Saturday 15 October 2016

POLITIK DAN NASI LEMAK ANAK DARA


SEDAPnya nasi lemak awak....

Nasi Lemak Anak Dara

KISAH peniaga Nasi Lemak Anak Dara dikenakan saman RM2,000 menjadi viral sehingga ke kedai kopi di Shah Alam.

Pada awalnya tidaklah sehangat mana,melainkan pengemar media sosial memuji kecantikan peniaga Nasi Lemak Anak Dara Siti Hajjar Ahmad seorang anak muda lepasan ijazah yang cekal menjalankan perniagaan.

Lebih viral setelah Menteri Besar Selangor Dato'Seri Azmin Ali mengujungi gerai Nasi Lemak Anak Dara sekali gus menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA kepada Siti Hajjar Ahmad .Pada masa sama beberapa peniaga lain juga turut menerima borang permohonan lesen penjaja yang diserah kepada mereka.

Ramai memuji Azmin yang sanggup mengujungi peniaga kecil di Seksyen 7,Shah Alam untuk mendengar keluhan rakyat.

Persoalannya,peniaga nasi lemak,air,bugger,goreng pisang ditepi jalan yang telah disaman MBSA selama ini,adakah Azmin turun menyerah borang permohonan penjaja?

Adakah runggutan rakyat Selangor yang mahu rumah mampu beli dipedulikan Azmin?.Azmin sebagai kepala kerajaan Selangor sepatutnya tidak mudah menyerahkan publisiti murah dengan kisah Nasi Lemak Anak Dara.

Rakyat Selangor sepatutnya celik mata diatas kegagalan Kerajaan Selangor menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyatnya.

Ketahuilah pemuji Azmin dengan kisah Nasi Lemak Anak Dara,bahawasanya Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah merancang untuk membina 27 projek perumahan mampu milik bagi rakyat Selangor ,namun gagal dilaksanakan kerana ada kekangan.

Dengan 27 projek PR1MA akan wujud 51,000 unit rumah,secara tidak langsung 51,000 keluarga akan mendiaminya,tapi sayangnya hanya tinggal impian dan rakyat terus bermimpin dan bermimpi.

Sepatutnya kerajaan Selangor perbanyakan kediaman seperti rumah PPRT sebagaimana yang dibina kerajaan persekutuan dan dijual kepada rakyat dengan harga RM35,000 walaupun harga sebenar RM165,000.

Rumah Selangorku yang rancak diperkatakan semenjak Azmin terajui kerajaan Selangor yang paling murah RM42,000,paling mahal RM250,000.

Kisah Azmin kunjungi gerai Nasi Lemak Anak Dara satu Opera bagi menghiburkan ratusan ribu rakyat yang terganggu dengan masalah air.

Para peniaga di Selangor khasnya di kawasan Shah Alam,jika di saman MBSA sila viralkan segera dimedia sosial agar Azmin dapat turun bertemu anda.Jangan Marah Azmin...

Kepada Siti Hajjar Ahmad,anda memang anak muda yang cekal....

Nasi Lemak Anak Dara dan tentu SEDAP.

Bukan kali pertama kejadian peniaga-peniaga di Shah Alam disaman kerana berniaga di tempat yang tidak dibenarkan dan juga tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Namun tidak pernah sekali mendengar Menteri Besar Selangor turun padang untuk meninjau permasalahan mereka.

Agak mengejutkan apabila pagi ini, Menteri Besar Selangor, YAB DS Azmin Ali turun padang untuk melihat sendiri peniaga 'come lote', Siti Hajar Ahmad, yang perniagaannya dikenali sebagai 'Nasi Lemak Anak Dara' diiringi pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kisah Siti Hajar viral di media sosial apabila beliau disaman MBSA beberapa hari lalu.

Persoalannya, nasib ramai Makcik-Makcik yang menjual kerepek menyara hidup di Dataran Automobil, Seksyen 15, Shah Alam atau di hadapan Bank Rakyat, Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa tempat lagi yang berniaga di kaki lima, tidak pernah ada siapa perdulikan. Apabila mendengar anak dara cantik disaman MBSA, laju sahaja Menteri Besar turun. Dunia. Dunia.

Ramai netizen melahirkan ketidakpuasan mereka seperti di bawah:



Tobat lillah aih aku x kisah hang tidoq ka x tidoq. Bertimpa aih org hat x tidoq lagi. Kemon. This sort of news are totally bullshit. Banyak lagi inspiring story yg hang bley buat modal.
‘Anak dara’ hanya tidur 4 jam sehari
SHAH ALAM 12 Okt. – Gadis penjual ‘nasi lemak anak dara’, Siti Hajjar Ahmad, 24, hanya tidur empat jam sehari sejak memulakan perniagaannya Ogos lalu.
M.UTUSAN.COM.MY
LikeShow More Reactions
Comment
Comments
Muhd KhairulAnwar Abdul Rahim Igt dh habis dh citer ni...hihi
LikeReply1 hr
Sibghatallah Mujaddidi X habih. Bukan dengki ka apa, cuma tlg bg priority la. Ramai lagi org biasa yg berusaha dgan cara luar biasa kat luar sana.

“Bukan nak pertikai, tetapi bosan dengan cerita tak ada faedah dan tak henti-henti ini,” demikian kata netizen, Hairul Hero, yang menjadi perhatian di media sosial sejak semalam.
Hairul berkata demikian mengulas tindakan media tempatan yang terlalu memberi publisiti kepada gadis penjual nasi lemak di Shah Alam yang viral di media sosial sejak bulan lalu.
“Sebab apa? Sebab dia cantik ke? Keluar paper sekali dua, sudahlah. Ini tidak, dia tolak kerja, masuk paper. Dia grad, masuk paper. Dia buat sambal, masuk paper. Dia buka meja, masuk paper. 
“Eh? Negara aku ini, memang semua otak suka buang masa ke apa? Tak habis dengan paper, berita pun masuk termasuklah radio-radio sampah ini pun.
ahhh-bosan-pulak-aku-dengan-cerita-dia-ini1
Anak Dara
“Kipidap dik, teruskan berniaga seperti biasa. Tak ada apa special pun nasi lemak awak itu. Sama saja seperti makcik-makcik lain,” katanya.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen bersetuju dengan pandangan Hairul. Malah, netizen kecewa dengan sikap berat sebelah pihak yang hanya memberi publisiti kepada gadis itu kerana paras rupa.
“Dunia sekarang hanya kecantikan diutamakan. Pretty people gets better treats. Cubalah kalau perempuan itu hodoh, tak pandai, gemuk, hitam bagai, no one cares. No one,” kata netizen.

Dah 9 Tahun Minta Lesen Tapi Tak Pernah Lulus.

ahhh-bosan-pulak-aku-dengan-cerita-dia-ini2

Walau bagaimanapun, tampil seorang meminta netizen memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hairul. Bukannya mengkritik paras rupa gadis penjual nasi lemak anak dara itu.
“Apa yang lelaki itu (Hairul) cuba sampaikan ialah tentang pihak media yang gemar membuat liputan tentang cerita yang tidak berguna.  Saya percaya, gadis itu sendiri tidak meminta semua publisiti ini.
“Dia langsung tidak memburukkan gadis itu. Dia cuma tidak berpuas hati dengan pihak media yang sudah terpesong,” katanya.
Di kala gerai nasi lemak anak dara mendapat perhatian kebanyakan media, peniaga ini pula menerima nasib yang berbeza di mana gerai mereka dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.
ahhh-bosan-pulak-aku-dengan-cerita-dia-ini4
DONAD Bini Orang
“Baru kena rush dengan MBSA, tong gas dan payung kena angkut. Sembang dengan brader tu, dah 9 tahun minta lesen tetapi tak pernah lulus.

“Kesimpulan yang aku buat, kalau nak dapat lesen, nama kedai kena ada nama Anak Dara. Kisah berniaga mesti viral,” katanya.

Sumber : The Reporter

Dap prihatin! Halau Dan Rampas Barang Peniaga Cuma Ambil Masa Tak Sampai Sejam,Tetapi Permohonan Pasar Tani Lebih 2 Tahun Tak Lulus. @Dzainalabidin 

  in Pulau Pinang  by 
IMG_3031.JPG
Jika kita kata regim Dap rasis dan double standart mereka akan marah.
Kemudian regim ini akan bertindak secara kuku besi keatas peniaga kecil. Kedai dan gerai diroboh. Barangan jualan dirampas malah ada yang merayu hingga terpaksa melutut menyembah mahukan hak mereka dikembalikan.
Tetapi siapa Dap mahu tunduk kepada rintihan dan tangisan rakyat marhain terutamanya peniaga Melayu.
Tak apalah semua amat maklum melayu Pulau Pinang seperti kasta bawahan mana ada kelas dan hak mereka sentiasa dinafikan.
Inisiatif MTPNPP mahu mengelakkan sebarang permasaalahan dan mahu membantu peniaga kecil sekarang dihalang. Hak rakyat untuk mendapatkan barangan murah akibat sabotaj dan tekanan ekonomi oleh peniaga cina yang tamak dinafikan.
Apa yang susah sangat untuk membenarkan tapak pasar tani?Prosedur apa yang perlu dipenuhi?Bukannya memerlukan wang judi lumba kuda atau komisen projek tanah Batu Kawan.
2 tahun permohonan? Hingga sekarang tak diluluskan sedangkan banyak projek perumahan mewah kroni bernilai jutaan ringgit dan PRK1PP(Projek Roboh Kampung 1 Pulau Pinang) seperti Kampung Mutiara disegerakan.
MTNPP tidak berkepentingan untuk meraih ratusan atau billion ringgit seperti Winbond S/B hingga kampung boleh dirobohkan.
Malah pasar tani mengikut perkiraan regim Dap  tidak mendatangkan keuntungan politik Dap maka harus dihalang secara sistematik.

AMUKANMelayu - Mereka sama saja......mereka bermain dengan kata-kata dan menjadi kaya-raya walau hanya sepenggal bergelar YB.......rakyat akan terus menjadi mangsa jika tersalah memilih wakil kita.......