Thursday 6 April 2017

Sekali Najib Bersin..., Tun Dr M Pun Masuk IJN.

Pahlawan Bugis

SATURDAY, AUGUST 13, 2016

Mungkin ramai dikalangan pendokong tegar Tun Dr Mahathir yang menyertai kumpulan menyerang YAB Datuk Sri Najib tidak pernah tahu sebab sebenar kenapa Najib kini dibenci oleh mantan PM itu....
Kesempatan diwawancara oleh salah sebuah stesen telvisyen di Jakarta memberikan ruang buat Najib menceritakan mengenai tingkah laku Tun Dr M yang cuba mencampuri urusan kerja seorang Perdana Menteri.

Najib gambarkan Tun Dr M punyai karektor yang Obes To Power sekiranya Najib akur bermakna beliau akan menjadi seorang Perdana Menteri yang mengikut telunjuk orang lain seolah-olah dikendalikan dengan remote control....
NajibRazak.com

UCAPAN PERDANA MENTERI MENGENAI PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
alif...wau...mim...nun....alif tendang wau jadi sarkas...
alif=akal dan wau=ugama....
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok....
itulah pemikir yang hebat yang boleh  menduga apa yang terjadi di kemudian hari
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam 1 Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Dalam hidup ini kita perlu mempunyai matlamat. Saya menceburi bidang politik melalui parti saya di mana perjuangannya adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, selari dengan matlamat dan nilai hidup saya.

Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu.

Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.
Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usahamenjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
Pahlawan Bugis Pantang Mundur.........
Semata-mata untuk mempertahankan ego beliau, beliau sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap saya dan anggota pentadbiran saya, namun apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.

Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?
Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau. Saya tetap akan meneruskan kerja saya untuk membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta ini walaupun perlu menempuhi segala tohmahan yang dilemparkan olehnya.

Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.‎
DR MAHATHIR TIDAK PERNAH KALAH DALAM POLITIK
 
oleh Hasmi Hashim
Dr Mahathir Muhamad pernah berdebat dengan tokoh-tokoh lebih besar. Dia pernah dianggap menang, pernah dilihat kecundang. Cuma, Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik.
Menang-kalah dalam pilihan raya juga dia pernah. Ada yang mahukan tengkuknya dan menyingkir dia dari Umno; tapi diterima masuk semula; meniti anak tangga parti sampai jadi presiden.
Dia pernah ditentang orang nombor dua yang membentuk “Team B”; dia berjaya mengawal suasana sebelum mendaftarkan semula Umno yang hendak diharamkan oleh regu Ku Li-Musa. Dia bertempur di tahun-tahun hujung kekuasaan dengan Gerakan Reformasi dan semua parti lawan; diharunginya sehingga dapat menyerahkan jawatan kepada Abdullah Badawi dengan teratur dan selesa.
Saya adalah pengkritik tegar Dr Mahathir sejak 1998. Sejak berumur 21 tahun. Mungkin saya juga antara yang terawal menuliskan dalam puluhan esei tentang apakah “Mahathirisme”.
“Mahathirisme” adalah satu istilah yang dicipta untuk melihat Dr Mahathir secara pemikiran. Melawan Dr Mahathir bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi ramai ahli politik, tapi tak ramai yang berusaha menandinginya secara pemikiran.
Bagi Dr Mahathir, menjadi demokratik memang bukan semudah teori di dalam buku. Baginya, apa yang lebih penting di atas semua teori itu adalah bangsa (nation) tidak rugi. Dalam politik kenegaraan, bangsa adalah segala-galanya.
Salam pun tak ingin
Dia tak menyokong PM Najib Razak atas sebab itu. Najib telah menyebabkan bangsa ini bukan sahaja rugi, tapi rugi besar.
Projek pembangunan seperti Forest City merugikan bangsa; menjual Proton kepada syarikat asing merugikan bangsa; GST merugikan bangsa; meminjam sampai RM55 bilion dari China merugikan negara; wang negara hilang melalui 1MDB lagilah jelas-jelas merugikan bangsa.
Dalam banyak keputusan pentadbiran Najib walaupun atas nama “Islam” tetapi sesungguhnya tidak Islamik dan telah menyebabkan bangsa berada dalam kerugian yang amat parah. Tak pernah terjadi sebelum ini.
Sebagai seorang yang tertindas di hujung era kekuasaan Dr Mahathir, bersalam dengannya pun saya tidak mahu. Di Bukit Bintang, KL kami pernah berselisih beberapa tahun lalu. Dia betul-betul di sebelah saya. Tidak saya sapa.
Pada 1999, potrait Dr Mahathir di rumah kampung saya turunkan – sedangkan dia adalah satu-satunya PM yang saya kenal sejak kecil; selalu dimuliakan hampir seluruh keluarga serta orang kampung kami. Rumah kami juga adalah bilik gerakan BN dalam entah berapa kali PRU.
Apa yang dia lakukan ke atas Anwar saya anggap keterlaluan. Saya bukannya kenal Anwar. Tidak lebih daripada Dr Mahathir sendiri mengenali Anwar.
Sembilan belas tahun berlalu. Hari ini tanpa disangka Dr Mahathir bukan sahaja keluar Umno, tetapi memulakan penentangan baru terhadap Umno-BN selepas Anwar dipenjara.
Dr Mahathir pergi berjumpa anak didiknya itu di mahkamah. Bersalaman. Menepuk lengan Anwar. Anwar ketawa. Dia tersenyum.
Di situ, Dr Mahathir mungkin telah melihat dengan mata kepalanya sendiri betapa sukarnya hidup turun-naik mahkamah. Keluar-masuk penjara. Sukarnya mengukir senyuman, apatah lagi untuk ketawa.
Tak sekedar itu, isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali pergi mencari rumah Anwar di Bukit Segambut untuk bersemuka dengan Dr Wan Azizah Ismail. Kala Dr Wan Azizah sakit dan masuk hospital, Dr Siti Hasmah pergi menjenguk. Semua ini tak tergambarkan akan terjadi akhirnya.
Dalam satu pertemuan dengan otai aktivis 1998 sebulan lalu di Shah Alam, ada yang sangat penting muncul dari mulut Dr Mahathir dengan nada sederhana. Katanya, “saya adalah hasil perjuangan Reformasi.”
Bukan pemikir bangsa
Perjuangan Reformasi sejak 1998 memang tak sia-sia. Beruntunglah siapa yang pernah menitinya—membuka jalan kebebasan kepada sesiapa pun untuk bersama terutama ketika tertindas oleh rejim Umno-BN. Termasuk Dr Mahathir.
Justeru itu tidak perlulah rasanya kata maaf sampai meraung melutut-lutut untuk kita menyedari bahawa seorang mantan PM seperti Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa dia hari ini muncul kembali “hasil perjuangan Reformasi”.
Inilah yang paling ditakuti Umno-BN. Khususnya PM Najib. Kali ini Najib perlu berhadapan dengan mantan-mantan bosnya, dari Anwar sampai ke Dr Mahathir.
Dulu ketika gandingan Dr Mahathir-Anwar sangat erat mengemudi Umno-BN dan kerajaan, prestasi Najib di sana taklah terlalu menonjol. Seperti lazimnya pemimpin Umno bertaraf menteri, mereka jadi pak turut.
Tak seperti Dr Mahathir atau Anwar, Najib tidak mempunyai latar sebagai seorang pemikir bangsa. Tak ada apa-apa gagasan sebelum dia menjadi orang nombor satu. Najib tak ada apa yang disebut sebagai “intellectual profile”.
Tiada sekeping pun tulisan atau pandangan daripada buah fikirannya dapat kita baca. Ucapan dan kata-kata di pentas selalu terasa janggal —terlihat semua itu ibarat bunga palsu. Digubah orang lain untuk dia memakainya.
Apa pun kritikan orang terhadap Dr Mahathir, dia tak berhenti menulis. Tak henti melontarkan buah fikiran. Sejak zaman muda dia berpolitik. Anwar juga begitu.
Masing-masing ada buku yang masyhur. Anwar paling tidak ada dua buah buku iaitu Menangani Perubahan dan Gelombang Kebangkitan Asia. Mahathir pula dengan Dilema Melayu yang cukup menggegar ketika dia disingkir dari Umno dahulu. Benar atau salah setiap pandangan di dalam buku mereka itu adalah soal yang boleh terus dibincangkan.
Pemimpin yang sekaligus bertindak sebagai seorang pemikir bangsa merupakan tradisi kepimpinan dunia. Hampir semua negarawan ulung sama ada di Timur dan Barat adalah pemikir bangsanya. Di situlah dapat dikesan apakah seseorang ahli politik itu semata kemaruk kuasa, pangkat dan harta; atau, dia juga selalu resah memikirkan akan nasib bangsanya.
Seokarno di Indonesia, Mahatma Ghandi di India, Joze Rizal di Filipina, George Washington di Amerika dan ramai lagi negarawan bangsa-bangsa besar adalah pemikir yang dapat kita telaah padangan dalam tulisan-tulisan mereka. Najib? Langsung tak ada!
Mustahak dijadikan penjahat
Apabila Dr Mahathir-Anwar berjabat tangan tempoh hari, saya terasa beban di bahu terlerai. Perjuangan sudah selesai. Boleh kembali melukis atau membuat pekerjaan lain selain politik.
Beberapa bulan sebelum itu, saya sedikit sebanyak ada mencanangkan agar keduanya berbaik semula. Permusuhan dan cerita lama diketepikan. Tidak lain demi bangsa. Tidaklah kita mahu salah seorang dari mereka menjadi pahlawan kesiangan.
Pada awalnya, pandangan itu diejek dan dicemuh. Tidak kurang di kalangan anggota parti-parti pembangkang dan aktivis yang menyindir, konon saya sudah melupakan Anwar dan idealisme perjuangan.
Pengalaman melawan Dr Mahathir menjadikan ejekan, cemuhan dan sindiran sebegitu tak termakan di dada saya. Namun apakah luka di dada dan persoalan peribadi lebih mustahak ketimbang kemelut bangsa di era Najib ini?
Najib dan agen-agennya cuba menggunakan sejarah perseteruan Dr Mahathir-Anwar sebagai jampi agar tidak wujud satu kesatuan pembangkang yang kuat. Tatkala Umno-BN lemah dan hanya memperolehi 49 peratus undi popular, strategi terakhir Najib adalah dengan memecah-belah dan memporak-perandakan pembangkang. Berapa pun harganya, pasti dibayar.
Mustahak bagi Umno untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai watak penjahat sepanjang zaman dan musuh negara – enemy of the state. Di situ mahu dialih realiti seolah-olah yang berkuasa dan masih menjadi PM adalah Dr Mahathir. Padahal Najib.
Sepatutnya kita perlu belajar dari mantan presiden Indonesia, Gus Dur. Selepas presiden kedua Indoensia, Seoharto digulingkan, dan apabila ditanya siapakah musuh politik di dalam hidupnya, Gus Dur menjawab “Pak Harto”. Kata-katanya tidak terhenti di situ. Sambungnya lagi, “itu pun telah saya maafkan.”
Melawan orang yang sudah tidak punya kuasa adalah tindakan bacul. 
Ada di antara mereka yang berterusan mahu menimbulkan syak atau memusuhi Dr Mahathir, hanyalah tersorok ketika maraknya perjuangan Reformasi dahulu. Segelintirnya tak timbul sama sekali pun.
Alangkah keanak-anakan apabila penentang Dr Mahathir menentang dia kerana batang tubuh Dr Mahathir. Di sinilah mereka sebenarnya telah menjadi “mahathirisme” dalam pengertian yang mereka lawan itu sendiri.
Kita boleh faham mengapa Dr Mahathir begitu keras ketika berkuasa kerana tak lain mahu mempertahankan kuasa. Tetapi kita sukar untuk faham apa tujuannya orang yang tak ada kuasa itu tetapi keras menentang Dr Mahathir yang juga tiada kuasa itu? Apa yang mahu dipertahankan?
Lainlah kalau segelitir dua itu memang mahu membela Najib yang sedang berkuasa dengan menjadikan Dr Mahathir sebagai alasan untuk tidak bersama dalam gabungan parti-parti pembangkang yang menentang Najib. Dan, jangan-jangan golongan ini tidak pernah dan tidak akan membela Anwar barang sedetik pun. Dulu dan kini.
Ibarat Nazri yang baru tersedar bahawa dia tak perlu debat untuk mempertahankan Najib; samalah tak perlu masuk Umno untuk mempertahankan Umno; tidak perlu jadi pencuri untuk mempertahankan si pencuri; tak perlu bersama penjahat untuk mempertahankan kejahatan. Bukankah semudah itu sahaja?
HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Sindiran Ayahanda Tun.

Dalam catatan, Tun Mahathir turut mengakui dirinya seorang diktator selama mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Bagaimanapun, beliau memberikan jawapan secara sinis dan penuh dengan sindiran.

“Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada saya. Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.

“Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet agak dungu dan saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya mengangguk dan berkata ‘ya’,”katanya.

Tun Mahathir yang merupakan perdana menteri Malaysia yang keempat turut membandingkan dirinya dengan beberapa diktator-diktator lain di dunia.

“Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.
“Misterinya, bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator,”ujarnya dengan sinis.


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau seorang ‘diktator’ semasa era pemerintahannya 22 tahun lalu dan menegaskan bahawa beliau berasa bersalah kerana menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kongres “Selamatkan Malaysia” di sini pada Ahad memetik sumber Mstar online.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa tidak kira siapa yang bakal menggantikan Najib, mereka akan mengetahui apa yang berlaku jika mereka menyalahgunakan kuasa.

“Mereka boleh melakukan apa yang saya lakukan, saya juga seorang diktator sebelum ini, tetapi ia tidak mengapa. Rakyat tidak mengadakan demonstrasi seperti ini terhadap saya sebelum ini,” katanya.

Tambah Mahathir lagi,beliau tidak bersalah sepenuhnya di atas kerosakan yang dilakukan kepimpinan pada hari ini.

Katanya lagi, kesilapan bermula apabila Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak mencadangkan beliau kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn sebagai pengganti.

“Kesilapan bermula dengan Tun Razak mencadangkan saya kepada Tun Hussein dan kemudian Tun Hussein memilih saya sebagai timbalannya. Dan saya dilantik sebagai perdana menteri.

“Sebagai seorang perdana menteri, saya harus memilih timbalan saya. Ia adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) diikuti Tun Abdullah Badawi.

“Saya bertanggungjawab kerana meminta Tun Abdullah melantik Najib, jadi bukan sahaja saya. Banyak individu terlibat dalam memilih beliau. Jadi ia kesilapan saya dan juga orang lain,” katanya.

“Ya saya pemimpin diktator, tetapi rakyat tidak berdemontrasi mendesak saya berundur seperti yang berlaku kepada Najib (Datuk Seri Najib Razak),” akui bekas Perdana Menteri yang memerintah negara ini selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Negarawan itu mengakui, biarpun beliau seorang pemimpin diktator, namun pemerintahannya adalah lebih baik berbanding Najib yang menghadapi tentangan rakyat kerana lemah memerintah negara sehingga didesak berundur. Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sejak 1981 menggantikan Tun Abdul Razak sebelum bersara pada 2003. 
Bercakap kepada media selepas menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, Dr Mahathir menjelaskan gerakan itu tidak menamakan siapa bakal Perdana Menteri kerana tujuan utama adalah menyingkirkan Najib. Beliau berkata, UMNO yang mempunyai kerusi majoriti berkuasa melantik Perdana Menteri baharu tetapi tidak semesti memilih Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika Najib berjaya disingkirkan. 
Katanya, Najib perlu disingkirkan kerana beliau merupakan penghalang kepada reformasi pentadbiran dan sistem di negara ini. Beliau berkata, Najib telah menyalahguna kuasanya untuk menghalang siasatan dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan skandal 1MDB. - fmt 
Tun Dr Mahathir pernah ditanya wartawan mengenai kontrak Petronas yang diberi kepada Sapura Kenchana dimana anaknya merupakan Naib Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan dengan nada penuh menyindir, beliau menjawab :

"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

Perlian itu membuat wartawan pembangkang itu diam. Yang mana yang lain ketawa dengan sindiran itu. Sindiran itu penuh tajam dan beliau menjawab dengan cukup sopan.

Oklah. Secara logiknya, Mokhzani merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir. Jadi, logik atau tidak, kalau syarikat SK mohon kontrak dengan Petronas, maka Petronas akan beri kepada Mokhzani? Ya. Itulah logik akalnya.

Tapi, saya lebih suka melihat skop kepakaran syarikat Sapura Kechana atau dahulunya dikenali sebagai Kenchana Petroleum sebelum gabungan itu.

Mokhzani bermula dalam perniagaan daripada bawah, pernah hampir bankrap dan bangkit semula. Tetapi, Mokhzani (Dato') mempunyai sikap seperti bapanya, Dr Mahathir Mohamad. Seorang yang cukup tegas dan kuat semangat.

SK (Sapura Kenchana) bermula dari sebuah tempat membuat kapal biasa sehingga menjadi syarikat pembuat platform minyak (all in one) pertama di Asia Tenggara. Bermula dengan keluasan yang sangat minima hari ini boleh membina kapal sehingga banggunan beberapa tingkat. Kapal yang digunakan untuk mengangkut minyak yang belum pun ada orang yang berjaya melakukannya di negara ini.

Hari ini, untuk pengetahuan, kebanyaknan pekerjanya adalah anak-anak Melayu dari Giat Mara dan institut kemahiran yang lain. Konsep Mahathir mudah, dia cipta seorang jutawan maka jutawan itu akan lahirkan lagi banyak jutawan.

Yang saya tahu, dia berjaya hari ni kerana usaha beliau sendiri termasuk semua anak-anaknya. Tetapi, dah kalau BIN MAHATHIR, secara automatik bayang-bayang ayahanda mereka tetap terpalit walau sedikit.

Jangan fikirkan kroni orang lain saudara. Saudara kalau ada kawan kerja kat mana-mana pun mintak tolong dengan kawan itu kan? Itu pun kroni jugak. Itu parti anak-beranak... apa nama tu... fikirlah sendiri.
...


Foto Kelab Che Det.

Dr Mahathir ‘harimau tua' nyanyuk yang perlu bersara

Tun Dr Mahathir Mohamad diibaratkan sebagai seekor 'harimau tua' yang digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata bekas perdana menteri sepatutnya bersara sepenuhnya kerana rakyat tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.

"Dulu ada 'harimau Asia' bernama Dr Mahathir yang digeruni semua orang, malah beliau sendiri mengakui dirinya seorang diktator sepanjang memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.

"Harimau itu kini sudah tua sampai beliau suka sangat (pemimpin supremo DAP) Lim Kit Siang sehingga sanggup menerima individu yang dianggap sebagai pemimpin pembangkang untuk diangkat menjadi timbalan perdana menteri.

"Ini adalah agenda supaya anaknya, (Datuk Seri) Mukhriz boleh menjadi perdana Menteri, selain sanggup bersekongkol dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan berjabat tangan dengannya sehingga menimbulkan tanda tanya adakah beliau sanggup menerima seorang pelaku homoseksual sebagai pemimpin Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media. 

Menurut Tengku Sariffuddin ini berbeza dengan tindakan sebelum ini yang memasukkan timbalan perdana menterinya Anwar ke dalam penjara atas alasan negara tidak boleh mempunyai perdana menteri yang homoseksual. Manakala, Dr Mahathir katanya, pernah memberi amaran bahawa Lim adalah ancaman kepada Melayu dan juga dipenjarakan.

HARIMAU TUA - Stratigy, Taring atau matanya yang menggerunkan?

Setiausaha Akhbar Najib itu berkata, sehingga kini pelbagai dakwaan dangkal dilemparkan Dr Mahathir, termasuk cubaan menjatuhkan imej negara demi kepentingan peribadi dengan mengatakan Malaysia adalah antara 10 negara paling korup di dunia.

Bagaimanapun, katanya, hakikatnya adalah senarai terkini Transparency International, menunjukkan Malaysia adalah negara ke-55 yang paling tidak korup di dunia.

“Jelas, sama ada Mahathir berbohong ataupun dia tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan.
“Jika bukan begitu, mengapa dia kata Malaysia adalah antara 10 negara yang paling korup sedangkan Malaysia tersenarai antara satu pertiga daripada negara paling tidak korup di dunia?
“Realitinya, rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayai apa-apa sahaja kata-kata U-turn Dr Mahathir,” katanya.

Beliau berkata, ini sekali gus menimbulkan persoalan Dr Mahathir sekadar berbohong atau tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan.
Malah katanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga mempersoalkan Dr Mahathir.

"Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini memberi gambaran mengenai Dr Mahathir yang dulu mengatakan pembangkang adalah musuh tetapi kini dia boleh duduk semeja dengan mereka dan menjadi rakan karib.
“Dulu dia kata media Barat gemar mereka cerita, Kini dia kata apa yang dilaporkan media Barat adalah fakta.

“Dulu dia mengkritik Melayu mudah lupa tetapi kini dia sendiri yang pelupa. Jika dia bukan pelupa, mungkin dia nyanyuk sedikit,”

Bekas Pegawai Khas Mukhriz Mohon Permit Debat

Foto Mohd Farizan Flp.

Bekas pegawai khas politik kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menyerahkan borang bagi memohon permit untuk berdebat dengan bekas majikannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Haris Che Mat ditemani seorang rakannya menyerahkan borang tersebut di bahagian pengurusan pentadbiran IPD itu pada 2.30 petang ini.

"Dalam permohonan itu saya telah memaklumkan pada Sabtu ini (8 April) debat akan diadakan. Saya serah borang hari ini sebab saya baru pulih dari rawatan batu karang.

"Saya juga cadangkan lagi satu tarikh iaitu pada 15 April kerana mengikut peraturan pihak penganjur hendaklah membuat permohonan (permit) kepada pegawai polis daerah dalam masa 10 hari sebelum program bermula," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Pada 23 Mac lalu, Haris mencabar bekas majikannya yang kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berdebat mengenai punca kekayaan dimilikinya yang didakwa mencecah berbilion ringgit. - Bernama.

Kerana Polis, Najib Tidak Dapat Bersihkan Namanya.

SHAH ALAM - Pembatalan sesi dialog di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz oleh pihak polis didakwa menyebabkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tercalar.

Mahathir berkata, dialog yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini merupakan peluang terbaik Najib membersihkan namanya namun tidak dapat dilakukan.

"Saya kecewa kerana wacana 'Nothing to Hide' dahulu pun polis buat kacau.
"IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar) bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat bersih dirinya dari tuduhan tak berasas," dakwanya dalam entri terbaharu di blognya, chedet.com.

Mengulas perkara sama, Mahathir turut bersetuju dengan kenyataan Nazri yang mendakwa bahawa Malaysia sudah menjadi sebuah 'Police State".

"Ya benar. Benang-benang halus yang menggerakkan bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak ada.  "Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian sebagai penganjur kepada dialog Mahathir dan Nazri Aziz, mengumumkan pembatalan program terbabit yang dijadualkan pada 7 April susulan pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pembatalan ini dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Menurutnya, surat itu memaklumkan pembatalan permit yang dikeluarkan kepada mereka sebelum ini.

oleh Dr Mahathir M

1. Sementara Menteri-Menteri dan Najib sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, polis daerah pandai-pandai menyekat.

2. Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku, ada protes dari rakyat dan bermacam lagi.

3. Semua ini kerenah polis. IGP pun tidak ada halangan. Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan ialah pegawai daerah polis (OCPD).

4. Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat.
Bukankah YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan. Bahkan dia sokong debat diadakan. Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh pegawai rendah polis. Ia tak beri atau tarik balik kelulusan.

5. Kerajaan, Menteri-Menteri dan Najib begitu demokratik, hendak beri kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Tetapi polis ganggu. Jahat sungguhlah polis.

6. IGP pula tidak bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.

7. Mujurlah Menteri Kewangan 2, Abdul Ghani mencadang supaya debat diadakan di hotel. Demikianlah minat Kerajaan untuk melihat debat diadakan.

8. Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salah Kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan. Jangan salah Nazri pun kerana Menteri Kerajaan ini menawar Antartica dan penguins yang penyokong saya tidak mampu pergi. Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.

9. Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau. Najib hilang peluang untuk mencerita bagaimana kawan Arabnya memberi kepadanya hanya USD681 million (2.6 billion Ringgit diwaktu itu) dan membisik bahawa ia patut masuk dalam akaun peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.

10. Kerana bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat bersih dirinya dari tuduhan tak berasas.

11. Kata Nazri Malaysia sudah jadi “Polis State”. Ya benar. Benang-benang halus yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak ada.

12. Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Artikel ini pertama kali dimuat naik di blog beliau chedet.cc dan ulangsiar di sini dengan sedikit ubah suai bagi mengelak kekeliruan manakala petikan dari artikel ini turut disiarkan portal Sinar Online.
 


Lapan Tahun Derita Di Bawah Najib


A Kadir Jasin


TUESDAY, APRIL 04, 2017



SEMALAM, 3 April lapan tahun lalu, saya adalah antara rakyat jelata Malaysia yang berasa lega - lega dan bersyukur tapi tidak sampai tahap gembira.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Lega dan bersyukur kerana telah menang dan "hadiahnya" adalah Mohd Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Saya adalah antara orang yang secara terang dan terbuka berkempen tamatkan pemerintahan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang telah dilarikan (hijacked) oleh budak-budak tingkat empat.

(Anak, bakal menantu kemudian jadi menantu, seorang usahawan Cina, seorang wartawan dan beberapa orang budak Oxbridge.)

Hari ini saya dukacita dan berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib kerana ia juga telah dilarikan.

Malahan berkali-kali ganda lebih teruk daripada kerajaan Abdullah. Kerajaan Najib dilarikan oleh anak-bini, Cina Jho Low, anak tiri pembikin filem separa lucah (Raza Shahriz Abdul Aziz), Arab misteri, ketua-ketua Umno makan dedak, ketua-ketua Barisan Nasional yang oportunis dan berpuluh-puluh penasihat yang memusnahkan.

Kerajaan Najib yang menjual harta negara, menjadi boneka negara China dan “poodle” Singapura. Kerajaan yang membawa berbagai bencana, bala dan musibah kepada negara dan rakyat jelata.

Skandal 1MDB, SRC International, FGV dan Felda, beban GST, nilai ringgit yang merudum, kos sara hidup yang melambung, MH370 yang hilang lesap, MH17 yang ditembak jatuh, banjir besar, hospital terbakar dan senarainya berterusan.

Pastinya ini bukanlah contoh sebuah kerajaan dan negara yang diberkati, diredhai dan sejahtera.

Tidak ada hadiah ulang tahun untuk Najib tetapi kutukan. Buat apa kita berikan hadiah kepada beliau. Media massa arus perdana milik beliau pun nampaknya tidak meraikan ulang tahun pemerintahan beliau.

Cuma kutukan saya lebih santun daripada kutukan beliau. Najib pernah panggil peneroka Felda yang tidak sokong Umno/BN “haram jadah” dan blogger Umno yang bercakaran “bangang”.

Saya panggil dia “haram zada”. Haram daripada bahasa Arab (حرام) dan zada daripada bahasa Parsi yang bererti anak. Haram zada adalah istilah bahasa Hindustan.

Saya kata “haram zada” kerana dia baru saja cipta satu lagi rekod peribadi – personal best - yang menyusahkan rakyat jelata iaitu kadar inflasi paling tinggi dalam masa lapan tahun.

Lapan tahun Najib perintah negara inilah hadiah beliau kepada kita – kadar inflasi paling tinggi. Melebihi 4.5 peratus.

Ini bukan rekaan saya atau khabar angin yang saya pungut di tepi jalan seperti pernah dituduh oleh budak-budak suruhan Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah apa yang Bank Negara Malaysia kata.

Lagi satu contoh sumpahan era Najib. Malaysia yang dulunya negara emas tapi di bawah sentuhan beliau ia menjadi batu. Sang Kelembai pun tak seteruk itu.

Bukan inflasi saja mencecah langit. Hutang luar negara pun sama. Bank Negara kata hutang luar negara naik kepada RM908.7 bilion (RM908,700,000,000).

Najib berikan kita racun. Eloklah kita pulangkan jadam.

Maka marilah kita buat sesuatu yang konkrit dan bersejarah demi negara dan rakyat jelata - kita nyahkan Najib-BN jauh ke Laut Khalzum.

Insya Allah.
AMUKANMELAYU - Ke EGOAN pemimpin Melayu menjahanamkan apa yang telah kita bena......dan menjahanamkan Ugama Bangsa.....