Friday, 17 February 2017

PEMBUNUHAN Kim Jong Un Di klia2, APADAH JADI DENGAN AGENSI PERISIKAN KITA?



kim-jong-nam

Abang sebapa pemimpin Korea Utara dibunuh di Malaysia

 | February 14, 2017
TV Chosun melaporkan Kim diracun di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh 2 wanita dipercayai ejen Korea Utara.


SEOUL: Abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dibunuh di Malaysia, menurut sumber kerajaan Korea Selatan kepada Reuters hari ini.

Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin agung Korea Utara itu, memang dikenali sentiasa berada di luar negara.

Media Korea Selatan, TV Chosun, memetik pelbagai sumber kerajaan Korea Selatan melaporkan Kim diracun di lapangan terbang Kuala Lumpur oleh 2 perempuan dipercayai ejen Korea Utara, yang masih bebas.

Sumber kerajaan Korea Selatan yang bercakap kepada Reuters belum memberikan maklumat lanjut.

Kementerian luar negeri Korea Selatan tidak dapat mengesahkan laporan tersebut, manakala agensi perisikan pula belum dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Ketua polis yang bertanggungjawab untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali memberitahu Reuters seorang lelaki Korea sekitar umur 40-an ditemui dalam keadaan sakit di lapangan terbang itu semalam.

Pihak berkuasa lapangan terbang segara membawanya ke hospital tetapi beliau mati dalam perjalanan, katanya.

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat lain mengenai lelaki Korea ini. Kami tak tahu identitinya,” kata Abdul.

Seorang kakitangan di wad kecemasan di hospital Putrajaya berkata mereka ada mayat seorang warga Korea yang dilahirkan pada 1970 dan memiliki nama keluarga Kim.

Kim Jong-nam pernah dilihat akan mengambil alih pemerintahan Korea Utara tetapi mengundang kemarahan bapanya, Kim Jong-il, apabila beliau ditangkap cuba memasuki Jepun menggunakan pasport palsu pada 2001 kerana mahu melawat Disneyland.

Sejak itu beliau hidup dalam buangan, terutamanya di wilayah China, Macau.

Kim Jong-un mengambil alih pemerintahan Korea Utara apabila bapa mereka mati pada Disember 2011.

Kim Jong-nam, dikenali sebagai seorang reformis, pernah memberitahu akhbar Jepun bahawa beliau membantah peralihan kuasa dinasti di negaranya.

Sekiranya disahkan, kes Kim akan menjadi kematian paling berprofil tinggi di bawah rejim Kim Jong-un sejak bapa saudaranya Jang Song-Thaek dihukum mati pada Disember 2013.

Foto Tok Aki Aji.


Kim Jong nam, abang sebapa kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, mati selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Jong nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penebangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata ketika kejadian, seorang wanita dilaporkan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair sebelum menghilangkan diri.

“Jong nam yang mengalami pedih mata kemudian mendapatkan bantuan di kaunter KLIA sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal ketika dalam perjalanan, ” katanya

*sumber BH online

KEMATIAN Kim Jong-nam - TRAGEDI MALANG klia2

Kim Jong-nam, 45, yang me­rupakan anak sulung kepada bekas Pemerintah Tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-il

Jong-nam dilaporkan telah diracun dengan jarum oleh dua ejen wanita tidak dikenali ketika berada di KLIA, demikian menurut stesen televisyen Korea Selatan, TV Chosun.

Memetik beberapa sumber berkata, kedua-dua wanita itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian de­ngan menaiki sebuah teksi.

Jong-nam dipercayai mati dibunuh selepas diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan kemungkinan racun dari arah belakang oleh seorang wanita.

Foto Tok Aki Aji.

Pemeriksaan mendapati, Wanita itu menggunakan dokumen perjalanan Vietnam dengan nama Doan Thi Huong dan dipercayai ke lapangan terbang untuk pulang ke negaranya.

“Kami mengecamnya daripada imej CCTV itu dan menahannya. Dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk disoal siasat". - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.


Foto Tok Aki Aji.


Polisi berjaya menahan wanita kedua. Dari hasil pemeriksaan, suspek kedua menggunakan paspor Indonesia dengan menggunakan nama Siti Aishah.

Dalam paspor yang disita tersebut, disebutkan wanita itu lahir tanggal 11 Februari 1992. KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan wanita itu ditahan sekitar pukul 02.00 pagi tadi.

"Berdasarkan paspor yang dibawanya, dia berasal dari Serang, Indonesia," demikian keterangan rasmi PDRM.

Kedutaan Besar RI di Kuala Lumpur mengatakan;

"Kami baru menerima informasi sekitar dua jam lalu. Dari hasil pengecekan nomor paspor dan itu sahih," ucap Yusron lewat sambungan telepon kepada awak media, Kamis (16/2).

Meski demikian, Yusron masih belum memastikan kewarganegaraan perempuan tersebut sebagai warga negara Indonesia atau bukan. Kejelasan identitas wanita tersebut akan diketahui jika perwakilan KBRI sudah bertemu langsung dengan yang bersangkutan.

Polisi kini sedang memburu empat yang lainnya yang di syaki membantu kedua wanita itu.

TERKINI

TPM Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia akan menyerahkan mayat abang kepada pemimpin Korea Utara itu seperti diminta Pyongyang mengikut prosedur ditetapkan.

Bercakap pada sidang media di PUTRAJAYA pada Khamis, beliau mengesahkan Pyongyang mengemukakan permohonan untuk membawa pulang mayat Kim Jong-nam.

“Kita akan memenuhi permohonan yang dibuat oleh mana-mana kerajaan.

“Bagaimanapun, ia perlu melalui prosedur ditetapkan. Malaysia berpegang kepada dasar menghormati hubungan dua hala dengan mana-mana negara,” katanya.


DUA SUSPEK WANITA KES BUNUH ABANG PRESIDEN KOREA UTARA DITAHAN REMAN 7 HARI

SEPANG – Dua wanita warga asing ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majisret Sharifah Muhaymin Abd. Khalib dan prosiding dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua suspek direman bermula hari ini.

Terdahulu, Majistret dilihat keluar meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang kira-kira pukul 11 pagi bagi mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek wanita yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Jong-Nam.

Semalam, polis menahan seorang wanita warga asing berusia 29 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pukul 8.20 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata, wanita itu memiliki pasport Vietnam dan identitinya bersamaan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang itu.

Hari ini, Khalid mengesahkan, seorang wanita warga Indonesia pukul 2 pagi hari ini berhubung kes yang sama.

Wanita dipercayai berasal dari Serang, Indonesia berdasarkan pasport yang dimilikinya ketika ditahan. – UTUSAN


Foto Tok Aki Aji.


KENAPA PILIH MALAYSIA UNTUK "MISSION" SEBEGINI?
Pada 14 Januari lepas yang China menyuarakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadan kepada Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, banyak yang boleh dipelajari dari China mengenai pengawasan sempadan.

Beliau berkata, Malaysia akan menghantar 10 orang pegawai dari pelbagai agensi, seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dua bulan lagi bagi mendalami prosedur operasi kawalan sempadan China.

Setelah berjaya menjinakkan negara-negara yang bersempadan dengannya melalui kuasa tentera dan ekonomi, kini China berusaha menjinakkan pula negara-negara barisan kedua seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

Sejak kebelakangan ini, China amat selesa dengan Malaysia dan mula akrab dengan Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew pada tahun 2015.

China kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada 'wilayahnya' di bawah projek 'one belt one road' (Obor).

Bagi Malaysia yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Dengan mengambil kesempatan menjual dan menggadaikan aset negara, khususnya tanah, kepada China untuk menimbus bangkai 1MDB semasa sedang berkuasa ini, ianya mudah bagi China untuk MEMERANGKAP pemimpin Malaysia sekarang.

Tidak dapat di nafikan dengan KEBANGKITAN PAKATAN PEMBANGKANG sekarang yang nampak macam ANTI CHINA(Tanah Besar) mungkin merisaukan Beijing, dengan kejadian PEMBUNUHAN di KLIA2 ini tidak dapat dinafikan yang Beijing ada peranannya bila dilihat kelibat KERTA KEDUTAAN mereka di HKL kelmarin. Apakah Beijing akan menggunakan kesempatan ini untuk mendesak Malaysia "MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KAWALAN SEMPADAN" secepat mungkin dan seterusnya mendedahkan RAHSIA KESELAMATAN Negara? Wallahhuaklam.

Aki - Dan apa yang Ahmad Zahid lakukan dalam lawatan ke Yunnan tempoh hari umpama 'menyorong bantal kepada orang mengantuk'.

Reuters

Jakarta: Kementerian Luar Indonesia, hari ini mengesahkan suspek wanita yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam adalah warga negara itu.

“Kedutaan kami di Malaysia mengesahkan maklumat diterima daripada pihak berkuasa Malaysia dan berdasarkan maklumat awal, wanita itu adalah rakyat Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak Kedutaan sudah memohon kebenaran rasmi bagi memberi bantuan guaman, jika perlu.

Jong Nam adalah abang kepada Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas diserkup dengan kain diletakkan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

TEMPARAN HEBAT PADA PERISIKAN MALAYSIA

Pembunuhan terbuka di klia2 yang melibatkan "KES BERBROFILE TINGGI" adalah satu perkara yang memberi tamparan hebat kepada PERISIKAN MALAYSIA. Kesannya amat mendalam kepada mereka yang terjun kebidang ini. Walau apapun alasan yang diberi, ianya tetap akan kegagalan mengesan KES ini adalah terkait dengan KUALITI PERISIKAN selepas bertahun PDRM dan TENTERA di asak oleh Pembangkang mengatakan dua agensi kerajaan ini TELAH MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT?(sila semak ucapan Pemmpin Pembangkang sejak tahun 2010).

Soal Keselamatan adalah soal KESEJAHTERAAN RAKYAT. Politik Pembangkang mahupun KERAJAAN adalah di minta janga menggunakan kedua-dua agensi ini untuk kepentingan POLITIK. Mereka harus bebas dan mampu untuk bertindak sendiri tanpa campur tangan politik ke atas mereka.

Kejadian serangan Lahad Datu dan Pembunuhan bersiri keatas beberapa individu sejak beberapa tahun ke belakangan ini nampak seperti kedua-dua agensi ini digunakan walaupun mereka berada ditahap disiplin yang tinggi.


MALANG NASIB MEREKA INI ANGKARA SIAPA
Bagaimana jika kena pada koga kita....atau mungkin lepas ni kita pula mangsanya.....sebenarnya mereka ini angkara siapa?

Amat malanglah Malaysia jika Agensi sepertiini digunakan untuk kepentingan politik. Kita boleh menafikan Agensi ini tidak terlibat, tapi bagaimana banyak Pengadilan di Mahkamah di menangi disebabkan KESILAPAN TEKNIKAL PENDAKWAAN dan bukanya di dari akar umbu KES tersebut. Saksi tak cukup, saksi dibeli, saksi diugut, saksi hilang, SAKSI DIBUNUH?

Jangan salahkan agensi ini. Bebaskan mereka.....biar mereka membuat kerja mereka dan campor tangan politik banyak mudhoratnya kepada Negara dan rakyat. Fahamilah tugas mereka,.....mereka mencurahkan KHIDMAT BAKTI mereka hingga hujung nyawa sedang Ahli Politik hanya menjual HUJAH dan KATA-KATA.

SUNDAY, NOVEMBER 29, 2015


Nurul Izzah, The Daughter of PKR Opposition Leader , Anwar Ibrahim Meeting Jacel Kiram 111. - Get The True Story

Rakyat Malaysia Wajar Mendapat Cerita Sebenar bukan Rekaan untuk Menegakkan benang yg basah. Kekadang Gambar Telah Membuktikan Segala-Galanya, so ikutilah natijah gambar-gambar ini..



Laporan Malaysiakini :-

Selepas dikritik hebat, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Tampil menjelaskan perkara itu, Nurul Izzah menegaskan, beliau tidak sekali-kali memanggil mesyuarat atau pertemuan dengan Jacel H Kiram dan tidak pernah berkenalan wanita tersebut.



"Dia merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Malis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia Untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

"Semua yang hadir di program tersebut telah bergambar dengan saya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta," kata Naib Presiden PKR itu.


Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Namun, pembaca sila dapatkan makluman sebenarnya disini....

http://badutrakyat.blogspot.my/2015/11/eksklusif-pendedahan-media-filipina.html
http://badutrakyat.blogspot.my/2015/11/eksklusif-pendedahan-media-filipina.html......


KUALA LUMPUR, PAPAN CATUR DUNIA PERISIKAN

MARCH 29, 2010 BY ADMIN MILITARY ANALYSIS & NEWS



    

1. Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, malahan lebih hebat dari kebanyakkan ibunegara dunia yang pernah saya kunjung. Jika ada yang lebih hebat, saya undi Jakarta…saya suka Jakarta.

2. Saya bukan bercerita tentang kecanggihan bangunan tetapi kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat selamat “safe house”, yang penting sekali untuk masuk ke Malaysia, anda tidak perlu menggunakan visa.

3. Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang. Itu pun sebenarnya orang tidak ambil peduli.

4. Selamat datang ke Kuala Lumpur, belajarlah bermain Counter Strike di sini.

5. Dahulu semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.

6. Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.

7. Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.

8. Di antara tahun 1997-2000, kalau tidak silap saya pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.

9. Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

10.Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke???) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).

11.Kisah tangkapan lelaki ini diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang saya tidak menyimpan keratan kejadian itu.

12.Sebelum itu Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.

13. Pada tahun 2000, di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap saya, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun. Selepas disiasat Tengku Don ini merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya…entahlah, mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.

14.Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.

15.Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali saya mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.

16.Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.

17.Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadi ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.

18.Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betulke??? tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.

19.Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.

20.Ok kita lupakan data-data di atas, sebenarnya macam-macam kumpulan ada dalam Malaysia ini, dahulu saya pernah jumpa pejuang-pejuang GAM semasa saya berada dalam tingkatan enam dan bekerja di kawasan limbungan kapal Sembawang, Johor Bahru (saya bekerja tukang buat air) kat kantin makcik saya di Sime Sembawang.

21.Ada dua orang yang menjadi kawan baik saya, dua-dua bagaimanapun saya sudah lupa namanya tetapi mereka memakai kad pengenalan yang mempunyai lambang bendera hijau dengan simbol bulan serta bintang.

22.Dalam kad itu, tertera pekerjaan mereka sebagai : Pejuang.

23.Saya masih ingat dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.

24.Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.

25.Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, den pun tak tahu.

26.Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur ini boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.

27.Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.

28.Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.

29.Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.

30.Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan, sekarang ia sibuk dengan pembina kem transit yang baru.

31.Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

Agensi Perisikan Di Malaysia




AGENSI perisikan merupakan salah satu komponen penting dalam pertahanan sesebuah negara. Secara umumnya, tugas sesebuah agensi perisikan ialah untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkaitan aktiviti jenayah, subversif dan sebarang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan negara.

Di samping itu, agensi perisikan juga menjalankan perang saraf ketika peperangan (iaitu penyebaran ideologi dan maklumat palsu kepada tentera musuh). Terdapat dua agensi perisikan utama di Malaysia iaitu:

1 - CAWANGAN KHAS POLIS DIRAJA MALAYSIA.



Ditubuhkan bermodelkan Special Branch UK. Bertanggungjawab mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara.

Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

2 - KOR RISIK DIRAJA(KRD) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.



Merupakan sebahagian daripada komponen Tentera Darat Malaysia. Organisasi KRD diketuai oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) merangkap Pengerusi KRD dan terbahagi kepada penempatan seperti berikut: Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

92 Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK).
91 Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT).
Cawangan Perisikan.
Jabatan Arah Risik.
Pusat Latihan Perisikan (PULARIS).

KRD berperanan untuk merancang dan melaksanakan usaha-usaha dari segi mengumpul, menilai dan menyebar perisikan taktikal yang berkaitan dengan kepentingan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya termasuklah tugas-tugas berikut:

* Memberi khidmat nasihat kepada Pemerintah Pasukan mengenai aspek-aspek perisikan operasi, taktikal, keselamatan dan geraksaraf perangsaraf.

* Menggubal dan mengeluarkan arahan yang berkaitan dengan perisikan operasi, taktikal, keselamatan dan geraksaraf perangsaraf.

* Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan operasi-operasi perisikan di dalam Tentera Darat.

* Menganalisa semua maklumat perisikan untuk keperluan operasi Tentera Darat.

* Menyedia pegawai-pegawai dan anggota yang profesional dalam bidang perisikan.

Secara ringkasnya,


Cawangan Khas menguruskan isu-isu perisikan yang berkaitan dengan ancaman dalam negeri, Kor Risik Diraja menumpukan kepada isu perisikan yang berkaitan dengan ketenteraan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua agensi ini saling bekerjasama dan bertukar maklumat dalam memastikan keselamatan negara terjamin. (Sumber: VAT 69 - Perjuangan Semalam)
Ahli Politik Pertikai Aset Pertahanan Negara Perbuatan Bahaya!


By Hamidi SP at 12/07/2012


Ahli politik terutama kalangan pembangkang diingat supaya berhenti bercakap tentang pasukan keselamatan dan aset pertahanan negara demi populariti apatah lagi tanpa mengetahui fakta sebenar.





Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan mempertikaikan kemampuan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan merupakan amalan yang tidak wajar kerana isu tersebut langsung tidak boleh dipolemikkan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya berlaku dalam kalangan ahli politik negara ini tetapi tidak berlaku di luar negara yang ahli politiknya amat menghormati institusi keselamatan negara masing-masing.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan dan pertahanan dan saya tak nampak ahli politik di negara luar yang mempertikai kemampuan, kesiapsiagaan anggota polis dan tentera.

"Di negara kita sahaja berlaku perkara ini. Jadi semak fakta dulu sebelum berbicara isu keselamatan kerana akhirnya tindakan itu menempelak diri sendiri dan diketawakan oleh para pegawai yang mengetahui fakta berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyangkal kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kononnya bilangan anggota polis di negara ini sudah mencukupi.

Selain mengemukakan fakta salah kononnya statistik bagi setiap anggota polis dan penduduk adalah 1:270, Nurul Izzah turut berjanji untuk membekukan pengambilan anggota polis jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.

Pada 2010, Ahmad Zahid pernah menempelak Nurul Izzah kerana anak Ketua Pembangkang itu dalam satu temu bual dengan akhbar Indonesia mendakwa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam, selain merupakan aset terpakai dan usang.

Ahmad Zahid menambah, Nurul Izzah sepatutnya menghormati dan menyerahkan soal keselamatan serta pertahanan kepada golongan profesional yang berkecimpung dalam bidang itu.

"Sektor keselamatan dan pertahanan janganlah disentuh. Biar profesional polis dan tentera menjalankan tugas mereka. Walaupun tidak menghormati mereka, hargailah dan berikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk menjaga hal mereka," katanya. -Utusan

AGENSI PERISIKAN MALAYSIA





Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara dan menyebabkan kesatuan umat Melayu Islam berpecah. Ini sedang berlaku dan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.

Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negara.

Bukan sedikit negara lain meniru cara Malaysia yang menggunakan konsep “Cegah Sebelum Parah) melalui undang-undang Akta Rahsia Rasmi yang kini turut ditiru oleh banyak negara luar.

Di mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. Cuba anda cari di dalam dunia ini, negara mana yang tidak terlepas dari diganggu oleh “tangan-tangan tidak nampak” ini, dari Indonesia sampailah ke Timur Tengah.

Setakat ini negara kita masih mampu dipertahankan dan anda masih boleh keluar berarak, mendengar ceramah Anwar atau PAS dan berkempen untuk kejayaan politik anda dalam parti Umno, kesemuanya kerana kerajaan Malaysia dan kroni-kroninya bertungkus lumus berjuang dalam kepayahan untuk membolehkan anda melakukan semua ini dengan PERCUMA.




1. Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mudah sahaja formulanya.

2. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.

3. Saya rasa lucu apabila ada pihak yang menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang rakyat ini? saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda selamat dalam bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda.

4. Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut pada Para 1 di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.

5. Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.

6. Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.

7. Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

8. Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.

9. Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.

10. Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.

11. Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi seperti belanjawan untuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan bajet clandestine dari keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi.

12. Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible dan jika anda teliti, tahun lepas ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Sudah tentu kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.





PERALATAN

13. Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).

14. Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia (nama tak payah sebut) untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor.

15. Saya tidak pasti jika ini benar tetapi gergasi pengeluar telefon (nama tak payah sebut) ada menjual produk alat telekomunikasi yang harganya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk kegunaan agensi perisikan kita.

16. Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.



ANCAMAN DALAM NEGARA

17. Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.

18. Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).

19.Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.

20. Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower.

21.Muslihat mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.

22.Segala pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam negara ini.

23. Ada unsur-unsur yang memberi petunjuk bahawa terdapat tajaan kepada kekacauan di dalam negara yang sedang ditimbulkan oleh anasir-anasir dari parti pembangkang dan juga anasir halus dalam Umno.

24. Usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, kejatuhan mereka akan mengorak langkah Malaysia menjadi sebuah republik dan sesiapa pun boleh menjadi Ketua Negara (kalau rakyat negara ini sudah dididik untuk tidak menghormati ketua negara, perdana menteri…kita nak dengar cakap siapa dan kalau cakap mufti pun kita boleh perlekehkan, kita nak dengar cakap siapa lagi? Akhirnya semua pemimpin yang bernama Melayu dan Islam akan ditolak ke tepi dan ketika itu barulah kita tahu tetapi kita sudah terlambat kerana kebodohan kita sendiri.

25. DAP mungkin menjadi platform terbaik untuk kejatuhan sebuah kerajaan Melayu Islam seperti Malaysia. Anwar Ibrahim hanyalah boneka, persoalan terbaik, siapa yang pasang kamera video tempat Anwar bermukah dengan pelacur Cina? Siapa pemilik tempat itu dan tujuan kamera di pasang? (Maaf, kalau betul lah Anwar, harap-harap bukan). Polis sepatutnya siasat siapa pemilik tempat itu sebenarnya.

26. Itu baru sebahagian, baru ancaman dalam politik, belum lagi ancaman dan sabotaj terhadap ekonomi dan kewangan negara serta pelbagai ancaman halus yang disasar untuk mengurangkan jati diri orang Melayu dan Islam di negara ini.

27.Masalahnya, siapa pun elemen luar, mereka masih gagal mengkaji siapa orang Melayu sebenar. Gagal mengkaji psikologi orang Melayu dan mereka menyangka, orang Melayu ini sama macam bangsa Arab.

28.Jika unsur-unsur provokasi gagal diwujudkan melalui dalam negara, ada kemungkinan ia akan naik ke tahap yang lebih tinggi seperti peperangan dengan negara luar serta sebagainya.

ANCAMAN LUAR NEGARA
29.Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.

30.Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.

31.Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntun hubungan di antara kedua-dua negara.

32.Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan kontek di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara.

33.Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung Sukhoinya ke arah Kuala Lumpur.

34.Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.

35.Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.

36.Sama-samalah kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.

37.Pada masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada tahap sifar dan jika berlaku, saya letak dalam tempoh 10 hingga ke 50 tahun akan datang melalui krisis dengan Singapura atau China.

38.Saya enggan mengulas mengenai krisis yang mungkin melibatkan negara-negara yang saya sebut tadi kerana jika anda peminat blog saya, saya ada mengulas mengenai hal-hal di atas dan jika anda peminat pertahanan dan mencintai negara anda, sudah tentu anda ada mengikuti perkembangan dunia ketenteraan di rantau ini dan sedar apa yang sedang berlaku.



AMUKANMELAYU - Ingat pesan Aki ini, "Jangan menjual NEGARA hanya kerana sedikit LABA". Ingat anak cucu yang akan kita tinggalkan nanti......