Saturday, 19 August 2017

BILA TIMUN BERASA DIRINYA DURIAN



Selepas sajak terkenalnya “Melayu Mudah Lupa”, 11 tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini penulis menyiarkan madah terbaru beliau.

Bertajuk “Budi dan bahasa”, sajak itu menyentuh pelbagai perkembangan mutakhir berkaitan dirinya, termasuk tidak disediakan kerusi untuknya dan akhirnya dibatalkan Jemputannya di acara Rasmi Istana Negara dan bagaimana “duit menjadi raja”.

Perdana menteri keempat itu juga, dalam bahasa lembut, menyindir keras golongan yang disifatkannya sebagai penerima “dedak.

“Kutiplah kamu dedak dan serdak
Itu sahaja yang tertinggal bagimu
Tertutup mata, mulut dan pekak,
Tersumbat hidung, matilah kamu.”

Berikut karya penuh Mahathir:


BUDI DAN BAHASA

Budi bahasa budaya kita
Slogan mendesak di mana-mana sahaja
Jangan lupa budaya bangsa
Ulangi di mulut mencukupilah juga.


Kita diingat jangan lupa
Budaya silam warisan kita
Tetapi jika tersalah apa-apa
Rentap kursi balik tidak mengapa.


Budi bahasa budaya Melayu
Sering bertukar mengikut masa
Jika tersilap jangan malu
Budi bahasa perkara lama.


Kesipuan jangan dibiar berlaku
Tiada kursi alasan mencukupi
Kurang santapan diganti muruku
Bangsa tersungkur takdir disalahi.


Budi bahasa slogan negara
Bersopan santun pakaian disedia
Selempang kanan jangan dikirikan
Jangan guna tangan kiri waktu makan.


Budaya bangsa budi dikenang
Itulah adat Melayu lama
Setelah naik tangga ditendang
Kalau nak turun terjun sahaja.


Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu
Atau berbangsa lainkah kamu
Hilang adat hilang malu
Duit disembah raja baharu.


Lanun sudah menjadi raja
Bukan jenayah bila mencuri
Bintang di langit dipasang di dada
Rakyat menyembah duit yang diberi.


Batu putih bertuan baru
LKY menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
duduk mengalir air mata.


Menangislah kamu wahai Melayu
Negara dijual kerana duit itu raja
Sembahlah kamu raja baharu
Itulah peranan hamba raja.


Tangisan tidak membawa ke mana-mana
Setelah negara dimiliki orang
Junjunglah penjual negara yang kaya
Mungkin sekupang dua tercicir di belakang.


Kutiplah kamu dedak dan serdak
Itu sahaja yang tertinggal bagimu
Tertutup mata, mulut dan pekak,
Tersumbat hidung, matilah kamu.


Menangis meratap penjunjung jenazah
Kenapakah dedak disumbat hidung
Baunya sedap menolak payah
Akhirnya maut diangkat perusung.


Wahai bangsaku bijak bestari
Tak fahamkah kamu kesannya tenggelam
Tidak bernyawa bermakna mati
Berakhirlah sudah cerita silam.


Salam semua, saja penulisan kali ini dimulakan dengan sajak Tun M. Nampaknya, puisi Orang Tua Baling Gelas Tak Pecah ni, makin hari makin berbisa. Rupanya depa dah duk rancang....nak BALING orang tua ni. Tapi orang tua ni tak heran pun.....ya la...apa nak heran...selipar jer pun....apa la nak heran. 

Tapi apa yang nak habaq kat sini. Jagalah BUDI BAHASA. Kerana yang itu akan mengaitkan dengan Orang Tua kita. "KURANG AJAQ" hanya dua perkataan saja yang akan membuatkan kita "Merah Telinga". Sudah tentu wajah kedua orang tua kita akan terbayang dimata. 

Semalam di Kelantan. 

BAKAL PEMIMPIN MELAYU

Nak jadi pemimpin tapi buat homework pun malas, sejarah sebenar mamali, pejuang UMNO. sejarah UMNO, sejarah Melayu dan sejarah UMNO BARU pun haram tak tahu, kualiti pemimpin beginilah yang merosakkan UMNO,,

KHAIRUL Azwan Harun (tiga kiri) bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohd Fatmi Che Salleh (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian perwakilan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu di Dewan Emaslink, Hotel Emaslink Pacific, Kota Bharu.- Foto Nik Abdullah Nik Omar



Wan Bro.....hang cakap apa ni.....masa orang tua tu duk tulis notis dan tampal di merata dinding rumah semasa dalam PEKEMBAR, bukan kata hang.....ramai lagi Pemimpin UMNO yg belum lahir.....

Masa depa tubuh UMNO.....hang tak tau duk tang mana lagi.....masa UMNO kena haram hang duk beringuih lagi.....

Ni UMNO la ni adalah UMNO Baru.....hang tau sapa yang tubuhkannya?
Kalu di ibaratkan rumah.....hangpa la ni duk dalam rumah yang Orang Tua baling gelas tak pecah tu buat dan dia merajuk.....

Bukan hangpa nak pujuk.....hangpa halau lagi orang tua tu......hangpa ni orang jenis apa ha?....

Aku bukan ahli mana2 parti....tp aku orang Melayu ..... kalu takdak sebab apapun bersatulah kerana ugama.....

Tun M musuh utama orang Melayu
KOTA BHARU: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai musuh utama Melayu yang berusaha menghapuskan UMNO.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO tidak boleh silap menyasarkan musuh dalam peperangan politik.

"Hari ini, dalam konteks peperangan, kena lihat siapa musuh kita. Musuh orang Melayu dan sedang berusaha untuk hapuskan parti keramat tidak lain tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir.

"Saya terus nyatakan nama beliau kerana tidak mahu jentera kita salah sasaran kerana setiap ungkapan beliau (Dr Mahathir) adalah untuk menghancurkan UMNO," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sifat tamak dan ego Dr Mahathir menyebabkan beliau lupa akan perjuangan UMNO.

"Sepanjang 22 tahun Dr Mahathir memerintah, UMNO terpaksa 'menghalalkan' apa sahaja tindakan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO ketika itu selain kesetiaan.

"Suatu masa dahulu, dialah presiden kita, bahkan tindakannya memecat timbalannya ketika itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita tetap membenarkan tindakannya.

"Tapi lihat apa yang dibuatnya sekarang. Beliau ingin rosakkan perjuangan UMNO, fitnah macam-macam kepada Datuk Seri Najib Razak sehingga ada yang percaya kepada pembohongan itu," katanya.

Justeru, Khairul Azwan menggesa ahli UMNO bangkit demi mempertahankan wadah perjuangan parti itu, sekaligus menentang anasir yang dibawa Dr Mahathir.

Cybertrooper

“4,529 Cybertrooper cuba godam page kami” – TMJ


“Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak. Posted on 18/08/2017

Hari ini ‘panas’ dengan kritikan pedas Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Ibdillah Ishak, Ahli Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Media Sosial sayap itu.

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.” antara sebahagian catatan TMJ di Facebook hari ini.

Selepas 3 jam tulisan itu disiarkan TMJ berkata seramai 4,529 cybertrooper yang cuba menggodam page JOHOR Southern Tigers.



TMJ BIDAS 'CYBERTROOPERS' UMNO, SELAR MELAYU 'BUSUK HATI'

Presiden FAM berkata ketiadaannya bagi menunjukkan sokongan kepada skuad bola sepak Sukan SEA tidak perlu dijadikan isu oleh mereka yang 'busuk hati'.

PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.

“Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.

TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan
Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam Mei lepas.

Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”

Walaupun tidak menyebut Khairy secara khusus, TMJ berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan ahli politik seperti menteri sukan itu.

Menurutnya, tidak seperti sesetengah orang yang “hanya tunjukkan muka di stadium”, beliau tidak mempunyai kepentingan politik.

“Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan,” kata TMJ, sambil menyentuh dana RM4 juta yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.

Menurutnya, beliau tidak berniat mengungkit sumbangan ayahnya.

Sebaliknya, TMJ berkata beliau bukan ahli politik yang cuba meraih populariti, sambil mempersoalkan sumbangan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika FAM bergelut dengan masalah kewangan.

“Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami,” tambahnya merujuk seorang pegawai kanan kementerian itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM100 juta tahun lalu.

TMJ turut membidas sikap “busuk hati” sesetengah orang Melayu yang menurutnya lebih banyak menghina raja-raja Melayu “jika dibandingkan dengan India atau Cina”.

“Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari raja-raja mereka,” kata TMJ dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.

Mengenai ketiadaannya ketika pasukan Malaysia menentang Brunei dan Singapura baru-baru ini, TMJ berkata ia kerana beliau bercuti di luar negara.

“Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan,” katany
a.

Cybertrooper

TMJ bidas ‘cybertroopers’ Umno, selar Melayu ‘busuk hati’
 
 August 18, 2017

Presiden FAM berkata ketiadaannya bagi menunjukkan sokongan kepada skuad bola sepak Sukan SEA tidak perlu dijadikan isu oleh mereka yang 'busuk hati'.

TMJ

PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.

“Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.

TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam Mei lepas.

Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini.

“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”

Walaupun tidak menyebut Khairy secara khusus, TMJ berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan ahli politik seperti menteri sukan itu.

Menurutnya, tidak seperti sesetengah orang yang “hanya tunjukkan muka di stadium”, beliau tidak mempunyai kepentingan politik.

“Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan,” kata TMJ, sambil menyentuh dana RM4 juta yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.

Menurutnya, beliau tidak berniat mengungkit sumbangan ayahnya.

Sebaliknya, TMJ berkata beliau bukan ahli politik yang cuba meraih populariti, sambil mempersoalkan sumbangan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika FAM bergelut dengan masalah kewangan.

“Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami,” tambahnya merujuk seorang pegawai kanan kementerian itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM100 juta tahun lalu.

TMJ turut membidas sikap “busuk hati” sesetengah orang Melayu yang menurutnya lebih banyak menghina raja-raja Melayu “jika dibandingkan dengan India atau Cina”.

“Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari raja-raja mereka,” kata TMJ dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.

Mengenai ketiadaannya ketika pasukan Malaysia menentang Brunei dan Singapura baru-baru ini, TMJ berkata ia kerana beliau bercuti di luar negara.

“Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan,” katanya.


Penganalisis: Umno Johor terkesan jika tidak mohon maaf kepada TMJ
 
 | August 18, 2017 
 
Awang Azman berkata pasti tidak baik untuk Umno jika isu ini diperbesar-besarkan. 

Awang-Pawi-tmj-umno


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata Umno Johor akan terkesan jika individu Umno yang menjadi sasaran teguran Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memohon maaf diatas perbuatan mereka.

Prof Madya Awang Azman Awang Pawi di Universiti Malaya berkata parti Umno mesti berlapang dada dan tidak menganggap teguran sebagai cubaan menjatuhkan pemimpin Umno tertentu, kerana pandangan TMJ “mengatasi kepentingan politik”.

“Ia lebih bersifat teguran kepada sesetengah pemimpin politik Umno yang cepat melatah,” kata Awang Azman ketika dihubungi FMT.

“Sekiranya pihak dimaksudkan oleh TMJ tidak memberikan perhatian serius dalam apa yang diperkatakan TMJ, dan tidak memohon maaf, ia bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada sukan negara, malah kepada pihak Umno Johor, lebih-lebih lagi nama disebut oleh TMJ.”

Awang Azman menambah isu ini sekiranya diperbesar-besarkan pasti tidak baik untuk Umno dan perkembangan sukan negara.

TMJ hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.

“Kepada Encik Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.

TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, Mei lepas.
Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.

“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini. “Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”

Awang Azman bagaimanapun berkata teguran TMJ itu tidak perlu disalahtafsir sebagai ketidakselesaan pihak TMJ dengan Umno.

Ini kerana pihak Istana Johor juga pernah menegur pemimpin politik lain, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini bermakna pihak istana Johor cuba bersifat neutral dan objektif,” kata Awang Azman.

“Suara TMJ mewakili suara majoriti rakyat namun mereka hanya mendiamkan diri kerana bimbang dianggap cuba bermusuh dengan parti politik tertentu.”



AMUKANMelayu - Bolehkah kedua-dua PEMIMPIN PEMUDA UMNO ni menjadi PENGGANTI kepada pemimpin UMNO yang ada sekarang ni?