan persepsi negatif terhadapnya. Kerana tindak tanduk Najib dan kuncu2nya dalam menangani isu ini adalah tindak tanduk seorang yang BERSALAH.

Hanya orang yang bersalah saja yang akan beri pelbagai alasan dan seberapa boleh akan mengelak dari membuat pengakuan.

Pernah dengar Najib sendiri menjelas kedudukan RM2.6 bil itu ? TIDAK PERNAH kan .....

Hanya orang bersalah saja yang akan memarahi dan bertindak terhadap sesiapa saja yang mempersoalkan perbuatan salahnya. 

Padahal semuanya boleh diselesaikan dengan satu cara yang paling mudah iaitu tampil buat penjelasan dan jawab segala persoalan yang selama ini beliau elak.

Tunjukkan bahawa beliau berani kerana benar. Persepsi rakyat sekarang -  Najib takut kerana salah.

Sampai bila nak mengelak ? Satu dunia duk bercakap hal RM2.6 bil sebab ia satu sejarah tamaddun dunia di mana seorang individu menerima derma sebanyak itu sekali berdebuk !

Di harap masa PAU nanti adalah seorang hamba Allah dikalangan para perwakilan yang berani bertanyakan hal RM2.6 bil walaupun dilarang dari bercakap mengenainya. Seluruh rakyat mahu dengar penjelasannya tapi perwakilan dilarang dari bercakap mengenainya ..... tidakkah itu tanda ada yang tak kena ?

Saya syak isu RM2.6 bil jugalah yang menyebabkan Timbalan Presidennya dinafikan peluang berucap sebagaimana lazim.

Apakah ahli Umno sanggup berdepan kemungkinan diharamkan kerana melanggar Akta Pertubuhan sebagaimana disebut oleh Tun Mahathir ?

Pelbagai tindakan pelik dan diluar tabiee dilakukan .... semuanya kerana isu RM2.6 bil. 

Jika Najib seorang yang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau dengan sendiri akan tampil beri penjelasan atas sebarang isu yang boleh membawa kemudaratan kepada parti. Dan jika tidak mampu selesaikan, beliau akan undur diri kerana tidak mahu parti menanggung beban yang terhasil dari kesalahan dirinya..... itu kalau Najib seorang yang berani bertanggungjawab.


“Adakah Negara Saya Diterajui Oleh Orang Gila?” – Luahan ‘Kencang’ Lelaki Ini Untuk PM

by Izuan

KINI TRENDING
PM
Memang tidak dapat dinafikan lagi zaman sekarang kos sara hidup sangat tinggi sehingga ia berada di tahap luar kemampuan kita. Seringkali kita mendengar keluhan rakyat yang terpaksa menanggung bebanan yang amat berat.
Antaranya lelaki ini, sebagai seorang rakyat dia juga turut terbeban dengan kos sara hidup yang menaik secara mendadak sehinggakan dia tidak dapat lagi menerima  semua perkara yang berlaku pada masa ini.
Jadi dia lantang ‘menyuarakan’ rasa tidak puas hatinya khas kepada Perdana Menteri serta penyokongnya, kata-kata pedih itu ditulis melalui status Facebook.

Kepada Dato Seri..Adakah Negara Saya Diterajui Oleh Orang Gila?

Screen Shot 2015-12-04 at 01.53.53

Saya Mula Menyokong Dato Seri Sebab Pak Lah Yang Kaki Tido.

Screen Shot 2015-12-04 at 01.57.01

Kadang2 Saya Pelik Kerana Saya Tak Boleh Fikir Sebodoh Yang Ada Dalam Kepala Otak Dato Seri.

Screen Shot 2015-12-04 at 01.58.52

Ini Hanya Luahan Hati Selepas Melihat Fun Fair Dunia Yang Dihidangkan Oleh Badut2 Yang Dipilih Secara Salah

Screen Shot 2015-12-04 at 01.59.54
Sumber : Facebook Amirul Asrafovic

AMUKANMelayu - Sekali layar terkembang......Najib hilang PEDOMAN pulang ke pantai