Saturday, 18 March 2017

Malaysia Akui Terima Ugutan Korea Utara


Malaysia akui terima ugutan Korea Utara

NORHASPIDA YATIM
KUALA TERENGGANU 
17 MAC 2017 – Malaysia mengakui ada menerima ugutan Korea Utara susulan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau enggan mengulas lebih lanjut ugutan yang diterima, sebaliknya menegaskan negara masih mempunyai pemimpin rasional yang tidak akan menggunakan pendekatan mengancam keselamatan nyawa rakyat.

“Ya, kita diugut, kita diancam. Saya tak mahu menyebut lebih dari itu kerana sembilan rakyat negara kita masih ada di negara itu, tetapi rakyat mereka juga ada di negara kita.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan, keselamatan rakyat Korea Utara di negara ini terjamin walaupun hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan kes pembunuhan itu.

“Malaysia mempunyai pemimpin yang rasional, Insya-ALLAH. Selagi mereka jaga rakyat kita baik-baik, kita juga menghormati dan menjaga rakyat mereka. Kita tak mahu ganggu gugat, selagi mereka tak ganggu gugat kita.

“Kita akan hormati mana-mana pemimpin luar selagi mereka hormati pemimpin kita. Kita tak mahu menggunakan ini sebagai rundingan untuk kita korbankan rakyat kita dan kita tak mahu korbankan rakyat mereka di negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan kes pembunuhan Jong Nam yang membawa kepada penangkapan suspek dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu.

Katanya, ia membuktikan badan keselamatan di negara ini mempunyai kecekapan yang tinggi dalam menangani kes berkaitan.

“Tahniah diucapkan kepada PDRM atas kecekapan menangkap individu yang digunakan oleh satu kumpulan dari negara berkenaan tempoh 24 jam. Kita beruntung kerana pasukan keselamatan kita polis dan tentera berkolaborasi dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid menegaskan, Malaysia bukan lokasi jenayah antarabangsa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Kita tak mahu negara kita dijadikan batu loncatan atau dijadikan sebagai tempat untuk melancarkan keganasan atau jenayah antarabangsa.

“Justeru, saya menyeru supaya rakyat seluruhnya bersatu ketepikan perbezaan politik, agama dan bangsa demi negara. Demi keselamatan, unsur luar atau dalam kita ketepikan dan bersatu untuk pastikan keselamatan negara dipertahankan,” katanya.


Siapa Siti Aisyah, siapa Thi Huong?

FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS, ZUBAIDAH ISA, HAFIZ ISMAIL

Dari kiri: Siti Aisyah dan Thi Huong

28 FEBRUARI 2017 KELUARGA Siti Aisyah, wanita dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, hairan bagaimana anak bongsu mereka boleh berada di Malaysia.

Malah, setahu mereka, wanita berusia 25 tahun itu hanya bekerja sebagai jurujual pakaian di Batam.

Ayah wanita itu yang menetap di Serang, Indonesia, Asria Nur Hasan, 56, berkata, seluruh keluarganya masih kebingungan dan tidak tahu berbuat apa-apa kecuali menangis bagaimana Siti Aisyah boleh ke Malaysia tanpa pengetahuan keluarga.

Katanya, anaknya telah berhijrah ke Batam untuk bekerja sebagai jurujual pada 2012 selepas bercerai dengan suaminya, Gunawan Hasyim @Ajun, seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki, Rio, berusia tujuh tahun.

“Sejak dia berhijrah ke Batam, kami jarang jumpa dan kali terakhir dia pulang pada Tahun Baharu Cina, bulan lepas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rancasumur, Sindangsari Pabuaran, Serang, di sini.

“Siang malam kami asyik menangis mengenang nasib anak bongsu kami dan saya sangat-sangat ingin bertemu dengan dia,” katanya.

Siti Aisyah adalah antara empat suspek ditahan oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam.


Pada hari kejadian, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau, China apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Siti Aisyah adalah anak bongsu daripada tiga beradik - dua abangnya hanya bekerja sebagai buruh dan dibesarkan di sebuah kawasan terpencil manakala kehidupan ibu bapanya bergantung kepada jualan ubi dan kunyit.

Asria berkata anak perempuannya itu tidak berpelajaran tinggi tetapi dia seorang yang rajin bekerja dan nekad untuk keluar dari belenggu kemiskinan sejak kecil lagi.

“Walaupun hidup dalam kemiskinan, Siti Aisyah seorang yang rajin bekerja, bersikap manja dan tidak nakal,” katanya yang hanya mengetahui kes anaknya ditahan di Malaysia menerusi bekas besannya, Khamis lepas.

Menurutnya, hanya dua hari lepas, wakil Kementerian Luar Indonesia mengunjungi mereka untuk mengesahkan anaknya ditahan di Malaysia tetapi tidak memaklumkan apa sebenarnya berlaku.

Beliau juga menafikan laporan media tempatan kononnya Siti Aisyah fasih berbahasa Inggeris dan Korea kerana anaknya itu hanya berpendidikan sekolah agama peringkat sekolah rendah sahaja.

Dalam usia belasan tahun dia telah telah mula bekerja sebagai jurujual pakaian di Jakarta dan menjadi kebanggaan ibu bapa kerana dia mampu berdikari dan tidak pernah mengeluh kesusahan hidup yang dilaluinya, katanya.

Dalang bunuh Jong-nam: Siapakah mereka?
FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS, ZUBAIDAH ISA, HAFIZ ISMAIL


28 FEBRUARI 2017 PADA siri kedua hari ini, Sorot akan menyingkap siapakah suspek pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Seperti yang kita tahu, empat suspek telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia, manakala beberapa lagi suspek dilaporkan berjaya melarikan diri dan juga masih berada dalam negara.

Siapakah keluarga mereka? Apakah pekerjaan mereka di dalam negara kita?

Dan persoalan utama yang bermain di fikiran semua kita adalah siapakah yang mengarahkan mereka untuk membunuh Jong-nam?

Selain itu, ke arah mana hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara?

Apa yang pasti pihak polis sedang melakukan siasatan yang terbaik dan rakyat Malaysia haruslah mempercayai tugas yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Cerita di sebalik penghasilan My Father, Kim Jong Il, and Me


Penulis buku My Father, Kim Jong Il, and Me mendedahkan, Kim Jong-nam, gementar dan seakan dibelenggu rasa takut ketika sesi temu bual pada 2011 di Macau.

Yoji Gomi, seorang wartawan Jepun, berkata, mungkin Jong-nam menyedari bahawa dirinya menjadi buruan adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

“Mungkin dia menyedari bahawa dirinya berada dalam ancaman tetapi saya percaya dia tetap mahu memberikan pendapat berkaitan Pyongyang melalui media.

“Ketika itu dia berpeluh. Kelihatan seperti tidak selesa dengan soalan yang saya ajukan. Mungkin dia risau kesan daripada kenyataannya,” kata Gomi dalam satu sidang media di Tokyo, lapor wartawan AP, Mari Yamaguchi.

Mengimbau perhubungan awalnya dengan Jong-nam, Gomi berkata, beliau bertemu dengan lelaki bertubuh gempal itu pada 2004 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China.

Dalam tempoh tujuh tahun sebelum sesi temu bual pertama secara bersemuka, mereka berhubung melalui email.

Sebanyak 150 email dihantar sebelum dua sesi temu bual pada 2011 di Macau dan Beijing. Dua temu bual itu berlangsung keseluruhannya selama 7 jam.

“Dia mengkritik pemerintahan Korea Utara. Dia tidak bersetuju dengan sistem sosialis dan pemilihan pemimpin perlu dilakukan secara demokrasi,” katanya.

Gomi menjelaskan, dalam sesi temu bual itu, Jong-nam secara lantang menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Penghasilan buku tersebut ternyata memberi impak yang besar terhadap Jong-nam.

Antara yang memberi kesan adalah kenyataan Jong-nam yang mengatakan Jong-un tidak akan berjaya sebagai pemimpin Korea Utara.

Melalui buku tulisan Gomi itu, segala penceritaan berkaitan pemerintahan keluarga dipaparkan untuk bacaan umum.

Gomi menjelaskan, Jong-nam merupakan harapan kecil buat Korea Utara menghapuskan pemerintahan kuku besi di negaranya.

Bagaimanapun menurut Gomi, harapan itu musnah selepas Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, 13 Februari lalu.

“Saya fikir, dia merupakan individu yang boleh melakukan sesuatu yang bermakna buat Korea Utara,” katanya.

Mengapa Korea Utara mahu Jong-nam mati?
FAIRUZ JUMAIN, RIDUAN ASHAHA, JANATUL FIRDAUS, ZUBAIDAH ISA, HAFIZ ISMAIL

Kim Jong Il bersama anaknya Jong-nam (duduk).

27 FEBRUARI 2017 - SEHINGGA ke hari ini, misteri kematian Kim Jong-nam, anak lelaki sulung bekas pemimpin utama Korea Utara, mendiang Kim Jong-il, masih diselubungi misteri.

Selepas kematiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), 13 Februari lalu, polis mengenal pasti dan memburu empat suspek lelaki warga Korea Utara yang disyaki dalang kepada pembunuhan abang tiri pemimpin utama negara berkenaan, Kim Jong-un.

Korea Selatan yang sekian lama bermusuhan dengan negara itu, menyelar pembunuhan tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk tindakan keganasan daripada Kerajaan Korea Utara.

Persoalan di sini, mengapa Pyongyang sanggup membunuh ahli keluarga dinasti pemerintah mereka?

Penganalisis mahupun pakar sukar untuk mengenal pasti punca sebenar, namun perbezaan dengan sekutu dan negara jiran, China serta persaingan antara adik-beradik dalam merebut takhta antara punca yang berkait rapat.

Hubungan dengan China?

Pada 2001, Jong-nam ditangkap selepas cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu untuk berhibur di Disneyland Tokyo.

Perbuatannya itu menjatuhkan maruah Korea Utara lantas harapannya untuk menjadi orang nombor satu negaranya, menggantikan Jong-il, musnah.

Bermula 2003, Jong-nam menetap di Macau dan diberi perlindungan oleh China.

Sejak itu, Jong-nam kerap berkunjung ke China dan mengukuhkan kedudukan bersama Beijing terutama menerusi bapa saudaranya, Jang Song-thaek, iaitu individu nombor dua berkuasa di Korea Utara selepas Jong-il.

“Song-thaek merupakan lelaki China di Pyongyang. Dia adalah sumber Jong-nam dan disebabkan itu, China memberi perlindungan kepadanya,” kata Pengarah Program East Asia Non-Proliferation, Dr Jeffrey Lewis kepada CNN.

Pada 2013, di bawah pimpinan Jong-un, Korea Utara melakukan ‘pembersihan’ dalam kalangan pemimpin mereka dan Song-thaek antara individu yang menjadi mangsa.

Dilaporkan bahawa Song-thaek dijatuhkan hukuman bunuh selepas didakwa sebagai pengkhianat Korea Utara.

Kematian Song-thaek merupakan kehilangan yang besar buat Jong-nam.

Kerap mengkritik Korea Utara secara terbuka

Ketika melanjutkan pengajian di Switzerland, Jong-nam kerap bercanggah pendapat dengan bapanya terutamanya berkaitan dengan soal negara.

Itu adalah permulaan di mana hubungan dua beranak itu dingin. Jong-il merasakan bahawa anaknya itu sudah dipengaruhi pemikiran Barat.

Kemuncak hubungan mereka terhapus selepas cubaan Jong-nam memasuki Jepun yang dilihat sebagai satu penghinaan.

Rentetan itu, paling ketara, Jong-nam lantang memberikan kenyataan terhadap Korea Utara menerusi media Jepun, Asahi TV.

Jong-nam menyatakan tidak bersetuju dengan sistem peralihan kuasa di Korea Utara dengan mewariskan kepada generasi seterusnya.

Tetapi, beliau tidak menentang atau tertarik untuk menyertai arena politik di dalam negaranya.

“Saya tidak tertarik untuk ikut menjadi pewaris kerajaan (Korea Utara). Maaf, kerana saya tidak tertarik dengan politik. Tetapi, apa pun keputusan ayah, saya pasti akan saya sokong,” kata Jong-nam.

Perebutan kuasa antara Jong-nam, Jong-un?

Melalui buku tulisan Yoji Gomi, My Father, Kim Jong-il, and Me, Jong-nam juga menggunakan medium itu untuk menghentam Korea Utara.

Melalui buku itu, Jong-nam menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Paling memberi kesan terhadap pimpinan Jong-un, Jong-nam menjelaskan bahawa adik tirinya itu tidak akan berjaya sebagai seorang pemimpin.

Gomi juga mendedahkan, bahawa dua beradik itu tidak pernah bersemuka.

Biarpun Jong-nam menegaskan dirinya tidak berminat untuk memimpin negara kelahirannya, namun Jong-un tetap merasakan kedudukan bakal tergugat.

Pada 2012, Jong-nam dilaporkan cuba dibunuh oleh perisik Korea Utara namun gagal.

Ahli Jawatankuasa Perisikan Parlimen Korea Selatan, Kim Byung-kee mendedahkan, Jong-nam pernah menghantar surat kepada Jong-un supaya mereka sekeluarga tidak dibunuh.

Surat itu berbunyi; ‘Tolong jangan ganggu saya dan keluarga. Kami tidak mempunyai tempat untuk dituju. Kami tahu satu-satunya jalan untuk melepaskan diri ialah dengan membunuh diri’.

Surat itu dihantar pada April 2012 selepas cubaan membunuhnya pada tahun yang sama.

Tun M Kritik Cara Malaysia Tangani Krisis Korea Utara
March 9, 2017



Tun M
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar pentadbiran semasa Malaysia dalam menangani krisis dengan Korea Utara, dan berkata ia menyebabkan ketegangan yang membimbangkan rakyat.

“Ini satu peristiwa yang tidak pernah alami Malaysia sebab itu kita tidak begitu cekap dalam menanganinya sehingga timbul ketegangan antara kita dengan Korea Utara.

“Saya fikir ini jadi satu pengajaran kepada kita, iktibar tangani masalah ini pada masa depan,” kata bekas perdana menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.

Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan minggu ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah air.

Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit Damansara.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak perlu jadikan Korea Utara sebagai musuh.

Katanya, Malaysia perlu menangani krisis itu dengan lebih bijak dan menjadikannya satu pengajaran pada masa akan datang.

“Namun demikian terdapat banyak misteri dalam kes ini, siapa yang berniat untuk membunuh, apa dia hasil daripadanya dan macam mana boleh berlaku.

“Kerana negara kita ini dipenuhi dengan ramai orang asing dan mereka bawa perkara yang tidak baik kepada kita. Sebab itu sementara kita perlu berterus terang, kita mesti tentukan fakta itu betul apabila kita buat sesuatu kenyataan,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Malaysia perlu ikut dasar dahulu dengan memilih berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana negara.

“Dasar dahulu adalah kita berkecuali dan tidak terikat diri kita dengan mana-mana. Kita bersahabat dengan semua negara tanpa mengambil kira dasar atau ideologi mereka.

“Sekarang ini ada perbezaan dasar sedikit, kita sudah mendekatkan diri kita dengan satu negara lain. Ini kurangkan kebebasan kita,” katanya tanpa menamakan siapa yang dimaksudkannya.

“Adalah lebih baik, kita pilih dasar berkecuali kerana beri banyak manfaat kepada kita,” katanya. – FMT

Apa Yang Akan Jadi Jika Malaysia Diserang?

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain… Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir… kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..

” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…” 

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???

Untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas… ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia… lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia… AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah. Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin. Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN…

Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara. Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula…

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom… melancar peluru berpandu… membedil… menembak Rakyat Malaysia… mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita… sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti… Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang… datang lagi pesawat musuh silih berganti… Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah… Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara… tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda… anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah… Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda… sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia… muncung senapang ditujukan di kepala anda… Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006… diajukan muncung senapang… DAMMMMMM… anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu… Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak… anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…

Anda menangis ketakutan… Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak… untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati… tetapi umur anda masih panjang… anda masih hidup… anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri… Anda mengalirkan air mata…

INGAT AKAN ALLAH… Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan. Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri… Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini… Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata… Anak kecil ditembak didepan mata… Isteri dirampas untuk diperkosa… didepan mata!!! kawan-kawan… sahabat taulan… ramai yang terkorban…dan tidak kurang juga yang cedera parahh…

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri… mereka tidak bernasib baik seperti anda… Diatas bukit itu juga… anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti…. Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? 

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali… 

BANTUAN ALLAH… BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH… ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA… ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN… BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI…

Tetapi tunggu punya tunggu… bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba… ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan: 

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru) 

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti… setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan… Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, 

Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni) 

“Tak apa… selepas peperangan tamat…Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” 

Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand ) 

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)…bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??


Malaysia terus berunding bebaskan rakyat di Korea Utara

March 13, 2017

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali
KUALA LUMPUR, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Malaysia akan terus berunding dengan Korea Utara untuk membebaskan sembilan rakyat negara yang masih terkandas di sana.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan hanya beliau dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung isu itu.

“Kita tidak mahu menjejaskan rundingan yang sedang dijalankan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun Apandi berkata, rundingan yang masih berlaku antara kedua-dua negara adalah satu perkembangan yang positif.

“Apa pun, kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding,” katanya.

Hubungan diplomatik antara Malaysia-Korea Utara menjadi tegang sejak kematian Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Ia susulan apabila Korea Utara mengkritik Malaysia mengendalikan siasatan terhadap kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Ketegangan meningkat pada 7 Mac lalu apabila Korea Utara menyekat keluar semua rakyat Malaysia di negara itu, dan menjadikan mereka sebagai tebusan.

Tindakan itu juga menyebabkan Malaysia turut mengeluarkan arahan sama menyekat keluar 315 rakyat Korea Utara dari meninggalkan negara.


 TDM Mampu Hadapi Ancaman Nuklear, Biologi & Kimia


Panglima Tentera Darat Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim.

Published on Mar 1, 2017 in Terkini

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim.

Katanya batalion itu yang dilengkapi kemahiran dan logistik yang mampu beroperasi dalam suasana dicemari radioaktif ditubuhkan bagi berkhidmat di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Wakil PBB datang untuk membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat dan mereka berpuas hati.

“Pasukan ini diterima PBB serta layak diatur gerak ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan dan menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-84 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Pada majlis itu, Zulkiple turut melancarkan manual kualiti standard tentera darat – MASt (Malaysian Army Standard) yang bertujuan menyeragamkan prosedur sedia ada dalam TDM sekali gus meningkatkan keberkesanan dan kecekapan.

“Ia dilancarkan pada Jun 2016 dengan tiga MASt telah dibangunkan pada masa itu. Sehingga kini 18 MASt dibangunkan. Kita percaya kesemua 18 MASt ini mampu meningkatkan budaya kualiti tentera darat ke arah kecemerlangan,” katanya.

Terdahulu dalam perutusannya, Zulkiple berkata TDM kini dalam proses penjajaran semula kem-kem tentera darat yang agak padat dan akan ditempatkan di kem-kem baharu.

“Proses ini dilihat mampu untuk meningkatkan lagi moral dan produktiviti warga tentera darat dalam melaksanakan penugasan harian,” katanya.

Perbarisan hari ini melibatkan 158 pegawai dan 3,629 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 18 ditasmen dari semua kor tentera darat termasuk pasukan elit Rejimen Gerak Khas dan 10 Briged Para.

Perbarisan diketuai oleh Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Hasagaya Abdullah. – BERNAMA







MORE COOL STUFF




AMUKANMELAYU - Jangan pandang ringan perkara ini......berapa banyak bekalan makanan yang Negara simpan ketika ini