Tuesday, 12 April 2016

Ketegaqialogi - MELAYU SUDAH HILANG MARUAH DI BUMI SENDIRI


sokongan padu  Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijulang oleh sebahagian anggota Pergerakan
KUALA LUMPUR 13 April – Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan taat setia serta sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus me­mimpin negara ini.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ ، فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat. Apabila diperintahkan untuk bermaksiat, maka tidak ada kewajipan mendengar dan taat.” (HR. Bukhari no. 7144)

PERHATIAN - Pengertian MAKSIAT ini luas. Jangan terkeliru dengan apa yang di paparkan setiap masa di dada-dada AKHBAR. 

Najib Razak Terus Mendapat Sokongan UMNO

UMNO Selangor tetap beri sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata ini kerana Najib dipilih secara demokratik sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Berikutan itu, Noh kesal dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menjatuhkan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri menerusi demonstrasi jalanan dan menghantar memorandum. Penulis bukan suka dengan Najib kerana "Taichinya" yang sering kantoi. Tapi penulis terasa malu dengan Pemimpin Melayu yang ada sekarang ini.

'Melayu Dah Tak Malu Terima Pemimpin Yang Dihina Dunia'


Kita Orang Melayu Anakku



"Negara sedang melihat pertandingan antara wang tunai dengan semangat kebangsaan Melayu dengan ramai ketua bahagian Umno dan wakil rakyatnya rela menggadai bangsa dan negara untuk mendapatkan dedak", kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, bukan sahaja rakyat negara ini yang tahu tetapi dunia juga tahu bahawa ketua bahagian dan wakil rakyat Umno yang mendapat dedak itu sehingga tertutup mulut, telinga dan mata mereka.

“Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu.
“(Datuk Seri) Nazir Razak sendiri mengaku beliau diberi AS$7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13.

“Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia,” katanya dalam tulisan terbaru di blog hari ini.



Dr Mahathir kemudiannya menyenarai 53 media, akhbar dan stesen televisyen di seluruh dunia yang melaporkan skandal 1MDB serta wang RM2.6 bilion yang berda di dalam akaun bank peribadai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut membekalkan agensi atau pihak berkuasa antarabangsa yang menyiasat skandal berkenaan di lapan buah negara.

Luxemboug: Pejabat Pendakwa Raya, Luxembourg
Switzerland: Penjabat Pendakwa Raya Swiss
Singapura: Jabatan Hal Ehwal Komersial, Polis Singapura
Lembaga Kewangan Singapura (MAS)
Amerika Syarikat: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI)
Hong Kong: Polis Hong Kong
United Kingdom: Pejabat Penipuan Serius
Emiriah Arab Bersatu: Pihak berkuasa UAE membekukan aset Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny dua eksekutif kanan firma pelaburan Abu Dhabi yang mempunyai kaitan rapat dengan 1MDB dan melarang mereka ke luar negara.

Perancis: Pejabat Pendakwa Raya Perancis (berhubung pembelian dua kapal selam negara).

Mahathir berkata Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar dan penyokongnya pula mendakwa bahawa laporan media yang meluas dan agensi siasatan antarabangsa itu bertujuan mencemarkan reputasi perdana menteri.

“Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen.
“Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib.
“Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah,” katanya.

Najib telah berulang kali menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh Mahathir cuba untuk menjatuhkannya. Tapi bagaimana duit yang banyak itu dapat di keluarkan jika tidak ada yang mengarahkannya?

 Ahli Lembaga Pengarah 1MDB sedia ambil tanggungjawab degan tawarkan perletakan jawatan bila laporan PAC dapati memang ada beberapa salah laku dalam 1MDB

PAC: 1MDB bayar RM4 bilion TANPA kelulusan lembaga pengarah 

Very professional -  Ahli Lembaga Pengarah 1MDB....sedia ambil tanggungjawab dengan tawarkan perletakan jawatan bila laporan PAC dapati memang ada beberapa salah laku dan luarbiasa....Tak de lah mati-matian nak pertahankan jawatan dan berterusan buat penafian...


1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan bahawa Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), menurut laporan PAC.
“Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
“1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC.
“Syarikat offshore incorporations limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI (British Virgin Islands).
“JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangan 2013 dan 2014.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan dana 1MDB dibayar kepada Aabar Ltd, yang didakwa syarikat British Virgin Islands yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS. - MK 

Jika di lihat dari jawatan di bawah ini, sudah tentulah menteri Kewangan perlu mengambil tanggung jawab keatas perkara ini. Bagaimana pula PM dapat menafikannya dan bagaimana Media GERGASI dunia mengatakan yang PM kita ada hubungan langsung dengan "PENYALAHAN GUNAKUASA" keatas duit 1MDB?

ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN
 4 Apr 2016


Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.


5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.

6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.

7.​Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. 

Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.



 
SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. ​Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. ​Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. ​Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. ​East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. ​NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times



AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB

LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg
SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office
SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department
​Monetary Authority of Singapore
USA : U.S. Department of Justice
Federal Bureau of Investigation
HONG KONG ​ : Hong Kong Police
UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office
UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.
FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)

Kerajaan Guna OSA Simpan Rahsia Jenayah – Tun M

 April 9, 2016

Peguam Negara perlu jelaskan adakah menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan dan ia harus dilindungi menggunakan Akta OSA.

mahathir_law__apandi_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan Akta Rahsia Rahsia (OSA) untuk tujuan yang betul.

Katanya, OSA seharusnya digunakan untuk menghukum pegawai-pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen mengenai polisi, minit mesyuarat kabinet dan juga perkara mengenai percukaian.

Sebaliknya, mantan Perdana Menteri mendakwa, kerajaan di bawah Najib menggunakan OSA untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan atau atau individu tertentu. Katanya, jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu.
 
“Akta Rahsia Rasmi yang saya percaya digunakan untuk menghukum mereka yang membocorkan dokumen pentadbiran kerajaan mengenai dasar, kertas kabinet dan percukaian. Ia digunakan bagi mencegah maklumat digunakan oleh individu, syarikat atau kerajaan asing dari mengambil kesempatan.

“Ia bukan digunakan untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai, kakitangan atau individu. Jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu. Prosiding jenayah sebenar harus diikuti,” katanya di laman blognya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah melihat jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan adalah rahsia kerajaan dan ia seharusnya disembunyikan dari mata masyarakat umum.

“Peguam Negara seolah-olah fikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan ialah rahsia-rahsia kerajaan untuk disorok dari mata umum dan sesiapa yang melaporkan jenayah itu akan didakwa kerana melanggar OSA,” katanya lagi.

Justeru, Dr Mahathir menggesa agar Peguam Negara menjelaskan sama ada kesalahan jenayah seperti menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan dan ia harus dilindungi menggunakan akta OSA.

“Penjelasan mengenai perkara ini penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk menghantar kes-kes kepada mahkamah untuk dibuat pengadilan.
“Jadi, rakyat umum kemudiannya akan memahami mengapa laporan dari Bank Negara Malaysia diketepikan dan mengapakah laporan dan serta isi kandungan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kepada sesiapa,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah didakwa di mahkamah mengikut OSA kerana memiliki dan membocorkan maklumat kerajaan berkaitan 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Maklumat sulit itu dipercayai mengaitkan 1MDB dengan kelewatan LTAT membayar gratuiti kepada bekas tentera, seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini. -  Adam Abu Bakar

CAMPUR TANGAN ASING
Dan amat malanglah dengan Malaysia khususnya orang Melayu bila Tun minta camportangan asing. Penulis nak ingatkan, sejak "Perjanjian Pangkor", kita terlah TERPERANGKAP dengan perjanjian demi perjanjian yang menjadikan kita terjajah kerana PERJANJIAN yang membenarkan "Kuasa Asing" menentukan halatuju pemerintahan kita.

Apa bezanya dengan "Pemerintahan Boneka?" 
Sebenarnya Tun telah melakukan kesilapan. Kuasa Asing sebenarnya telah lama menyelinap masuk kedalam pemerintahan kita selepas Pak Lah menjadi PM. Dan selepas itu beberapa negeri yang turut jatuh ketangan Pembangkang. Mungkin Kelantan tidak mengkhianati KEMERDEKAAN kita, tapi bagaimana dengan Pulau Pinang.

Sehingga dikhabarkan sampai LGE ada pejabat di Singapura, dan begitu juga dengan DAP Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Dengan usia sudah mencecah 90 tahun. Penulis berpendapat, Tun sudah terlalu lewat untuk mencampuri urusan Negara dengan PM yang KETEGAQ ni. 

Bila Tun mengusulkan campur tangan asing, maka segala "Kerja Kotor"(minta bantuan Asing untuk kekalkan kuasa) mereka akan dengan sendirinya terlindung dan sebaliknya Tun akan war-warkan "Menjemput" campur tangan asing. Tun dah terperangkap.

Ramai orang merungut. Seluruh dunia merungut. Tapi adakah rungutan dapat menyelesaikan masalah umat? Memang benar dalam dunia ini ada pemimpin yang zalim. Tapi jangan lupa, di sebalik kezaliman pemimpin, di belakangnya ada rakyat yang zalim juga.

Maka, kembalilah kepada al Qur’an dan al Hadith jika terdapat perbezaaan pendapat,


 

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul-Nya (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

 [an Nisa:59]

  Sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


« يَكُونُ بَعْدِى أَئِمَّةٌ لاَ يَهْتَدُونَ بِهُدَاىَ وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِى وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِى جُثْمَانِ إِنْسٍ ». قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ « تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ ».

Nanti setelah aku akan ada seorang pemimpin yang tidak mendapat petunjukku (dalam ilmu, pen) dan tidak pula melaksanakan sunnahku (dalam amal, pen). Nanti akan ada di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati setan, namun jasadnya adalah jasad manusia. “
Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku lakukan jika aku menemui zaman seperti itu?”

Beliau bersabda, ”Dengarlah dan ta’at kepada pemimpinmu, walaupun mereka menyiksa punggungmu dan mengambil hartamu. Tetaplah mendengar dan ta’at kepada mereka.” (HR. Muslim no. 1847)


Padahal menyiksa punggung dan mengambil harta tanpa ada sebab yang dibenarkan oleh syari’at–tanpa ragu lagi- termasuk maksiat. Seseorang tidak boleh mengatakan kepada pemimpinnya tersebut, “Saya tidak akan ta’at kepadamu sampai engkau menaati Rabbmu.” Perkataan semacam ini adalah suatu yang terlarang. Bahkan seseorang wajib mentaati mereka (pemimpin) walaupun mereka durhaka kepada Rabbnya.


Adapun jika mereka memerintahkan kita untuk bermaksiat kepada Allah, maka kita dilarang untuk mendengar dan mentaati mereka. Karena Rabb pemimpin kita dan Rabb kita (rakyat) adalah satu yaitu Allah Ta’ala oleh karena itu wajib ta’at kepada-Nya. Apabila mereka memerintahkan kepada maksiat maka tidak ada kewajiban mendengar dan ta’at. Tapi bagaimana dengan Hadis ini?


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لاَ طَاعَةَ فِى مَعْصِيَةٍ ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِى الْمَعْرُوفِ

“Tidak ada kewajiban ta’at dalam rangka bermaksiat (kepada Allah). Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf (bukan maksiat).” (HR. Bukhari no. 7257)

Dalam zaman "FITNAH DAJJAL" ni sukar untuk mempastikan sesuatu berita itu benar atau Palsu atau FITNAH. Tapi penulis tertarik dengan kenyataan yang "konon" nya Tun M minta Campur Tangan Asing keatas Malaysia. Jika benar amatlah malangnya kita. Beberapa tahun terdahulu semasa 2 pilihanraya yang lepas (2008 dan 2013) nampak dengan jelas adanya unsur-unsur campur tangan luar keatas Malaysia. Dan semua telunjuk dihalakan kepada Pembangkang Khususnya PKR.

Tapi kini apa telah terjadi? Telunjuk yang lurus rupa terkait dengan kesalahan yang di halakan kepada pembangkang suatu ketika dulu. Pada pendapat penulis, sebagai seorang yang PETRIOTIK, Tun tidak akan berbuat demikian. Melainkan ini adalah sebahagian ucapan yang sudah pasti ada permulaan dan pengakhiran ucapan yang tidak di muatkan secara keseluruhan ucapan dan ianya seperti menampakkan Tun mengundang campur tang asing untuk MENGGULINGKAN Najib. Lihatlah kenyataan yang dikatakan yang diucapkan oleh Tun ini.
  

Dr. Mahathir minta campur tangan asing

 312  3 Google +0
KUALA LUMPUR 9 April – Selepas sekian lama menggambarkan dirinya sebagai penentang campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya membuat pusingan U apabila meminta campur tangan asing dalam usaha­nya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri itu dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian berkata, hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir dilaporkan melahirkan rasa terkejut terhadap tindakan pihak berkuasa Australia yang tidak melancarkan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sedangkan katanya, ANZ memegang 25 peratus saham AmBank di mana lebih daripada AS$ 1 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
“Kerajaan Australia dilihat se­perti tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-minta-campur-tangan-asing-1.231207#sthash.iWgmg4CQ.dpuf
KUALA LUMPUR 9 April – Selepas sekian lama menggambarkan dirinya sebagai penentang campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya membuat pusingan U apabila meminta campur tangan asing dalam usaha­nya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian berkata, hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.

“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.

“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu, katanya kepada The Weekend Australian.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir dilaporkan melahirkan rasa terkejut terhadap tindakan pihak berkuasa Australia yang tidak melancarkan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sedangkan katanya, ANZ memegang 25 peratus saham AmBank di mana lebih daripada AS$ 1 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

“Kerajaan Australia dilihat se­perti tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Sementara itu TPM menegaskan, "Campur Tangan Asing Bertentangan Dengan Acuan Politik Negara"
 
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta campur tangan asing dalam usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri bertentangan dengan acuan pe­mimpin negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin negara hari ini adalah pengikut setia bekas Perdana Menteri itu yang telah diajar supaya patuh dan mengikut etika pemimpin yang baik. Oleh itu, jelas beliau, Mahathir tidak perlu mengubah pendirian pemimpin hari ini dengan mengajar sebaliknya.


‘‘Dahulu beliau marah apabila kami guna saluran antarabangsa sehingga ada yang dituduh menjadi tali barut pihak asing.
‘‘Janganlah lakukan sesuatu yang mengakibatkan orang tidak akan lagi menghormati kita,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas penutupan Program Kembara Kebajikan di Hutan Melintang dekat sini hari ini.


Dr. Mahathir dalam wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian baru-baru ini berkata, campur tangan asing harus diberi laluan dalam urusan domestik di Malaysia untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.
Menurut Ahmad Zahid, Mahathir dihormati kerana berpegang pada prinsip yang baik tetapi sekarang bekas Perdana Menteri itu sudah berubah. Beliau berkata, campur tangan asing dalam negara tidak menepati acuan politik negara yang mempunyai tataetikanya.


‘‘Hanya acuan sesuai yang boleh diguna pakai dalam politik negara kita,’’ katanya. -

Utusan


Sementara itu pula dengan nada yang penuh hormat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan TUN M PERLU HORMAT PAC.
Datuk-Seri-Ismail-Sabri-Yaakob-Menteri-pertaniah-625x416

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan syarikat berkenaan.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Tun Dr Mahathir seharusnya menerima dan menghormati keputusan PAC.

“…dalam kes ini, PAC dah buat keputusan jadi, Tun perlu hormat kepada keputusan PAC…semua rakyat Malaysia juga perlu hormat kepada keputusan PAC,” katanya lapor Bernama.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu. Tun Dr Mahathir dalam satu forum tertutup di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dua hari lepas berkata beliau sedih kerana PAC meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Shahrol Azral.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata dari segi rasionalisasi, iMDB mampu membayar kesemua hutangnya dan sepatutnya tidak timbul lagi isu 1MDB mempunyai hutang melebihi RM50 bilion.

“PAC juga memutuskan dan membentangkan laporannya di Parlimen bahawa tidak ada perkara yang melibatkan unsur jenayah berlaku dalam pengurusan 1MDB,” katanya. - oleh : Haspaizi Mohd Zain

Dalam suasana "KRISIS POLITIK" antara Kumpulan Tun M dan Penyokong Najib, sudah pastilah yang mempunyai kuasa akan gunakan Kuasa yang ada dengan sepenuhnya untuk melindungi Jawatan yang di sandang, sama ada JKKK atau Menteri. Maka lahirlah pelbagai KUMPULAN NGO dan perbagai lagi kenyataan bersama yang dengan jelas menampakkan semuanya cuba untuk MELIDUNGI JAWATAN yang di sandang walau apa pun alasan yang di beri.

"Deklarasi Kelantan Sokong Pecat Muhyiddin, Mukhriz"

mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR - Semua pimpinan Umno Kelantan sebulat suara bersetuju memecat mana-mana pemimpin parti itu yang terlibat dalam usaha penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan itu dicapai pihaknya menerusi 'Deklarasi Kelantan' sebagai ikrar taat setia kepada presiden parti.

"Ikrar taat setia itu diserahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan pada Khamis lepas. Deklarasi ini ditandatangani oleh semua ketua bahagian semasa perhimpunan 'Deklarasi Kelantan pada 19 Mac lalu.

"Kami sependapat mereka kena dipecat daripada parti, itu bertulis dalam deklarasi itu bertarikh 19 Mac lalu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang menghadiri Kongres Rakyat anjuran pembangkang di Shah Alam, pada Ahad lepas.

Mustapa juga mengesahkan bahawa veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah turut menandatangani deklarasi, sekali gus menyatakan sokongan kepada usaha mempertahankan kepimpinan Najib.



AMUKANMelayu - Pertembungan The Mahathir Ideologi dan Najib Ketegaqialogi adalah Krisis Melayu yang amat hebat di ketika ini.