Tuesday, 2 February 2016

1MDB - KAIN DAH LAMA TERSELAK

 

KAIN TERSELAK BUAT-BUAT TAK PERASAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Entah kenapa zaman sekarang orang suka mencari kesalahan orang lain. Seboleh-boleh nak cari kesalahan orang lain. Kalau tidak nampak kesalahan tersebut, dikorek-koreknya sehingga terpapar semua kesalahan seseorang itu. Tapi ini kes bukan nak cari kesalahan orang lain, tapi "KENAPA NAK TUTUP" kesalahan yang dah terdedah.



Apakah keseronokan yang dikecapi apabila dapat menutup kesalahan yang pada hakikatnya semakin terdedah? Adakah dengan menggunakan "PIHAK BERKUASA" kita dapat mencuci segala kesahan yang telah kita lakukan sehinggakan dengan cara sengaja kita menutup bangkai gajah itu dengan nyiru yang kecil, dan secara  terbuka pula kita mencari kesalahan orang lain yang di bawah kita untuk di jadikan "KERBAU HITAM?



Bukankah elok sekiranya sesuatu kesalahan itu disusuli dengan PENGAKUAN dan menerima nasihat dari mereka yang lebeh berpengalaman. 



Contohnya ; "Saya sudah buat kesilapan, bagaimana nak memperbetulkannya supaya kita semua boleh selamat..."



Nampak elok sekiranya kita minta menasihat daripada terus menyembunyikan dan mempergunakan orang lain untuk melindungi kesalahan yang telah kita lakukan. Lebih elok kalau terus berdepan dengan RAKYAT dan mengakui kesilapan dan bukannya mengaibkan orang lain dengan mendedahkan kesalahan yang berpunca dari KESILAPAN kita untuk melindungi KESALAHAN yang telah kita lakukan.


  Tolong jangan sering berperasan kita ini bagus, sebab itulah kita sering nak dijatuhkan oleh orang lain kerana kita PERASAN terlalu bagus sedangkan pada hakikatnya orang telah lama melihat "KAIN KITA YANG TERSELAK" dan kita perasan tapi buat-biat tak perasan. Soalnya sampai bila?

Najib Makin Panas: Sah AG Swiss Beku Akaun 1MDB Serta-merta...Sebarkan


Peguam Negara Switzerland [OAG] telah membekukan akaun bank berkait 1MDB dan hari ini minta bantuan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan firma dimiliki kerajaan Malaysia yang berdepan skandal rasuah terbesar.
Pihak penyiasat Switzerland mempercayai kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, dana yang diperuntukkan untuk tujuan ekonomi dan projek pembangunan di Malaysia.
Sebahagian wang tunai dipindahkan ke dalam akaun berpangkalan di Switzerland milik seorang pegawai dari Malaysia dan juga bekas pegawai daripada Emiriyah Arab Bersatu, kata peguam negara Switzerland dalam satu kenyataan hari ini.
“Sehingga hari ini, bagaimanapun syarikat Malaysia terbabit tidak membuat sebarang komen mengenai kehilangan yang mereka percayai menanggungnya,” kata pendakwa raya itu.
“Langkah meminta bantuan bersama diambil bagi menasihati syarikat dan kerajaan Malaysia hasil daripada prosiding jenayah Switzerland, dengan tujuan menyiasat sama ada skala kehilangan tersebut sudah berlaku.”
1MDB - Gambar Bloomberg Malaysia
Pada September, pihak berkuasa mengumumkan sudah membekukan aset dianggar bernilai “AS$10 juta” dalam sebuah akaun di Switzerland sebagai sebahagian daripada siasatan.
Pejabat Peguam Negara berkata permintaan bantuan itu dibuat sebagai sebahagian prosiding kes jenayah yang dibuka Ogos lepas membabitkan 2 pegawai Malaysia dalam syarikat dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan “seorang individu tidak dikenali”.
Mereka disyaki merasuah pegawai asing, salah laku dalam pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah.
“Setakat ini 4 kes yang melibatkan tuduhan perlakuan jenayah meliputi tempoh 2009-2013 sudah diketahui,” kata kenyataan itu, “melibatkan tindakan kursus sistematik yang dijalankan melalui struktur kewangan yang kompleks”.
Permintaan bantuan itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat antara peguam negara Switzerland dan rakan sejawatannya dari Malaysia di Zurich pada bulan September, kata kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di bawah tekanan politik atas dakwaan beratus juta dolar hilang dalam 1MDB.
Beliau menafikan sejumlah wang besar yang dimasukkan dalam akaun miliknya digunakan untuk tujuan peribadi tetapi sebaliknya digunakan untuk menghadapi pilihan raya pada 2013 lalu.
Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keluarga diraja Saudi adalah sumber wang derma sebanyak AS$681 juta yang memasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Namun, pengakuan tersebut mencetuskan persoalan baharu memandangkan Malaysia sering terlibat dalam salah guna kuasa dan rasuah.

Switzerland bakal serah ‘bukti penting’ kes RM16.8 bilion kepada Malaysia

OLEH DEBORAH LOH, PENGARANG BERITA
1 February 2016 10:50 AM - Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata, pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia. – Gambar fail Reuters, 1 Februari, 2016. Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata, pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia. – Gambar fail Reuters, 1 Februari, 2016. Pejabat Peguam Negara Switzerland akan menyerahkan "bukti penting" transaksi kewangan haram melibatkan syarikat Malaysia kepada rakan sejawatnya di negara ini tidak lama lagi, menurutnya dalam satu kiriman emel.

Pejabat itu menyatakan dalam emel, pihaknya berharap Malaysia akan menyediakan bantuan selanjutnya yang diperlukan dalam kes itu.

"Pejabat ini berharap rakan kami di Malaysia akan mengkaji bukti yang kami kumpul dan memberikan bantuan selanjutnya, sepertimana dipersetujui kedua-dua peguam negara September lepas," kata e-mel itu.

Katanya, peguam negara dari Malaysia dan Switzerland bersetuju bekerjasama mengenai perkara tersebut dalam pertemuan mereka tahun lepas itu.

Ketua penerangannya Andre Marty berkata, pejabat peguam negara Switzerland sudah mengumpul bukti penting berkaitan urus niaga haram dan salah laku yang akan dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia dalam masa beberapa hari lagi.

The Malaysian Insider menulis kepada pejabat berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai siasatan itu berikutan kenyataan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber pada 30 Januari yang pihaknya mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) mungkin disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan Malaysia.

Marty bagaimanapun berkata, pejabat itu tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut selain daripada apa yang terkandung dalam kenyataan akhbar Lauber pada 30 Januari lalu. 

Lauber berkata, sebahagian daripada wang AS$4 bilion itu didapati dipindahkan ke akaun bank Switzerland milik bekas pegawai kerajaan dari Malaysia serta bekas pegawai kerajaan dan pegawai yang masih berkhidmat dalam kerajaan dari Emiriyah Arab Bersatu.

"Kami menemui bukti mengenai pemindahan wang mencurigakan yang dikaitkan dengan 1MDB (1Malaysia Development Bhd) melalui institusi kewangan Switzerland.

"Dan kami percaya, sangat penting untuk maklumat itu dikongsi bersama pihak berkuasa Malaysia," kata peguam negara Switzerland itu dalam satu kenyataan.

Penemuan itu dibuat dalam proses siasatan terhadap 2 bekas pegawai 1MDB dan beberapa yang lain kerana disyaki terlibat dalam rasuah melibatkan pegawai kerajaan asing.

Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjawab kenyataan Lauber pada hari yang sama, mengatakan beliau akan bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Switzerland itu.

Tetapi, Apandi juga menegaskan siasatan berkaitan dengan 1MDB itu tidak sama dengan kes sumbangan derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kes derma itu sebelum ini diisytiharkan Apandi ditutup kerana kekurangan bukti wujud salah laku jenayah.

Kenyataan media Lauber dikritik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata semalam, peguam negara itu tidak sepatutnya mengumumkan kepada orang ramai mengenai penemuan itu dan permintaannya supaya Malaysia memberikan kerjasama.

"Dengan membuat kenyataan terbuka begitu, pada hemat saya, ia tidak baik, kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan kerenggangan hubungan antara 2 negara tetapi juga menyebabkan berat sebelah dalam laporan media," kata Zahid, sambil menambah, maklumat sebegitu seharusnya disampaikan melalui saluran kerajaan kepada kerajaan (G2G).

Pejabat Lauber bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, ia menganggap komen Zahid itu satu "kenyataan politik" dan tidak berhasrat mengulasnya. – 1 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Pejabat AG Switzerland tak mahu terseret dengan ‘politik’ Zahid




Pejabat Peguam Negara Switzerland “puas hati” bahawa Peguam Negara Malaysia akan membantu Switzerland dalam penyiasatannya terhadap firma milik kerajaan 1MDB.

Ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, dengan menyatakan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan penyelewengan AS$4 bilion dana yang didakwa melibatkan syarikat milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.

“Pejabat Peguam Negara Switzerland mengambil perhatian dengan berpuas hati dengan reaksi rakan sejawatannya dari Malaysia dan komitmennya untuk menyokong sepenuhnya permintaan Switzerland bagi bantuan bersama,” katanya dalam emel kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, pejabat itu enggan mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menyatakan rasa kurang senang terhadap pihak berkuasa Switzerland yang membuat kenyataan terbuka berhubung kerjasama dalam siasatan mengenai 1MDB.

Zahid dilaporkan berkata permohonan rasmi mengenai perkara itu sewajarnya dilakukan melalui saluran rasmi.

“Pejabat Peguam Negara Switzerland telah mengambil maklum mengenai kenyataan terkini yang dilaporkan oleh pelbagai media.
“Sebagai sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa kehakiman, Pejabat Peguam Negara Switzerland tidak mengulas kenyataan politik. – MKini

1MDB's Abu Dhabi Finance Partner Aabar In Trouble Too?

1MDB's Abu Dhabi Finance Partner Aabar In Trouble Too?

1 Feb 2016

Mohammed al Husseiny - one of the last big transactions he conducted before being sacked was the billion dollar bail out of 1MDB and agreement to pick up all its debt repayments until June 2016
Mohammed al Husseiny (left) – one of the last big transactions he conducted before being sacked was the billion dollar bail out of 1MDB and agreement to pick up all its debt repayments until June 2016
While 1MDB has been hanging on to a bail out from the Abu Dhabi fund Aabar to cover its debts, it turns out that Aabar itself is seeking to re-finance its own massive debts!
Last week its new managers were in the UK trying to raise at least US$2.5 billion (insiders say it is more) to cover a loan coming due in April.
1MDB is due to pay back its own billion dollar debt to Aabar out of equivalent assets by June… except many have pointed out that, having sold off its major assets already to try and bring down its multi billion dollar over-draft, 1MDB has nothing left to provide Aabar with its payback.
Aabar is a subsidiary of the sovereign wealth fund IPIC, which has guaranteed  its position.  However, the fund managers who had extended the loan to 1MDB, having been involved in a number of joint ventures with the Malaysian development fund, have now been sacked.
Also sacked, Al Husseiny's former boss Khadem al Qubaisi, who was behind the 1MDB/ Aabar deals together with Jho Low
Also sacked, Al Husseiny’s former boss Khadem al Qubaisi, who was behind the 1MDB/ Aabar deals together with Jho Low
The joint ventures concerned are under criminal investigation, as confirmed by the Swiss Attorney General last week and by Singapore’s monetary authorities today.
The Singapore statement noted that both countries are working with United States regulators on the matter of criminal money laundering by those associated with 1MDB.
The new managers of Aabar, who are struggling to manage the vast losses incurred over recent years, are unlikely to wish to continue to bail out 1MDB when that repayment comes due in June.
Since the Minister of Finance, Najib Razak, gave an effective guarantee to Aabar on behalf of 1MDB on the bail out, this is another tab that the Malaysian taxpayer will apparently be forced to pick up to cover the billions that have disappeared from the so-called development fund


Singapura berkata hari ini bahawa ia telah menyita sejumlah besar akaun bank yang berkaitan dengan kemungkinan kesalahan pengubahan wang haram berhubung siasatan terhadap salah urus kewangan yang didakwa dilakukan oleh firma pelaburan negara, 1MDB.

Dalam satu kenyataan, Singapura berkata Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Komersial, polis republik itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat berhubung siasatan 1MDB.

“Sehubungan dengan siasatan ini, kita sudah berusaha dan akan terus mendapatkan maklumat daripada beberapa institusi kewangan, sedang mewawancara pelbagai individu, dan merampas sejumlah besar akaun bank,” kata kedua-dua agensi itu dalam kenyataan berkenaan lapor Malaysiakini
Kenyataan itu dibuat selepas ketua pendakwa raya Switzerland pada minggu lalu berkata, siasatan jenayah ke atas 1MDB mendedahkan bahawa kira-kira AS$4 bilion (RM16.6 bilion) didapati telah disalahgunakan.

1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia berikutan tuduhan salah urus kewangan dan rasuah. 1MDB menafikan dakwaan itu.
Minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah atau rasuah dan mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup.

Najib terpalit dengan kes itu apabila didedahkan bahawa dana AS681 juta didapati berada dalam akaun bank peribadinya. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.
Attorney-General Tan Sri Apandi Ali said his office will decide how to respond after receiving documents from his Swiss counterpart investigating 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). — File pic
Attorney-General Tan Sri Apandi Ali said his office will decide how to respond after receiving documents from his Swiss counterpart investigating 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). — File picAttorney-General Tan Sri Apandi Ali said his office will decide how to respond after receiving documents from his Swiss counterpart investigating 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). — File pic

KUALA LUMPUR, Jan 30 — Tan Sri Apandi Ali today said his office will decide how to respond once it receives documents from his Swiss counterpart who is investigating 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

The Attorney-General said he was eager to establish the details of allegations against the state-owned firm, which he noted was why 1MDB is being scrutinised by several Malaysian agencies.

Apandi also stressed that the investigations into 1MDB were wholly separate from the case involving the RM2.6 billion-donation deposited into Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s accounts.

“Regarding the recent public statement by the Office of the Attorney-General of Switzerland, my office intends to take all possible steps to follow up and collaborate with our Swiss counterparts, and we look forward to receiving the findings of their investigations and materials through the normal channels.

“These materials will then be reviewed, alongside the findings of other relevant authorities and our own investigations, to determine the appropriate course of action,” Apandi said in a statement today.

Earlier, 1MDB said that it was willing to work with any lawful authority investigating it, but qualified this by saying this was dependent on the legal advice it obtains from Putrajaya and Malaysian agencies.

Swiss AG Michael Lauber yesterday said his office has contacted Malaysia formally to request the country’s aid in his investigation on possible violation of Switzerland’s laws by 1MDB, which he said detected suspected misappropriation of nearly US$4 billion.

Lauber said the possible violations include corruption, abuse of public office, money laundering, and criminal mismanagement.

The Swiss Attorney General’s office opened criminal proceedings last August against two former 1MDB officials as well as “persons unknown.”

Lauber highlighted in his statement yesterday that he had discussed the matter with Apandi at a meeting in Zurich in September.

Lauber’s announcement comes after Apandi this week exonerated Najib of any wrongdoing in relation to the receipt of a RM2.6 billion deposit that was initially linked to 1MDB, but later determined to be a donation from the Middle East.

Apandi also closed the case on the movement of RM42 million from a former 1MDB unit, SRC International.

Investigations into 1MDB were previously initiated in the US, UK, Singapore, and France, but the current states of these investigations are not publicly known.





AG dilantik lembaga pengarah Tabung Haji

   

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji.
Pelantikan itu disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad, lapor The Malaysian Reserve.

“Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Semakan Malaysiakini di laman sesawang Tabung Haji mendapati nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.

Berita pelantikan ini timbul ketika terdapat spekulasi lembaga itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya.

Pagi tadi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa lembaga itu dalam keadaan baik dan maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan lewat hari ini.
Asyraf demikian sebagai mengulas surat bocor kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberi amaran Tabung Haji rizabnya dalam paras negatif.

Berita pelantikan ini timbul ketika Apandi mengumumkan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Apandi berkata, kesemua kes kini ditutup.

Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad's photo.

SUDAH-SUDAHLAH TU !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. 

Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.

Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit "wang derma RM2.6 billion" dan penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah.

Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu. Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut.

Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini??? Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk menjelaskan hutang piutang kad kredit PM???

Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah 'Public Fund' atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ???

Ingat ya......bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion billion yang "didermakan" itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan "derma" se macam ini.

Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH. Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.

Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain. Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup.

Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti........hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???

Saya CABAR Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini.

Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion. Ish...ish...ish... Cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa takut sangat nak dedahkan identiti penderma tersebut jika hamba Allah ini benar-benar wujud. Mengapa berdolak dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa 'masuk daun' untuk 'akun' (slang orang Sabah bagi perkataan 'mengaku') bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma tersebut??? Sudahlah!!! Jangan perbodohkan orangramai.

Fokuskan tugas itu untuk membasmi gejala judi cybercafe dan dadah yang berleluasa hampir di seluruh negara. Sudah berpuluh ribu belia di negara ini yang rosak akhlak akibat ketagihan benda-benda haram ini. Jangan cemar integriti diri sendiri untuk kepentingan politik.

Pendedahan Peguam Negara bahawa sebahagian besar wang "derma Arab halimunan" ini telah dikembalikan sungguhlah menakjubkan. Sekarang saya ingin bertanya, bolehkah Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana, caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang ini dilakukan ???

Jika tidak boleh dijelaskan maka wajarlah Peguam Negara segera mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut di luarnegara menerusi peruntukan MLAT. Saya amat yakin jejak wang atau money trail ini akan membuktikan bahawa penderma RM2.6 billion itu sebahagian besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.

Kepada Perdana Menteri saya ingin menyeru agar bertindak berani sebagai seorang Pahlawan Bugis. Beranikan diri untuk tampil sendiri memberi penjelasan. Bukankah itu salah satu ciri pahlawan???

Sedarlah bahawa diantara sifat2 kepahlawanan jati termasuklah berani bercakap benar....berani menggadai nyawa demi mempertahankan pertiwi.....tegas melawan kejahatan.....membela orang yang teraniaya..... Di antara ciri-ciri PENGECUT pula termasuklah menggunakan oranglain sebagai jurucakap untuk menabur fitnah bagi mengalih tumpuan dari isu ....mengguna harta kekayaan untuk menutup kebenaran......menggunakan duit untuk membeli kesetiaan.....menggunakan agensi kerajaan untuk mengugut dan menggertak pegawai kerajaan......mengikut telunjuk isteri secara membabi buta.

Sedarlah bahawa sifat2 keji ini dimurkai Allah SWT. Sudahlah tu......sudah cukup kalut keadaan dalam negara masakini. Sampai bila episod penganiayaan ini akan berakhir???

Tidakkah ada perasaan keinsafan dan belas ihsan dalam diri apabila melihat negara dalam keadaan begini. Percayalah bahawa orangramai semakin jelik dan meluat melihat telatah pemimpin politik demi pemimpin politik mengeluarkan kenyataan bohong bagi menutup bangkai gajah ini. Kalau kita pergi ke Mekah seminggu sekalipun dosa kita tidak akan terhapus dengan sebegitu mudah.

Ada pihak yang berpandangan bahawa skandal 1MDB ini tidak akan ada kesudahannya kerana PM terlalu kuat pengaruhnya hinggakan Presiden OBAMA sendiri akan menggunakan kuasa veto presiden untuk menghentikan siasatan pihak FBI ke atas kes MONEY LAUNDERING di Amerika. Nonsense !!! Kononnya pihak FBI terpaksa menunggu Presiden Obama mengakhiri tempoh jawatan presidennya pada bulan september depan. Nonsense!!! FBI tetap FBI. Pandai, pandai tupai melompat....

Kepada teman2 saya di dalam media arus perdana saya doakan agar datuk/dato semua dikurniakan Allah SWT kesedaran diri serta dibekalkan kekuatan untuk berani berkata benar. Aamiin. Jangan bertindak berpaksikan sesuatu ideologi yang jelas menyimpang dan sempit. Terimalah hakikat bahawa negara sedang dilanda krisis kepercayaan orangramai akibat perbuatan rasuah dan penyelewengan pemimpin tertinggi kita sendiri. Selagi pemimpin terbabit tidak berani berterus terang maka krisis ini akan berlarutan.

Ia tidak ada kena mengena dengan ISIS!!! Elakkanlah taktik melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina. Isu penyelewengan 1MDB ini tidak ada kena mengena dengan cubaan kaum Cina nak memalukan pemimpin Melayu. Majoriti orang Melayu sendiri mahukan penjelasan ikhlas dari pemimpin yang bertanggungjawab. Hentikanlah usaha jahat nak "membeli kesetiaan" akhbar SINAR tu. ...dan kita akan tengok dalam masa terdekat ini samada penyakit BODEK ini akan turut dijangkiti oleh FREE MALAYSIA TODAY.

Kepada orangramai saya merayu agar tidak terpengaruh dengan pelbagai cerita2 yang menyentuh peribadi pegawai2 tinggi SPRM yang bakal ditonjolkan oleh agen2 jahat tersebut bagi mengalihkan tumpuan. Ia ditimbulkan dengan niat MENGALIH TUMPUAN dan untuk melaga-lagakan pegawai SPRM. Taktik hina ini hanya layak digunakan oleh manusia yang PENGECUT.

Agen-agen yang mabuk kuasa dan arak serta "giler"duit ini akan terus bertindak untuk menghakiskan kredibiliti SPRM dengan pelbagai cerita dengan harapan orangramai akan meragui keikhlasan agensi ini. Jangan bimbang RAKYAT BUKAN BODOH. Agen-agen jahat ini sedia mempunyai KECACATAN pada imej dan diri masing-masing.

Yang menghairankan saya ialah ada di kalangan PEMBODEK ini pada suatu ketika dulu pernah mendabik dada lantang mengkritik amalan rasuah dan penyelewengan!!! Tetapi dalam sekelip mata buat U-turn 180 darjah.
Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan sekali-kali takut dengan gertakan/ugutan sesiapapun. Pertahankan kesucian peranan dan tanggungjawab agensi.

Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi kepentingan negara. Contohilah integriti agensi anti rasuah negara jiran kita, Indonesia. Para pegawai KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI di negara tersebut berani dan telus bertindak tanpa memilih bulu. Orangramai dapat merasakan betapa ikhlas SPRM memainkan peranannya untuk menyingkap segala salahlaku oleh pemimpin2 negara. Just carry on with your tasks without fear or favour......rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk!!!.

KIPIDAP DONGIBAB!!!
Bagi diri saya, in syaa allah, saya yakin bahawa tindakan saya ini tidak menyalahi mana2 undang-undang negara. Sebagai seorang pegawai polis saya telah mengangkat sumpah untuk menjalankan kewajipan saya dengan sebaik2nya bagi memenuhi kehendak Akta Polis. Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah.

Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah. Jika KPN mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya redha. Hati ini semakin redha apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah........mengaku sajalah dan bertaubat.

Sudahlah tu.....

Salam hormat dan GONGXI FA CAI

ABDUL HAMID BADOR
1 Feb 2016



AMUKANMelayu - Kain dah lama terselak.............