Tuesday, 5 July 2016

MALAYSIA AKAN BANKRAP?



hutang negara

HUTANG KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH PEMERINTAHAN NAJIB RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
HUTANG KERAJAAN MALAYSIA Di Zaman Pemerintahan Tun M, 
RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.
Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah HUTANG KERAJAAN MALAYSIA iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
Kajian itu menunjukkan semasa Zaman Pemerintahan Tun M, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.
Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996  selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.
“Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008,” kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Sementara bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.
Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.



Cadangan seorang timbalan menteri supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup semakin meningkat menimbulkan kemarahan banyak pihak, sehingga mendapat pelbagai reaksi termasuk dijadikan bahan jenaka. Dan hampir semua Nitezen membelasah Ahmad Maslan.
Ahli Parlimen Umno dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad merupakan salah seorang yang mengkritik idea Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
1 - Kata Shahrir yang dipetik dalam sebuah portal berita sebagai berkata bahawa langkah itu akan memberi kesan kepada kebajikan keluarga.
2 - Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, menteri sepatutnya mencari penyelesaian untuk membantu rakyat dan bukannya mencadangkan sesuatu yang menambah beban mereka.
"Seorang menteri seharusnya menjadi seorang yang waras, bijak dan cekap dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negara," katanya di Facebook.
"Jika akal yang bijak dan kecekapan tidak diperlukan untuk menjadi seornag menteri, maka apa istimewa sangat dengan jawatan yang mana mereka menerima gaji dan pelbagai keistimewaan?" katanya tanpa merujuk kepada sesiapa.
3 - Pelawak, Harith Iskander menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka. "Saya seorang pelawak, pengacara, penulis, jurulatih, pelakon. Saya tidak membuat lima kerja. Saya membuat lima perkara berbeza. Satu kerja mengambil masa sehingga satu hari," katanya di Twitter.
4 - Pemandu bas sekolah, Premala turut membidas cadangan tersebut. "Saya memandu membawa kanak-kanak ke sekolah setiap pagi, membawa mereka pulang ke rumah dan melakukan perkara sama pada sesi sekolah petang selain menjaga anak-anak saya. Ia cukup banyak dan saya kepenatan setiap hari," katanya.
"Walaupun ada yang menawarkan saya kerja kedua untuk menghantar pelajar-pelajar ke sebuah sekolah antarabangsa, saya katakan tidak. Saya akan tergesa-gesa ke sana ke sini dan meletakkan nyawa kanak-kanak dalam bahaya."
5 - Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Krishnam turut berkata, idea mempunyai dua pekerjaan itu tidak konstruktif kerana ia akan menjejaskan kehidupan peribadi dan keluarga.
"Kajian menunjukkan bahawa mempunyai dua pekerjaan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan dan produktiviti," katanya sambil menambah ia akan mengakibatkan masalah sosial jangka panjang.
"Kerajaan seharusnya memikirkan semula pendekatannya untuk memastikan pekerja mempunyai pendapatan yang cukup untuk menyara mereka dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad kemudiannya memberi penjelasan di Twitter dengan mengatakan bahawa tajuk berita Astro Awani mengenai "Kerajaan menggalakkan melakukan dua kerja" adalah tidak tepat.
"Saya katakan kementerian menggalakkan perniagaan dalam talian yang bermaksud untuk meningkatkan pendapatan. Ia merupakan trend perniagaan terbaharu.
"Saya ada tiga kerja: ahli parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia buat dua kerja. Berusaha gigih cari kerja yang halal," katanya
Semua kenyataan diatas menyalahkan Kerajaan dan Kerajaanlah yang perlu menyelesaikan Kegawatan Ekonomi ini. Berbeza sekali dengan zaman Pemerintahan Tun M. 
Rata-rata majoriti status di sosial media tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia di ambang kemerosotan ekonomi dan rakyat terus menagih hak yang sama. ini kerana Kerajaan dan Pegawai Pemerintah sering berbelanja mewah dan menunjukkan Kemewahan mereka. Ini penyebabnya kenapa Rakyat tidak mahu berkorban apabila ekonomi negara runtuh dan bagi rakyat terbanyak, ini semua adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah.
Semasa pemerintahan Tun M, ekonomi dan ringgit merudum teruk sekitar tahun 1998 dan IMF minta Tun M ngangakan mulut untuk di sumbat dengan pinjaman dan memberi bantuan pakej ekonomi dengan syarat-syarat yang ketat. Untuk memastikan mereka mendapat balik hak pinjaman yang di berikan, maka rakyat akan di perhambakan. Tapi atas kebijaksanaan Tun M, ia telah menolak pinjaman itu sebaliknya dia mengikat ringgit dan dalam masa yang sama Kerajaan membuat Projek Mega dan mengujudkan pekerjaan. 
Kerja Sendiri
Tapi kini, kerajaan Najib banyak memberi cash. Untuk jangka masa panjang adalah amat tidak baik. Apabila sekali kamu memberi, ianya akn terus di beri. Mentaliti rakyat nanti akan sentiasa mengharap untuk di suap. Maaf jika saya katakan....amalan ini menjadikan Rakyat semakin MALAS. Tambahan pula kini kadar Pengangguran semakin tinggi dan banyak sektor yang membuang pekerja dalam skala yang amat besar. Itu penulis katakan Pemerintahan Najib amat jauh berbeza dari pemerintahan Tun M.
Cara Tun M Alhamdulillah....negara terselamat dari menjadi BARUA IMF. Rakyat menerima semua permasalahan ini dengan bersama-sama Kerajaan. Tapi selepas kita pulih sepenuhnya dan pada PRU ke 12(2008) beberapa negeri telah menukar kerajaan, tetapi kerajaan baru tidak banyak dapat membantu mengubah nasib kerana rakyat sendiri tidak mahu mengubah budaya hidup mereka. 
Malah Kerajaan Negeri yang telah bertukar tangan dan Kerajaan Pusat sendiri lebih banyak melakukan kerja-kerja membazir dan berbelanja mewah. Jadi kalau rakyat Malaysia juga berpendirian yang sama dengan tidak mengawal perbelanjaan sudah pasti keadaan yang berlaku di Grees juga akan bakal berlaku kepada kita.
Ekonomi sesebuah negara juga seperti kehidupan umat Islam, setelah sebelas bulan kita hidup mewah makan siang dan malam maka ALLAH perintahkan untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan kita perlu mengubah jadual dan cara hidup supaya di akhir Ramadhan kita mendapat berbagai manafaat berganda. Begitu juga ekonomi sesebuah negara tidak akan terus mewah sepanjang masa, bila tiba masa ALLAH akan uji dengan kemerosotan ekonomi. Manusia yang dapat menerima kenyataan dengan mengubah jadual dan cara hidup pasti akan berjaya mengharungi dekad kemerosotan ekonomi malah kepada yang pandai mencari peluang akan menjadi kaya raya.
Adakah kita sekarang sedang bersedia mengharungi kemerosotan ekonomi dunia dan bukannya mencari salah orang, tetapi menyelongkar segala peluang yang akan terhidang untuk mencipta lebih banyak duit dan lebih banyak kejayaan. Ini bukan masa untuk mengeloh dan berputus asa tetapi masa mencari peluang pendapatan kedua. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing kita tiada pilihan selain memilih projek yang yang boleh memberi pulangan walaupun dihati bukan yang kita suka.
Nota Editor :
Artikel ini telah disunting kembali hasil perkongsian dari Facebook Dr. Waqiyuddin, seorang pelabur, perancang kewangan, serta punyai kepakaran tinggi dalam analisa kewangan.


Menjawab soalan rakan yang bertanya, “Adakah sebelum berakhirnya tahun 2015 ini, akan berlakunya tragedi besar dimana Malaysia akan bankrap?”
Jawab saya ringkas, “Tidak, belum lagi buat masa ini”

Berikut Adalah Ulasan Penuh Berkenaan Jawapan Saya :

bank-negara-malaysia-pic-2
TahunRizab Antarabangsa Bank Negara
28 Jun 2013RM432.8 Billion (bersamaan dgn USD 130.1 Billion)
15 Jun 2015RM390.2 bilion (bersamaan dengan USD 105.3 bilion)
14 Ogos 2015RM356.4 Billion (bersamaan dgn USD 94.5 Billion).
Showing 1 to 3 of 3 entries

1. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ringkasan di dalam gambar di atas, boleh disimpulkan ekonomi Malaysia (Real Gross Domestic Product Growth) masih lagi berkembang pada kadar 4.9%. Rujukan dari Bank Negara Malaysia.
2. Data juga menunjukkan Rizab Antarabangsa Bank Negara, tidak termasuk aset lain seperti kertas kerajaan Malaysia, deposit dengan institusi kewangan, pinjaman & pendahuluan serta aset lain adalah sebanyak RM356.4 Billion (bersamaan dengan USD 94.5 Billion) pada 14 Ogos 2015. Memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negeri untuk jangka masa pendek
Walaubagaimanapun, rizab antarabangsa ini telah berkurang berdasarkan data pada tarikh 28 Jun 2013. RM432.8 Billion (bersamaan dgn USD 130.1 Billion) pasa 28 Jun 2013. Memadai utk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek. Rujukan boleh dilihat disini.
Juga berkurang pada 14 Ogos 2015. Yakni RM356.4 Billion (bersamaan dgn USD 94.5 Billion). Memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kalo hutang luar negeri jangka pendek.
Rujukan dari laman The Malaysian Insider.
3. Komponen rizab antarabangsa Bank Negara adalah terdiri daripada;
  • Rizab mata wang asing
  • Rizab dana monetari antarabangsa (International Monetary Fund)
  • Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (Special Drawning Rights)
  • Emas
  • Lain-lain aset rizab

Punca Kenapa Ekonomi Malaysia Kini Dalam Keadaan Mudarat

Walaubagaimanapun, sentimen terhadap ekonomi negara Malaysia banyak diburukkan oleh;
  • Ura-ura palsu yang memudaratkan terhadap ekonomi negara yang tidak berasaskan data ekonomi yang jelas.
  • Masalah dalam pengurusan 1MDB. Oleh kerana Dato’ Seri Najib Razak sendiri merupakan Pengerusi kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), ia menjadi kesan kepada Kerajaan Malaysia seluruhnya sehingga nama Malaysia naik sebagai salah sebuah negara yang korupsinya antara yang terteruk di dunia. Secara tidak langsung, nama Malaysia telah terkesan buruk!
  • Jawapan menteri ‘cerdik pandai’ apabila menjawab soalan-soalan berkenaan hal ehwal ekonomi dan masalah rakyat. Ini memberi pengaruh negatif akan kepimpinan & pengurusan negara.
  • Gejala panik oleh rakyat yang masih terpinga-pinga dengan situasi ekonomi negara.

Kesannya Berpunca Dari Permasalahan Dalam 1MDB

1mdb malaysia
Masalah 1 Malaysia Development Berhad yang boleh membawa kesan kepada ekonomi negara adalah antaranya;
  • Hutang-hutang 1MDB adalah dilindungi oleh kerajaan.
  • Pembayaran hutang 1MDB yang ada diantaranya adalah dalam bentuk nilai mata wang USD. Jika dahulu kadar meminjam pada USD1 = RM3.10. Sekarang pembayaran hutang adalah pada kadar USD1 = RM4.20. Dan punyai potensi besar mencecah RM4.50 dan RM5 (tahun hadapan).
  • Banyak aset negara yang separa matang telah disuntik ke dalam 1MDB untuk dikembangkan dalam tempoh 20 tahun. Namun oleh kerana masalah pengurusan aliran yang teruk dan hutang yang tidak setimpal, aset-aset tersebut mungkin ada di antaranya yang terpaksa dijual kepada entiti luar untuk mengimbangi masalah ‘balance sheet’ 1MDB. Dan aset-aset itu kebanyakannya adalah milik kerajaan Malaysia yang dibeli dengan harga yang sangat murah.

Malaysia Akan Lalui Situasi Pembaikan Ekonomi

Yang pasti, Malaysia akan melalui situasi pembaikan ekonomi (economy correction) atau kelembapan ekonomi yang bakal dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Yang pasti ia bukan deflasi tetapi hanya kemelesetan. Selepas tamat tempoh ini, Malaysia berpotensi kembali meningkat maju seperti selepas zaman kemelesetan ekonomi 1997-1998.

Kenapa Saya Katakan Bukan Deflasi

ringgit2_reuters_250815
  • Malaysia tidak pernah mencetak wang secara tiba-tiba dalam kuantiti banyak seperti yang berlaku pada Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Bank-bank Malaysia mengamalkan langkah-langkah meminjam secara berhemah, tidak seperti Amerika Syarikat ketika zaman ‘sub-prime mortgage’ sehingga orang yang tiada keupayaan berhutang pun boleh mendapat pinjaman.
  • Banyak lagi pembangunan & infastruktur yang bakal naik, yang berpotensi memacu ekonomi negara selain populasi negara yang bertambah dengan sihat. 50% populasi Malaysia didominasi oleh orang muda yang usianya 35 tahun ke bawah. Ya, Malaysia tidak didominasi oleh populasi umur peringkat persaraan seperti Jepun atau negara-negara lain.
  • Jika deflasi berlaku, situasi bank run boleh berlaku & bank mengehadkan pengeluaran wang kepada beberapa ribu sehari. Jadi, abaikan mesej palsu yang menyatakan wang perlu dikeluarkan dari bank dan perlu disimpan bawah bantal.
  • Perlu diingat, kemelesetan ekonomi tidak bermaksud semua orang akan rugi, tetapi lebih kepada pemindahan kekayaan. Akan ada satu pihak yang rugi dan sebelah pihak lagi akan menerima keuntungan dari situasi tersebut.

Oleh Itu, Ini Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Semua Peringkat

Oleh itu, langkah yang boleh diambil sekarang samada di peringkat peribadi, institusi mahupun kerajaan buat ketika ini. Antaranya adalah;
  • Menyemak kembali pendapatan masuk dan mengurangkan kebergantungan pada satu sumber pendapatan seperti Oil & Gas (27% dari pendapatan negara).
  • Minimakan ketirisan wang atau wang ‘hilang’ dek kerana perbelanjaan yang tidak penting, korupsi dan lain-lain.
  • Berjimat cermat bermula dari pemimpin supaya ia menjadi contoh kepada rakyat
  • Berbelanja dengan betul di dalam negara. Hal ini merancakkan aktiviti ekonomi dalam negara. Mengehadkan wang Ringgit Malaysia keluar dari Malaysia termasuklah pelaburan luar negara
  • Mengurus pendapatan, cukai pendapatan & Goods & Services Tax (GST) dengan sebaiknya. Menaikkan produktiviti rakyat Malaysia dengan memastikan subsidi diterima oleh orang yang betul dan membatalkan BRIM
Kredit foto: GreaterMalaysia.com,

Negara Malaysia Muflis & Bankrap 2019?

Itulah pandangan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, negara Malaysia boleh diistiharkan muflis dan bangkrap. Jadinya, kata Datuk Seri Idris Jala rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.
Ulasan Pakar Ekonomi dan Ketua Audit Negara mengenai isu negara Malaysia akan bankrap & muflis :


  1. Pagi tadi, Dato’ Salleh Majid (Bekas Pengerusi Bursa Malaysia) sempat mengulas isu penarikan subsidi kerajaan ini yang mana beliau mengatakan implikasinya,  ia mampu mengakibatkan kenaikan kos hidup dan kadar inflasi akan terus meningkat tinggi
  2. Manakala Ketua Audit Negara (Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang) mengatakan belanjawan defisit yang ada pada hari ini adalah disebabkan ketirisan dan kebocoran wang berbillion ringgit setiap tahun. Sedangkan kita tidak pernah dengar sehingga kini sebarang tindakan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang “BERTANGGUNGJAWAB”
Alasan Kerajaan Malaysia memotong subsidi :


  1. Malaysia perlu melakukan pengurangan subsidi termasuk petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan untuk mengelakkan risiko menjadi negara seperti Greece.
  2. Hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan
  3. Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun
  4. Rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia
  5. Budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana kerap dinikmati mereka yang tidak berhak
  6. Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport minyak seawal tahun depan sekiranya ia meneruskan kadar penggunaan petroleum seperti sekarang
  7. Malaysia merupakan antara negara yang paling bersubsidi di dunia
  8. Malaysia jimat RM103 bilion jika subsidi dikurangkan
Setahu saya apabila kita perlu mengimport minyak ada 2 sebab. Antaranya :
a) rizab minyak dah habis
b) tahap pengeluaran minyak jauh lebih rendah daripada tahap pengunaan minyak.
Di Malaysia ini kita mengamalkan polisi pengeluaran bercatu (National Depletion Policy) yang menghadkan pengeluaran pada tahap 600-700k barrel9tong) sehari. Tujuannya ialah supaya takat pengeluaran dapat dikekalkan pada jangkamasa selama 15-20 tahun. Amerika Syarikat juga adalah pengeluar minyak yang besar dan pengimport yang besar juga. Pada tahun 2009, secara purata US mengeluarkan 5.268 M barrels/day dan net import tidak kurang pada 10.5 M barrels/day. (source: U.S. Crude Oil Production Poised for Biggest Jump Since 1970, Platts ,Friday, November 27, 2009).
Maknanya sekarang ini, daripada alasan yang diberikan Malaysia telah menggunakan lebih banyak minyak daripada jumlah minyak yang kita keluarkan. Sama  seperti”bajet defisit” kita sekarang. Iaitu berbelanja /menggunakan dengan lebih daripada kemampuan.
Tetapi………rizab minyak dah nak habis ker? Daripada segi sejarah, penerokaan Petronas tidak pernah putus. Sentiasa terus melakukan kerja-kerja penerokaan di seantero dunia melalui syarikat multinasional, Petronas:


  1. Di Kelantan contohnya, 1 blok  minyak telah berjaya diteroka bersama-sama dengan Thailand. Blok ini adalah(Carigali-PTTPI Operating Company).
  2. Di Kerteh, penerokaan oleh Petronas di Blok Tangga Barat Platform baru sahaja sail out dari Pasir Gudang & Lumut.
  3. Platform pertama di Kerteh Tapis A masih lagi mengeluarkan produk yang paling mahal & berharga di dunia dari tahun 70 an sampaila sekarang ini.
  4. Manakala Paltform pertama PETRONAS West Lutong di Miri still lagi mempunyai pengeluaran sejak dari PETRONAS ditubuhkan.
  5. Ini baru di perairan Malaysia belum lagi penerokaan Petronas di luar seperti Sudan, Vietnam, Qatar, UAE, Myanmar yang terkenal dengan perolehan petroleum yang tinggi.
  6. Kalau betul telaga minyak di Malaysia dah nak habis PETRONAS tidak akan baharui kontrak dengan EXXONMOBIL untuk tujuan penerokaan selama tempoh 50 tahun. PETRONAS juga tidak akan berani ambil alih TCOT (TERENGGANU CRUED OIL TERMINAL) dari EXXONMOBIL, LCOT (LABUAN) dari SHELL, BAYAN, D-18, D-35, Blok PM-9 (PULAI & TINGGI).
  7. Di Sarawak MURPHY Oil sudah pun meneroka lebih dari 10 blok untuk dibangunkan.
Adakah ini menggambarkan yang telaga minyak kat Malaysia semakin berkurangan?? Kita bersyukur sebab sumber minyak kita ni masih banyak. Persoalan di sini adakah kita berjaya menguruskan khazanah  “emas hitam” yang telah miliki selama ini dengan sebaiknya?
Okey…melihatkan cadangan menghapuskan subsidi dengan alasan kerajaan terpaksa “berhutang”, membuatkan saya tiba-tiba teringat semula kes-kes seperti di bawah seperti juga yang ditekankan oleh Ketua audit Negara berdasarkan penyelewengan yang pernah menggemparkan negara, antaranya:
  1. Perwaja – RM 10 bilion+++
  2. Pos Malaysia – RM 227 Juta.
  3. Sime Darby – RM 1.5 bilion.
  4. MAS – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan)
  5. Proton – RM 2 bilion (sebelum dipulihkan).
  6. Landasan keretapi berkembar – RM 4 bilion (kos yang meningkat).
  7. Jambatan Bengkok – RM 500 juta (pampasan pembatalan pembinaan).
  8. Kehilangan Blok minyak kepada Brunei – RM 360 bilion
  9. Tenaga Nasional Berhad – RM 1 bilion (sebelum dipulihkan)
  10. Tanggungan yang membebankan ke atas Penjana Tenaga Bebas (IPP). Pada masa ini, terdapat sembilan IPP bernaung di bawah lima syarikat konsesi iaitu YTL Power Generation, Malakoff Bhd., Powertech, Sime Darby dan Genting Sanyen. TNB sekarang terpaksa membayar lebih RM4 bilion setahun kepada IPP tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak.
  11. Kehilangan pendapatan dari perjanjian air dengan Singapura – RM 500 juta
  12. Dan lain-lain
Kesilapan di atas, adakah disebabkan oleh rakyat Malaysia yang memerah keringat membanting padi, menyapu sampah, guru-guru, penoreh getah dan lain-lain ker? Penyelewengan dan kesilapan seperti di atas ini adalah dalam tempoh 20 tahun (1995 – 2015).
Sekiranya kerajaan Malaysia yang ada sekarang dapat mengelak dari berlaku pembaziran di atas maka negara Malaysia bukan sahaja mampu menjelaskan hutang tetapi mempunyai lebihan berjumlah hampir RM 500 bilion dalam tempoh 20 tahun. Fikirkanlah……
Malaysia Akan Muflis 11 Julai?

Bloger Outsyed The Box baharu sahaja menulis satu artikel kononnya Kementerian Kewangan akan muflis oleh sebuah mahkamah di London pada 11 Julai ini (Raya ke-5). 


Pendapat ini tentunya dikongsi pentaksub Tun. Namun adakah apa semua yang ditulis mereka adalah penipuan ekoran tidak dapat menerima kekalahan pada Pilihanraya Kecil baru-baru ini?.

Pertama, ia adalah berkaitan dengan permohonan penimbangtara yang dibuat oleh Aabar terhadap 1MDB bagi memutuskan sama ada terdapat kesalahan atau sebaliknya di Mahkamah Penimbangtara Antarabangsa London (LCIA).

LCIA bukanlah sebuah mahkamah sebenar tetapi sebuah syarikat tanpa keuntungan yang digunakan perkhidmatannya bagi menyelesaikan pertikaian, lazimnya antara syarikat di negara berbeza atau antara negara itu sendiri.
LCIA tidak mempunyai kuasa dan keputusannya adalah tidak terikat dan mahkamah tidak boleh menguatkuasakan keputusan yang dibuat.

Jadi bagaimana LCIA mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Kementerian Kewangan sebagai muflis?

Ini bukanlah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang tidak akan mendengar pertikaian perniagaan. Tetapi Pakatuns ini menipu dengan mengelirukan orang dengan LCIA ini.

Yang kedua, ia adalah USD6.5 bilion atau RM26 bilion. Hutang kini kerajaan dan KDNK adalah lebih besar daripada itu. Ia hanya 2.6 peratus daripada KDNK, maka bagaimana Kementerian Kewangan boleh diisytihar muflis?

Satu lagi untuk melihat isu ini ialah contohnya jika pendapatan anda adalah RM100,000 setahun, adalah logik jika anda diisytihar muflis terhadap pertikaian melibatkan RM2,600?

Yang ketiga, 11 Julai adalah tarikh bagi 1MDB mengemukakan jawapan. Ia bukanlah tarikh keputusan. Timbangtara boleh memakan masa bertahun dan 1MDB yakin mempunyai kes yang berpihak kepadanya, sebab itu mereka enggan membayar faedah ke atas bon yang membawa kes ini kepada penimbangtara biarpun syarikat strategik itu mempunyai wang untuk berbuat demikian.

Maka, bagaimana tarikh 11 Julai ini kononnya menjadi tarikh Kementerian Kewangan diisytihar muflis walhal ia adalah tarikh bagi jawapan sebelum kes itu didengar, yang mungkin mengambil masa bertahun?

Yang keempat, jumlah RM26 bilion atau USD6.5 bilion ini adalah:
5 bilion (bon yang dipertikaikan, yang sudahpun menjadi sebahagian daripada jumlah RM42 bilion; atau RM55 bilion yang gemar digunakan PakaTun.

5 bilion adalah bagi faedah hadapan bon terbabit.
USD500 juta adalah baki kepada opsyen Aabar di mana 1MDB menyatakan ia sudah dibayar tetapi IPIC enggan mengakuinya.
USD1 bilion, adalah pulangan kepada wang yang sudah dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada Jun tahun lalu.

Untuk itu, jumlah di atas bukanlah baharu dan dengan pertikaian ini, 1MDB tidak perlu menyerahkan aset kewangannya untuk dipindahmilik dengan IPIC yang kemudiannya dilupuskan atau dituntut kemudian.

Sekali lagi, amat jelas sekali penipuan PakaTun berterusan untuk mengambil kesempatan di atas kejahilan pengikut mereka melalui propaganda dan pembohongan seumpama ini, biarpun mengetahui majoriti rakyat Malaysia sudahpun menolak dongeng mereka pada Pilihanraya Sarawak dan dua pilihanraya kecil baru-baru ini.

Saya amat yakin Arul Kanda, Kementerian Kewangan dan 1MDB tahu apa yang mereka lakukan dan akan menyelesaikan kekusutan ini tidak lama lagi.

Tetapi amat jelas motif PakaTun ialah memuatnaik status seumpama itu dan menyebarkan pembohongan untuk musim Raya ini dengan mengharapkan mereka akan bergosip mengenainya di kampong sambil memakan lemang!

Sambil itu, saya mencabar Hanizam, OutSyed dan saki baki Pakatun:

Jika Kementerian Kewangan tidak diisytihar muflis pada 11 Julai 2016 mahupun 11 Ogos 2016, mereka perlu memohon maaf secara terbuka akan fitnah dilakukan mereka ketika Ramadhan dan berhenti menulis selama-lamanya.

Sebaliknya, jika Kementerian Kewangan benar-benar diisytihar muflis pada salah satu tarikh itu, saya akan mendedahkan identiti sebenar saya, membuat permohonan maaf secara terbuka dan tunduk kepada mereka serta berhenti menulis selama-lamanya. 
 – MYNEWSHUB.CC



AMUKANMelayu - Saya Parti Gerakan, Tak Gerak Tak Makan, ini adalah ayat yang sering penulis jumpa atau dengar di warung-warung. Jika di lihat.....kenyataan Ahmad Maslan ada kebenarannya. Berusahalah untuk kebaikan kita dan jangan mengharap pada tangan yang akan menghulur.....