Tuesday, 17 May 2016

PERCAYALAH - UMNO AKAN KEHILANGAN SG. BESAR DAN KUALE KERANA HUTANG 1MDB?





UMNO gagal berfungsi seperti matlamat asal


Tidak dinafikan perkara itu berlaku disebabkan sikap dan perangai sesetengah pemimpin UMNO yang hanya mengutamakan agenda peribadi. UMNO perlu menjuarai isu yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat sekiranya mahu perjuangan parti berterusan mendapat sokongan khususnya daripada pengundi Melayu.

Perjuangan UMNO sejak mula ditubuhkan sememangnya amat sinonim dengan denyut nadi orang Melayu dan mereka sentiasa memberikan keyakinan tinggi terhadap parti itu.

“Pada hakikatnya, UMNO adalah darah daging dalam perjuangan orang Melayu. Orang Melayu menjadikan parti itu sebagai perisai mereka tetapi malangnya sejak akhir-akhir ini UMNO seperti gagal berfungsi sepertimana matlamat asal penubuhannya,” 

Perkara itu berlaku disebabkan sikap dan perangai sesetengah pemimpin UMNO yang hanya mengutamakan agenda peribadi dengan menjadikan parti sebagai batu loncatan untuk mencari KEDUDUKAN dan mengumpul KEKAYAAN atau lain-lain agenda peribadi.

“Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sentiasa mengingatkan supaya UMNO berubah dan perlu diubah sejajar dengan transformasi politik, tetapi selagi masih ada sesetengah pemimpin yang tamak haloba dan mengutamakan kedudukan, selagi itulah parti berada di tahap lama,”.

Tapi tahukan Najib betapa ramai rakyat yang melahirkan rasa kecewa dengan ‘telatah’ PM sendiri dan pemimpin UMNO yang hanya memikirkan bagaimana untuk kekal berkuasa dan dipilih menjadi calon pilihan raya sehingga sanggup berbohong dengan memberikan maklumat yang tidak tepat.

Kepemimpinan UMNO sudah tidak ikhlas terhadap falsafah perjuangan parti dan memberikan komitmen dan sokongan terhadap kepimpinan yang mementingkan Alif Ba dan Tha.

Sedarkah UMNO sokongan orang Melayu terutama di kawasan bandar semakin terhakis yang berpunca daripada ketidakupayaan UMNO menyakinkan rakyat berhubung dengan pelbagai isu semasa.

“Yang menjadi bertambah malangnya kita sekadar mengulangi cerita-cerita retorik, masih tidak berubah, masih kekal dengan falsafah lama kerana tamakkan jawatan serta kedudukan,”.

UMNO bukan sekadar perlu berubah dan BERANI mengikut peredaran masa malah perlu lebih aggresif menjuarai isu berkaitan kepentingan rakyat khususnya yang melingkari sosio budaya serta ekonomi orang Melayu dan menyingkirkan KEPIMPINAN yang menyimpang dari arah perjuangan.

“Kita sering bercakap soal perubahan, kita mengajak rakyat supaya berubah, tetapi kita sendiri (pemimpin) agak takut untuk berubah kerana khuatir akan kehilangan kedudukan dan kuasa,”.

Kononnya perangkaan sokongan orang Melayu luar bandar terhadap UMNO semakin meningkat berbanding Melayu bandar tetapi petunjuknya tetap membuktikan bahawa ini hanyalah KHAYALAN MIMPI yang tidak berpijak dibumi nyata......hala tuju perjuangan parti masih lagi kelaut.

Di bandar jangan salahkan sikap pengundi konon dipengaruhi oleh terjahan pembangkang, sebenarnya sogokkan isu politik semasa yang gagal ditangani oleh UMNO secara berkesan, menjadikan Melayu Bandar tidak berminat lagi dengan UMNO, tabahan mereka semua sudah tidak dapat lagi disogok dengan PEMBANGUNAN.

Pendekatan/umpan UMNO terhadap warga bandar khususnya generasi muda sudah  tidak relevan lagi......mereka lebih selesa menjadi Pengundi Atas Pagar. Walaupun Program UMNO Juara Rakyat di lancarkan........

TRANSFORMASI UMNO

UMNO Juara Rakyat

2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang akan memulakan tahun baru dengan pelancaran program UMNO Juara Rakyat. Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak. Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Menerusi program ini juga akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.

Mendahulukan Rakyat Model Transformasi UMNO


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema Mendahulukan Rakyat sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.
Tujuh Elemen penting tersebut ialah:

  • Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
  • Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
  • Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.
  • Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
  • Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
  • UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan
  • Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.
Peranan UMNO Merubah Orang Melayu
Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:

  • Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
  • Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
  • Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
  • Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.
TRANFORMASI YANG BASI SEBELUM DIJAMAH OLEH ORANG MELAYU

- Malangnya UMNO, pemimpinnya seperti Datuk Rahman Dahlan (yang sebelum ini kecut  apabila cabaran debat disambut Ketua Menteri Pulau Pinang); 

- Datuk Nazri Aziz (yang hanya berani mengajak orang berumur lebih 90 tahun bertumbuk); 

- Datuk Salleh Said Keruak (yang tidak habis marahnya pada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengekal dirinya sebagai Ketua Menteri Sabah); 

- Datuk Ahmad Maslan (yang diangkat menjadi satu lagi watak cerita rakyat setanding Pak Pandir, si Lunchai, Lebai Malang dan Mat Jenin)

HAIII......DAH NAK SERENDER KE?

AWAL RUMUS ADA PENIPUAN URUSNIAGA 1MDB – IPIC



Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terdapat penipuan dalam urusniaga di antara syarikat pelaburan strategik, 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
“Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Bagan, Lim Guan Eng yang meminta penjelasan disebalik peletakkan jawatan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Guan Eng juga turut meminta penjelasan mengenai kedudukan faedah AS$50juta yang dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian.


Wartawan Watan-Online


ULASAN PENARIKAN POLIS PENGIRING TUN M

by Arianna

Ketika mengulas isu penarikan polis pengiring bermotosikal nazri aziz mengatakan:

“Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,” katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini. – Sumber mStar / Bernama

Satu kenyataan yang langsung tak ada kaitan dengan isu penarikan polis pengiring…

Untuk apa nazri mengeluarkan kenyataan sebegitu?

nazri bernama mahathir
Kalau nak ulas pasal isu penarikan polis pengiring, just ulas aja la, tak perlu la nak ajak orang tua tu bertumbuk ke apa ke…


Adakah nazri nak tunjuk kepada najib yang dia nie berani ada teloq nak belasah tun mahathir?

Adakah nazri nak tunjuk pada najib, dia sedia mempertahankan bossnya sehingga sanggup nak cepuk tun…???

Sebenarnya tindakkan nazri silap, dengan komen bodoh yang dia buat 2-3 hari lepas, memparahkan lagi image najib razak selaku ketua kerajaan dan barisan nasional yang kini sedang giat berkempen di sarawak…

Rakyat melihat, menteri yang dilantik oleh najib kurang ajar dan biadap, rakyat melihat kalau dengan bekas perdana menteri pun dia boleh kurang ajar, bagaimana pulak dengan rakyat???

Hari tu, dia ni la jugak tibai ustaz zakir naik, jenuh pemimpin umno mintak maaf secara peribadi dan clearkan balik image umno, ni dia buat hal lagi…
Apa pun tindakan nazri itu memang parahkan image najib…

Atau mungkin nazri sengaja keluarkan kenyataan macam tu untuk rosakkan lagi image najib? hanya nazri sahaja yang tahu… – Sumber Darul Ehsan Today / Foto FMT

SELEPAS KEMELUT TERENGGANU, DEKLARASI RAKYAT SEMAKIN MENAKUTKAN KABINET NAJIB


Bagaimana respon Majlis Raja-Raja terhadap sejuta tandatangan yang menolak Najib Razak itu masih sukar dijangka - berdiam diri, menolaknya, sekadar mengambil maklum atau akan bertindak seperti ketika penubuhan Malayan Union dahulu?

Sementara Najib tentunya mengharapkan deklarasi itu tidak memberi sebarang kesan kepada Majlis Raja-Raja, Tun Mahathir pula berulangkali menyebut mengenai sejarah bagaimana Malayan Union tidak menjadi kenyataan berikutan suara rakyat didengari oleh Raja-Raja yang akhirnya membawa rahmat berpanjangan kepada negara sehingga kini.

Apa pun tindakan dan keputusan Raja-Raja berkenaan Deklarasi Rakyat itu, sekurang-kurangnya Raja-Raja tahu bahawa rakyat tidak gembira dengan kepimpinan Najib, khususnya berkaitan 1MDB yang mula terdedah tembelangnya serta dana yang menurut media antarabangsa berjumlah RM4,200 juta keseluruhannya yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Di sinilah pentingnya deklarasi itu, bukan setakat 1 juta tandatangan, malah lebih baik jika dapat 2 juta, 3 juta atau lebih lagi yang menandatanganinya.
Meskipun demikian, Najib nampaknya sudah mula bimbang dengan kesan Deklarasi Rakyat itu sehinggakan ketika membentangkan Laporan Tahunan Transformasi Nasional, beliau mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa mengadakan sebarang deklarasi dan mengumpul referendum adalah salah di sisi undang-undang.

Dalam hal ini, bolehkah Najib menyebut di mana salah dan melanggar undang-undangnya deklarasi itu?

Lipatan sejarah telah memperlihatkan bahawa demokrasi dan menukar pemimpin bukan saja ketika pilihanraya atau pemilihan parti, malah kerap dilakukan di waktu-waktu yang lain selain itu.

Jika menjatuhkan pemimpin adalah salah dan melanggar undang-undang, mengapa ketika Tun Abdullah Badawi mahu dijatuhkan dahulu, tidak terbit sepatah kata menyanggah daripada mulut Najib?

Apakah menjatuhkan pemimpin hanya salah jika terkena kepada dirinya, tetapi berdiam diri atau dibenarkan kalau membawa keuntungan kepadanya?

Apa yang menyebabkan Najib tiba-tiba begitu bimbang dengan Deklarasi Rakyat dan menyifatkannya salah di sisi undang-undang?

Jika beliau seorang pemimpin yang betul, suci hati, amanah, tidak khianat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, apa yang perlu dibimbangkan dengan sebarang usaha mahu menjatuhkannya?

Bukankah selalu disebut bahawa kebenaran akan menang bila bertemu dengan kebatilan?

Kenapa begitu bimbang jika berada di pihak yang benar?

Apakah jauh di sudut hatinya, Najib sebenarnya berasa beliau di pihak yang salah?

Selain itu, apakah kebimbangan Najib  ada kaitan dengan tindakan Sultan Terengganu menarik balik semua gelaran daripada Ahmad Razif Abdul Rahman yang hampir pasti membuatkan Menteri Besar itu melepaskan jawatannya?

Tidakkah 1MDB berasal daripada TIA di Terengganu yang mana telaga minyak di negeri itu pernah cuba digadai sebelum ini? 

Tidak mustahilkah tindakan Sultan Terengganu itu bukan semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif, tetapi turut melibatkan perkara-perkara lain sama?

Mungkinkah dengan kemelut yang tiba-tiba berlaku di Terengganu ini menimbulkan rasa bimbang Najib mengenai  masa depannya sendiri? (SH 27/04/2016).


Ku Li Akui Akar Umbi UMNO Masih Pandang Tinggi Tun M


image (1)
Add caption
Meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kini sedang rancak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, akar umbi UMNO masih memandang sumbangan-sumbangan beliau selama 22 tahun memerintah negara.

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, rakyat tidak boleh menafikan perkara itu walaupun setelah Mahathir bertindak keluar dari UMNO.

“Sudah tentu kerana beliau telah berada di sana (memerintah) sejak sekian lama dan selain apa yang beliau telah lakukan, kepimpinannya, dia (Dr Mahathir) juga masih mempunyai pengaruh.

“Rakyat tahu siapa dia, apa yang dia lakukan sewaktu memerintah dahulu dan segalanya, kita tidak menafikan perkara itu,” kata Ku Li di Parlimen, hari ini.
Selain itu, Ku Li juga tidak menafikan Dr Mahathir seorang yang sedar apa yang dilakukan.

“Dia mempunyai objektif. Jadi, sudah tentu dia akan mempromosikan objektifnya agar tercapai. Dia akan buat yang terbaik,” katanya.
Mengulas berkenaan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan, Ku Li akui sukar menjangkakan sama ada Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi atau sebaliknya.

“Sukar untuk saya ulas, kerana dia (Dr Mahathir) sering mengejutkan. Dengan semua cadangannya, saya tidak boleh nilaikan situasi atau memberikan cadangan, ia sukar,” katanya.

Dr Mahathir hendak bunuh BN - Ku Nan




Dr Mahathir hendak bunuh BN - Ku Nan

TENGKU ADNAN: Dr Mahathir telah cuba menjatuhkan presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang BN pula. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Barisan Nasional (BN) ditewaskan dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan gabungan itu, kata setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata bekas perdana menteri itu telah cuba menjatuhkan presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang niatnya mahu menjatuhkan BN pula.

Tengku Adnan bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini pada Isnin.

Beliau berkata UMNO tidak dapat menerima hal ini.

"Adalah amat jelas beliau kini bersama pembangkang dan beliau mahu membunuh parti," katanya.

Menurut laporan, Dr Mahathir membuat kenyataan itu pada satu majlis di Shah Alam pada Sabtu.

Sementara itu, setiausaha agung UMNO itu berkata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu dipecat dari parti.

"Cadangan peribadi saya...kalau saya, sudah lama saya pecat mereka," katanya dan mengambil perhatian bahawa Datuk Seri Mohamed Shafie Apdal tidak hadir bersama di pentas pembangkang.

Beliau berkata Majlis Tertinggi UMNO akan membuat keputusan mengenai isu itu pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti.


Penularan di Putrajaya


Berikut adalah penulisan dari seorang pembaca yang memberikan pendapat mengenai keadaan politik semasa:

oleh Apai Kecil Malaya

Jika kita meneliti kenyataan menteri dan pemimpin Umno/Barisan Nasional mutakhir ini, kita harus menerima satu penularan (contagion) sedang menelan Putrajaya yang mengakibatkan mereka mengeluarkan kenyataan yang kurang waras dan adakalanya membodohkan diri.

Yang paling akhir ialah keghairahan mereka berkokok mengatakan kemenangan besar BN di Sarawak adalah bukti sokongan rakyat kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan ini amat mengejutkan kerana dari awal lagi BN Sarawak termasuk ketuanya Tan Sri Adenan Satem telah menyatakan bahawa pilihanraya itu tiada berkaitan dengan politik di Semenanjung.

Selebihnya, kenyataan pemimpin Sarawak yang tidak terjangkit dengan penularan di Putrajaya, dengan keras tidak mahu Umno hadir di bumi kenyalang dan menolak sebarang usaha mengaitkan BN Sarawak dengan Umno, Najib dan politik di Semenanjung.

Malahan Datuk Jamal Yunos, pejuang Umno dan Melayu baju merah yang didokong oleh pemimpin Umno termasuk Tan Sri Annuar Musa turut dihalang memasuki Sarawak sebagai bukti ketegasan Adenan dan kepimpinan Sarawak kepada politik Umno masakini yang mengadu-dombakan rakyat antara kaum.
Kerana itu #teamAdenan di promosikan dengan ghairah untuk meyakinkan rakyat Sarawak bahawa mengundi BN di Sarawak sama sekali tidak ada kaitan dengan Umno, Najib dan Putrajaya.

Kenapa begitu? Tidakkah ini menunjukkan rasa meluat terhadap Umno, presidennya Najib dan pemimpin-pemimpin Umno lain yang begitu ghairah mempertahankan Najib walaupun satu dunia sedang membincangkan perbuatan rasuahnya melalui 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Malangnya, pemimpin Umno seperti Datuk Rahman Dahlan (yang sebelum ini kecut apabila cabaran debat disambut Ketua Menteri Pulau Pinang); Datuk Nazri Aziz (yang hanya berani mengajak orang berumur lebih 90 tahun bertumbuk); Datuk Salleh Said Keruak (yang tidak habis marahnya pada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengekal dirinya sebagai Ketua Menteri Sabah); Datuk Ahmad Maslan (yang diangkat menjadi satu lagi watak cerita rakyat setanding Pak Pandir, si Lunchai, Lebai Malang dan Mat Jenin) serta lain-lain pemimpin Umno yang semakin tidak keruan, tanpa rasa malu, berteriak seberapa kuat yang mampu, bahawa keputusan pilihanraya negeri Sarawak membuktikan sokongan kepada kepimpinan Najib.

Dari mana datang akal mereka untuk menumpang kemenangan Adenan sedangkan Umno telah dihina secara terbuka oleh kepimpinan dan rakyat Sarawak yang tidak mahu Umno hadir sama sekali.

POPULARITI TIDAK MENYUCIKAN JENAYAH

Yang lebih menarik ialah kebolehan pemimpin-pemimpin Umno ini mengaitkan kemenangan BN Sarawak sebagai bukti rakyat tidak percaya dengan kesalahan rasuah yang dikaitkan dengan Najib.

Pendekatan yang sama telah dan akan terus digunakan oleh Najib dan pendokongnya. Kerana itu, sebelum ini pun Najib dengan bantuan pemimpin Umno yang dijangkiti penularan Putrajaya, telah memastikan sokongan padu dapat diperlihatkan oleh perwakilan Umno semasa Perhimpunan Agung Umno yang lepas.

Selain PAU, kepimpinan Umno pelbagai peringkat digalakkan mengadakan perhimpunan dan membuat deklarasi menyokong Najib.

Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Najib cuba mengaitkan dirinya dengan kemenangan Adenan di Sarawak. Sudah pun kedengaran di kalangan menteri-menteri Umno supaya desakan agar Najib meletakkan jawatan dihentikan kerana kemenangan besar BN di Sarawak bukti rakyat yakin dengan kepimpinan Najib.

Sekali lagi amat jelas pemikiran mereka tidak rasional dan tidak dapat membedakan antara percaturan politik dan perlakuan jenayah.
Hakikatnya ialah Najib terkait dengan perlakuan rasuah dan pecah amanah dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 billion dan perkara ini sedang diperbincang dan disiasat di Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kepulauan Seychelles, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong dan Australia. Siasatan ini tidak akan berhenti kerana kemenangan Adenan di Sarawak.

Laporan media – cetak, elektronik, akhbar dalam talian, media sosial dan lain-lain – mengenai salah laku ini sudah berterusan sejak dua tahun lalu merangkumi ratusan jika tidak ribuan media antarabangsa.

Dalam lain perkataan, kedua-dua isu tersebut telah menjadi skandal antarabangsa yang tidak dapat disekat walaupun terdapat usaha oleh pihak berkuasa seperti peguam negara, polis dan institusi lain untuk melangsaikan kesalahan Najib. Usaha-usaha itu sia-sia kerana ianya tidak diterima oleh penyiasat-penyiasat antarabangsa dan siasatan mereka pun berterusan.

Kerana itu dari awal lagi setelah skandal itu terbongkar, pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang conscientious (prihatin) telah mencadangkan supaya Najib “bercuti’ supaya siasatan dijalankan tanpa gangguan dan jika Najib didapati tidak bersalah, dia boleh kembali ke jawatannya dan desakan dia undur dapat ditamatkan.

Malangnya, Najib mengambil jalan disebaliknya. Pemimpin Umno yang membuat cadangan tersebut telah dipecat, institusi yang menjalankan siasatan diganggu, pegawai-pegawai penyiasat diugut dan di tukar ketempat lain serta lain-lain tindakan.

Ini bukanlah perlakuan seorang pemimpin yang bersih dan suci tetapi sebaliknya meyakinkan masyarakat umum bahawa dia memang bersalah seperti yang dituduh dan sedang berusaha menutup skandal itu dengan menyalah-gunakan kuasanya.

Kerana itu, usaha mentafsir kemenangan BN di Sarawak sebagai kayu ukur populariti Najib tidak berasas sama sekali.

KEMENANGAN DI SARAWAK BALA KE SEMENANJUNG

Ramai orang Semenanjung yang marah-marah dengan orang Sarawak kerana memberi undi besar kepada BN dan ini membolehkan Najib dan pendokongnya berkokok seolah-olah kemenangan itu adalah kemenangan mereka.

Orang Semenanjung tidak seharusnya marah kerana orang Sarawak mengundi Adenan dan mereka yakin kemenangan besar akan memberi Adenan kuasa tawar-menawar (bargaining power) yang lebih besar dengan Najib dan kerajaan pusat.

Bagi mereka Najib berkeadaan “under siege” (dalam kepungan) dan jauh memerlukan Sarawak dari Sarawak memerlukan BN.

Kerana itu mereka memerlukan seseorang yang berupaya mendesak untuk mendapatkan lebih banyak kepentingan Sarawak. Sebelum piliharaya berlangsung, keadaan ini sudah amat nyata seperti menjanjikan lebuhraya tanpa tol sejauh ribuan kilometer di dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo.

adenan-najib
Najib tidak berupaya untuk menafikan permintaan itu walaupun ianya membangkitkan rasa marah orang Semenanjung yang terpaksa membayar tol untuk semua lebuhraya, tidak kira intra-bandar ataupun yang ke luar kota.
Meskipun Najib boleh menyalahkan pemimpin terdahulu, namun hakikatnya ialah, setelah berjanji tidak akan ada kenaikan tol seperti termaktub di dalam manifesto BN dalam pilihanraya ke-13 namun janji itu tidak ditepati apabila hampir kesemua tol di Semenanjung naik, ada diantaranya sehingga lebih 100 peratus.

Sekarang orang Sarawak dijanjikan lebuhraya ribuan kilometer tanpa tol. Apakah orang Semenanjung rakyat kelas dua dan tidak layak mendapat keistimewaan sedemikian sehingga tol yang sudah sedia ada naikkan walaupun keadaan ekonomi masakini sangat menekan.

Kenaikan pelbagai barangan asas, kos perkhidmatan, bil elektrik dan keraian lain terus menekan rakyat di Semenanjung ketika Najib membuat pelbagai janji di Sarawak. Cukai barang dan perkhidmatan atau (Goods and Service Tax – GST) menambah lagi tekanan.

Najib berkata ianya cukai yang baik. Mungkin jika ianya diwujudkan untuk mendapat dana untuk diagihkan kepada rakyat. Tapi ramai beranggapan GST itu perlu untuk menutup lubang yang sebegitu besar diakibatkan oleh skandal 1MDB.

Bagi Adenan dan orang Sarawak, skandal 1MDB tidak berkait dengan mereka. Ini agak menghairankan kerana mereka juga turut terkesan oleh GST. Atau mungkin orang Sarawak nampak keuntungan mengundi BN lebih besar dari bala 1MDB dan GST yang menekan orang Semenanjung.

PERTUKARAN PEMIMPIN MEMBAWA IMPIAN BARU

Selain dari kepercayaan orang Sarawak bahawa kemenangan besar BN akan memberi keupayaan Adenan untuk tawar-menawar dengan Kerajaan Pusat, sentimen menyokong pemimpin baru yang mengambil-alih dari pemimpin yang lama memerintah bukanlah sesuatu yang luarbiasa.

Jika kita ambil contoh kemenangan besar Tun Abdullah Badawi selepas mengambil-alih kepimpinan dari Dr Mahathir di dalam pilihanraya tahun 2004, kemenangan besar Adenan selepas mengambil-alih dari Tun Taib Mahmud seharusnya tidak menghairankan.

Walaupun penyokongnya berkeras mengatakan kemenangan besar Abdullah tahun 2004 adalah semata-mata di atas popularitinya, pandangan sedemikian amatlah tersasar.

Ini kerana kemenangan itu seharusnya disandarkan di atas beberapa faktor lain kerana Abdullah mewarisi kepimpinan dari parti yang sama.

Pertamanya, rakyat rata-rata merasa tenang kerana peralihan kuasa berlaku dengan tertib dan Dr Mahathir meletakkan jawatan tanpa paksaan malahan ketika dia di kemuncak popularitinya.

Kedua, legasi Dr Mahathir yang baik, iaitu pembangunan dan kesejahteraan rakyat telah tercapai dan ini membuat rakyat percaya penggantinya akan berupaya meneruskan jika tidak meningkatkan lagi  pencapaian itu.

Ketiga, rakyat rata-rata percaya dengan pilihan pemimpin terdahulu bahawa Abdullah berkeupayaan meneruskan kepimpinan Dr Mahathir. Kepercayaan ini diperkukuhkan dengan sokongan dari Dr Mahathir kepada penggantinya.
Keempat, selepas 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir, mereka sudah pasti teruja untuk melihat apakah kelainan yang akan di bawa oleh Abdullah.

Kelima, personaliti Abdullah yang sederhana dan digelar sebagai Mr Clean menambah lagi kepada keyakinan rakyat untuk memberi sokongan yang kuat di dalam pilihanraya tahun 2004.

Faktor-faktor seperti di atas mungkin juga terpakai dalam konteks Adenan yang mewarisi kepimpinan dari Taib yang telah menerajui Sarawak selama 33 tahun.
Apakah Adenan akan menerima nasib yang sama seperti Abdullah di dalam pilihanraya negeri akan datang? Ianya tergantung sepenuhnya kepada Adenan.
Jika dia percaya kemenangannya semata-mata kerana popularitinya dan cuba menafikan legasi yang baik ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu, kemungkinan dia tersungkur seperti Abdullah amat besar.

Mungkin kerana itu juga Adenan dari awal lagi telah menyatakan dia hanya mahu diberi mandat selama satu penggal dan dengan itu tidak akan menghadapi dugaan yang dihadapi oleh Abdullah.

Dan jika Adenan, meskipun tidak mahu mendapatkan mandat untuk penggal kedua, tetapi gagal mentadbir dengan baik dan menyerahkan pentadbiran kepada anak menantu dan rakan-rakannya yang berkepentingan ala Tingkat 4 zaman Abdullah, penggantinya juga akan menghadapi masalah seperti Najib.

Dan jika penggantinya pula berkelakuan seperti Najib, percaya kepada konsep “Cash is king”, tidak meneruskan keikhlasan perjuangan dan mementingkan keuntungan peribadi serta keluarga dan handai taulan, Sarawak juga akan melalui zaman gelap seperti di Semenanjung.

Berhati-hatilah supaya apa yang berlaku di Semenanjung tidak menular ke Sarawak.


AMUKANMELAYU - Kemenangan TIPIS UMNO di Sg. Besar dan Kuale pada PRU 2012 amat merunsingkan Kabinet Najib.