Abdul Hadi Awang (kanan) memotong pulut kuning menggunakan sebilah keris sebagai simbolik perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam. |
SJK Cina, Tamil tak wajib belajar Bahasa Malaysia lima jam seminggu
KUALA
LUMPUR, April 22, 2016 Jumaat – Semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil
(SJKT) tidak diwajibkan mempelajari subjek Bahasa Malaysia selama lima
jam seminggu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon.
“Kami
telah membincangkan isu ini dalam mesyuarat kementerian di mana saya
telah menyuarakan kebimbangan yang dibangkitkan kumpulan pendidikan
Cina.
“Mungkin
pegawai pendidikan daerah belum dimaklumkan mengenai keputusan itu,”
katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari
ini.
Chong
berkata demikian bagi menjawab pertanyaan yang SJK C tidak mempunyai
pilihan tetapi terpaksa untuk mengikuti arahan untuk menambahkan masa
untuk pembelajaran BM.
Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Chong Sin Woon. |
Menjelaskan
bahawa ia adalah hak SJKC sama ada untuk meningkatkan masa pelajaran
itu atau tidak, beliau berkata, adalah tidak benar murid sekolah ini
masih perlu belajar Bahasa Malaysia selama 300 minit seminggu.
Mengikut
garis panduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan
pada 2011, tempoh waktu belajar subjek Bahasa Malaysia bagi Tahun Satu
hingga Tiga SJKC akan ditambah 30 minit bagi setiap satu daripada 10
waktu belajar seminggu.
Bagi Tahun Empat hingga Tahun Enam, ada lapan waktu seminggu dan pembelajarannya mengambil masa 30 minit setiap waktu itu. Sesetengah
ibu bapa murid SJK telah menyatakan kebimbangan mengenai penambahana
masa untuk subjek Bahasa Malaysia yang mana mereka mendakwa akan
menganggu peruntuk bagi pelajaran lain.
Bantah RUU tindakan biadap pemimpin MCA, MIC - Zamihan
Oleh Radzuan Hassan
Presiden
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zain
menganggap pemimpin komponen BN yang membantah cadangan menambah baik
undang-undang syariah adalah biadap.
Menurutnya, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 Persendirian Untuk Meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (2016) oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar dihormati.
"Mengenai bantahan parti bukan Islam khususnya, DAP, MCA dan MIC...Ia adalah satu perbuatan biadap apabila mereka mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.
"RUU terbabit adalah berhubung Mahkamah Syariah yang hanya dikuatkuasakan terhadap penganut agama Islam. Ia sedikitpun tidak melibatkan hak dan kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zamihan, tiada alasan dan keperluan untuk parti bukan Islam membantah RUU berkenaan.
"Adalah menjadi harapan kami agar parti bukan Islam tidak mencampuri urusan dan hak umat Islam demi keharmonian beragama di negara ini.
"Pindaan RUU itu tidak mempunyai sebarang masalah dan kemudaratan kepada masyarakat negara ini. Malah, pindaannya adalah selaras dengan usaha memartabatkan Mahkamah Syariah dan kedudukan Islam di Malaysia sebagai agama Persekutuan," jelasnya lagi,
Justeru, ASWAJA berharap pihak kerajaan dan semua Ahli Parlimen muslim terus komited dalam usaha memartabatkan perundangan syariah di negara ini.--MalaysiaGazette

Ridhuan Tee Keluar MCA, Enggan Tanggung Dosa
Beliau sebagai ahli seumur hidup MCA sejak tahun 2000
mengumumkan keluar parti kaum Cina itu hari ini kerana menganggap parti
itu ‘musuh Islam’.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah |
KUALA LUMPUR: Pensyarah yang juga penceramah kontroversi Prof Dr Mohd
Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar daripada MCA hari ini, mendakwa
parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu sebagai anti Islam
selepas ia terang-terangan membantah usul Rang Undang-undang (RUU)
Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Ridhuan, seorang Cina Islam yang sebelum ini ahli seumur hidup MCA
berkata parti itu bertindak rasis terhadap umat Islam apabila ia
membantah RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di
Dewan Rakyat, Khamis lalu, lapor Ismaweb hari ini.
“Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi
musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA.
“Dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun
mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu
dikatakan masuk Melayu.
“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan
menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia musuh saya juga,”
katanya.
Ridhuan berkata beliau kesal dengan MCA kerana parti itu sepatutnya
sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia
merdeka hampir 60 tahun.
Beliau turut menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari negara ini dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.
“Mereka bukan saja buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa
peribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Jika MCA dan Gerakan mahukan
cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri.
“Hormat sikit peribumi di sini. Ini tanah mereka, mereka berhak
mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, sedangkan MCA, Gerakan,
DAP dan yang lainnya tiada hak untuk campur tangan,” katanya dalam satu
kenyataan kepada Ismaweb.
Hudud: Ultra kiasu bangkit bersatu, mana orang Melayu?
Ridhuan Tee berkata jika umat Islam tidak berhak ke
atas cara hidup dan undang-undang, tiada lagi yang tinggal kepada umat
Islam hari ini.
Beliau berkata hak orang Melayu dan Islam seharusnya dipertahankan daripada dihuru-harakan oleh puak yang digelar ‘ultra kiasu’ dalam negara ini.
“Jika umat Islam tidak berhak ke atas cara hidup dan undang-undang, apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam hari ini? Sudahlah kekayaan ekonomi dibolot oleh orang lain. Sampai ke peringkat nak dapatkan cara hidup sendiri pun tidak dibenarkan.
“Apakah mereka sudah lupa negara ini berasal-usulkan kepada ketuanan Melayu dan Islam? Peliknya, dalam kalangan kita sebagai umat Islam, tidak ada yang berani melawan ultra kiasu. Ke mana hilangnya semua telur itu,” tulisnya dalam kolumnya di Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata bukan saja DAP tidak bersetuju dengan pembentangan RUU itu, malah
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk
Mah Siew Keong dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam turut
mengugut meletakkan jawatan daripada Kabinet jika RUU itu diluluskan di
Parlimen.
“Kenapa kita boleh menerima cara hidup dan undang-undang barat serta komunis tetapi begitu memandang hina kepada Islam?
“Pernahkah umat Islam atau pemerintah Islam mengambil hak bukan Islam selama ini? Buktikan kepada saya berapa kes orang Islam menzalimi bukan Islam?,” katanya.
Katanya, kerajaan Malaysia terlalu baik kerana tidak bertindak seperti China yang mengharamkan lima media sosial seperti Google, Instragam, Twitter, Facebook dan Snapchat bagi mengekang pengaruh Barat daripada merosakkan mereka.
“Kenapa ultra kiasu tidak bantah kerajaan negara China bertindak sedemikian. Sekiranya, Malaysia melaksanakan sedemikian, sudah tentu akan riuh-rendah atau roboh Parlimen dengan hiruk-pikuk suara ultra kiasu ini,” katanya.
RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir yang akan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan ia dipercepatkan supaya sempat dibentangkan dalam sidang itu.
Hadi kemudiannya memohon pembentangan RUU itu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen berikutnya pada Oktober nanti.
Jika RUU itu diberi lampu hijau daripada Dewan Rakyat, ia akan membuka laluan kepada PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Kebebasan Beragama & Sekatan Perlembagaan
Suatu penjelasan perlu dibuat berulang kali, bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan, bukan agama rasmi seperti yang biasa dihujahkan oleh pihak-pihak yang tidak memahami konteks perundangan.
Mendefiniskan Islam sebagai “agama rasmi” negara adalah tidak tepat
kerana perkataan “rasmi” itu tidak pernah disebut dalam Perkara 3.
Frasa “agama rasmi” juga akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan
menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi
dan keagamaan semata-mata.
Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi Negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara ini dibentuk.
Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah, namun ada pihak yang masih mempertikaikannya. Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.
Peruntukan Perkara 3 ini amat bersangkut paut dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri. Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.
Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya, penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”
Malah, Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.
Maka, Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan.
Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-
1. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)
2. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)
3. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988
4. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)
5. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)
6. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)
7. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)
8. Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991
9. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)
Hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Perlis yang belum menggubal undang-undang sedemikian, walaupun kuasa telah diberikan oleh Perlembagaan.
Tafsiran "agama bukan Islam" yang disebut dalam enakmen ini adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang atau serpihan dari agama-agama tersebut. Termasuklah juga amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.
Kesalahan-kesalahan yang termaktub dalam enakmen itu ialah :-
• Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).
• Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).
• Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).
• Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).
• Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).
Antara perkataan-perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9 tersebut ialah - Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.
Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap (seizable offence) bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah, yakni pegawai yang diberi kuasa boleh menyiasat kesalahan di bawah undang-undang ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu. Kes-kes berkenaan akan dibicarakan oleh seorang Majistret.
Undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam tersebut bukan sahaja boleh dikenakan terhadap bukan Islam, tetapi juga boleh dikenakan ke atas orang Islam yang bersekongkol dengan bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka. Orang Islam juga boleh didakwa menurut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah negeri, iaitu kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pada tahun 2002, di Negeri Pahang, dalam kes Pendakwaraya v Krishnan a/l Muthu, tertuduh seorang bukan Islam telah didakwa kerana melakukan kesalahan menyalahi Seksyen 4 (2) (i) Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Ugama Bukan Islam) Pahang 1989. Tertuduh telah disabitkan bersalah dan dihukum dipenjara selama 20 hari dan didenda RM1,500.00.
Mungkin ada penjelasan yang munasabah mengapa undang-undang kawalan agama bukan Islam di kalangan orang Islam masih tidak digubal oleh Parlimen untuk Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) , Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang mana ketua agama bagi keempat-empat negeri ini adalah Yang DiPertuan Agong.
Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693, seorang wanita Melayu telah dibaptiskan di sebuah gereja di Kuala Lumpur. Akan tetapi, tindakan tidak boleh diambil terhadap beliau dan mereka yang terlibat kerana di Wilayah Persekutuan belum wujud Akta Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam).
Timbulnya isu siasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos 2011 lalu adalah suatu hikmah dan rahmat di bulan Ramadhan yang mulia ini, di mana insiden adalah kali kedua (sebelum ini kes penggunaan kalimah Allah oleh gereja), yang sepatutnya membuka mata pihak-pihak berkenaan, agar segera mencari jalan supaya undang-undang tersebut digubal dan dikuatkuasakan secepat mungkin di Wilayah Persekutuan. Begitu juga dengan pihak berkuasa negeri Perlis. Wallahu’alam.
Penulis ialah Timbalan Presiden , Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Perkara 152

Pindaan perlembagaan
Menurut Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu:- Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
- Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
- Melalui sokongan majoriti mudah dua pertiga ahli Parlimen;
- Melalui sokongan majoriti dua pertiga ahli Parlimen.
- Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
- Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
- Soal berkaitan kerakyatan.
1 - Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan perkenan Majlis Raja-Raja
|
---|
2 - Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah & Sarawak
|
---|
3 - Sokongan majoriti mudah ⅔ ahli Parlimen
|
---|
4 - Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen
Hadi Garis Hala Tuju Baharu Pas
Berteraskan ‘budaya politik matang dan sejahtera’
Abdul
Hadi Awang menghunus keris panjang sebelum memotong pulut sebagai
simbolik perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-62 di Kota Bharu, Kelantan,
semalam. – UTUSAN/ Wahidin Salim - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/hadi-garis-hala-tuju-baharu-pas-1.338076#sthash.oxmBCklf.dpuf
KOTA BHARU 2 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menggariskan hala tuju baharu parti itu yang berteraskan 'budaya politik matang dan sejahtera'.
Ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-62 di sini hari ini, beliau menyeru semua pihak meninggalkan budaya politik warisan penjajah Barat yang jauh daripada prinsip berasaskan kebenaran dan ilmu, halal - haram, apatah lagi seolah-olah amalan terbaik berpolitik adalah tiada kaitan dengan dosa dan pahala.
Beliau berkata, ahli Pas juga perlu menjauhi penampilan retorik tanpa membawa pelan penyelesaian, gagasan, cadangan atau langkah bertindak mengatasi sesuatu isu atau perkara yang diangkat sama ada di peringkat lokal atau nasional.
“Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan.
“Kalau pemimpin yang paling kejam dalam dunia (Firaun) Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun berlembut, pemimpin-pemimpin yang lain tak sampai ke taraf Firaun, mengapa kita berkeras dengan mereka, ini adab yang diunjurkan oleh Allah.
“Imej ini mesti dibawa oleh pemimpin Pas di semua peringkat, ceramah, kuliah, sidang akhbar, ucapan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hendaklah berlandaskan ilmu,” katanya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, orientasi Pas kini perlu berbeza bagi mempersiapkan diri sebagai pemerintah untuk menggalas tanggungjawab sebagai kerajaan menanti.
“Bukan lagi sekadar membangkang tetapi mengemukakan penyelesaian berasaskan cara dan kaedah penyelesaian Islam terhadap kepincangan yang berlaku sama ada dalam urusan ekonomi mahupun politik dan sosial,” katanya.
Katanya, malang sekali, di negara ini, sejak sebelum merdeka sehingga sekarang, budaya berpolitik negatif tersebut diteruskan oleh keseluruhan parti yang tidak berteraskan perjuangan Islam.
Tambahnya, rakyat dan negara ini mahupun dunia memerlukan kepada budaya politik baharu yang membawa seluruh rakyat bersama membangunkan negara dan berharmoni.
“Penyelesaiannya ialah politik Islam yang bersifat bijaksana, matang dan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat.
“Pas sebagai sebuah parti Islam, bersedia untuk membawa pendekatan politik positif ini ke pentas utama dalam budaya berpolitik negara di bawah jenama budaya politik matang dan sejahtera.
“Budaya ini menuntut sikap dan tindakan Pas yang sentiasa disertakan dengan penjelasan yang rasional, berdasarkan prinsip yang jelas,” katanya.

AMUKANMelayu - Diharap PAS akan mengubah segalanya dan membawa kepada POLITIK KESEJAHTERAAN. Dengan kepimpinan ULAMAK yang jelas menyatakan KEBENARAN di DO'AKAN semoga Allah membawa kita kembali kepada PERJANJIAN yang telah di putuskan sebelum MERDEKA dulu........
Hadi garis hala tuju baharu Pas
Berteraskan ‘budaya politik matang dan sejahtera’
03 Jun 2016 12:45 AM
KOTA
BHARU 2 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini
menggariskan hala tuju baharu parti itu yang berteraskan 'budaya politik
matang dan sejahtera'.
Ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden
dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-62 di sini hari ini, beliau menyeru semua
pihak meninggalkan budaya politik warisan penjajah Barat yang jauh
daripada prinsip berasaskan kebenaran dan ilmu, halal - haram, apatah
lagi seolah-olah amalan terbaik berpolitik adalah tiada kaitan dengan
dosa dan pahala.
Beliau berkata, ahli Pas juga perlu menjauhi penampilan retorik tanpa membawa pelan penyelesaian, gagasan, cadangan atau langkah bertindak mengatasi sesuatu isu atau perkara yang diangkat sama ada di peringkat lokal atau nasional.
“Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih sehingga bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan.
“Kalau pemimpin yang paling kejam dalam dunia (Firaun) Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun berlembut, pemimpin-pemimpin yang lain tak sampai ke taraf Firaun, mengapa kita berkeras dengan mereka, ini adab yang diunjurkan oleh Allah.
“Imej ini mesti dibawa oleh pemimpin Pas di semua peringkat, ceramah, kuliah, sidang akhbar, ucapan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri hendaklah berlandaskan ilmu,” katanya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, orientasi Pas kini perlu berbeza bagi mempersiapkan diri sebagai pemerintah untuk menggalas tanggungjawab sebagai kerajaan menanti.
Video oleh WAHIDIN SALIM