Sunday, 14 August 2016

PESEPSI - BAGAIMANA JIKA NAJIB DAN TUN M TERSALAH PERHITUNGAN?


Sorry - Pahlawan Bugis Tidak Tunduk Pada Tekanan

Sampai Bila UMNO Dalam Krisis?

Oleh AJAB

Kritikan bertalu-talu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Razak menandakan satu fasa baru krisis kepimpinan di dalam UMNO. Sama ada UMNO bersedia melalui satu lagi krisis sukar dijangka tapi krisis ini sudah berlarutan dan ia seperti sudah tidak ada jalan penyelesaiannya dan krisis demi krisis sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Ada yang berkata Tun Mahathir hanya bertanya, jawab sahajalah, mengapa perlu bergaduh. Pandangan semacam ini hanyalah satu helah untuk mempertahankan kritikan Tun M atau ia dilihat secara lahiriah semata-mata.
Melihat kenyataan-kenyataan Tun Mahathir selama ini jelas beliau telah membuat keputusan untuk menurunkan Mohd Najib. Justeru jawapan-jawapan yang telah dan bakal diberikan tidak akan mencukupi kepada Tun Mahathir kecuali Mohd Najib meletak jawatan. 


Kenapa Tun seperti tidak puas hati dengan Najib? Adakah Tun benar-benar ikhlas mempertahankan apa yang telah di rancang dan ianya perlu di teruskan demi untuk Negara bangsa? Jika Najib tidak "BERKEBOLEHAN" kenapa Tun naikkannya untuk menggantikan Pak Lah? Tidakkah Tun sedar "Track Record" Najib sebelum melantiknya? Adakah Tun juga terkena "Panah Arjuna" sehingga Tun terkesima melantik Najib?

Tun menulis, begitu juga apa yang bermain didalam fikiran umum...

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak mampu dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
Pertanyaan-pertanyaan yang diutarakan oleh Tun Mahathir sesetengahnya telah dijawap dan banyak yang tidak dijawab atau lain ditanya lain yang dijawab...., namun Tun mengulanginya kerana jawapan yang di beri tidak meyakinkan.

Tulisan Tun mengenai pembunuhan model Altantuya Saribuu seolah-olah ada perkara yang dirahsiakan oleh peringkat tertinggi Pemerintahan Negara. Dengan jelas Tun menulis Sirul sebagai pengawal Peribadi Mohd Najib, Tun membuat pertanyaan siapakah yang mengarahkan Sirul membunuh. Tun juga mempertikaikan bahawa tiada siasatan menyeluruh dibuat ke atas dakwaan Sirul bahawa beliau diarah oleh orang lebih atas.

Tun menulis lagi, “Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.”

 
Pemanah, Busar dan Anak Panah. Seperti juga penulis....anak panah datangnya dari BUSAR.....siapa yang memegang busar tersebut....inilah jawapan yang hendak didengar oleh Tun M.
 
Perbicaraan Sirul, Azilah dan Razak Baginda berjalan hampir 6 bulan? Apakah tujuan Tun M membuat pertanyaan yang seolah-olah cuba memberi implikasi bahawa Najib terbabit? Seperti juga penulis....anak panah datangnya dari BUSAR.....siapa yang memegang busar tersebut....inilah jawapan yang hendak didengar oleh Tun M. Tapi ianya tiada jawapan.....mustahil anak panah datang dari Busar yang tidak Bertuan......

 

Persoalan-persoalan Teknikal sering digunakan oleh Peguam untuk kepentingan anak guamnya.....lihat persoalan-persoalan dibawah ini.
 
1 - Di mana fakta Tun Mahathir mengatakan bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Mohd Najib?. 

2 - Sedangkan Sirul tidak pernah menjadi pengawal peribadi Mohd Najib. Beliau hanyalah salah seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjaga pemimpin negara.

3 - Malah ketika mahu disoal siasat mengenai pembunuhan tersebut, Sirul dibawa pulang dari tugasan mengiringi Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam lawatan ke Pakistan pada 2006. Bagaimana pula Tun Mahathir mendakwa Sirul adalah pengawal peribadi Mohd Najib ketika pembunuhan Altantuya?

4 - Ketika perbicaraan Sirul dengan jelas memberitahu Mahkamah bahawa Azilah yang memanggil dan mengarahkan beliau mengambil Altantuya pada malam tersebut. Justeru jika ada orang boleh memberitahu kita siapa mengarahkan mereka ialah Azilah bukan Sirul.

5 - Kita semua tahu selain Sirul dan Azilah, Razak Baginda mungkin terbabit kerana beliau didakwa merancang pembunuhan tersebut akibat hubungan sulit. Namun Razak dibebaskan oleh Mahkamah kerana tidak cukup bukti prima facie.

6 - Sirul dan Azilah dibicarakan selama 9 tahun dan tidak pernah mereka mendakwa Mohd Najib terbabit secara langsung mahu pun tidak langsung.
Apa yang dikatakan oleh Sirul sekarang ada arahan lain hanyalah alasan seorang yang mahu mengelakkan hukuman gantung sampai mati.

Jika Tun ada bukti lain beliau sepatutnya membawa ke pengetahuan umum bukannya membuat sindiran dan pertanyaan yang merosakkan imej Perdana Menteri. Sehingga Tun memberi bukti lain. Tun lebih di lihat seolah-olah ada cubaan mengaitkan Mohd Najib dengan Altantuya bukannya demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tetapi kerana kepentingan peribadi atau kelompoknya sahaja. Benarkah demikian?

Mendakwa Mohd Najib tidak menjawab isu ini merupakan satu fitnah yang sengaja dibuat. Mohd Najib bukan sahaja telah membiarkan perbicaraan di Mahkamah terbuka selama 9 tahun malah telah bersumpah atas nama Allah tidak mengenali Altantuya atau terbabit dengan pembunuhan tersebut.

Apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir sebenarnya sudah beberapa kali dijawab oleh Perdana Menteri dan pihak terbabit, namun Tun Mahthir masih mengulanginya untuk membentuk arus membenci Mohd Najib Razak.

Sebab itu, apa sahaja jawapan sudah tidak memadai kepada Tun Mahathir, keputusan telah Tun buat, Najib mesti berundur!.


Adakah Hanya Kerana Penafian, Bukti Najib Tidak Bersalah? 


Tun Dr Mahathir Mohamad juga menimbukan persoalan dan berkata;, 
"Adakah kerana penafian yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung salahlakunya sebagai Perdana Menteri, maka ianya bermakna Najib tidak bersalah"?.

“Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka (media asing) semuanya tidak boleh diterima, kata konco-konconya.
“Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk Peguam Negara mendakwa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah,”jelasnya menerusi catatan di blog beliau, chedet.cc.

Kata bekas Presiden UMNO itu lagi, disebabkan penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

Tun Mahathir berkata, ia seolah-olah mereka menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukannya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, ini bermakna ia tidak salah.

“Ketua Bahagian UMNO dan wakil rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan wakil rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.
“Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya ‘HRH Prince Saudi Abdul Aziz Al-Saud’ yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma USD375 juta kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut mempersoalkan kenyataan Peguam Negara yang mengatakan RM2.03 bilion dari RM2.6 bilion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulangkan semula kepada penderma. Seperti yang di keluarga oleh Bernama dibawah ini.

Derma RM2.6 bilion memang dari Arab Saudi, kata Adel Al Jubeir

1

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istambul pada Khamis.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lalu, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama dan ini pula Surat RAHSIA Putera Arab Saudi itu Kepada PM Najib.

https://assets.documentcloud.org/documents/2777406/pages/375m-pledge-letter-to-Najib-Razak-from-HRH-p1-normal.gif


Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta (atau RM1.5 Billion) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam”.


Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.


“Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang,” menurut surat itu.

Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia. Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).- KREDIT MALAYSIAKINI.

Tapi Tun masih mempertikaikan mengenai duit "HADIAH" itu.

“Apa bukti ia dipulang balik kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

“Nampaknya kita sedang melihat pertandingan ‘cash’ (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair.

“Tetapi bagi Ketua Bahagian dan wakil rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata,”ujarnya.

Di akhir penulisannya, beliau mengharapkan agar Najib berhenti menafikan dakwaan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri memandangkan rakyat Malaysia dan penduduk dunia sudah tahu.

“Nazir Razak (adik Najib) sendiri mengaku ia diberi USD7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
“Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia,”ujarnya.

Tun Mahathir juga turut menyenaraikan 53 media, akhbar dan televisyen yang melaporkan tentang Najib, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.- Perak Today@KL Posted on

Najib Tidak Tunduk Kepada Tekanan
 

Kenyataan penuh Najib selar bekas pemimpin lama gadai perjuangan

MOHD. ASRON MUSTAPHA  |  13 Ogos 2016 

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya untuk tidak berganjak walau seinci pun daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri biarpun cuba dijatuhkan bekas pemimpin lama negara.

Tegas Perdana Menteri, beliau akan tetap meneruskan tugas yang dipertanggungjawab untuk membangun agama, bangsa dan tanah air tercinta walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan oleh bekas pemimpin lama negara itu.

Menurut Najib, tiada bezanya kepemimpinan beliau dan pemimpin terdahulu kerana kedua-duanya tidak terlepas daripada tohmahan.

Berikut kenyataan penuh Najib yang dimuat naik ke blognya, https://www.najibrazak.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia.


  Rakyat Malaysia yang dikasihi,


 Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat. Saya menceburi bidang politik melalui parti saya di mana perjuangan­nya adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat serta nilai hidup saya.


  Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjua­ngan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti lain yang matlamatnya terang-terangan bertentangan dengan parti yang diperjuangkannya dahulu.


  Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.


Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka, beliau sanggup me­lakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.


  Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, beliau se­ring melontarkan pelbagai tohma­han terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah serta sengaja diperbesar-besarkan.


  Adakah bekas pemimpin tersebut tidak terkecuali daripada tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?


Meskipun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui pro­ses transformasi biarpun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.


  Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya sekarang dengan be­liau. Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu me­nempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya.


  Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepa­njang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.
Sekian sahaja dari saya.


 Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sayu mendengar keluhan Najib itu. Tun M menyerang setiap ketika dan sehingga berada di Katil IJN pun Tun masih menulis dan "MENGHENTAM" Najib dan ini pula tulisan Tun M yang keluar di Malaysiakini pada 4 Apr 2016, 4:34 petang

Kenapa Najib Tak Jawab "SERANGAN Tun Dr Mahathir?


DR-MAHATHIR-02
Add caption
BANGI, 2 April – “Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.”


Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam kiriman terbaru melalui chedet.cc yang bertajuk ‘UMNO dan PRU 14’ yang menyentuh beberapa perkara kontroversi dan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai ‘menyerang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Dalam kiriman itu Dr Mahathir berkata, Najib tidak menjawab banyak tuduhan yang dibuat terhadapnya hingga rakyat membuat ramalan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kalan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara lain, beliau juga menyentuh mengenai dasar pemerintahan Najib yang mengetepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina, hingga menimbulkan kemarahan bangsa Melayu, sedangkan pada PRU-13 Cina menolak BN yang membuktikan mereka juga menolak pentadbiran Najib.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.
“Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula,” tulis Tun Dr Mahathir.

Berikut adalah petikan kiriman beliau:

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Mahathir senaraikan 53 media lapor skandal Najib, 1MDB


   

Tun Dr Mahathir Mohamad kesal rakyat negara ini, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak malu dan sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia. 

Katanya, sejak kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 53 organisasi media antarabangsa yang telah melaporkan isu-isu berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB. 

Ini bagi menguatkan hujahnya bahawa di sebalik bidasan dan cemuhan antarabangsa, pemimpin Umno dan wakil rakyat BN yang telah diberikan dedak, terus menyokong Najib. 

Senarai media berkenaan yang disiarkan di blog beliau adalah seperti berikut: 

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition 
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times 

Jasa Najib kepada Islam 
 
Dr Mahathir juga membidas pendirian luar biasa ketua bahagian dan ahli parlimen Umno yang semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.
Katanya, ia seolah-olah apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana beliau menafikannya, maka ini bermakna individu itu tidak bersalah. 

“Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.
“Ketua bahagian dan wakil rakyat Umno mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka mereka tetap percaya yang Najib tidak bersalah,” katanya. 

Beliau berkata, setakat yang diketahui, tiada negara-negara Islam, yang pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam.

“Setakat yang kita tahu hanya ‘HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud’ yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma AS375 juta dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya,” katanya.


AMUKAMelayu - Bagaimana jika kerajaan bertukar tangan dan Najib didapati TIDAK BERSALAH selepas perbicaraan?