Kartun di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah kartun di Malaysia berlaku sebelum kemerdekaannya. Ia bermula selaras dengan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar dalam tulisan Jawi dan Rumi seperti Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Utusan Kanak-Kanak, Tunas dan sebagainya. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam kartun di tanah air pada masa itu yang diketahui ialah Osman Kangkung, Saidin Yahya. Selepas era kemerdekaan, peranan filem dan pentas bangsawan memainkan peranan dalam sebagai media hiburan. Lawak jenaka pentas bangsawan berunsur "comical scetches". Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati dari para peminat filem-filem Melayu. Komik karya Osman Kangkung pernah disiarkan dalam Utusan Kanak-Kanak pada sekitar pertengahan tahun 1950an yang membawa kisah perjuagan tentera (Pasukan askar Melayu) melawan gerakan pengganas Komunis pada zaman darurat.
Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin bagi kartunis-kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir melalui majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R.Hamzah, Hussain Saad, Kassim (Mojo) dan ramai lagi dari pelbagai lapisan kerjaya. Rejabhad merupakan kartunis dari pasukan askar Melayu, manakala Rossem pula dari Pasukan Polis Hutan.Ada yang sepenuh masa sebagai pelukis.
Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano,Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis berkarya termasuk Mishar, Don, Kerengge, Long (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga ia ditutup.
Majalah BUJAL terbitan Rizalman melalui Raz Studio adalah contoh sebuah majalah kartun yang mendapat tempat di hati kanak-kanak dan pembaca pada tahun 1980an. Kerekter Bujal yang dicipta Rizalman dan Bujil oleh Nasah masih diingati hingga sekarang. Pun begitu, karekter Bambino melalui majalah BAMBINO adalah ikon-ikon pada masa itu. Ikon-ikon lain seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB)akan terus berada di bibir peminat kartun.[perlu rujukan]
ZUNAR Kartunis Profesional,
"KEBANYAKAN kartunis yang ada kini bukannya kartunis. Mereka hanyalah pelukis yang melakarkan idea seperti diarahkan pengarang," begitulah kata Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali dengan nama Zunar, dalam satu wawancara.
Bambino dan reformasi awal
Dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bukit Junun, Gurun, Kedah, Zunar mula melukis kartun sejak di Sekolah Kebangsaan Padang Durian, Pendang lagi.
Karya pertama beliau tersiar seawal 1973 di majalah Bambino ketika beliau masih di Tahun 5.
Sejak itu, beliau terus aktif melukis. Kartunnya turut tersiar di beberapa majalah seperti Anak Kijang dan Pak Adil. Beliau tidak mendapat sebarang bayaran untuk kartun-kartun tersebut, kecuali naskhah percuma majalah yang tertulis "Dengan ingatan tulus ikhlas dari..."
Itu sudah cukup membuatnya gembira dan menunjukkan majalah-majalah tersebut pada orang kampung!
Ketika di sekolah menengah, beliau berhenti melukis untuk seketika kerana sering berpindah sekolah di Sungai Tiang, Pendang dan Jitra. Walaupun begitu, beliau ada beberapa kartun yang dilukis untuk simpanan peribadi dan untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan di sekolah.
Beliau turut melukis untuk majalah sekolah. Kartun satiranya berjudul Tom Tombak, yang dilukis untuk majalah sekolah tahun 1980, menimbulkan kontroversi kerana mengkritik sekolah dan guru-guru. Akibatnya, beliau dihadapkan ke lembaga disiplin sekolah.
Di sekolah, Zunar tidak dibenar menumpukan perhatian pada seni lukis kerana ibu bapanya mahu beliau memasuki bidang sains. Pada mereka, seni lukis tidak menjamin masa hadapan yang cemerlang.
Zunar tidak menyalahkan mereka kerana ketika itu tidak ramai pelukis, terutamanya kartunis, yang dapat cari makan. Beliau sendiri ketika itu tiada arah tuju yang jelas dalam hidup.
Pada tahun 1980, Zunar memasuki Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Gurney, tetapi tersingkir setahun kemudian. Beliau kemudian memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur dengan bekerja di kilang dan tapak binaan.
Pada masa ini, beliau kembali melukis kartun semula. Karyanya tersiar di akhbar Bintang Timur dan majalah Kisah Cinta, dengan bayaran pertama dalam bentuk cek bernilai RM4.00.
Gila-Gila dan Sendawara
Kartun Zunar mula tersiar di majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd. pada keluaran 1 Februari 1980 melalui ruangan Mekar Di GG.
Pada tahun 1982, beliau diterima bekerja sebagai juruteknik makmal dalam perkhidmatan awam.
Dalam pada itu, beliau semakin aktif ekoran kartunnya sering tersiar di Gila-Gila dan juga majalah-majalah lain seperti Gelihati, Kisah Cinta, Panorama, Salina, Bujal, Lagu-lagu Filem & TV serta akhbarBintang Timur. Ketika itu kartunnya tertumpu hanya pada jenaka ringan sahaja.
Di Gila-Gila, kartun beliau dari masa ke semasa mula menarik perhatian pembaca dan juga penerbit kerana ideanya yang sinis. Kelebihan itu membolehkan karya beliau mendapat tempat di Cili Padi(majalah sisipan Gila-Gila) pada setiap keluaran di bawah judul Gebang-gebang. Ia merupakan permulaan bagi kartun-kartunnya yang bersifat politik dan satira.
Di Gila-Gila juga, beliau rapat dengan Allahyarham Rejabhad yang banyak menunjuk ajarnya seni melukis kartun. Zunar menganggap Rejabhad sebagai gurunya.
Dalam masa yang sama, Zunar turut melukis untuk akhbar Harian Nasional dengan karakter yang diberi nama Ali Bisnis. Namun, akhbar itu tidak bertahan lama.
Pada tahun 1986, Zunar berhenti kerja dan menjadi kartunis sepenuh masa. Di Gila-Gila, dia diberi ruangan tambahan untuk kartun Ofis Korner dan Liza.
Kartun-kartun politik beliau di Gila-Gila bermula menerusi ruangan baru ketika itu, Panaurama.
Selepas dua tahun melukis untuk Panaurama, Zunar merasakan ruangan tersebut kurang impaknya memandangkan kebanyakan pembaca Gila-Gila terdiri daripada remaja yang tidak berminat terhadap politik. Beliau kemudian cuba mencari platform yang lebih sesuai untuk kartun-kartun politik, misalnya suratkhabar.
Zunar kemudian melebarkan sayapnya ke Berita Harian dengan strip kartun berjudul Papa. Hanya pada tahun 1990, beliau berpeluang melukis kartun editorial untuk ruangan Sendawara. Pada ketika itulah kartun beliau mengenai tragedi helikopter Nuri menjadi kontroversi.
Pada tahun 1991, Zunar berhenti daripada Gila-Gila untuk bekerja sepenuh masa bersama Berita Harian.Di Berita Harian, selain melukis kartun, beliau turut diberi tugasan grafik yang lain, dan itu tidak menggembirakannya. Beliau meletakkan jawatan enam bulan kemudian, tetapi masih menyumbang kartun untuk Berita Harian.
Pada masa yang sama, beliau telah diminta editor New Straits Times untuk mengisi ruangan kartun yang ditinggalkan Lat. Beliau cuba melakukannya tetapi tidak bertahan lama. Salah satu sebabnya ialah beliau berasa tidak layak untuk menggantikan Lat. Bagi beliau, Lat dan dirinya adalah dua kartunis yang berbeza.
Namun, sebagai seorang yang tidak suka dikongkong apatah lagi dalam berkarya, Zunar cepat merasa bosan. Tambahan jika ada karya beliau yang cuba dibakulsampahkan oleh editor. Bagi beliau, kartunis seharusnya sama taraf dengan editor mahupun penulis, seperti mana yang berlaku di negara-negara Barat!
Selepas empat tahun bersama Berita Harian, Zunar merasakan kartunnya gagal melakukan impak seperti yang beliau mahukan. Beliau gagal mencari formula terbaik untuk karyanya.
Hasil kerjanya turut disiarkan di akhbar The Malay Mail, tetapi hanya bertahan untuk satu jangka pendek. Beliau turut cuba menghantar kartunnya kepada akhbar The Star, tetapi ditolak.
Zunar mula merasakan di Malaysia tidak ada ruang dan masa hadapan bagi kartunis politik yang kritis sepertinya. Beliau meninggalkan Berita Harian pada tahun 1996 dan berhenti melukis. Beliau kemudian melakukan pelbagai kerja freelance seperti ilustrasi, pemasaran, bengkel kartun, pengurusan event dan juga penulisan skrip untuk tv.
Dari Kerana Mata
Karya pertama beliau tersiar seawal 1973 di majalah Bambino ketika beliau masih di Tahun 5.
Sejak itu, beliau terus aktif melukis. Kartunnya turut tersiar di beberapa majalah seperti Anak Kijang dan Pak Adil. Beliau tidak mendapat sebarang bayaran untuk kartun-kartun tersebut, kecuali naskhah percuma majalah yang tertulis "Dengan ingatan tulus ikhlas dari..."
Itu sudah cukup membuatnya gembira dan menunjukkan majalah-majalah tersebut pada orang kampung!
Ketika di sekolah menengah, beliau berhenti melukis untuk seketika kerana sering berpindah sekolah di Sungai Tiang, Pendang dan Jitra. Walaupun begitu, beliau ada beberapa kartun yang dilukis untuk simpanan peribadi dan untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan di sekolah.
Beliau turut melukis untuk majalah sekolah. Kartun satiranya berjudul Tom Tombak, yang dilukis untuk majalah sekolah tahun 1980, menimbulkan kontroversi kerana mengkritik sekolah dan guru-guru. Akibatnya, beliau dihadapkan ke lembaga disiplin sekolah.
Di sekolah, Zunar tidak dibenar menumpukan perhatian pada seni lukis kerana ibu bapanya mahu beliau memasuki bidang sains. Pada mereka, seni lukis tidak menjamin masa hadapan yang cemerlang.
Zunar tidak menyalahkan mereka kerana ketika itu tidak ramai pelukis, terutamanya kartunis, yang dapat cari makan. Beliau sendiri ketika itu tiada arah tuju yang jelas dalam hidup.
Pada tahun 1980, Zunar memasuki Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Gurney, tetapi tersingkir setahun kemudian. Beliau kemudian memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur dengan bekerja di kilang dan tapak binaan.
Pada masa ini, beliau kembali melukis kartun semula. Karyanya tersiar di akhbar Bintang Timur dan majalah Kisah Cinta, dengan bayaran pertama dalam bentuk cek bernilai RM4.00.
Gila-Gila dan Sendawara
Kartun Zunar mula tersiar di majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd. pada keluaran 1 Februari 1980 melalui ruangan Mekar Di GG.
Pada tahun 1982, beliau diterima bekerja sebagai juruteknik makmal dalam perkhidmatan awam.
Dalam pada itu, beliau semakin aktif ekoran kartunnya sering tersiar di Gila-Gila dan juga majalah-majalah lain seperti Gelihati, Kisah Cinta, Panorama, Salina, Bujal, Lagu-lagu Filem & TV serta akhbarBintang Timur. Ketika itu kartunnya tertumpu hanya pada jenaka ringan sahaja.
Di Gila-Gila, kartun beliau dari masa ke semasa mula menarik perhatian pembaca dan juga penerbit kerana ideanya yang sinis. Kelebihan itu membolehkan karya beliau mendapat tempat di Cili Padi(majalah sisipan Gila-Gila) pada setiap keluaran di bawah judul Gebang-gebang. Ia merupakan permulaan bagi kartun-kartunnya yang bersifat politik dan satira.
Di Gila-Gila juga, beliau rapat dengan Allahyarham Rejabhad yang banyak menunjuk ajarnya seni melukis kartun. Zunar menganggap Rejabhad sebagai gurunya.
Dalam masa yang sama, Zunar turut melukis untuk akhbar Harian Nasional dengan karakter yang diberi nama Ali Bisnis. Namun, akhbar itu tidak bertahan lama.
Pada tahun 1986, Zunar berhenti kerja dan menjadi kartunis sepenuh masa. Di Gila-Gila, dia diberi ruangan tambahan untuk kartun Ofis Korner dan Liza.
Kartun-kartun politik beliau di Gila-Gila bermula menerusi ruangan baru ketika itu, Panaurama.
Selepas dua tahun melukis untuk Panaurama, Zunar merasakan ruangan tersebut kurang impaknya memandangkan kebanyakan pembaca Gila-Gila terdiri daripada remaja yang tidak berminat terhadap politik. Beliau kemudian cuba mencari platform yang lebih sesuai untuk kartun-kartun politik, misalnya suratkhabar.
Zunar kemudian melebarkan sayapnya ke Berita Harian dengan strip kartun berjudul Papa. Hanya pada tahun 1990, beliau berpeluang melukis kartun editorial untuk ruangan Sendawara. Pada ketika itulah kartun beliau mengenai tragedi helikopter Nuri menjadi kontroversi.
Pada tahun 1991, Zunar berhenti daripada Gila-Gila untuk bekerja sepenuh masa bersama Berita Harian.Di Berita Harian, selain melukis kartun, beliau turut diberi tugasan grafik yang lain, dan itu tidak menggembirakannya. Beliau meletakkan jawatan enam bulan kemudian, tetapi masih menyumbang kartun untuk Berita Harian.
Pada masa yang sama, beliau telah diminta editor New Straits Times untuk mengisi ruangan kartun yang ditinggalkan Lat. Beliau cuba melakukannya tetapi tidak bertahan lama. Salah satu sebabnya ialah beliau berasa tidak layak untuk menggantikan Lat. Bagi beliau, Lat dan dirinya adalah dua kartunis yang berbeza.
Namun, sebagai seorang yang tidak suka dikongkong apatah lagi dalam berkarya, Zunar cepat merasa bosan. Tambahan jika ada karya beliau yang cuba dibakulsampahkan oleh editor. Bagi beliau, kartunis seharusnya sama taraf dengan editor mahupun penulis, seperti mana yang berlaku di negara-negara Barat!
Selepas empat tahun bersama Berita Harian, Zunar merasakan kartunnya gagal melakukan impak seperti yang beliau mahukan. Beliau gagal mencari formula terbaik untuk karyanya.
Hasil kerjanya turut disiarkan di akhbar The Malay Mail, tetapi hanya bertahan untuk satu jangka pendek. Beliau turut cuba menghantar kartunnya kepada akhbar The Star, tetapi ditolak.
Zunar mula merasakan di Malaysia tidak ada ruang dan masa hadapan bagi kartunis politik yang kritis sepertinya. Beliau meninggalkan Berita Harian pada tahun 1996 dan berhenti melukis. Beliau kemudian melakukan pelbagai kerja freelance seperti ilustrasi, pemasaran, bengkel kartun, pengurusan event dan juga penulisan skrip untuk tv.
Dari Kerana Mata
Selepas dibebaskan, Zunar kembali menghidupkan karier kartunnya, terutama yang menyentuh soal politik. Untuk beberapa lama kartunnya disiarkan di akhbar Harakah. Beliau turut diberi peluang mengendalikan dua muka surat di bawah ruangan Reformasi.
Ketika itu juga beliau sempat menghasilkan beberapa buah buku kartun yang banyak menyentuh mengenai gerakan reformasi yang disertainya, seperti Dari Kerana Mata, Kroni Mania, Lawan Tetap Lawan, Lagak Pak Mahat, Keranamu Hidung dan Malaysia Boleh.
Zunar juga pernah suatu ketika menjadi editor akhbar Suara Keadilan. Beliau juga turut menyumbangkan kartun untuk laman portal Malaysiakini.
Selepas meninggalkan Suara Keadilan, Zunar menubuhkan syarikatnya sendiri, Sepakat Efektif Sdn. Bhd.
Pada tahun 2009, bersama-sama beberapa kartunis seperti Ronasina, Jonos, Naza, Art, Lan, Oly dan Enot, beliau menerbitkan majalah berjudul Gedung Kartun. Tetapi tidak lama selepas di pasaran, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu pejabat Sepakat Efektif dan merampas kira-kira 408 naskhah majalah tersebut.
Rampasan tersebut dikatakan atas alasan tiada permit. Namun dalam masa yang sama, pihak Sepakat Efektif mengatakan mereka telahpun memperolehi permit untuk majalah itu.
Masalah berkaitan permit penerbitan dan tiadanya respons daripada KDN, membawa majalah Gedung Kartun diterbitkan dalam format buku untuk edisi keduanya dengan nama Perak Darul Kartun.
Pada bulan Jun 2010, Perak Darul Kartun dan bukunya yang lain, Isu Dalam Kartun Vol. I, II dan III serta 1Funny Malaysia (koleksi kartun beliau di Malaysiakini) diharamkan KDN dengan alasan tidak sesuai untuk bacaan umum dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.1Funny Malaysia diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini.
Pada 27 Julai 2010, Zunar dan Malaysiakini memfailkan dua saman secara berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan pengharaman buku-buku kartun beliau.
Pada 24 September 2010, Zunar ditahan reman sebelum pelancaran buku terbarunya, Cartoon-O-Phobia.Beliau dibebaskan keesokannya, tetapi sebanyak 66 buku yang baru dihasilkan itu dirampas.
Zunar memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden lain berhubung penangkapannya itu dan rampasan buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010. Pada 31 Julai 2012, Zunar memenangi kes ini.
Zunar seterusnya menerbitkan beberapa buku lagi, antaranya ...Even My Pen Has A Stand!, 1 Moolaysiadan Pirates Of The Carry-BN.
Zunar juga pernah suatu ketika menjadi editor akhbar Suara Keadilan. Beliau juga turut menyumbangkan kartun untuk laman portal Malaysiakini.
Zunar dan buku-bukunya. |
Pada tahun 2009, bersama-sama beberapa kartunis seperti Ronasina, Jonos, Naza, Art, Lan, Oly dan Enot, beliau menerbitkan majalah berjudul Gedung Kartun. Tetapi tidak lama selepas di pasaran, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu pejabat Sepakat Efektif dan merampas kira-kira 408 naskhah majalah tersebut.
Rampasan tersebut dikatakan atas alasan tiada permit. Namun dalam masa yang sama, pihak Sepakat Efektif mengatakan mereka telahpun memperolehi permit untuk majalah itu.
Masalah berkaitan permit penerbitan dan tiadanya respons daripada KDN, membawa majalah Gedung Kartun diterbitkan dalam format buku untuk edisi keduanya dengan nama Perak Darul Kartun.
Pada bulan Jun 2010, Perak Darul Kartun dan bukunya yang lain, Isu Dalam Kartun Vol. I, II dan III serta 1Funny Malaysia (koleksi kartun beliau di Malaysiakini) diharamkan KDN dengan alasan tidak sesuai untuk bacaan umum dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.1Funny Malaysia diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini.
Pada 27 Julai 2010, Zunar dan Malaysiakini memfailkan dua saman secara berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan pengharaman buku-buku kartun beliau.
Pada 24 September 2010, Zunar ditahan reman sebelum pelancaran buku terbarunya, Cartoon-O-Phobia.Beliau dibebaskan keesokannya, tetapi sebanyak 66 buku yang baru dihasilkan itu dirampas.
Zunar memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden lain berhubung penangkapannya itu dan rampasan buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010. Pada 31 Julai 2012, Zunar memenangi kes ini.
Zunar seterusnya menerbitkan beberapa buku lagi, antaranya ...Even My Pen Has A Stand!, 1 Moolaysiadan Pirates Of The Carry-BN.
Mengapa cubit, kalau dah boleh tumbuk?
Idea, bagi Zunar, seringkali sangat kompleks. Ia boleh datang dalam masa yang sekejap ataupun berhari-hari.
Sebagai kartunis profesional, idea mesti dicari, walaupun sangat sukar.
Idea Zunar berdasarkan isu semasa, terutama politik. Bila timbulnya isu, langkah pertama beliau ialah memahami isu tersebut daripada sumber dan perspektif berbeza.
Beliau akan membaca suratkhabar, internet dan sejarah. Jika isu itu melibatkan seseorang yang beliau kenali, beliau akan menelefon terus untuk mendapatkan gambaran dari dalam. Ada kalanya beliau akan ke tempat kejadian untuk mengorek lebih dalam isu tersebut.
Beliau kurang gembira melihat kartunis yang melukis atas arahan orang lain dan menyentuh tentang subjek yang mereka tidak faham, juga semata-mata kerana wang.
Zunar menggesa kartunis-kartunis yang ada supaya menjadi lebih agresif dan berani dalam berkarya.
Sebagai kartunis profesional, idea mesti dicari, walaupun sangat sukar.
Idea Zunar berdasarkan isu semasa, terutama politik. Bila timbulnya isu, langkah pertama beliau ialah memahami isu tersebut daripada sumber dan perspektif berbeza.
Beliau akan membaca suratkhabar, internet dan sejarah. Jika isu itu melibatkan seseorang yang beliau kenali, beliau akan menelefon terus untuk mendapatkan gambaran dari dalam. Ada kalanya beliau akan ke tempat kejadian untuk mengorek lebih dalam isu tersebut.
Beliau kurang gembira melihat kartunis yang melukis atas arahan orang lain dan menyentuh tentang subjek yang mereka tidak faham, juga semata-mata kerana wang.
Zunar menggesa kartunis-kartunis yang ada supaya menjadi lebih agresif dan berani dalam berkarya.
"Sepatutnya semua kartunis boleh berkarya dengan bebas," begitulah harapan Zunar pada dunia kartun di Malaysia.
ANTARA KARYA TERBAIK DAN MENARIK
Ofis Korner
Liza: Cinta Tak Semestinya Bersatu
Papa
Salah satu hasil karya Zunar.
Kasturi,oleh Nik Mahmood Idris (1955) |
PELUKIS KOMIK yang bergiat di antara akhir 50an masih membawa tema dan teknik yang streotaip sehingga kelihatan agak klise. Tidak ada garis baru untuk merubah status-quo tradisi. Tema-tema tradisi terus berulangan.
Pelukis zaman permulaan hingga merapat ke akhir 50an, rata-rata mengamalkan teknik lama, seakan gagal untuk mengimbangi di antara cerita dan gambar. Namun begitu, ada juga yang berjaya membentuk persembahan yang lebih kemas dan menarik. Kelemahan mungkin terjadi akibat kekecilan pengalaman dalam mengikuti arus perkembangan komik dunia. Bahan rujukan yang kurang serta peralatan melukis yang serba ketinggalan merupaka di antara sebab kreativiti pelukis komik Melayu ketika itu kelihatan selayar sahaja.
Komik Kasturi,halaman intro. |
Pelukis dari Kelantan selepas Yusof Idris Kelantan, Othman Kangkong dan K.Bali, muncul pula seorang pelukis baru, Nik Mahmood Idris. Beliau adalah seorang guru lepasan Raffle’s Collage, Singapura yang juga terkenal sebagai penggiat senilukis di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga itu.
Dalam tahun 1955, beliau menghasilkan buku komik yang berjudul Kasturi, terbitan Kedai Buku Abu Bakar Al-Ahmadi, Kota Bharu. Kasturi merupakan sebuah karya yang sederhana dari segi mutu lukisan dan juga penerapan jalan cerita. Namun ia masih boleh di anggap sebagai suatu sumbangan untuk sejarah senilukis komik di Malaysia.
Kasturi sebagai sebuah karya, kelihatan gagal membentuk panel yang teratur (condified). Plot ceritanya agak tak tersusun menurut struktur sebuah komik yang cantik. Bentuk kelemahan sebegini, kelihatan jelas dalam kebanyakan karya pelukis yang baru muncul. Bagaimanapun kelemahan itu relatif sifatnya memandangkan world-view pelukis ketika itu.
Halaman kata pengantar komik Kasturi. |
Pelukis lain yang muncul di pertengahan tahun 50an antaranya ialah Abdul Halim Teh. Anak kelahiran Kampung Raban, Lenggong Perak pada 11 Disember 1933, pertama kali muncul dalam bidang senilukis komik melalui majalah HIBORAN, terbitan Harmy, Singapura. Beliau pernah bertugas di Pustaka Antara,Dewan Bahasa dan Pustaka,Sinaran Brother Sdn.Bhd dan dengan FELDA sebagai pelukis. Karyanya banyak diterbitkan oleh Pustaka Antara (Kuala Lumpur) dan Sinaran Bros (Pulau Pinang). Halim Teh kemudian muncul sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah senilukis komik Melayu di Malaysia. Karyanya mendapat tempat di kalangan peminat dan penggemar komik. Siri terkenalnya ‘Keris Berpuaka’ yang diterbitkan dalam 11 siri oleh Sinaran Bros, di Pulau Pinang menjadikan beliau sangat popular.
Dari Terengganu muncul seorang pelukis komik berbakat, Hashim Awang (kemudian Prof.Madya Hashim Awang,pengkritik sastera yang terkenal). Beliau bermula dengan menghasil komik melalui akhbar Utusan Kanak-Kanak (terbitan Utusan Melayu) dan juga majalah Tunas.
Hashim Awang. |
Tahun-tahun 60an merupakan zaman kegiatan senilukis komik yang paling subur dan meriah. Beberapa penerbitan seperti Pustaka Antara, Sinaran Bros, The Sentosa Store Kuala Pilah, Geliga Limited, Melayu Raya Press dan bebarapa yang lain lagi menunjukkan minat yang tinggi dengan menerbitkan banyak buku komik untuk pasaran. Minat masyarakat terhadap komik pada era ini turut melahirkan ramai bakat baru yang menunjukkan potensi masing-masing. Nama-nama baru yang muncul ketika ini antaranya Alias Kulub, Osman Baru, Meor Shahriman Hassan (Mishar), Sulaiman Awang, Hussein Saad, Lat, Samudera Perwira, Shukor Lin, Rahman Bakree, Solihin Hj.Othman, A.Fauzi Yusof dan Hambia E (sekadar menyebut beberapa nama).
Pelukis lama juga kelihatan masih terus bergiat dengan lebih matang seperti K.Bali,Raja Hamzah, Saidin Yahya, Rosdin, Nas Achnas, Manbina, Zadin dan beberapa lagi. Kegiatan dan ketrampilan pelukis lama menjadi dorongan yang kuat kepada pelukis muda untuk meningkatkan gaya dan persembahan.
Yang Menjadi Klasik
SUMPAH IBU
A. Halim Teh |
Komik hasil karya Abdul Halim Teh, anak kelahiran Kampung Raban, Lenggong Perak pada 11 Disember 1933 ini diterbitkan dalam bentuk War Library oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur tahun 1962 adalah sebahagian daripada karya A.Halim Teh yang agak sukar untuk ditemui buat masa ini.
Komik Sumpah Ibu ini saya temui dalam timbunan buku-buku lama di Pustaka Antara pada tahun 1989 tanpa halaman kulit (cover) dan hampir rosak. Bagi penggemar komik dan peneliti sejarah perkembangan budaya popular ini, saya sisipkan di sini komik yang boleh dianggap klasik dalam kelasnya yang tersendiri. Saya melakukan sedikit teknik pembetulan untuk mendapatkan tone hitam putihnya secara jelas. Karya asalnya sangat lusuh dengan warna kertas yang agak kelam. Bagi pengkaji komik, mungkin karya ini boleh menimbulkan suatu interpretasi baharu untuk melihat jalur pergerakan sejarah komik Melayu Malaysia yang banyak terpendam dalam lipatan zaman.
Antara karya dan pengkarya
Di antara tahun 1954 hingga 1956, Saidin Yahya telah menghasilkan siri komik untuk Majalah Guru dengan judul Puteri Langkawi, yang berupa penceritaan kembali strip komik tentang legenda terkenal, Mahsuri. Seperti biasa Saidin mengolah dan menceriterakan kisah tersebut mengikut gaya milik peribadinya. Di bahagian terakhir siri ini beliau menulis, “Hidup Mesti Amanah”, iaitu suatu bentuk kesimpulan mesej yang ingin disampaikan melalui komik tersebut. Siri Puteri Langkawi kemudian dikumpul dan diterbitkan dalam bentuk buku komik oleh Sinaran Bros pada tahun 1957 dengan judul Mahsuri Puteri Langkawi. Unsur-unsur pendidikan memang jelas terselit dalam setiap karyanya. Bagaimana pun, seperti apa yang dijelaskan dahulu, Saidin Yahya bukanlah seorang propagandis!
Sebagai seorang pelukis, Saidin memiliki kekuatan imaginasi yang sangat asli. Liuk-lenggok stroke, setting dan juga shot lukisannya memiliki ciri-ciri khas peribadi yang memudahkan pembaca mengenali karyanya walaupun tanpa merujuk tanda namanya. Cahaya dan montaj penggambarannya amat jelas dan tepat melalui pengaturan gelap terangnya yang rythmis.
Ketika berkarya, Saidin adalah seniman yang ‘sangat Melayu’, di mana pengolahan tema dan pemakaian watak-watak komiknya membawa nilai kemelayuan yang unggul. Beliau tidak meniru atau menyalin perwatakan daripada komik Barat yang beredar di pasaran ketika itu . Beliau memilih untuk kekal dengan tradisi.
Selain melukis komik, Saidin Yahya juga merupakan seorang ilustrator yang berkaliber. Beliau banyak menghasilkan ilustrasi untuk buku-buku teks sekolah terbitan Sinaran Bros dan beberapa penerbitan yang lain.Hasil ilustrasi karya beliau boleh dianggap setanding dengan ilustrasi yang dihasilkan oleh Abdullah Ariff, seorang pelukis kontemporari dan ilustrator yang tersohor ketika itu. Saidin juga merupakan seorang pelukis semasa yang aktif dan banyak menghasilkan karya dalam bentuk pemandangan (lanskaps) dan juga potret beriringan dengan pelukis dan juga teman rapatnya A.B.Ibrahim
Di tahun-tahun 50an, seorang lagi pelukis yang berbakat muncul dalam arus pergerakan senilukis komik, iaitu Mohd.Salehuddin. Di antara hasil karya komik beliau yang popular ialah siri Pak Long dan Pak Ngah, yang terbit di akhbar Utusan Zaman, siri Atan Dengan Pak Mustafa dan siri komik Si Kumbang yang diterbitkan oleh akhbar Utusan Kanak-Kanak.
Dua siri komik yang terawal itu merupakan siri yang jelas memaparkan ciri-ciri pendidikan melalui geraklaku dan percakapan watak-watak utamanya. Manakala siri komik Si Kumbang sangat popular dan mengangkat nama Mohd.Salehuddin dalam bidang senilukis komik Melayu ketika itu.
Komik Si Kumbang mungkin ada sedikit pengaruh komik Tarzan,karya tulisan Edgar Rice Burroughs yang terkenal itu, namun begitu Si Kumbang bukanlah komik adaptasi. Ia berdiri dalam bentuk,teknik dan gaya Mohd.Salehuddin yang tersendiri.
Si Kumbang merupakan watak seorang pemuda Melayu yang hidup dan berjuang di tengah-tengah hutan yang melibat manusia dengan kehidupan berbagai jenis binatang. Si Kumbang muncul menjadi watak hakim dalam masyarakat binatang. Dia muncul sebagai penyelamat kepada watak lemah yang sering menjadi ‘makanan’ kepada watak kuat.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Mohd.Salehuddin adalah persoalan universal, sebuah satira yang berlaku setiap hari sama ada di zaman moden atau purba yang mencangkupi kehidupan manusia dan juga binatang.
Di samping menghasilkan cerita-cerita bergambar, Mohd Salehuddin juga merupakan seorang pelukis sezaman yang aktif melalui Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Beliau juga adalah seorang penulis fiksyen dan wartawan akhbar yang pernah mendapat asuhan daripada Bapak Kewartawanan Melayu, Abdul Rahim Kajai.
Karya-karyanya yang berbentuk cerpen,novel sains fikyen banyak diterbitkan. Siri komik Si Kumbang juga pernah dijadikan siri novel di sebuah akhbar dengan mengemukakan watak Si Kumbang sebagai manusia yang hidup dalam dunia sains fiksyen penuh fantasi
Seperti bidang lain juga, komik Melayu ikut berkembang menurut peredaran waktu. Lewat tahun-tahun 40an, kita melihat satu gerakan baru muncul dalam urutan sejarah senilukis komik di Malaysia (Malaya). Kemunculan nama-nama baru yang lebih progresif seperrti Saidin Yahya, Jamil Sulong, Abdullah Salehi, A.Ghani, K.Bali, O.S.Arshad, Mohd.Hussin, Yusoff Idris Kelantan dan Nas Achnas (sekadar menyebut beberapa nama) telah membawa satu bentuk yang lebih menyakinkan dalam persembahan komik.
Komik dalam bentuk ‘cerita bergambar’ telah mula diamal dengan baiknya. Kemunculan majalah HIBORAN dalam tahun 1946 telah membuka peluang kepada beberapa orang pelukis untuk menunjukkan bakat dalam bidang komik. Beberapa orang pelukis seperti K.Bali, O.S.Arshad, Mohd.Hussin dan Yusoff Idris Kelantan telah menghasilkan komik yang bersambung-sambung dalam setiap keluaran majalah Hiboran. Manakala Nas Achnas, seorang pelukis yang berasal dari Sumatera Barat, pertama kali menyumbangkan komiknya untuk majalah Hiboran bilangan 26, keluaran Hari Raya 1366 (1947) dengan cerita Coretan Sebulan Pertemporan Republik Indonesia Dengan Belanda. Beliau juga merupakan seorang pelukis ilustrasi kulit buku serta seorang pengarah filem yang aktif.
Pelukis lain yang muncul dengan penuh berbakat ketika itu ialah Jamil Sulong (juga pengarah Filem) yang mula bergiat di sekitar pertengahan tahun 40an, bila mana muncul beberapa buah lukisan komik beliau di majalah-majalah seperti Film Raya, Hiboran, Terang Bulan dan beberapa buah lagi. Di antara komik beliau yang terkenal seperti Harta Lanon, Sang Arjuna, Kelawak Hiboran dan sebagainya.
Siri Kelawak Hiboran yang tersiar di majalah Hiboran adalah sebuah karya Jamil Sulong yang sangat popular ketika itu. Ia merupakan persembahan humor yang memberi hiburan serta tunjuk teladan kepada para pembaca. Mesej yang disampaikan melalui bentuk humor biasanya meninggalkan kesan yang dalam. Jamil Sulong juga seorang penulis fiksyen dan rencana yang aktif ketika itu. Keupayaan beliau menguasai dua bidang kreatif ini telah menjadikan karya komik yang dihasilkannya mengadungi ‘cerita dan gambar’ yang menarik dan berkesan.
Tahap pencapaian senilukis komik yang lebih bermakna berlaku apabila muncul Saidin Yahya, seorang pelukis berbakat daripada Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan salah seorang tokoh terpenting dalam bidang senilukis komik di Malaysia. Kemunculan beliau membawa erti dan makna baru kepada pertumbuhan senilukis komik Melayu moden.
Saidin Yahya adalah seorang pelukis yang memiliki falsafahnya yang tersendiri dalam berkarya. Komik-komik hasil lukisannya berpaut kuat kepada tradisi Melayu yang berasaskan kepada prinsip moral. Secara tidak langsung, karya-karya Saidin Yahya merupakan pancaran di antara unsur-unsur patriotik dan moral; di mana unsur-unsur tersebut berupa suatu cetusan ke arah kebangkitan semangat nasionalisme melalui seni komik
Untuk menyambung perbandingan antara karikatur Wak Ketok dengan hasil-hasil ‘cerita bergambar’ dari pelukis selepasnya, satu hubungan yang tidak hanya sesuatu yang lazimnya tetapi memperlihatkan tanda yang paling menyakinkan dari pendapat yang klise dalam pembikinan komik, iaitu perasaan tanggungjawab untuk ‘mengembangkan’ karikatur corak lama menjadi ‘cerita bergambar’ dan keyakinan bahawa proses ini akan membuktikan sesuatu yang lebih baik, yang mana sebuah karikatur ringan yang diasaskan oleh Ali Sanat boleh menjadi suatu persembahan komik yang berdiri dalam erti kata yang sebenar.
Dalam hubungan ini, kelihatan bahawa Saidin Yahya serta beberapa orang rakan seperti Senu (kemudian Tan Sri Senu Abdul Rahman), A.B.Ibrahim dan C.Mahat telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mewujudkan satu bentuk kebudayaan komik yang boleh dipertanggungjawabkan. Buku-buku komik perlu diterbitkan sebanyak mungkin bagi mengisi kekosongan bahan bacaan bergambar yang amat ketara ketika itu.
Komik-komik Saidin Yahya kebanyakannya membawa tema-tema bercorak tradisi (purbawara) seperti cerita-cerita legenda, mitos, bari dan cerita-cerita yang di petik daripada buku Sejarah Melayu. Cerita-cerita popular seperti Si Tanggang, Raja Bersiong, Mahsuri, Hang Tuah, Badang dan sebagainya banyak dikutip oleh Saidin Yahya untuk dijadikan komik. Unsur-unsur moral dan pendidikan diterap dengan baik dalam setiap petak lukisan komiknya.
Dengan mengamalkan gaya dan teknik lukisan Melayu yang asli, Saidin menghasilkan karya yang tidak kesasar dari nilai hidup masyarakatnya. Lukisan beliau amat jelas dan berkesan dengan penekanan terhadap detail. Kita boleh mengenali identiti Saidin melalui gaya dan gurisan (stroke) yang sangat asli. Tanpa melihat tandanama sekalipun kita sudah tahu bentuk rupa dan gaya lukisan komik Saidin. Walaupun komik-komik karya Saidin Yahya banyak membawa unsur-unsur didaktif atau motif pengajaran yang tebal, namun beliau bukanlah seorang propagandis totok! Beliau memberi satu persembahan komik yang berkesan; campuran di antara kematangan lukisan dan kemantapan cerita.
Saidin Yahya sangat lurus dalam mengamalkan teknik bercerita secara tradisi. Ini amat sesuai dengan tingkat pengalaman sejarah senilukis komik ketika itu. Malah, teknik plot-petak yang lurus merupakan satu struktur yang kukuh diamalkan ketika itu. Sebagai seorang tokoh penting dalam sejarah senilukis komik di Malaysia, Saidin telah menjadi suatu contoh kepada pelukis-pelukis lain dalam memperkembangkan bakat mereka. Pengaruh Saidin Yahya sangat kuat dan dia menjadi ikutan ramai pelukis-pelukis baru
.
Sebuah komik Saidin yang menarik pada hemat saya ialah Hang Tuah, (Sinaran Bros,1954) yang berupa satu mitologi sejarah keagungan Kerajaan Melayu Melaka yang turut ditunjangi oleh keperwiraan para pahlawannya. Bagi satu jangka masa tertentu, kita melihat siri ini seperti sebuah filem yang bergerak di atas kertas.Tulisan Jawi sebagai naratif ceritanya juga cantik seperti mana juga lukisannya.
Hang Tuah, komik karya Saidin mungkin tidak mampu menyaingi tingkat pencapaian siri Hang Tuah, komik karya pelukis Jaafar Taib yang muncul hampir 30 tahun selepasnya. Hang Tuah dari tangan Jaafar Taib muncul ketika senilukis komik Melayu Malaysia berada di tahap kemuncak perkembangannya melalui peralatan dan tenik moden yang muncul sejajar dengan zamannya.
Sebuah lagi karya Saidin yang juga menarik untuk dihayati ialah Badang Beroleh Gagah (Sinaran Bros, 1956) iaitu sebuah kisah yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Komik Badang Beroleh Gagah, seperti mana komik Hang Tuah merupakan cerita yang dipetik dari buku Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang yang terkenal itu. Komik Badang Beroleh Gagah merupakan penonjolan watak supernatural Melayu. Badang ciptaan Saidin mungkin tidak sehebat lukisan komik Amerika yang menonjolkan watak super-hero mereka seperti komik Conan, Hulk dan sebagainya. Namun kekuatan Badang lebih ditonjolkan melalui kekuatan dan keperkasaan yang tercetus secara mistik batin. Watak Badang dan hero komik Amerika sangat berbeza dari segi nilai budaya.
Dalam usaha menulis kembali sejarah awal kegiatan senilukis komik di Malaysia; satu masalah besar yang terpaksa kita hadapi ialah tentang kekurangan bahan-bahan dokumentasi yang berkaitan dengan bidang tersebut.
Kesenian komik yang tumbuh subur semenjak lama dahulu, tidak pernah mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak para penyelidik dan pengkaji bentuk-bentuk kebudayaan di negara kita. Pandangan sempit sesetengah golongan terhadap kepentingan budaya komik dalam pengwujudan citarasa popular cukup melampau. Komik dikatakan mewakili suatu bentuk kehidupan seni yang penuh khayal dan tidak memberi banyak faedah terhadap aliran kemajuan pemikiran manusia. Tetapi golongan itu juga tidak pernah menyedari betapa khayalan yang dicetuskan oleh senilukis komik telah banyak merintis jalan ke arah kemajuan teknologi moden hari ini.
Kerana sikap dan pandangan sempit inilah menyebabkan bahan-bahan sejarah tentang senilukis komik tidak dijaga dan diurus dengan sebaik mungkin. Buku-buku komik yang diterbit pada peringkat awal pertumbuhannya hilang lenyap ditelan zaman. Amat sukar untuk kita melihat atau membaca komik-komik lama pada masa kini kecuali melalui koleksi yang ada dimiliki oleh pelukis-pelukis lama.Itu pun tak banyak, malah sukar pula untuk mencari pelukis lama. Malah,tidak ada satu badan atau kumpulan pun yang sanggup bergerak ke arah mengumpul komik-komik lama bagi memudahkan pihak pengkaji meneliti susur galur pertumbuhannya untuk dijadikan sebagai khazanah sejarah negara.Kecuaian ini menjadi satu tragedi kepada bidang senilukis komik Malaysia!
wak ketok-oleh Ali Sanat (foto ehsan Mohammad Azhar Abdullah) |
Kita juga tidak menemui satu senarai lengkap tentang jumlah sebenar buku-buku komik yang pernah diterbitkan di Malaysia. Begitu juga, kita tidak dapat mengesan tentang jumlah sebenar para pelukis yang pernah melibatkan diri dalam dunia perlukisan komik. Yang ada pada kita hanyalah senarai ‘nama-nama besar’ yang dapat mewakili zamannya. Tanpa bahan-bahan dokumentasi yang lengkap, bagaimana kita mampu memugar misteri yang begitu lama menyelubungi wajah komik dan pelukisnya?
Cara manakah dapat kita mulakan dasar kritikan komik serta kajian-kajian lanjut yang berhubung dengan tahap kemajuannya? Seribu tanda tanya berputar dalam batu jemala kita!
Melupakan sejenak masalah tersebut, kita mungkin mampu untuk merenung kembali kegiatan-kegiatan awal senilukis komik Malaysia secara jalan pintas dengan mengupas beberapa karya dan pelukis yang mewakili zamannya. Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi tapak mula bagi kajian-kajian yang selanjutnya.
Tradisi seni penciptaan komik di Malaysia bermula semenjak tahun-tahun 30an, apabila Mohd. Ali Hj. Sanat muncul dengan karikatur Wak Ketok di akhbar Utusan Zaman. Beliau juga dikenali sebagai Ali Sanat atau A.S dalam penciptaan komik. Beliau adalah pelukis sezaman yang aktif ketika itu. Penglibatannya dalam bidang senilukis komik menjadikan beliau sebagai seorang perintis kepada suatu bentuk kebudayaan baru di Tanah Melayu.
Ali Sanat,pelukis Wak Ketok |
Beliau juga menghasilkan Wak Keledek yang merupakan watak kartun (karikatur) yang muncul sezaman dengan siri kartun Wak Ketok. Kedua-dua siri komik ini menjadi perintis kepada pertumbuhan senilukis komik di negara kita.
Evolusi perkembangan senilukis komik berlaku akibat daripada kemunculan memuncak bidang persuratkhabaran (journalisme) di sekitar tahun-tahun 30an. Kemajuan bidang komunikasi massa ketika itu sedikit sebanyak telah mendorong pengarang-pengarang akhbar untuk memberi suatu bentuk baru dalam corak pemberitaan akhbar. Menimbulkan variasi dalam bidang persuratkhabaran adalah suatu hal yang penting bagi memikat pembaca dan menaikkan edaran akhbar. Dalam konteks ini, para pengarang akhbar melihat bahawa lukisan boleh menjadi alat penting kepada mereka dalam menulis sesuatu ulasan atau isu.
Melalui cara inilah Wak Ketok muncul buat pertamakalinya di tengah gelanggang komik Melayu. Potensi komik sebagai alat journalisme baru cukup nyata apabila beberapa buah akhbar yang lain seperti Warta Jenaka, Lembaga, Warta Ahad, Utusan Melayu, Majlis dan sebagainya lagi telah memberi ruang untuk penampungan lukisan komik. Perlu diingatkan bahawa ruang komik di akhbar ketika itu terlalu kecil dan bentuknya pula bukanlah seperti komik yang kita tatapi hari ini. Ia lebih merupakan komik yang berbentuk karikatur politik yang mengupas setiap isu secara humor. Komik dalam erti maksud yang sebenar ‘yang mempunyai dialog dalam kurungan serta naratif cerita dalam petak’ tidak ada pada ketika itu. Komik dalam rupa karikatur itu biasanya merupakan sisipan untuk sebuah tulisan pojok. Atau lebih tepat,ia merupaka ilustrasi untuk pojok yang ditulis oleh pengarang. Komik ketika itu tidak bersifat seperti apa yang kita lihat dan baca pada hari ini.
Abdul Rahim Kajai,penulis pojok Wak Ketok |
Wak Ketok adalah satu ruangan pojok yang ditulis oleh Abdul Rahim Kajai, seorang tokoh dalam dunia kewartawanan Melayu yang terkenal ketika itu. Ia merupakan satu ruangan yang paling popular di akhbar Utusan Zaman. Kreativiti humor yang dicetuskan melalui ruangan pojok Wak Ketok tidak mungkin berkesan tanpa bantuan Ali Sanat yang menghasilkan karikaturnya. Kombinasi kreativiti Ali Sanat dan pemikiran Kajai telah berjaya menjadikan ruangan pojok Wak Ketok digemari oleh pembaca ketika itu kerana kritikan dan ulasannya sangat tajam dan sinis.
Gejolak peristiwa yang banyak berlaku di sekitar tahun-tahun 30an telah memberi ilham kepada Ali Sanat untuk menghasilkan karya-karya yang berkesan (dilihat dari sudut sezaman), seperti isu-isu Takrif Melayu, agama, iaitu pertembungan pendapat antara Kaum Tua dengan Kaum Muda, sosial, politik dan sebagainya telah menjadikan kritikan yang ingin disampaikan oleh pengarang pojok berjaya dibantu melalui karikatur iringan.
Mengikut Abdul Latiff Abu Bakar, Mohd. Ali Hj. Sanat melukis kartun Wak Ketok berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa semasa yang banyak ditimbulkan di dalam akhbar-akhbar ketika itu. Melalui lukisan yang dihasilkannya itu, Rahim Kajai mendapat ilham untuk menulis sesuatu isu dalam pojoknya. (Lihat, Abdul Rahim Kajai Wartawan dan Sasterawan Melayu, DBP 1984, hal. 72-73).
Lukisan komik karikatur Wak Ketok terlalu mudah dan mutunya tidaklah mampu mencapai tahap yang paling rendah sekalipun, namun begitu ia sesuai dengan perkembangan yang dilalui masa itu. Dalam konteks ini kita tidak melihat kepada ketinggian mutunya, tetapi yang penting adalah gerakannya telah membawa era baru dalam sejarah kebudayaan Melayu.
Pojok Wak Ketok |
di antara pojok Wak Ketok karya Ali Sanat.Gambar ehsan Muhammad Azhar Abdullah |
Kemunculan satu bidang baru yang menuntut potensi daya kreatif dari para penggiatnya telah memberi kesan yang kukuh kepada bidang journalisme. Pengertian baru mula dikesani oleh para pembaca bila mana Wak Ketok banyak menonjolkan ungkapan-ungkapan politik dan sosial yang mengandungi unsur-unsur nasionalisme. Ini merupakan satu komitmen baru dalam bentuk budaya persuratkhabaran Melayu.
Pojok Wak Ketok |
Penekanan komik dalam bentuk karikatur adalah disebabkan cara begini lebih mudah dan mantap dalam memberi satu persembahan kritikal melalui tusukan jarum humornya. Masalah kekurangan ruang juga menjadikan sebab-sebab komik berbentuk karikatur lebih cenderung diamalkan ketika itu. Karikatur tidak memerlukan ruang yang banyak. Ini berbeza dengan komik ‘cerita bergambar’, di mana ruang yang lebih luas diperlukan bagi memantap plot penceritaannya. Naratif dan dialog karikatur Wak Ketok adalah bersandar kepada tulisan pojoknya. Ini disebabkan ciri-ciri karikatur pada umumnya tidak mempunyai dialog yang khusus. Ia juga tidak mempunyai plot dan susun-lapis perkembangan cerita yang ‘bergerak’. Bentuk persembahannya kelihatan kaku tetapi amat tajam kritikannya.
Wak Ketok dihasilkan berasaskan pada pertimbangan-pertimbangan intelektual yang lahir daripada kekuatan kreativiti dua orang pendukungnya. Penterjemahan setiap isu secara simbolis melalui watak kartun dapat mengelak dari menyentuh secara langsung individu atau kumpulan yang menjadi sasaran kritikannya. Manakala tulisan pojoknya pula menggambarkan pula satu bentuk ulasan yang ‘terus terang’ dari sudut pandangan Kajai. Pendekatan seperti ini menjadi lebih relevan dalam bentuk kewartawanan semasa. Malah aliran seperti ini menjadi satu falsafah tradisional dalam cerita-cerita penglipurlara.
Penemuan bidang baru ini juga mewujudkan satu suara yang individualistik dan berupaya menjadi kritis terhadap masa lepas. Perspektif seperti ini tidak pernah wujud dalam bidang journalisme sebelum itu. Dalam hubungan ini, Ali Sanat telah merintis satu tradisi; di mana akhirnya ia berdiri kukuh di tengah-tengah gelora kebudayaan popular mutakhir Malaysia.
Fantasi, November 1985, hal. 23,24
Bidang komik telah memberi satu pengertian baru kepada perkembangan politik dan sosial sesuatu masyarakat. Ia juga mencerminkan dengan jelas sikap, selera dan tabiat masyarakat ramai. Oleh itu setiap persembahan komik perlu diawasi agar tidak menyentuh mana-mana pihak secara terang-terangan.
Di Amerika Syarikat, pada suatu masa ruangan komik Little Orphan Annie pernah ditarik kerana ia mengecam rancangan Presiden F.D.Roosevelt dan begitu juga komik Pogo sering juga ditarik penerbitannya dalam tahun 50an daripada akhbar-akhbar kawasan Selatan Amerika kerana menyindir sistem pelajaran yang membeza-bezakan warna kulit. (Lihat,The Comics As Culture dalam Journal of Popular Culture, Jilid 12,Bil.5, September 1979 oleh M.Thomas Inge).
Di Malaysia,aliran komik yang mengkritik serta mengecam tidak banyak berlaku.Namun dalam kecamuk politik mutakhir,beberapa kartunis dilihat lebih berani membuat pentafsiran politik dengan menggunakan kartun untuk mengkritik pemimpin.Hal ini saya akan perkatakan kemudian.
Ada juga terdapatbeberapa penerbit daripada luar Malaysia,umpamanya telah mengedar komik-komik yang didapati bercanggah dengan akidah Islam.Pada tahun 1985,Jabatan Perdana Menteri melalui Pusat Islam telah mengesan sepuluh buah buku komik yang menonjolkan cerita tentang nabi-nabi; dengan menggambarkan perwajahan nabi-nabi. Komik tersebut terang-terang melanggar akidah Islam yang melarang melukis atau menggambarkan wajah nabi. (Lihat,Berita Minggu,9 Jun 1985,hal.17)
Begitu juga terdapat komik-komik berbahasa Cina yang diterbitkan di luar negara cuba menyebarkan dakyah komunis melalui bentuk seni yang mempunyai bilangan pembaca yang tidak terhad,(lihat,Berita Harian,5 November 1984,hal.1). Keadaan seperti ini ini mesti diawasi agar komik tidak dijadikan alat untuk memperkembangkan fahaman politik anarkis yang menolak kewujudan Tuhan. Mengeksploitasikan bidang komik untuk sesuatu tujuan tidaklah bersalahan tetapi kalau sesuatu tujuan itu nyata dan terang-terangan melanggar etika, maka ia perlu dicegah.
Tiap-tiap ruangan komik atau kartun dalam akhbar harian masing-masing menyokong salah satu daripada nilai-nilai yang dipersetujui bersama dalam setiap masyarakat. Blondie, karya Chic Young dan Li’ Abner menyokong nilai bahawa keluarga adalah unit asas dalam masyarakat. Di Norway, siri kartun Blondie telah berjaya membantu jualan marjerin. Siri komik Judge Parker dan Rex Morgan pula menyokong idea bahawa harus ada ketertiban dan keadilan dalam melakukan berbagai profesion. Manakala siri Peanuts dan The Wizard of Id pula mengandungi sindiran humor yang pada waktu sama menjadi kayu ukur pada penyelewengan yang dipaparkannya.
Di Malaysia, siri kartun Din Teksi, umpamanya membawa mesej dan kesimpulan kepada bentuk kehidupan keluarga bahagia serta ragam corak kehidupan masyarakat kota.Kartunis Nan, sebagai pelukisnya sering melihat keharmonian hidup masyarakat majmuk melalui imaginasi humor seorang pemandu teksi separuh usia yang berurusan dengan pelbagai tingkahlaku msayarakat kota dalam semua peringkat.
Lat, melalui siri Si Mamat mengeksploitasi watak kanak-kanak melalui kenakalannya bagi mencetuskan kritikan secara tidak langsung terhadap kehidupan sosial masyarakat Malaysia. Fatah, melalui siri A.Mamud dan Malaysia Permai mengungkap jiwa masyarakat kampung di sekitar tahun-tahun 60an secara nostalgik. Jaafar Taib dengan siri Hang Tuah secara langsung mengangkat nilai-nilai keberanian orang Melayu dan pengaruhnya terhadap politik Asia Nusantara. Raja Hamzah, Saidin Yahya, Halim Teh dan sebagainya lagi sering mengambil intipati nasionalisme sebagai bahan untuk menghasilkan komik. Nilai-nilai yang dipersetujui oleh masyarakat merupakan tema yang sering diungkap oleh pelukis komik di seluuruh dunia.
Komik telah mempengaruhi banyak bidang kehidupan. Di Perancis, pelukis Pablo Picasso banyak mengilhami karya-karyanya daripada lukisan-lukisan komik lelucon daripada Amerika yang dikirim oleh sahabatnya, Gertude Stein. Karyanya dengan judul, The Dream and the Lie of Franco (1937) banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur lukisan komik. Begitu juga, bila George Herriman menyebarkan contoh-contoh daripada Krazy Kat, hasil karyanya ke Perancis, maka dengan segera ia dianggap sebagai contoh-contoh senilukis Dada yang terawal. Beberapa orang tokoh senilukis moden, termasuk George B.Luks dan Lyonel Feininger memulakan karier mereka dengan melukis komik. Komik dijadi asas pertama mereka dalam mengenali bentuk-bentuk senilukis moden yang lebih profesional sifatnya. Di Malaysia aliran seperti pernah dimulakan Latiff Mohidin,yang pernah melukis komik dan kartun dengan menggunakan nama Alma. Selain itu, Jaafar Taib dan Azman Yusof juga turut merintis aliran ini sebelum menjadi pelukis tersohor.
Gerakan senilukis Pop pada tahun-tahun 60an telah memperlihatkan penggunaan secara besar-besaran bentuk, simbol dan stail lukisan komik untuk tujuan estetis. Beberapa orang pelukis sezaman seperti Andy Warhol, Roy Lichtenstein, Mel Ramos, Claes Oldenburg dan Ray Yoshida banyak menggunakan ikonografi senilukis komik sebagai idiom dalam menyampaikan tanggapan sezaman. Imageri komik boleh terdapat di mana-mana sahaja. Baju yang bercorak seperti pakaian watak komik Superman menjadi pakaian yang amat popular sekali di kalangan kanak-kanak dan orang muda.Replika watak-watak komik dijadikan barang dagangan yang menghasilkan keuntungan yang luar biasa.Berbagai fesyen bermula daripada rambut, pakaian dan aksesori juga banyak terhasil daripada idea dan cetusan komik!
Bidang perfileman hari ini dilihat cenderung mengadaptasi buku-buku komik untuk diterjemahkan ke layar perak. Selain dari segi nilai sosiologi dan kepentingannya dari sudut kebudayaan, komik juga penting dari segi sifatnya sendiri sebagai satu jenis pernyataan seni tanpa mengambil kira hubungannya dengan lain-lain kesenian. Ia merupakan satu bidang yang paling sukar untuk diperkatakan kerana kita tidak mempunyai istilah-istilah kritikan yang cukup untuk tujuan itu. Malah kita belum mampu untuk mentafsirkan prinsip-prinsip struktur dan stailistik yang terdapat di sebalik senilukis komik. Untuk itu, kita terpaksa menggunakan istilah-istilah yang dipinjam daripada seni pernyataan kreatif yang lain.
Kita boleh mengupas dan mengulas komik sebagai satu jenis komunikasi dan bagaimana ia boleh digunakan untuk propaganda, pengiklanan, penyebaran maklumat atau sebagai alat pendidikan. Bidang komik juga barangkali boleh dikatakan sebagai mempunyai hubungkait antara tamadun dan budaya dunia. Sebagai contoh, kemajuan bidang penerokaan ke angkasa lepas merupakan ‘khayalan’ yang pernah dicetuskan oleh pelukis-pelukis komik. Dengan kata lain, para pelukis komik merupakan orang pertama mengeluarkan idea dalam bidang aero-angkasa. Berpuluh-puluh tahun sebelum kapal angkasa dicipta, bidang komik sebenarnya telah terlebih dulu telah berjaya meneroka dan menawan angkasa. Begitu juga dengan kejayaan sistem komputer dan segala macam gajet mutakhir sebenarnya telah lama dicetuskan melalui imaginasi karya komik.Pengunaan senjata laser dan kehebatan jentera angkasa sebenarnya telah lama digunakan dalam peperangan angkasa di dalam buku-buku komik.Barangkali tidak ada bidang lain dalam arena kebudayaan dan teknologi yang dapat menyaingi komik dari segi potensi daya kreatif dan peluang menggunakan imaginasi serta mencetuskan inovasi yang menakjubkan!
Kita juga boleh memperkatakan komik sebagai senilukis grafik. Perkara yang menarik perhatian kita mungkin pada aspek visualnya. Seorang pelukis komik terpaksa menghadapi dan menyelesaikan masalah hubungan ruang, keseimbangan bentuk dan hampir semua pergerakan artistik dalam usaha menghasilkan sebuah karya yang kemas dan kukuh. Senilukis komik telah mencerminkan satu stail baru dan melahirkan satu aliran seni bagi perkembangan senilukis pop.
Kita juga dapat mengatakan bahawa komik sangat mirip dengan persembahan drama kerana kedua-duanya bergantung pada kovensi drama seperti watak, dialog,geraklaku, singkatan masa dan keperluan-keperluan pementasan yang lain. Mengikut M.Thomas Inge, komik lebih mirip dengan filem. Will Eisner, yang terkenal kerana inovasi yang dilakukan kepada senilukis komik pernah berkata, “Komik ialah filem di atas kertas”. Komik karya Eisner yang terkenal, The Spirit sentiasa memperlihatkan penggunaan sudut kamera, cahaya, frame, mood yang baik dan ciri-ciri terperinci sebuah filem.Melihat komik-komik karya Eisner sepertilah kita sedang menonton sebuah filem yang kaku tetapi bergerak lancar dalam satu petak ke satu petak.
William Friedkin, penerbit filem The French Connection dan The Exorcist mengakui secara jujur bahawa The Spirit, komik karya Will Eisner banyak mempengaruhi filem-filem keluarannya. Malah ramai pengaranh-pengarah filem menggunakan The Spirit sebagai bahan bantu dalam mencari teknik-teknik dan sudut kamera untuk filem-filem arahan mereka. Di antara pengarah-pengarah filem yang banyak mengeksploit persembahan komik untuk kerja-kerja filem mereka ialah Frederico Fellini, Orso Welles, Alain Resnais dan George Lucas. Banyak teknik-teknik yang menjadi amalan biasa hari ini telah dirintis dan digunakan dalam komik. Montaj, sudut kamera, panning, kamera dekat, potongan, Framing dan lain-lain lagi adalah teknik-teknik yang menjadi basahan dalam komik.
Oleh kerana komik amat digemari di kalangan pembaca, secara beransur-ansur ia menegakkan kedudukannya di kalangan media komunikasi sezaman. Sesekali ia dipuji keterlaluan, dan kerapkali juga ia dikritik dengan cara yang tidak adil. Kini ia hanya perlu menyakinkan pengkritik terakhir, seperti mana kata Michel Pierre, yang mengharapkan agar komik dapat memenangi perjuangan pelukisnya ke tahap yang paling berharga di tengah tamadun dan budaya terakhir.
Pada mereka yang enggan menerima senilukis komik sebagai satu bentuk ekspresi yang penting, mereka harus diingatkan bahawa penemuan-penemuan ciptaan sains pada awalnya mendapat kutukan dan tentangan yang hebat daripada pelbagai pihak,tetapi akhirnya bahan-bahan yang ditemui itu akhirnya nyata telah membawa faedah yang besar terhadap kemajuan dunia. Apakah bidang komik yang perlu menyakinkan pengkritik terakhir dan terus memenangi perjuangan wira terakhir dengan penghormatan yang serupa?
Fantasi,Oktober 1985, hal. 23,24
Tintin et L’lle Noire,karya pelukis Belgium, Herge |
Michel Pierre,editor majalah La Bande Dessinne (Cerita Gambar Kartun) daripada Perancis mengatakan bahawa Jeneral De Gaulle pernah mengucapkan kepada Andre Malraux “Anda tahu,secara umumnya hanya Tintin sahaja merupakan pesaing saya di peringkat antarabangsa”.
Pengakuan secara berjenaka oleh bekas Presiden Perancis itu dapatlah digambarkan bahawa tarikan sejagat watak komik, Tintin et L’lle Noire yang dicipta dalam tahun 1929 oleh seorang pelukis Belgium yang bernama Herge telah meninggalkan suatu kesan dan pengaruh yang hebat terhadap kehidupan harian Jeneral De Gaulle. Keadaan ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa budaya komik merupakan suatu bidang yang berupaya meninggalkan kesan dan pengaruhnya yang tersendiri terhadap tamadun dan budaya sejagat.
Tidak dinafikan bahawa hari ini lukisan komik atau kartun terus menghibur dan mengkagumkan berjuta pembaca dan peminat di seluruh dunia. Sebagai hasil zaman komunikasi massa, ia mempunyai persamaan dengan wira yang muncul dalam cerita-cerita sastera rakyat dan wira daripada cerita-cerita advancer. Ia berkomunikasi dengan pembaca melalui gambar dan kata-kata yang penuh dramatik daripada watak wiranya yang tak pernah kenal takut menghadapi halangan dan tentangan!
Dengan pentakrifannya sebagai satu bentuk penceritaan secara terbuka yang dramatis berkenaan dengan segolongan watak yang berulangkali muncul dan dipaparkan dalam bentuk lukisan, yang seringkali memuat dialog dalam kurungan serta naratif cerita – komik akhirnya menjadi satu jenis kebudayaan popular yang tidak terhad golongan pembacanya. Ia merupakan satu bidang yang perlu dalam kerja-kerja journalisme melalui kolum editorial cartoonis yang sering mengulas sesuatu berita atau isu secara mudah, sinis, santai dan menghiburkan melalui sudut pandangan humor pelukisnya.
Untuk meneliti dan melihat sejarah perkembangan komik,kita perlu mengenang kembali kepada bentuk dan kehidupan manusia pra-sejarah semenjak di zaman batu lagi.Daripada zaman primitif itulah wujudnya tradisi ‘menggambar’ cerita seperti apa yang dapat kita kenali sebagai bentuk lukisan komik hari ini.
Budaya menggambar ini muncul semenjak manusia menjadi penghuni gua, di mana kecenderungan seperti itu menjadi alat bagi manusia zaman purba menyatakan perasaannya terhadap alam persekitaran melalui bentuk-bentuk gambar yang dilukis pada dinding-dinding gua. Dengan menggunakan medium arang dan batu-batu kapur, mereka menggambarkan setiap kesan pengalaman dalam bentuk sketsa binatang, alam semulajadi (flora dan fauna) dan juga bentuk-bentuk lukisan bercerita yang mengandungi makna dan falsafah yang tersendiri. Dapatlah dikatakan bahawa lakaran-lakaran cerita itu membawa pengertian terhadap survival yang dihadapi oleh manusia ketika itu.
Di Malaysia, kesan tradisi itu dapat dilihat di Gua Lukisan, lebih kurang 300 meter daripada Pekan Tambun, Ipoh, Perak. Lukisan-lukisan purba yang terdapat di dinding gua tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa keinginan ‘bercerita’ melalui bentuk gambar telah bermula semenjak purbakala lagi!
Walaupun struktur cerita yang digambarkan itu tidak lengkap dan sempurna, namun kesan-kesan imaginatif dan kreativiti seniman purbawi itu tidak boleh dinafikan. Ide keperwiraan yang dicetuskan oleh lukisan purba itu sangat menarik, di mana ia mengungkap falsafah ‘yang kuat menjadi raja dan yang lemah menjadi hamba’. Hal ini mempunyai persamaan dengan tema-tema yang dibawa oleh para pelukis komik mutakhir.
Gambaran musuh bagi manusia zaman purba bukanlah datang daripada manusia itu sendiri,tetapi daripada binatang ganas dan juga iklim alamiah. Simbol seorang lelaki menjulang binatang ganas yang terdapat di dinding gua tersebut membuktikan segalanya.
Perkembangan komik moden hari ini membawa mesej permusuhan di antara manusia sesama manusia dan ini menjadi suatu pertentangan tema dengan lukisan-lukisan purba, sehingga mewujudkan satu suasana kekejaman yang tak putus-putus.
Tradisi menggambar ini berlanjutan dan berkembang terus selaras dengan tranformasi tamadun manusia itu sendiri. Daripada hasil-hasil penemuan baharu, bidang ini akhirnya berkembang dalam bentuk dan persembahan yang lebih kemas dan kreatif.
Lukisan komik dalam bentuk bersiri yang dihasilkan menerusi petak-petak kecil sebenarnya mempunyai tradisi yang kukuh di kawasan Asia. Perkembangan ini ternyata jelas sekali di kalangan penganut agama Hindu dan Buddha, di mana mereka sering menggambarkan mitos agama dalam bentuk lukisan bersiri di atas helaian kain. Ukiran-ukiran pada tembok berhala yang menggambarkan sejarah perkembangan agama tersebut dapat dilihat pada candi-candi Angkor Wat, di Kampuchea serta Borobodor dan Prambanan, di Jawa.
Teknik persembahan komik dalam bentuk moden seperti yang ada sekarang telah bermula di Amerika Syarikat, iaitu di akhir abad ke-19. Penggunaan teknik yang lebih sofistikated telah membolehkan sesorang pelukis mempersepadukan di antara teks dan gambar. Melalui teknik yang lebih terbuka pelbagai watak mampu ‘bercakap’ dan menghidupkan cerita tanpa ada batasan ruang.
Perkembangan struktur cerita dan lukisan serta gaya persembahan grafik merupakan campuran di antara kemajuan teknologi moden dengan gaya kreatif manusia itu sendiri. Tradisi yang bermula di dinding-dinding gua zaman Peradaban Neolithic telah bertukar ke atas kertas melalui zaman media cetak. Ia berkembang hasil zaman komunikasi massa yang memerlukan komik dan kartun sebagai alat journalisme yang menonjolkan ungkapan-ungkapan politik dan budaya sesuatu masyarakat.
Komik juga merupakan sintesis tulisan dan lukisan yang jenisnya amat berbagai, dan ia berada di sempadan antara kesusasteran dan visual filem. Teks dan gambarannya saling bertindih dan ia menimbulkan pula suatu bentuk seni yang boleh menarik minat generasi muda terhadapnya.
Kita dapat melihat bahawa lukisan komik berkembang kerana terdapatnya alat percetakan serta kaedah edaran moden, namun ia sebenarnya berasal daripada tradisi lama. Di Benua Eropah,asal-usulnya boleh dikesan daripada gambaran d’Epinal di negara Perancis dan cerita bergambar seorang bangsa Switzerland, Rodolphe Topffer (1799-1846) serta daripada lukisan bergambar seorang bangsa German, Wilhelm Busch (1832-1908).
Di negara Jepun, sejarah komik meraka bermula pada abad ke-9, iaitu melalui lukisan Choju-Guica Emakimono (Cerita-cerita Pada Kertas Bergulung). Ia merupakan campuran di antara lukisan komik dengan laporan berita perang,legenda, falsafah dan kejadian-kejadian harian.
Di negara China pula, komik mula berkembang semenjak Zaman China Purba lagi. Lukisan-lukisan dalam bentuk yang mirip kepada komik telah muncul dalam buku Liau hua jua (Buku Kecil Bergambar). Pada tahun-tahun 20-an dan seterusnya, buku-buku bergambar ini semakin pesat berkembang dan selepas tahun 1939, kebanyakan buku-buku bergambar itu muncul dalam bentuk laporan tentang aspek-aspek negeri China sezaman. Ia juga dicampurkan dengan lukisan komik dengan teknik yang kuno.
Di Malaysia, komik mula berkembang pesat dalam bentuk moden di sekitar tahun-tahun 30-an, di mana ia mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan bidang persuratkhabaran yang mula memasuki era kebangkitan nasionalisme.
Peranan akhbar dan majalah di sekitar tahun 30-an amat besar terhadap perkembangan komik serta para pelukisnya. Antara akhbar dan majalah yang banyak membantu perkembangan komik,kartun dan karikatur adalah seperti Warta Jenaka, Lembaga, Utusan Melayu, Majlis, Utusan Kanak-Kanak dan beberapa lagi. Para pelukis yang bergiat ketika itu di antara, Abdullah Ariff, Saidin Yahya, Yusoff Sharif, Othman Kangkong, Hashim Awang, Ali Sanat dan A.B.Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama).
akhbar Utusan Kanak-Kanak wadah pelukis komik 50an |
Aliran memudahkan persembahan komik dalam bentuk apa yang kita lihat hari ini bermula di Eropah. Beberapa orang pelukis di sana telah melahirkan bentuk komik yang khusus dengan mempelopori satu aliran yang akhirnya menjadi ikutan kepada para pelukis di seluruh dunia. Aliran ini bermula di Belgium; ia menghasilkan cerita dengan plotnya dijalin dengan baik. kemas dan tidak meleret-leret serta teknik lukisannya yang kelihatan mudah tapi menarik.
Pelukis daripada Amerika Latin juga telah memperkembangkan gaya yang asli, terutamanya pelukis daripada Argentina, di mana terdapat pelukis-pelukis seperti Quino (pelukis siri komik, Mafalda – 1964), Oski, Mordillo, Monoz dan Sampayo, di mana mereka semua telah menerbitkan komik-komik yang bermutu serta kemudiannya menjadi ikutan kepada pelukis-pelukis Amerika Syarikat.
Corto Maltese-The Ethiopic,karya Hugo Pratt |
Setiap watak yang terdapat pada cerita-cerita komik atau kartun biasanya dicipta bagi budaya yang khusus dan dibentuk bagi pembaca yang tertentu serta mempunyai kepentingan yang tersendiri mengikut konteks lain. Misalnya siri komik Corto Maltese, The Ethiopics yang dilukis oleh Hugo Pratt untuk majalah-majalah Italy dan Perancis telah disesuaikan pula oleh para pejuang pembebasan Angola. Mereka melihat dan membaca pemikiran watak sayap kiri yang digambarkan oleh Hugo Pratt dalam komik Corto Maltese sebagai membayangkan perjuangan dan tumpuan mereka dalam usaha membebaskan Angola daripada tangan penjajah! Begitulah kuatnya pengaruh komik terhadap tamadun manusia,sejaran dan kebudayaan sejagat.
komik, Nasdine Hodja |
Komik juga boleh menghasilkan alat komunikasi antara tamadun dengan budaya.Hal ini terjadi apabila Nasrudin Hodja,wira lagenda dalam cerita-cerita humor Islam telah menjadi wira dalam komik Perancis yang diterbitkan oleh majalah mingguan kanak-kanak, Vaillant dalam tahun 1955. Siri komik tersebut dikenali dengan nama Nasdine Hodja, dilukis oleh dua orang pelukis, P.Leguen dan R.Lecureux banyak memaparkan corak kebudayaan Arab yang jauh bertentangan dengan corak kebudayaan bangsa Perancis.Namun sebagai suatu penghasilan seni, bidang komik dapat menghindari masalah perbezaan budaya melalui caranya yang tersendiri.
Fantasi,Sept.1985,hal: 5,37,38
Pengalaman bekerja hampir dua puluh tahun dalam bidang penerbitan komik,dan meminati komik semenjak asas hidup masa kecil,setidaknya telah membuka suatu pandangan baru terhadap budaya kecil yang tidak banyak diperkatakan tentang sejarahnya.
Komik merupakan cambahan akar daripada seni melukis,seni bercerita orang Melayu yang dipaut daripada tradisi lisan menjadi cetera di atas kertas.Ia bercerita dengan kata dan lukisan.Komik menunjukkan bingkai pengalaman dan pemikiran melalui wacana seni dan kadangkala pemikirannya melampaui zaman.
Pemikiran yang tercerna daripada komik banyak menimbulkan idea baru terhadap perkembangan teknologi dunia (hal ini akan diperkatakan kemudian).