Saturday, 12 March 2016

TODAK "MENYERANG" PUTRAJAYA



IKAN TODAK ::

INILAH SATU CERITA
BERLAKU DI KOTA SINGA
TODAK MENYERANG TIADA TERKIRA
RAMAILAH GUGUR ORANG-ORANG RAJA


IKAN TODAK (2x)


SEGALA AKAL TELAH DIGUNA
UNTUK MELINDUNGI ORANG-ORANG KOTA
TODAK MASIH MENYERANG JUGA
BERTAMBAHLAH GUGUR ORANG RAJA


IKAN TODAK (2x)


BUDAK CERDIK MENYEMBAH RAJA
MEMBERI AKAL MELINDUNG NYAWA
BATANG PISANG TELAH DIGUNA
SERANGAN TODAK TAK DAPAT KENA


IKAN TODAK (2x)


SEDIH SUNGUH DIAKHIR CERITA
BUDAK CERDIK TELAH DI MURKA
KERANA FITNAH DAN DUSTA
BUDAK DIBUANG KELAUT KOTA


IKAN TODAK (2x)


LAGU: RUKIMAN JUDI
LIRIK: S.JOEREM
KUGIRAN: LES KAFILA'S


Singapura Dilanggar Todak Gambar Hiasan: Hang Nadim Pada suatu ketika beratus-ratus tahun dahulu Singapura telah diserang ikan todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak hingga keadaan darurat berleluasa di seluruh negeri. Sultan yang merajai Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negeri itu. Baginda berasa sedih kerana melihat ramai rakyat jelata mati dibunuh oleh ikan todak. Untuk mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai agar ikan-ikan todak tidak lagi dapat menyerang. Malangnya, lebih ramai pula rakyat yang mati apabila kaki-kaki mereka ditikam oleh ikan todak. Pada waktu itu juga hidup seorang kanak-kanak lelaki yang pintar lagi cerdas bernama Hang Nadim. Hang Nadim pada ketika itu baru berusia tujuh tahun! Setelah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini, Hang Nadim pun mempunyai buah fikiran untuk melawan serangan ikan-ikan todak yang kejam. Tanpa berlengah lagi, Hang Nadim pun memohon menghadap Sultan Singapura yang telah mati akal dan tidak lagi dapat memimpin negerinya dengan baik. "Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh hamba rakyat menggunakan betis mereka untuk menahan serangan ikan todak, lebih ramai rakyat Singapura yang akan mati Tuanku," sembah Hang Nadim ke hadapan Sultan. "Hai si kecil, adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik untuk beta?" Sultan pun bertanya kepada Hang Nadim. "Ya Tuanku! Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang-batang pisang untuk melawan serangan ikan-ikan todak itu," jawab Hang Nadim. "Batang pisang? Bagaimana caranya wahai Hang Nadim?" tanya Sultan dengan penuh hairan. "Kita boleh menggunakan batang-batang pisang sebagai kubu di sepanjang pantai negeri kita. Apabila ikan-ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan-ikan todak ini sudah terlekat, nah rakyat sekalian boleh menetak kesemuanya hingga mati," hujah Hang Nadim. Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Sultan Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah lagi, baginda pun memerintahkan semua rakyat negeri itu untuk menanam batang-batang pisang di sepanjang pantai untuk dijadikan kubu. Akhirnya, terbukti buah fikiran Hang Nadim berjaya mendatangkan hasil dan ikan-ikan todak semuanya berjaya ditewaskan dan negeri Singapura akhirnya terselamat. Sultan Singapura berasa sungguh gembira dan baginda pun menghujani Hang Nadim dengan hadiah-hadiah yang istimewa. Baginda amat bersyukur kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang kanak-kanak yang sungguh pintar lagi cerdas. Malangnya, para pembesar negeri itu berasa sangat iri hati dan dengki dengan kepintar-cerdasan Hang Nadim. Mereka takut kalau-kalau Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat di-Raja dan kelak Hang Nadim akan menjadi lebih berpengaruh dan lebih berkuasa berbanding mereka. "Budak lelaki ini masih kecil tetapi dia sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Aku yakin Sultan akan mengambilnya sebagai penasihat tertinggi baginda," kata Tun Bendahara yang menjadi ketua kepada para pembesar negeri yang lain. "Hang Nadim mesti dibunuh, saudara-saudaraku! Aku akan memujuk Raja untuk membunuh budak itu dengan sokongan kalian semua," tambah Tun Bendahara dengan marahnya. Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Sultan agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Sultan agar membunuh Hang Nadim yang pintar cerdas itu kerana takut apabila besar kelak, dia akan menjadi lebih cerdik. Malah, mereka berjaya menyakinkan Sultan jika Hang Nadim menjadi lebih pintar cerdas dan mencapai umur remaja, nescaya mahkota Sultan pun akan cuba dirampasnya. Mendengar hasutan para pembesar negeri yang tidak berasas itu, Sultan Singapura dengan serta-merta menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ke atas Hang Nadim, walaupun Hang Nadim telah berjasa kepada negeri Singapura. Dengan kejamnya, Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dihumban ke dalam laut hidup-hidup. Semua rakyat negeri Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim akan tetapi mereka semua berasa terlalu takut dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa usaha untuk menentang kezaliman itu. Hari ini tinggallah nama Hang Nadim dalam lipatan sejarah dunia di sebelah sini, sebagai si kecil pintar cerdas yang telah menyelamatkan negara Singapura dari serangan todak tetapi jasanya yang amat besar dibalas dengan kekejaman dan kezaliman tanpa pembelaan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Gambar Hiasan: Hang Nadim 

Pada suatu ketika beratus-ratus tahun dahulu Singapura telah diserang ikan todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak hingga keadaan darurat berleluasa di seluruh negeri. 

Sultan yang merajai Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negeri itu. Baginda berasa sedih kerana melihat ramai rakyat jelata mati dibunuh oleh ikan todak. Untuk mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai agar ikan-ikan todak tidak lagi dapat menyerang. 

Malangnya, lebih ramai pula rakyat yang mati apabila kaki-kaki mereka ditikam oleh ikan todak. Pada waktu itu juga hidup seorang kanak-kanak lelaki yang pintar lagi cerdas bernama Hang Nadim. Hang Nadim pada ketika itu baru berusia tujuh tahun! Setelah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini, Hang Nadim pun mempunyai buah fikiran untuk melawan serangan ikan-ikan todak yang kejam. 

Tanpa berlengah lagi, Hang Nadim pun memohon menghadap Sultan Singapura yang telah mati akal dan tidak lagi dapat memimpin negerinya dengan baik.

 "Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh hamba rakyat menggunakan betis mereka untuk menahan serangan ikan todak, lebih ramai rakyat Singapura yang akan mati Tuanku," sembah Hang Nadim ke hadapan Sultan.

 "Hai si kecil, adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik untuk beta?" Sultan pun bertanya kepada Hang Nadim. 

"Ya Tuanku! Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang-batang pisang untuk melawan serangan ikan-ikan todak itu," jawab Hang Nadim. 

"Batang pisang? Bagaimana caranya wahai Hang Nadim?" tanya Sultan dengan penuh hairan. 

"Kita boleh menggunakan batang-batang pisang sebagai kubu di sepanjang pantai negeri kita. Apabila ikan-ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan-ikan todak ini sudah terlekat, nah rakyat sekalian boleh menetak kesemuanya hingga mati," hujah Hang Nadim. 

Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Sultan Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah lagi, baginda pun memerintahkan semua rakyat negeri itu untuk menanam batang-batang pisang di sepanjang pantai untuk dijadikan kubu. 

Akhirnya, terbukti buah fikiran Hang Nadim berjaya mendatangkan hasil dan ikan-ikan todak semuanya berjaya ditewaskan dan negeri Singapura akhirnya terselamat. Sultan Singapura berasa sungguh gembira dan baginda pun menghujani Hang Nadim dengan hadiah-hadiah yang istimewa. 

Baginda amat bersyukur kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang kanak-kanak yang sungguh pintar lagi cerdas. Malangnya, para pembesar negeri itu berasa sangat iri hati dan dengki dengan kepintar-cerdasan Hang Nadim. Mereka takut kalau-kalau Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat di-Raja dan kelak Hang Nadim akan menjadi lebih berpengaruh dan lebih berkuasa berbanding mereka. 

"Budak lelaki ini masih kecil tetapi dia sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Aku yakin Sultan akan mengambilnya sebagai penasihat tertinggi baginda," kata Tun Bendahara yang menjadi ketua kepada para pembesar negeri yang lain. 

"Hang Nadim mesti dibunuh, saudara-saudaraku! Aku akan memujuk Raja untuk membunuh budak itu dengan sokongan kalian semua," tambah Tun Bendahara dengan marahnya. 

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Sultan agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Sultan agar membunuh Hang Nadim yang pintar cerdas itu kerana takut apabila besar kelak, dia akan menjadi lebih cerdik. Malah, mereka berjaya menyakinkan Sultan jika Hang Nadim menjadi lebih pintar cerdas dan mencapai umur remaja, nescaya mahkota Sultan pun akan cuba dirampasnya. 

Mendengar hasutan para pembesar negeri yang tidak berasas itu, Sultan Singapura dengan serta-merta menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa ke atas Hang Nadim, walaupun Hang Nadim telah berjasa kepada negeri Singapura. Dengan kejamnya, Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dihumban ke dalam laut hidup-hidup. 

Semua rakyat negeri Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim akan tetapi mereka semua berasa terlalu takut dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa usaha untuk menentang kezaliman itu. 


Hari ini tinggallah nama Hang Nadim dalam lipatan sejarah dunia di sebelah sini, sebagai si kecil pintar cerdas yang telah menyelamatkan negara Singapura dari serangan todak tetapi jasanya yang amat besar dibalas dengan kekejaman dan kezaliman tanpa pembelaan dan AKHIRNYA SINGAPURA MENJADI MILIK ORANG.......

Dalam Sejarah Malaysia, seramai 6 Orang PM telah melaluinya. Bermula dengan Tengku sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Razak Bapa Pembangunan, Hussain Onn Bapa Perpaduan, Tun M Bapa Permodenan, Pak Lah Bapa Mertua Menantu dia dan Bapa 1 MDB. Pelingkup Negara.

Dalam kesemua PM ni. Tun M adalah yang paling teruk sekali. Memerintah selama 22 tahun dengan banyak kezaliman yang di lakukannya. Memang tepatlah dia di namakan Mahafiraun, Mahazalim, Mahakejam dan Mahachamdet yang sangat menyakitkan. 

Jangan di cakaplah pembaziran yg di lakukan, KLIA menyediakan 35 pekerjaan, PLUS menyusahkan dengan jem, Jambatan PP menyesakkan setiap pagi. KLCC menjadi tempat lepak Bangla, PROTON menjadi kilang kereta mainan....PENDIDIKAN - Universiti dan Kolej yg menjadikan "Rakyat Semakin BODOH" 

Eloklah Najib BERHENTIKAN Tun M dari semua Jawatan yg di sandangnya selepas PENCEN ni.......Tahniah Najib......

NAJIB BALAS DENDAM, MAHATHIR DI PECAT

KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

“Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
“Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara,” kata kenyataan itu.

Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003. Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. – Bernama

Ahmad Said saved Terengganu from 1MDB – Sir Wenger Khairy


Add caption
Published: 13 May 2015 2:41 PM

As a veteran Umno observer, we have seen many state leaders rise, fall or fade away. Some fell by the wayside because they were accused of corruption, involved in scandals or supported the wrong faction in Umno.

Some were let go because others coveted (“mengidam”) their position.

But so far to my recollection, there has not been any single major Umno leader who was replaced because he stood up to defend the rights of his state against the interference from outside forces.

Most Umno state chiefs would acquiesce to the demands of a powerful prime minister, lest they be dropped from their position.

The closest a state chief came to defying a prime minister would be Tan Sri Osman Aroff, who was dismissed by Tun Dr Mahathir Mohamad in 1996.

However, some said that was because Osman was a pawn in a titanic battle between Dr Mahathir and Datuk Seri Anwar Ibrahim and Anwar wanted to see how far Dr Mahathir would go when provoked.

However, today we can finally honour a leader who put his political career on the line and stood up against a rapacious force.

He is none other than “Gentleman Gocoh” himself, Datuk Seri Ahmad Said, who was unceremoniously dismissed from his role as the menteri besar of Terengganu, by the 1MDB advisor, Dato Seri Najib Razak.

At that time, many did not know the reason Ahmad was dismissed. Ahmad was well liked by the people and his folksy ways had made him very popular up and down the state.

He was also well known because of his “Robin Hood” tactic of buying the entire cargo of a bread delivery van so as to feed the people. The love and admiration the people of Terengganu had for Ahmad contrasts with the manufactured support we see for Najib.

But today, Ahmad has finally broken his silence and revealed that he was “politically executed” because of his refusal to allow 1MDB to mortgage the oil and gas oilfields and revenue from Terengganu as proposed by controversial businessman, Taek Jho Low.

Such gallantry has never been witnessed in Umno where people are generally chicken-hearted when it comes to confronting the PM over 1MDB, preferring instead to watch from the sidelines or even worse, blind themselves to this monster of Najib’s creation.

Needless to say, the Malay community lost a great leader when Mat Said was forced to resign and they should blame themselves if subsequent leaders are weak-minded and chicken-hearted when it comes to defending the rights of the Malays against forces such as 1MDB.

So we would like to propose that the country and the state of Terengganu honour Ahmad in a most fitting way.

While some ways such as making his birthday a state holiday or renaming a road or an island after him may stroke the ego of some people, I think the only meaningful way for Terengganu to honour Mat Said is for the state Umno to declare that they have lost all confidence in Najib and to demand their immediate removal from Putrajaya. – May 13


MOHYIDDIN DAN GHANI PATAIL DI PECAT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengkritik pemecatan peguam negara dan timbalan perdana menteri semasa 1MDB disiasat hebat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengkritik pemecatan peguam negara dan timbalan perdana menteri semasa 1MDB disiasat hebat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.


Tindakan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara memberikan gambaran Datuk Seri Najib Razak, bertindak mempertahankan kedudukan dan regimnya daripada disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, Malaysia terjerumus ke dalam gaung krisis yang makin parah dengan penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet selepas beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan perdana menteri perlu memberikan jawapan kepada skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Negara memerlukan reformasi menyeluruh untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat," kata timbalan presiden PKR itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu menggesa agar ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia.

Beliau berkata, rakyat tidak memberikan dokongan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk duduk diam dan membiarkan negara menjunam ke dalam gaung krisis yang semakin parah.

"Dalam pertemuan saya selama lebih dua jam pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesan agar rakyat Malaysia dan NGO bersatu untuk bersama dalam membawa perubahan."

Azmin turut berkata, PKR turut memulakan siri jelajah Amanat Presiden sejak seminggu yang lalu untuk memupuk perpaduan dalam parti sebagai asas untuk menggembleng kekuatan rakyat dan semua kekuatan politik dalam negara untuk melaksanakan perubahan.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Najib hari ini menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu dan pada masa sama akan mengekalkan portfolionya sekarang sebagai menteri dalam negeri.

Najib membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, sekaligus mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini mengenai rombakan Kabinet dan penyingkiran Muhyiddin.

Najib turut mengumumkan penyingkiran Muhyiddin sebagai timbalannya, dan menyifatkannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility)," kata Najib.

Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.

"Keputusan menggantikan Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Muhyiddin.

"Begitu juga oleh menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran kerajaan," kata Najib dalam pengumumannya yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

"Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dengan Zahid, menggugurkan empat orang menteri dan seorang timbalan menteri serta perubahan portfolio, dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.”

Zahid sementara itu berkata, pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri bukanlah satu habuan tetapi tanggungjawab kepada negara, bangsa dan negara.

Turut digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri hari ini ialah naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sebelum ini memegang jawatan menteri pembangunan luar bandar dan kesejahteraan bandar.

Beliau juga sebelum ini lantang menegur cara Putrajaya mengendalikan krisis 1MDB. – 28 Julai, 2015.


Dua pegawai SPRM ditukar Ke JPM
Dua pengarah SPRM diarah tukar serta merta
Bahri (kiri) dan Rohaizad ketika meninggalkan pejabat SPRM Putrajaya pada 6 Ogos 2015

PADANG BESAR - Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini bagi membincangkan pertukaran mereka.

Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri Perlis di Padang Besar semalam.

Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Bahri mengetuai BOK, bahagian yang menyiasat SRC International Sdn Bhd dalam isu (1MDB) manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.

Shahidan yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata Umno negeri itu akan membuat persiapan untuk menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk merasmikan persidangan ketiga-tiga Umno bahagian Kangar, Padang Besar dan Arau secara berkelompok.

Bernama difahamkan persidangan itu akan berlangsung di Dewan 2020 pada 23 Ogos ini yang dijangka dihadiri lebih 12,000 orang.

"Jumlah kehadiran mungkin lebih kerana ahli-ahli Umno ternanti-nanti ucapan perdana menteri berhubung kemelut politik semasa dan media sosial," kata Shahidan.
- Bernama


Selepas Saman Najib, Wanita UMNO Langkawi Dipecat 

Tuesday, September 1, 2015



Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak minggu lepas akhirnya dipecat daripada parti.

Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media sosial hari ini, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah.

"Tiada komen setakat ini," kata Anina dalam respon segera selepas dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan mengenai surat pemecatan tersebut.

Surat yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

The Malaysian Insider difahamkan, Anina akan memanggil satu sidang akhbar pada esok bagi menjelaskan mengenainya.

Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Terdahulu, Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib, menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau.


Muhyiddin terima taklimat SPRM, Bank Negara, Gani mengenai RM2.6 bilion sebelum dipecat
 

Muhyiddin terima taklimat SPRM, Bank Negara, Gani mengenai RM2.6 bilion sebelum dipecat

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Monday, February 22, 2016 Muhyiddin terima taklimat SPRM, Bank Negara, Gani mengenai RM2.6 bilion sebelum dipecat OLEH V. ANBALAGAN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu. "Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran. "Saya tidak berbohong," katanya dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original. Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno. "Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya. Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya. "The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak). "Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin. Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib. "Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain. "Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan. Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib. Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat. Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong. "Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin. Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang di-Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri. "Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi. Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza. Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini. Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International. – 22 Februari, 2016. ~ sumber

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
 

Monday, February 22, 2016 


OLEH V. ANBALAGAN, 

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu. 

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu. 

"Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran. "Saya tidak berbohong," katanya dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle Original. 

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno. 

"Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya. 

Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu. Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya. 

"The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak). "Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin. 

Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib.

 "Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain. "Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan. 

Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib. Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat. 

Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong. "Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin. Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang di-Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri. "Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi. 

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza. Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini. 

Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International. – 22 Februari, 2016. ~ sumber


AMUKANMelayu - Huruhara Negara di buatnya......