Friday, 22 April 2016

Abu Sayyaf - MEMALUKAN BANGSA SULUK, ISLAM DAN DURHAKA KEPADA TUANKU SULTAN BANTILAN


Siapakah sebenarnya pewaris Kesultanan Sulu





Oleh - Datu Pengeran Tua     



Menyentuh tentang isu tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah, saya selaku wakil kepada pewaris Sultan Sulu yang sebenar, ingin memberikan sedikit ulasan mengenainya.

Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo). Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka kepada kerajaan untuk dibangunkan.

Begitulah halnya dengan Sultan Sulu. Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua. Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah?

Kesultanan Sulu yang mempunyai ramai pewaris tidak termasuk mereka yang menyamar sebagai waris Sultan Sulu akan sentiasa ingin membuat tuntutan ke atas Sabah dengan apa cara sekalipun.

Di sini, selaku wakil yang sangat mengenali waris sebenar Sultan Sulu yang mempunyai hak dan kata putus di Wilayah Sulu dan North-Borneo (Sabah), saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai mereka yang membuat tuntutan itu.

Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar. Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:

a) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Pertama".
1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar).

b) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Kedua".
3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda.

Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan "Sistem Penggiliran Takhta" antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).

Tuntutan:
1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram.
* Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II. Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada "Encik Amir Hamzah" yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.

2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V.
* Merujuk kepada "Salasilah & Kitab Khutbah" Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V. Maka, tidaklah boleh "disahkan" akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.

3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II.
* Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I - dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya "Sulu and Sabah", jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu "Sultan Jamalul-Kiram-II" yang mangkat pada tahun 1936 "tiada mempunyai waris". Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah "menyamar" selaku waris kepada Sultan Sulu.

4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin.
* Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut "Sistem Penggiliran Takhta" antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.

5. Tuntutan dari Yang Mulia Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II ibni Yang Mulia Datu Aliuddin @ Datu Haddis Pabila @ Datu Maputih ibni Yang Mulia Datu Mohammad Sie/Seh/Sheikh ibni Maharajah Adinda/Dinda/Arinda Sultan Mohammad Aranan (Adanan) Puyo ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei Ke-9).
* Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan "Pewaris Kedua Kesultanan Sulu". Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh "Pewaris Pertama Kesultanan Sulu" (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.

Maka KEMBALIKAN waris sebenar Sultan Sulu bagi menyelesaikan isu Sulu, MNLF,MILF,  Abu Sayyaf dan Sabah (North Borneo). Ini bersesuaian dengan perkataan "Pewaris dan Penyambung" (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.

Sepanjang minggu ini, memang semangat rakyat Malaysia berkobar-kobar mengenai kerakusan pengganas Sulu ini, yang mendakwa Sabah adalah milik mereka. Tugas aku sebagai blogger Malaysia, walaupun tidak layak mengangkat senjata namun aku boleh memperjuangkan hak kita melalui hasil nukilan aku. Saya menerima satu e-mail dari rakan yang menerangkan 10 sebab Sulu tak layak menuntut Sabah. Walau pun dahulu Sabah adalah salah satu naugan Kesultanan Sulu yang lapuk!! (Sebenarnya 9 sebab tapi aku tambah lagi satu..hehehehe) 1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company. 2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. 3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878. 4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah. 5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat. 6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan. 7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: Article 3 The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’. (Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.) 8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”). 9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini. 10.Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatah lagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah Anda mungkin juga meminati:

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
10 Sebab Sabah Bukan Lagi Hak Kesultanan Sulu. 

1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company. 

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. 

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878. 

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah. 

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat. 

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan. 

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah: 

Article 3 The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’. 

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” 

(“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini. 

10.Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatah lagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah

Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas SULU, MNLF, MILF,  Abu Sayyaf dan North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.



MNLF - Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera MNLF
Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) ialah sebuah pertubuhan politik di Filipina yang tujuannya mendirikan daulah Islamiyah di Sulu, Mindanao dan Palawan. Ia diakui oleh Pertubuhan Persidangan Islam, yang membenarkannya untuk mewakili orang Moro dengan suatu kedudukan pemerhati. Kini, kumpulan ini adalah parti pemerintah Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Mindanao menjadi tanah untuk permulaan baru apabila bidang-bidang luas tanah diberikan oleh kerajaan Filipina pada zaman 1950-an kepada para petani miskin dan pendatang lain dari bahagian lain negara itu. Mindanao melihat dirinya sebagai rumah angkat penduduk peneroka Kristian yang giat berkembang yang dengan pantas mencerobohi kawasan kehidupan penduduk Muslim dan suku asli, yang kini mula merasakan mereka kehilangan tanah dan peluang ekonomi yang ada dengannya. Penduduk asal ini, terutamanya bahagian Muslim asal, membentuk rasa kecurigaan mendalam terhadap para pegawai Republik, sebuah republik di mana mereka merasakan diperlakukan sebagai warganegara kelas kedua.
Nur Misuari

Disebabkan ini, Mindanao menjadi medan pertempuran. Apabila kira-kira 200 pelatih tentera Muslim Filipino dibunuh kerajaan Filipina di bawah Ferdinand Marcos pada 18 Mac 1968 di Corregidor, sekumpulan Muslim yang marah membuat keputusan satu-satunya pilihan untuk Muslim atau warisnya berkuasa ialah dengan mewujudkan kembali Kesultanan Sulu (termasuk Sabah), tanpa mengira betapa ganas atau berpanjangannya usaha ini. Nur Misuari, seorang profesor Universiti Filipina, menjadi ketua kumpulan ini dengan gelaran pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro pada awal 1970-an. 

MNLF mewarwarkan dirinya sebagai gerakan pembebasan Muslim Filipino dan memulakan pemberontakan di Filipina, dengan harapan mendapat kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya autonomi kawasan untuk Filipina Selatan. Perjuangan ini akan memakan korban di antara 80,000 hingga 200,000 nyawa; di puncak kekuatannya, MNLF dapat mengira 30,000 anggota bersenjata dalam barisannya.

Bagi mengurangkan pertikaian, Kerajaan Filipina bercadang mengadakan perbincangan secara aman pada tahun 1976. Dalam tahun yang sama, Perjanjian Tripoli telah dirundingkan oleh Ferdinand Marcos, ahli politik Libya, Moammar Gadhafi sebagai pihak tengah dan disokong oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Perjanjian itu menyatakan supaya diadakan gencatan senjata dan meletakkan wilayah autonomi tersebut secara kasarnya adalah sebahagian daripada Republik Filipina. 

Tiga belas daerah dalam wilayah autonomi tersebut (lapan daripadanya diduduki majoriti Kristian) diisytiharkan dibawah peruntukan perjanjian, yang membenarkan masyarakat Muslim mendirikan “mahkamah, sekolah dan sistem pentadbiran” sendiri (berdasarkan penulis Lela Noble). Tambahan, wilayah yang diduduki oleh Muslim tersebut akan disediakan “sebuah perhimpunan perundangan, majlis eksekutif, angkatan keselamatan wilayah, sistem kewangan dan ekonomi” tersendiri.

Bagaimanapun, selepas mengikat perjanjian awal tersebut, Marcos mengadakan sebuah referendum, yang menunjukkan penentangan terhadap penyertaan daerah-daerah tertentu, penentangan terhadap daerah yang dianggap dimahukan oleh MNLF dan menyokong pelan Marcos agar dua daerah diletakkan di bawah kerajaan pusat. Gencatan senjata terawal memberikan peluang kepada Misuari dan tenteranya masa untuk berehat (peluang yang diterima secara adil oleh tentera Filipina), yang akhirnya memberi tekanan terhadap kepentingan MNLF. 

Kumpulan tersebut mengalami masalah dalaman dan berpecah kepada tiga kumpulan utama. ketidaksepakatan antara golongan sederhana dan konservatif tercetus selepas keengganan MNLF mengadakan pemberontakan. 

Berikutan hal ini, pada tahun 1981, golongan yang lebih konservatif membentuk Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Pada tahun 1996, kata sepakat akhirnya dicapai oleh MNLF dan kerajaan. Wilayah autonomi itu diberikan kepada majoriti Muslim di kawasan tersebut. Kawasan itu kini dikenali sebagai Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

MILF - Barisan Pembebasan Islam Moro
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Murad Ibrahim

Barisan Pembebasan Islam Moro atau (MILF) (Bahasa Arab: جبهة تحرير مورو الإسلامية, Jabhat Tahrir Mooroo al-Islamiyyah) adalah kumpulan pemberontak Muslim yang berkuasa di selatan Filipina.[2] Kumpulan ini sangat aktif di bahagian wilayah Bangsamoro di Mindanao, yang termasuk di kawasan Kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan pulau-pulau jiran lain.



Tarikh operasi 1978 - sekarang
Pemimpin Murad Ibrahim
Motif Ciptaan "Sub-negeri" Moro
Kawasan utama Filipina
Ideologi Autonomi Moro Demokrasi Islam
Serangan terkenal Insiden Pemotongan Kepala Basilan 2007 dan antara lain.
StatusAktif


 Abu Sayyaf


Khadaffi Janjalani, pemimpin Abu Sayyaf.
Kelompok Abu Sayyaf, juga dikenal sebagai Al Harakat Al Islamiyya, adalah sebuah kelompok separatis yang terdiri dari milisi yang berbasis di sekitar kepulauan selatan Filipina, antara lain Jolo, Basilan, dan Mindanao. Khadaffi Janjalani dinamakan sebagai pemimpin kelompok ini oleh Angkatan Bersenjata Filipina.

Dilaporkan bahwa akhir-akhir ini mereka sedang memperluaskan jaringannya ke Malaysia, Thailand, dan Indonesia. Kelompok ini bertanggung jawab terhadap aksi-aksi pengeboman, pembunuhan, penculikan, dan pemerasan dalam upaya mendirikan negara Muslim di sebelah barat Mindanao dan Kepulauan Sulu serta menciptakan suasana yang kondusif bagi terciptanya negara besar yang Pan-Islami di Semenanjung Melayu (Indonesia dan Malaysia) di Asia Tenggara. Nama kelompok ini adalah bahasa Arab untuk Pemegang (Abu) Pedang (Sayyaf).

Abu Sayyaf adalah salah satu kelompok separatis terkecil dan kemungkinan paling berbahaya di Mindanao. Beberapa anggotanya pernah belajar atau bekerja di Arab Saudi dan mengembangkan hubungan dengan mujahidin ketika bertempur dan berlatih di Afganistan dan Pakistan.


Sejarah terbentuknya keganasan kelompok Abu Sayyaf



Sejarah terbentuknya keganasan kelompok Abu Sayyaf
   

Merdeka.com - Meski informasi di seputar mereka masih belum jelas, Abu Sayyaf diyakini adalah salah satu kelompok militan paling kejam di Asia Tenggara.

Pengamat keamanan Internasional Rommel Banlaoi yang pernah menulis sejumlah makalah tentang ASG mengatakan, "mereka kecil tapi kelompok ekstrem muslim paling menakutkan di Filipina."

Dikutip dari stasiun televisi CNN, Badan Keamanan Nasional Australia menyatakan ada sekitar 400 anggota Abu Sayyaf hingga hari ini. Angka itu masih terus naik-turun seiring upaya kontraterorisme dari militer Filipina dan dunia.

Anggota kelompok ini kebanyakan anak muda muslim Filipina dari kepulauan Sulu, wilayah Sabah, Malaysia.

Mereka dilaporkan dilatih dan didanai oleh kelompok Al Qaidah dan cabangnya di Indonesia, Jamaah Islamiyah. Kelompok ini didirikan pada 1990-an.

Mereka beroperasi di wilayah barat Mindanao, terutama di Provinsi Basilan, Sulu, dan Tawi-tawi, masih kawasan kepulauan Sulu.

Abu Sayyaf adalah kelompok militan pertama yang dinyatakan diburu oleh pengadilan Filipina pada 2015. Namun kelompok ini sudah masuk dalam daftar Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa-Bangsa ( PBB) pada Oktober 2001 karena punya hubungan dengan Al Qaidah.

Kementerian Pertahanan AS dan Badan Keamanan Naisonal Australia memasukkan ASG ke dalam daftar organisasi teroris pada 1997 dan 2002.

Kelompok militan ini juga sudah menyatakan berbaiat kepada Negara Islam Irak dan Suriah (ISIS) dalam sebuah video di YouTube pada 2014 silam.

Dari segi nama, dalam bahasa Arab Abu Sayyaf berarti 'ayah pria berpedang'. Kelompok ini dibentuk pada awal 1990-an oleh Abdurajak Janjalani, sosok ulama karismatik dari Basilan.

Setelah menempuh pendidikan di Timur Tengah, di mana dia bertemu pemimpin Al Qaidah Usamah Bin Ladin, Janjalani membentuk pasukan bersenjata sendiri di luar kelompok Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

Abu Sayyaf awalnya bernama Al-Harakatul Al Islamiyah atau 'Pergerakan Islam', tapi Janjalani menggantinya menjadi Abu Sayyaf sebagai bentuk penghormatan kepada sosok Abdurrasul Sayyaf, pemimpin pemberontak di Afganistan.

Ketika pasukan Filipina membunuh Janjalani pada 1998 dalam bau tembak di Basilan, anak buah dia menggelar penculikan massal terhadap guru dan siswa di kawasan terpencil Tumahubong, Basilan.

ASG kemudian pecah menjadi dua faksi: satu dipimpin oleh Khadafi Abubakar, adik Janjalani, dan satu lagi oleh Galib Andang.

Pada September 2006, Abubakar terbunuh oleh militer Filipina dan Andang ditangkap pada 2003 lalu dibunuh pada 2005 ketika mencoba kabur dari penjara.

Sejak itu tidak jelas siapa yang memimpin kelompok yang kemudian terpecah-pecah ini.

Sejak mendirikan kelompoknya, Janjalani dan MNLF menginginkan terbentuknya negara Islam di Mindanao.

Meski secara ideologis mereka menganut paham jihadis, tapi kini mereka lebih dikenal sebagai kelompok penculik yang menuntut uang tebusan. Sejak 2007 mereka kian gencar menculik ketimbang melakukan penyerangan dengan bom.

Meski begitu mereka juga terlibat penyerangan, termasuk pengeboman dan pembunuhan dengan menargetkan militer, polisi, pelaku bisnis dan warga asing.



Abu Sayyaf terus diyakini adalah salah satu kelompok militan paling kejam dan berani  di Asia Tenggara. Pengamat keamanan Internasional Rommel Banlaoi yang pernah menulis sejumlah makalah tentang ASG mengatakan, "mereka kecil tapi kelompok ekstrem muslim paling menakutkan di Filipina."

Dikutip dari stasiun televisi CNN, Badan Keamanan Nasional Australia menyatakan ada sekitar 400 anggota Abu Sayyaf hingga hari ini. Angka itu masih terus naik-turun seiring upaya kontraterorisme dari militer Filipina dan dunia.

Anggota kelompok ini kebanyakan anak muda muslim Filipina dari kepulauan Sulu, wilayah Sabah, Malaysia.

Mereka dilaporkan dilatih dan didanai oleh kelompok Al Qaidah dan cabangnya di Indonesia, Jamaah Islamiyah. Kelompok ini didirikan pada 1990-an.

Mereka beroperasi di wilayah barat Mindanao, terutama di Provinsi Basilan, Sulu, dan Tawi-tawi, masih kawasan kepulauan Sulu.

Abu Sayyaf adalah kelompok militan pertama yang dinyatakan diburu oleh pengadilan Filipina pada 2015. Namun kelompok ini sudah masuk dalam daftar Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa-Bangsa ( PBB) pada Oktober 2001 karena punya hubungan dengan Al Qaidah.

Kementerian Pertahanan AS dan Badan Keamanan Naisonal Australia memasukkan ASG ke dalam daftar organisasi teroris pada 1997 dan 2002.

Kelompok militan ini juga sudah menyatakan berbaiat kepada Negara Islam Irak dan Suriah (ISIS) dalam sebuah video di YouTube pada 2014 silam.

Dari segi nama, dalam bahasa Arab Abu Sayyaf berarti 'ayah pria berpedang'. Kelompok ini dibentuk pada awal 1990-an oleh Abdurajak Janjalani, sosok ulama karismatik dari Basilan.


Data dari Global Terorism menyebut ASG di balik 340 serangan teroris sejak 1990 hingga 2014.

Pada Mei 2001, mereka menculik tiga warga AS dan menyandera 17 warga Filipina di Palawan. Sebagian tawanan dibunuh.

Februari 2014, mereka meledakkan sebuah kapal feri di Teluk Manila, menewaskan 16 orang.

Februari 2005, ASG dalang di balik sejumlah serangan bom di Manila, General Santos, dan Davao, sedikitnya delapan orang tewas dan melukai 150 lainnya.

November 2007, ASG diduga memasang bom di luar gedung parlemen, menewaskan satu anggota parlemen dan melukai tiga staf.

Pengalaman Ngeri : Ke kubu Abu Sayyaf di Jolo, Selatan Filipina



Add caption
PULAU Jolo di selatan Filipina, tidak pernah sunyi daripada teropong media antarabangsa, selain menjadi markas kumpulan bersenjata Abu Sayyaf menentang Kerajaan Filipina, dengan pulau cuma lima jam perjalanan bot laju dari Semporna, Sabah itu dijadikan pusat penculikan sebagai satu industri bagi meraih pendapatan.

Kejadian penculikan membabitkan rakyat Malaysia bermula sejak 23 April 2000 lagi, apabila sekumpulan 21 pelancong asing dan pekerja pulau peranginan Sipadan, menjadi mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf. Selepas itu beberapa siri penculikan berlaku dan terbaru seorang ahli perniagaan Malaysia, Nazarudin Saidin dari Kuala Lumpur yang berurusan perniagaan ditahan di Jolo. Pengalaman membuat liputan selama 18 hari di selatan Filipina untuk bertemu tebusan Malaysia sebelas tahun lalu masih menjadi ingatan sehingga kini, kerana hampir menjadi mangsa culik.


Penulis dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai turut berdepan pengalaman ngeri ketika membuat liputan bersama pasukan perubatan Malaysia di kawasan persembunyian kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai Komander Robot (Ghalib Andang) yang terbunuh ketika ditahan di penjara di Manila tidak lama dulu) di Bandang, Jolo.

Tujuan asal membuat liputan kemudian berkembang menjadi juru perunding bagi membolehkan empat anggota pasukan perubatan Malaysia diketuai Dr Yahya Ahmad memberi rawatan kepada tebusan di Barangay Tiis Kudtong selepas kami diugut supaya membayar 10,000 peso (RM698) sebelum dibenarkan masuk.

Sebelum proses ugutan bermula, konvoi kenderaan kami dan satu kereta pengawal pengiring terpaksa berhenti di Bandang kerana menunggu kebenaran masuk. Ketika menunggu lebih tiga jam dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi, kami tidak dibenarkan turun dari jip Tamaraw kerana bimbang akan keselamatan diri.
Kira-kira jam 11 pagi, saya dikejutkan dengan satu bisikan ke telinga daripada seorang anggota kumpulan terbabit meminta duit sebanyak 10,000 peso (RM698) untuk membeli peluru.

Saya kaku sekejap dan terus teringat pengalaman 12 wartawan Jerman sebelum itu ditahan lebih tiga jam, sebelum dibebaskan mereka terpaksa mengorek duit sebanyak 1 juta peso (RM69,780) sebagai wang pelepasan diri.

Saya mengatakan tidak membawa duit, tetapi mereka enggan mengalah. Dalam pada itu, rakan mereka secara sengaja menjatuhkan raifal M16 ke lantai kenderaan, manakala yang lain mengeluarkan peluru pistol sambil bermain-main... mungkin sebagai isyarat.

Tiada pilihan. Saya berbisik kepada Dr Yahya... dia terdiam. Sebelum kami masuk ke tempat tahanan tebusan, Gabenor Sulu, Abdusakur Tan memaklumkan perjalanan pasukan perubatan Malaysia tidak akan diganggu termasuk tuntutan wang. Itu jaminan Abdusakur tetapi pengawal yang mengiringi kami menghilangkan diri.

Keadaan menjadi tegang, rundingan pembebasan kami bermula. Kami hanya berunding di celah pokok pisang dan kopi, kira-kira 15 meter dari kenderaan. Rundingan bermula dan kata putus diambil untuk membebaskan kami.

Saya kembali ke kenderaan dengan lapang dada, rundingan sudah selesai. Andaian meleset di dalam kereta, saya sekali lagi dibisik tentera yang berjabat tangan dengan saya, “Kami mahu beli ubat dan senjata, kami mahu duit, ‘tapuk-tapuk’ (secara sembunyi - bahasa Sabah).”

Sekali lagi saya bisik permintaan mereka kepada Dr Yahya, dia tidak berkata apa-apa, tetapi sebelum meninggalkan rumah Gabenor Abdusakur kira-kira jam 8 pagi sebelum itu, saya memberi andaian bahawa ‘hadiah sagu hati’ perlu diberikan sekiranya masuk ke tempat tebusan.

Rundingan kedua bermula, apabila saya dipanggil ke tempat perundingan di bawah pokok kopi dan pisang. Kali ini saya memanggil pengawal peribadi kami, Ibrahim yang juga penduduk Talipao dalam rundingan. Selepas Ibrahim yang bersenjatakan pistol berunding dan bertengkar di dalam bahasa Tausug campur Melayu dan saya mengatakan kumpulan kami tidak membawa duit kerana kami hanya menjalankan tugas.

Selepas berunding hampir 10 minit akhirnya keputusan dibuat kami terpaksa bayar untuk masuk, kalau tidak kami tidak dibenarkan membuat liputan dan memberi rawatan kepada tebusan walaupun sedikit. Saya berlari ke Tamaraw (kenderaan) berbisik dengan Dr Yahya, dia bersetuju memberi ‘hadiah’ tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Nasib baik Dr Yahya membawa wang. Saya berlari semula ke kawasan rundingan, dan terus berjabat tangan dengan wang yang tidak tahu jumlahnya bertukar tangan.

Serentak itu, suara dari kenderaan berteriak “Cepat! Cepat! Masuk, Tamaraw hendak bertolak ke kem,” saya hampir terjatuh kerana terpijak batang pisang.

Kami bertemu semua tebusan warga Malaysia Fong Yin Ken, Zulkarnain Hashim , Kua Yu Loong, Vincent Kong, Lee Hok Liong, Francis Masangkim, Basilius Jim, Baln Krishnan Nair, Abdul Selamat serta warga Filipina, Roland Ullah dan mendapatkan bahan berita daripada mereka yang hanya boleh dihantar ke Kuala Lumpur selepas kembali ke Zamboanga City menaiki kapal penumpang. - : Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar muhdyusuf@bharian.com.my. BH   





AMUKANMelayu - Apa kumpulan pun di SULU.....kembalilah kepada Allah dan BERJUANGLAH kerana Allah untuk membebaskan Tanah Air yang terjajah itu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang BENAR.