Wednesday, 23 August 2017

RCI - AIRMATA MEMALI MASIH BERLINANG





RCI

Jerat yang di pasang....pelanduk yang lupa ...

Buat RCI tu bukan untuk apa. Cuma supaya nampak yang Dr Mahathir yang mereka geruni itu macam bersalah lah. Dr Mahathir itu relax saja. Pada dia, buat le apa kamu nak buat. Kamu ada kuasa. Lagipun Dr Mahathir itu sudah beritahu rakyat, khususnya golongan muda, bahawa dia cuma nak tunjukkan pada mereka apa yang sedang berlaku dinegara kita ini.

Beliau sudah tua. Perjuangannya cuma untuk beritahu golongan yang lebih muda saja. Yang selebihnya kita kena buat sendiri lah. Nampaknya sudah ramai yang menyahut panggilan Dr Mahathir itu untuk bangun memperbetulkan keadaan. Kemana dia dan pakatan pembangkang itu berceramah, ramai orang yang datang.

Yang datang itu pula orang tempatan. Tiada jamuan makan, air mineral free pun tak ada, tiada pengangkutan percuma, tiada cabutan bertuah, goodies bag atau duit poket. Dah beribu mukasurat akhbar memburukan Dr Mahathir. Berita TV3 itu dah macam berita khusus untuk Dr Mahathir saja. Jika ada gempabumi kuat di Kuala Lumpur pun mungkin jadi bahan kedua saja.

Tapi tetap orang ramai datang ke ceramah pakatan pembangkang itu. Jika saja datang nak dengar buat apa buang masa. Baik dengar ceramah UMNO. Dapat minyak masak sebotol.
Tapi tetap ramai yang datang. Jadi.... buat lah RCI apa pun atas Dr Mahathir itu. For many, this is no longer about him. It is about the future of this beloved nation.

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR JIKA IANYA TIADA EVIDEN?

Tuesday, 22 August 2017

# RCI MEMALI.... AYAM AKAN TERLEPAS JUSTERU TANGAN AKAN BERBAU TAHI

Dua bekas Ketua Polis Negara akhirnya bersuara mengenai ura-ura kerajaan, dan kemudian disokong oleh Pas untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI berhubung tragedi Memali.

Tun Hanif Omar melontarkan tiga persoalan berhubung hasrat menubuhkan RCI Memali itu - apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tidak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab berkaitan tragedi tersebut?

Selain mungkin kerana kertas putih peristiwa Memali sudah pun dibentangkan di Parlimen pada 26 Februari 1986 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Hanif juga mengingatkan bahawa setiap RCI akan mempunyai kos tersendiri yang akan ditanggung oleh rakyat.
 
Add caption
 
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor pula mengingatkan RCI Memali, jika ditubuhkan, hanya akan mendedahkan peranan Presiden Pas, Hadi Awang dalam peristiwa berdarah itu.

Kata beliau, Amanat Hadi tidak dapat dielakkan adalah memainkan peranan utama sehingga tercetusnya peristiwa Memali.

"Ada dua elemen penting dalam Amanat Hadi. Pertama, dia kata orang-orang Islam tidak perlu menjadi Kristian, Yahudi atau Nasrani untuk menjadi kafir, sebaliknya cukup dengan mengamalkan politik suku dan agama suku.

"Kedua, Hadi juga kata perjuangan yang mereka lakukan adalah jihad dan sekiranya terkorban dalam perjuangan, mati mereka adalah syahid," ujar Rahim lagi.

Sekarang macam mana?
 
 
 
Setelah membaca kenyataan Tun Hanif, masihkah UMNO, terutamanya Zahid Hamidi yang ternampak galak membangkitkan isu itu yang dilihat satu lagi cubaan meletakkan kesalahan sesuatu peristiwa kepada Tun Mahathir Mohamad, mahu meneruskan hasrat menubuhkan hasrat RCI berkaitan Memali itu?

Mahu tidak mahu, beliau kini patut berasa malu terhadap dirinya sendiri kerana tidak dinafikan bahawa kenyataan Tun Hanif adalah pukulan paling pedih terhadap kewibawaannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Add caption
Apa lagi yang mahu dicari, apa yang masih tak puas hati dan apakah perkara penting yang belum terjawab sehingga kini?

Sediakah Zahid Hamidi faham dan hadam betul-betul tiga pertanyaan Tun Hanif itu?

Berikutan peringatan Rahim Nor pula, apakah Pas, khususnya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Takiyuddin Hassan, masih lagi kekal dengan pendirian mahu menyokong penubuhan RCI berkenaan?

Sama seperti Zahid Hamidi yang patut malu dengan kenyataan Tun Hanif, Tuan Ibrahim dan Takiyuddin juga sewajarnya merasa malu sama kerana bacaan politik mereka rupa-rupanya tidaklah lebih cerdik berbanding Rahim Nor.

Kecuali kiranya Tuan Ibrahim dan Takiyuddin memang bertujuan untuk memalukan Hadi, sediakah mereka melihat Presiden Pas itu dipersalahkan jika RCI Memali ditubuhkan nanti? (ShahbudinHusin 22/08/2017).

Hendak siasat apa lagi pasal Memali, tanya Hanif Omar



Hendak siasat apa lagi pasal Memali, tanya Hanif Omar
Bekas ketua polis negara, Mohammed Hanif Omar turut mempersoalkan maklumat apa lagi yang mahu dicari dalam tragedi menyebabkan 4 anggota polis dan 14 orang awam terbunuh pada 19 November, 1985. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2017.
BEKAS pemimpin tertinggi pasukan polis mempersoalkan apa perlunya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa berdarah Memali yang berlaku 32 tahun lalu.

Bekas ketua polis negara, Mohammed Hanif Omar turut mempersoalkan maklumat apa lagi yang mahu dicari dalam tragedi menyebabkan 4 anggota polis dan 14 orang awam terbunuh pada 19 November, 1985.

“Apakah sebabnya mereka masih tidak puas hati?” soal Hanif kepada The Malaysian Insight ketika diminta mengulas kesediaan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali.

“Apakah perkara penting yang masih belum terjawab?”

Hanif turut mengingatkan penubuhan RCI akan melibatkan kos yang tinggi.

“RCI bukan percuma, ada kosnya kepada rakyat,” katanya.

Hanif adalah ketua polis negara semasa peristiwa Memali berlaku, dan merupakan ketua polis negara paling lama berkhidmat antara 1974-1994. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tragedi Memali kerana tidak berada di Malaysia pada ketika itu.
Ketika peristiwa berdarah Memali berlaku pada 1985, Hanif sedang bercuti kerana menyambung pengajian selama dua tahun di United Kingdom.

Jawatannya ketika itu dipangku Mohamed Amin Osman dari 1983 hingga penghujung Disember 1985. Kerajaan membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di bertarikh 26 Februari 1986 yang ditandatangani menteri dalam negeri ketika itu, Musa Hitam kepada Parlimen. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hujung minggu lalu Putrajaya bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali.

Kenyataan itu dialu-alukan PAS yang mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa membela nasib mangsa Memali. Bagaimanapun seorang lagi bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor berkata tindakan kerajaan menubuhkan RCI hanya akan mendedahkan peranan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai punca berlakunya tragedi berdarah Memali.

Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Hadi".

Amanat Hadi merupakan petikan ucapan presiden PAS itu dalam ceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dipegang ahli parti Islam itu di seluruh negara pada ketika itu. Ucapan itu dianggap titik penting dalam politik Melayu pada dekad 1980-an yang menyaksikan perpecahan terburuk mereka sehingga melibatkan tuduhan kafir-mengkafir, sembahyang dua imam dan pulau-memulau dalam kegiatan masyarakat termasuk urusan jenazah.

Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Hadi mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir Mohamad berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin. Dr Mahathir, perdana menteri semasa peristiwa Memali, kini mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Hadi pula, selepas membawa PAS memutuskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang, kini dilihat senada dengan Umno dalam banyak perkara menuju Pilihan Raya Umum ke-14. – 22 Ogos, 2017.



RCI.MEMALI: AMANAT HADI PUNCA TERCETUS MEMALI... RAHIM NOR

SIASATAN oleh Suruhanjaya Diraja (RCI) terhadap peristiwa Memali yang berlaku 32 tahun lalu hanya akan mendedahkan peranan presiden PAS sebagai punca tragedi berdarah itu, kata bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor.

Rahim menarik perhatian kepada ucapan Hadi dalam sebuah ceramah pada 1981 yang mempengaruhi Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sehingga terjebak melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Ucapan itu terkenal dengan gelaran "Amanat Haji Hadi".


Fahaman Hadi Awang tahun 1981 dahulu sama seperti fahaman ISIS dan Al Qaeda?
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku”.

Di atas adalah Amanat Haji Hadi yang diucapkan olehnya di dalam tahun 1981. Ini penting untuk mempelajari kesannya terhadap Peristiwa Memali yang berlaku di dalam tahun 1985. Tambahan pula, perkara ini patut diketahui oleh para penyokong UMNO sekarang ini, kerana kini rata-rata kita dapati mereka cuba menyalahkan kerajaan terhadap Peristiwa itu.

Bayangkan, penyokong UMNO sendiri cuba menyalahkan Tun Dr. Mahathir, perdana menteri kerajaan UMNO mengenai kejadian di dalam tahun 1986 tersebut! Walhal, sejak dari tahun 1985 hinggalah ke tahun 2015, hampir kesemua ahli politik di dalam UMNO mempertahankan UMNO di dalam peristiwa Memali ini.

Akibat Amanat Hadi Awang inilah, salah seorang ahli PAS bernama Ibrahim Mahmood, atau nama popularnya, Ibrahim Libya mati terbunuh di dalam peristiwa berdarah yang terjadi di Kedah kira-kira 32 tahun dahulu.

Cuba tanya Najib, cuba tanya Zahid Hamidi, dan cuba tanya Anwar Ibrahim. Adakah mereka pernah berucap mempertahankan kerajaan UMNO mengenai peristiwa Memali ini? Sudah tentu mereka pernah. Takkan lah sejak tahun 1985 dan selama lebih 3o tahun mereka bergelumang di dalam UMNO, mereka mahu mengaku bahawa UMNO lah yang bersalah? Tidak mungkin.

Oleh itu amat pelik tiba-tiba Zahid baru-baru ini berkata Tun Dr. Mahathir berbohong mengenai kisah Memali? Pelik bin Ajaib! Zahid terlebih makan pil bodohkah? Adakah Tun Mahathir ketika itu bukan pemimpin UMNO? Dan adakah ketika itu Zahid meletakkan jawatan kerana tidak puas hati bagaimana Musa Hitam menggepalai tragedi itu? Tidak sama sekali.

Pelik juga apabila Hadi Awang tiba-tiba terhuyung-hayang masuk gelanggang sambil mengambarkan bahawa yang bersalah adalah Tun Dr. Mahathir sebagai penyebab utama peristiwa itu. Wah, seperti orang baling batu sembunyi tangan, Hadi Awang berdegar-degar berkokok tapi tak sedar ekor bergelumang tahi. Jika bukan kerana amanatnya dan fahaman fanatiknya yang mengkafirkan UMNO, tidak mungkin kejadian berdarah itu berlaku.

Kita boleh baca kertas putih yang disediakan sendiri oleh Musa Hitam yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri. Ini penting supaya kita semua tidak terperangkap dengan dakyah palsu dan pernyataan yang berteraskan pembohongan yang cuba diterapkan oleh rejim yang tidak bertanggungjawab.

Mereka yang membawa semula isu ini seperti Musa Hitam (untuk menyelamatkan dirinya), Zahid Hamidi (untuk menunjukkan dia setia pada Najib), Hadi Awang (untuk menunjukkan dia suci dari kesalahan) dan beberapa orang macai upahan UMNO (kerana mereka miskin ilmu) sudah kehilangan isu untuk dibangkitkan.

Peristiwa ini tidak patut diungkit kerana mereka yang meninggal dunia telah pergi meninggalkan kita selama lebih 30 tahun. Seramai 4 orang anggota polis meninggal dunia kerana dibunuh pihak pelampau agama di Memali.

Kita dan seluruh dunia di masa kini sedang melawan fahaman extremis agama seperti ISIS dan Al-Qaeda, mengapa pula rejim-rejim kleptokrat kini dengan semberono mahu mempertahankan pengganas dan puak pelampau agama suatu ketika dulu? Mengapa kita memanggil mereka sebagai pengganas agama? Sama-sama kita bacakan kertas putih di bawah:


(Rujukan yang lebih jelas boleh dibaca di sini – http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf)

Kertas putih ini dibentangkan di parlimen pada bulan Februari 1986.


Kertas putih ini ditandatangani oleh Musa Hitam sendiri. Ketika itu dia adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis dan keselamatan negara.
Latarbelakang Ibrahim Mahmood dan mulanya provokasi terhadap orangramai
Proses memecahbelahkan masyarakat berjalan dengan hebat.
Ucapan Ibrahim Libya berbaur seperti ISIS di mana dia mengesyorkan jihad melawan kerajaan adalah dengan menggunakan senjata.
Kerana tidak mahu ditangkap polis di atas cubaan menghasut, Ibrahim Libya lari sembunyi semalam sebulan setengah dan masih cuba memecahbelahkan masyarakat.
Licik sekali Ibrahim Libya menunggang agama agar para pengikut melindunginya. Polis tetap cuba berlembut pada mulanya
Bapa Ibrahim Libya turut memujuk anaknya supaya menyerah diri. Tetapi para pengikut Ibrahim makin mengganas dan telah mengugut polis.
Gerakan Revolusi Islam ditubuhkan oleh Ibrahim Libya untuk melakukan keganasan dan merampas kerajaan dengan penggunaan senjata. Sama seperti gerakan ISIS.
Jampi dan azimat diberi kepada para pengikut yang kononnya akan membuatkan mereka menjadi kebal
Ibrahim Libya merancang menggunakan taktik pengganas jika dia ditangkap.
Para pengikut Ibrahim Libya membunuh 4 orang polis! Dan Ibrahim Libya tidak teragak-agak untuk menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng melindunginya.
Kegilaan Ibrahim Libya yang akan membunuh pengikutnya sendiri jika mereka menyerah diri kepada polis.


Ibrahim Libya dan orang-orangnya menyerang polis kerana tidak mahu menyerah diri untuk disiasat kerana kesalahan menghasut dan memegang fahaman extremis agama seperti ISIS dan Al Qaeda.

Apa saja versi yang anda dengar sebelum ini hanyalah versi propaganda PAS dan Hadi Awang yang cuba melarikan diri dari dipersalahkan. Melanggar undang-undang negara dan membunuh anggota polis bukannya sesuatu yang boleh dianggap mudah. Kertas putih di atas adalah versi Musa Hitam sendiri. Mana mungkin dia dan seluruh kepimpinan UMNO ketika itu dan juga sekarang boleh lari dari cerita sebenar ini. Kita percaya jika Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri terpaksa berhadapan dengan puak pengganas agama seperti ini, dia juga akan membuat keputusan yang sama seperti apa yang dibuat oleh Musa Hitam dahulu.

Kepada Hadi Awang, sila minta maaf dan menarik balik Amanat yang telah lama memporak perandakan negara ini. Jumpa lah dengan Tun Mahathir dan berbincanglah cara yang terbaik untuk memulihkan negara ini.

Sekian terima kasih.

Jawapan Pemimpin PAS

Siapa Rahim Noor hendak nasihat PAS, tanya Idris Ahmad



Siapa Rahim Noor hendak nasihat PAS, tanya Idris Ahmad
Idris Ahmad mengecam bekas ketua polis negara Rahim Noor kerana mencampuri urusan politik PAS.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2017.


PAS meminta Rahim Noor supaya tutup mulut daripada sibuk mencampuri urusan politik dan bercakap soal keselamatan negara kerana bekas ketua polis negara itu malah gagal mengawal keselamatan di balainya sendiri, kata naib presidennya Idris Ahmad.

Idris membuat kecaman itu dengan merujuk kepada insiden mata lebam Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu ditahan polis kira-kira 20 hari selepas dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno pada September 1998.

“Siapa Rahim Noor hendak membuat tuduhan awal berlakunya tragedi Memali kerana amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” kata Idris dalam satu kenyataan media petang ini.

“Saya hendak tanya pula Rahim Noor yang pukul Datuk Seri Anwar (Ibrahim) terpengaruh dengan amanat siapa? Etika kepolisan tidak berkelakuan seperti ini.”

The Malaysian Insight hari ini melaporkan peringatan Rahim kepada PAS desakan parti itu supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat semula peristiwa berdarah Memali hanya akan mengaitkan peranan Hadi sehingga mengakibatkan 18 nyawa terkorban lebih 30 tahun lalu.

Sambil menyebut Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh di Memali itu sebagai orang terpelajar dan bukan jahil agama, Idris terus mengecam Rahim: “Dia tidak pernah bertindak pukul orang sehingga cedera parah seperti yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Rahim dihukum penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas tuduhan memukul Anwar selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu pada April 2001.

Menurut Idris, Rahim sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan balai dan orang kena tuduh daripada perbuatan samseng daripada mana-mana pihak semasa beliau jadi ketua polis negara.

“Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Lebih baik Rahim Noor diam daripada bercakap soal Memali dan membuat tuduhan yang melulu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi,” katanya.

Sementara itu naib presidennya Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS berharap penubuhan RCI oleh kerajaan, sekiranya jadi, dapat memberikan keadilan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam tragedi Memali, Baling, Kedah pada November 1985.

Mohd Amar berkata PAS pernah mencadangkan penubuhan RCI itu tetapi tidak diterima oleh kerajaan, sebaliknya kerajaan hanya membentangkan Kertas Putih di Parlimen.

"Kandungan Kertas Putih itu lebih banyak menimbulkan persoalan dan tidak dapat diterima oleh PAS pada masa itu selain ia diragui," katanya.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelanta percaya RCI tiada kepentingan politik dan hanya akan menyiasat perkara yang sebenarnya berlaku dalam tragedi tersebut.

Isu RCI Memali timbul selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Ogos lalu berkata kerajaan sedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab terhadap peristiwa itu mesti dipertanggungjawabkan.

"Saya selaku Menteri Dalam Negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata dalam menegakkan undang-undang semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. – 22 Ogos, 2017.

GABRA - Nafi 'Amanat Haji Hadi' punca peristiwa Memali






KUALA LUMPUR: PAS terbuka terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali walaupun selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia terserah kepada pihak berkuasa kerana yang penting bagi PAS ialah isu itu dilihat lebih adil.

"Kita tidak menuduh sesiapa kerana kita minta ia disiasat. RCI ini badan penyiasat, bukan kita nak salahkan mana-mana pihak hatta Tun (Dr Mahathir Mohamad) sekali pun.

"Bagi PAS, kita harus berlaku adil, kalau kita perjuangkan prinsip keadilan, kita tidak perlu rasa curiga dengan RCI. Sepatutnya kita pandang RCI sebagai badan yang bertindak menegakkan prinsip keadilan," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam,

supaya RCI Memali yang dibuat selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 supaya ia tidak dijadikan bahan politik atau memancing undi oleh mana-mana pihak.

Mengenai dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, punca peristiwa itu ialah kerana pengaruh 'Amanat Haji Hadi' yang merujuk kepada ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 1981, Tuan Ibrahim menafikannya.

"Bagi saya pandangan ini tidak betul kerana kalau pengaruh amanat Hadi, mengapa ia tidak berlaku di seluruh negara dan kenapa berlaku di situ (Memali) sahaja.

"Malah apa yang berlaku, dia (Ibrahim Libya) bukan menyerang polis atau mana-mana tempat, dia hanya mempertahankan diri daripada serangan.

"Jika kata dia (Ibrahim Libya) terpengaruh (dengan amanat), kalau dia yang serang mungkin boleh kata begitu. Tetapi masalahnya polis yang serang, pasukan keselamatan yang pergi serbu, tembak dengan meriam, kereta perisai dan sebagainya.

"Dia (Ibrahim) hanya mempertahankan diri, jadi saya rasa tidak adil untuk kita buat tuduhan dia terpengaruh kerana bukan dia yang menyerang," katanya.

MEMALI : KECOH NOTHING TO HIDE 2.0

Mahathir Sendiri Punca Forum Kecoh – Haji Hadi

Posted by editor | 15 August 2017



Berikut ialah kenyataan penuh Abdul Hadi menerusi Facebook beliau sebagai mengulas kejadian mengaibkan yang menimpa Mahathir itu dalam program anjuran sayap pemuda parti ciptaannya sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

MEMALI : KECOH NOTHING TO HIDE 2.0

Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali.
PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakan.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya.

Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan.

Ketika itu Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.

PAS mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu.

Akhirnya PAS berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan UMNO pula akhirnya ramai yang masuk UMNO atau diam sahaja.

Hari ini dapat diwujudkan kerjasama PAS dan UMNO dalam perkara Islam. Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini.

Ramai kakitangan kerajaan, polis dan UMNO tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa dan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang.
Kita mengharapkan yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam. Namun ramai yang melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini.

PAS hanya menyebut pepatah Arab yang berbunyi:
ضربني وبكى , ظلمني واشتكى
“Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu”
Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti.
Apa yang terbaik adalah melaksanakan nasihat daripada Allah:
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّ‍َٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ ١١٤ هود .
“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat” (Surah Hud: Ayat 114)

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Zulkaedah 1438H / 15 Ogos 2017

"RCI Memali Jelaskan Amanat Haji Hadi"

 
Che Ibrahim Memali

Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Memali harus memfokuskan siasatannya terhadap dakwaan bahawa tindakan Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya ini adalah didorong oleh Amanat Banggol Peradong yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Benarkah ini yang meyakinkan mereka dan mempengaruhi mereka untuk menentang Kerajaan BN sebagai jihad, dan kalau mati, mati mereka adalah syahid," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Jika Amanat Banggol Peradong ini betul mengikut hukum syarak katanya, maka wajarlah seluruh umat Islam (bukan Pas sahaja) memuji dan berbangga dengan peristiwa Memali ini, keluarga mangsa tidak perlu berdukacita dan menuntut apa apa pembelaan kerana mangsa telah mencapai anugerah dan maqam tertinggi di sisi Allah.

"Tidak ada gunanya kita meratap hiba dan bersedih dengan apa yang berlaku di dunia ini, sedangkan mangsa telah mendapat anugerah yang tidak ternilai di sisi Allah," katanya.

Sebaliknya menurutnya, jika didapati amanat ini tidak betul, maka kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Abdul Hadi kerana amanatnya yang menyalahi hukum syarak dan membahayakan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Jika didapati tindakan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah salah di segi hukum syariah dan undang undang, Pas hendaklah bertanggungjawab dengan membayar diyat kepada keluarga anggota polis yang terbunuh kerana pembunuhan secara khilaf (qatl al khata') oleh penyokong tegar Pas akibat terpengaruh dengan kata kata pemimpin utama Pas," katanya.

Walaupun peristiwa Memali sudah 32 tahun berlalu, Amanah Kelantan katanya bersetuju RCI ini ditubuhkan demi keadilan kepada mangsa mangsa dari kedua dua belah pihak yang terlibat meskipun di segi kewajarannya sudah amat terlewat.

"Peristiwa ini hendaklah ada satu penyelesaian dan keputusan yang muktamad dari segi undang undang dan hukum syariah ke atas semua perkara yang ada kaitan dengan peristiwa ini supaya ianya tidak lagi ditimbulkan dan diungkit kembali secara bermusim bila ada kepentingan politik bagi Pas ataupun Umno," katanya.

Beliau berpendapat siasatan ini hendaklah memfokuskan dalam mencari jawapan sama ada tindakan kerajaan dalam peristiwa ini menyalahi undang undang negara.

"Atau apa yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah mewajarkan kerajaan mengambil tindakan sedemikian?

"Jika didapati tindakan Kerajaan pada masa itu adalah di luar batas undang-undang, kerajaan sekarang hendaklah bertanggungjawab dengan kecuaian tersebut dan membayar gantirugi sewajarnya kepada semua mangsa yang terlibat dan kerugian kerugian lain yang difikirkan patut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat," katanya.

Menurutnya, tindakan kerajaan melalui pegawai-pegawainya yang terlibat pada masa itu tidak boleh dianggap satu perbuatan jenayah jika ia telah bertindak dengan suci hati sebagai penjawat awam.

"Walau bagaimanapun kerajaan boleh mengambil tindakan tatatertib jika ternyata tindakannya telah dibuat secara salah atau cuai termasuk memotong pencen yang dibayar atas jawatan tersebut seperti Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan sebagainya.

"Sabitan jenayah hanya boleh dikenakan jika mereka telah bertindak di luar kehendak undang undang atau menyalahgunakan kuasanya sebagai penjawat awam," katanya.

PAS setuju Abdul Hadi dipanggil RCI Memali

Oleh Anwar Hussin 
 


KOTA BHARU: PAS bersetuju jika Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipanggil bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mungkin ditubuhkan bagi menyiasat tragedi berdarah Memali.


PAS berpandangan yang Abdul Hadi perlu memberi keterangan bagi menyatakan perkara sebenar terhadap peristiwa yang mengorbankan 18 orang, termasuk empat anggota polis, pada 19 November 1985.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata parti itu juga bersetuju dengan kenyataan media Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, pada 2 April 2014, yang menamakan beberapa pihak perlu dipanggil memberi keterangan dalam RCI termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kit Siang menamakan antara yang perlu dipanggil (selain Dr Mahathir) ialah Tun Musa Hitam (bekas Timbalan Perdana Menteri); Tun Hanif Omar (bekas Ketua Polis Negara); Tan Sri Mohd Amin Osman (bekas Pemangku Ketua Polis Negara); Tan Sri Rais Yatim ( bekas Menteri Penerangan).

"Selain itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri); Tan Sri Sanusi Junid (bekas Setiausaha Agung UMNO); Tunku Muszaffar Shah (bekas Ketua Polis Daerah Baling) dan Datuk Muhamad Yusof Husin (bekas Senator)," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata, PAS juga memandang serius kandungan buku berjudul 'Memali: Policeman Remembers' yang menyatakan antara lain "pegawai atasan di Bukit Aman tidak sepatutnya menerima arahan daripada 'tuan politik' mereka dan menolak permintaan yang tidak sejajar dengan etika tugas polis".

Dalam masa sama, PAS menyifatkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor mengeluarkan kenyataan pramatang berhubung penubuhan RCI tragedi Memali.

Katanya, sepatutnya sebagai bekas pegawai tertinggi polis, beliau tidak mempamerkan sikap campur tangan dalam urusan RCI.

Beliau berkata, ini disebabkan RCI ialah bebas dan berfungsi mencari keadilan atas dasar 'tanpa rasa takut dan pilih kasih'. 
 
Pas tubuh jawatankuasa khas, bela mangsa tragedi Memali

Rosmiza Kasim
 
Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU - Susulan pertimbangan kerajaan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung tragedi Memali, Pas telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Untuk Membela Mangsa Tragedi Memali di sini hari ini.

Setiausaha Agongnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat setelah Lajnah Politik Pas Pusat mengadakan mesyuarat semalam dan jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan Naib Presidennya, Idris Ahmad.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan juga memutuskan membentuk Pasukan Khas Peguam yang diterajui Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pas Pusat bagi membantu pihak terlibat dalam peristiwa tersebut dari sudut perundangan.

“Jawatankuasa ini akan bertindak segera mengendalikan perkara ini termasuk membawa waris-waris mangsa tragedi Memali bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam waktu terdekat.

“Ini adalah untuk mengemukakan aduan rasmi memohon RCI ditubuhkan dan dijalankan seberapa segera memandangkan tragedi ini telah berlaku 32 tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam hal itu juga, beliau mengharapkan RCI yang ditubuhkan nanti dapat menyelesaikan segera kekeliruan tentang peristiwa malang tersebut dan juga membela nasib serta hak semua pihak teraniaya ekoran kejadian itu.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Ahmad Zahid mengumumkan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat semula tragedi berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di Baling, Kedah yang mengorbankan 10 orang termasuk empat anggota polis.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Orang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan’]

Justeru itu, Pas menyambut baik dan menyokong langkah kerajaan itu kerana ia wajar selaras dengan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 8 iaitu bagi setiap rakyat mendapat hak dan perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

Sebelum ini, Pas telah menggesa kerajaan menubuhkan RCI bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai peristiwa tersebut yang mana sejak 32 tahun lalu terlalu banyak spekulasi dan tuduh menuduh berlaku berikutan tiada siasatan semula secara telus.

Berhubung kait dengan peristiwa Memali juga, telah berlakunya kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, yang diadakan baru-baru ini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan jawapan tidak memuaskan berkaitan tragedi tersebut.


 Arkib: Kisah Madrasah Islahiah Diniah dan Tabung Memali
 
SATU temu ramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatan kuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.

Ikuti temu ramah Penulis dengan beliau di rumahnya yang kebetulan berhampiran dengan madrasah berkenaan.

PENULIS: Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.

Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.

Pada tahun 1978 - lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 - kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani - Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.

Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.

Bermula dari tarikh itu murid-murid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.

Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.


Add caption
Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggung jawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.

Saya meninggal kan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatan kuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.

Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatan kuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatan kuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.

Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatan kuasa PAS Kawasan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.

PENULIS: Apa jawatan Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki?

AZMI: Pada peringkat PAS Kawasan Baling, Yusuf Hussin adalah Setiausaha Kawasan dan di madrasah beliau juga sebagai Setiausaha Jawatan kuasa Tadbir, sementara Ustaz Zaki sebagai Bendahari.

Walaupun pentadbiran madrasah dikatakan ditadbir oleh AJK PAS Kawasan Baling, tetapi yang berkuasa penuh di madrasah ini ialah Yusuf Hussin. Semua urusan dikuasai olehnya.

PENULIS: Sebelum pentadbiran madrasah diambil alih oleh AJK PAS Kawasan Baling, apa peranan Yusuf Hussin?

AZMI: Selepas Tragedi Memali, Yusuf Hussin mengambil kesempatan menonjolkan diri sebagai pejuang atau 'Mujahid Memali'. Oleh kerana beliau pandai bercakap dan cekap mengambil kesempatan, beliau telah dianggap sebagai 'orang penting' dalam tragedi itu.

Selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau dilantik sebagai Setiausaha Tadbir madrasah. Tetapi apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Baling, barulah beliau mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran madrasah dengan alasan ditadbirkan oleh PAS Kawasan. Semua Ahli Jawatan kuasa Tadbir yang asal terlucut dengan sendirinya.

PENULIS: Apa punca yang menyebabkan balu dan mangsa Tragedi Memali mengambil tindakan melapor kepada polis atas isu penyelewengan tabung setelah ianya berjalan dengan baik begitu lama ?

AZMI: Ada banyak sebabnya. Isu fitnah memfitnah dan mempersendakan maruah balu dan keluarga mangsa tragedi menambahkan kekalutan. Bagaimana pun, isu pokok yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kami ialah pertama, wang tabung telah disatukan menjadi Tabung Mangsa Memali sahaja.

Pada asalnya, tabung itu terdiri dari tiga saluran iaitu Tabung Balu Syuhada dan Anak Yatim, Tabung Mangsa Memali dan Tabung Madrasah. Walaupun akaun di bank satu, tetapi perkiraannya tetap berasingan. Wang dari tabung anak yatim tidak boleh dicampurkan dengan tabung mangsa. Begitu juga halnya dengan wang tabung balu. Wang anak yatim dan wang balu adalah khusus untuk mereka. Ianya tidak boleh dicampurkan dengan wang lain. Wang untuk mereka adalah khas dan terkhusus untuk mereka sahaja. Bila semuanya disatukan dari segi kira-kira, ini sudah melanggar syarat dan hak.

Kedua, Yusuf Hussin selaku pentadbir tidak pernah membentangkan penyata kira-kira mengenai wang tabung. Jawatan kuasa tidak pernah diberitahu berapa jumlahnya dan kepada siapa disalurkan serta berapa banyak yang telah disalurkan kepada yang berhak. Bantuan yang disalurkan kepada balu dan mangsa tidak tetap. Ia dikeluarkan mengikut pertimbangan dan budi bicara Yusuf Hussin sahaja. Biasanya menjelang Hari Raya.

PENULIS: Bila perubahan itu berlaku dan siapa yang mengubahnya?

AZMI: Perubahan ini terjadi selepas Ckgu Non meletakkan jawatan pada tahun 1997 dan Yusuf Hussin lah yang mengubah semuanya.

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, saya terlebih dulu ingin menceritakan sejarah pengurusan tabung ini.

PENULIS: Siapa Cikgu. Non dan apa pula kisahnya?

Pada awal tahun 1992 Yusuf Hussin dikatakan dikehendaki berkhidmat di pejabat PAS Negeri Kedah, di Alor Star. Oleh kerana beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk mentadbir kan madrasah, beliau telah membawa Encik Zainon bin Ismail (lebih dikenali sebagai Cikgu Non) untuk memangku jawatan beliau mentadbir kan madrasah. Kerana sokongan kuat Yusuf Hussin kami menerima kehadiran Cikgu Non untuk mentadbir kan madrasah dengan hati terbuka.

Pada masa itu kedudukan kewangan madrasah tenat. Bangunan yang ada hanya bangunan sekolah dan asrama lelaki. Sementara bangunan asrama perempuan yang sedang dalam pembinaan tidak dapat disiapkan kerana kekurangan wang. Akhirnya Yusuf Hussin meminta fatwa dari Ustaz Awang untuk menggunakan wang yang disumbang oleh seseorang untuk membina madrasah madrasah sebanyak RM11,000.00. Ustaz Awang membolehkan wang itu digunakan untuk menyiapkan bangunan asrama perempuan dengan syarat diganti semula.

Bermula dari situ Cikgu Non pun mula lah menyumbang kan tenaga dan ideanya untuk mengisi Tabung Madrasah, Tabung Memali dan Tabung Balu Syuhada.

Tindakan pertama Cikgu Non ialah menulis dan menerbitkan tiga buah buku bertajuk Asyahid Ibrahim Libya, Memali Lambang Syuhada dan Gugurnya Anak Melayu di Afghanistan.

Kesemua hasil jualan buku-buku berkenaan disumbang kan kepada tabung-tabung berkaitan setelah kos penerbitannya.

Sesungguhnya buku-buku tersebut membawa banyak kebaikan kepada madrasah dan waris mangsa Tragedi Memali. Penulisan buku itu membuatkan orang ramai simpati dan datang mencurah-curah dan rombongan ziarah banyak berkunjung ke madrasah dan Kampung Memali ini.


Di bawah pentadbiran Cikgu Non pembangunan madrasah bertambah rancak. Bangunan madrasah dapat dibina baru. Anggaran pembangunan yang diusahakan oleh Cikgu Non adalah seperti berikut:

Membeli tanah tapak asrama RM 20 000.00
Membina Asrama Guru RM 50 000.00
Membina tambahan Asrama Putera RM 60 000.00
Membesarkan Kantin RM 50 000.00
Membeli tanah RM 30 000.00
Saham dalam Jitra Food RM 70 000.00


Selain dari itu di bawah kelolaan Cikgu Non juga terdirinya Bengkel balu Syuhada dan koperasi KOMIK.

Kesemua jasa dan khidmat Cikgu Non tidak dihargai malah dia diperlakukan sebagaimana "Hang Nadim" dalam kisah Singapura dilanggar Todak.

PENULIS: Siapa yang mengawal-selia kewangan ketika itu ?

AZMI: Semua urusan kewangan hasil sumbangan penderma masih dikendali kan oleh Yusuf Hussin selaku Setiausaha Tadbir. Seminggu sekali bila beliau balik dari Alor Star, beliau akan mengumpul semua cek-cek sumbangan dan menyerahkannya kepada bendahari untuk disimpan di bank. Bank Islam.

Cikgu Non tidak berperanan mengenai soal kewangan Tabung-tabung yang telah ditubuhkan itu. Semua sumbangan yang beliau terima diserahkan kepada Yusuf Hussin untuk urusan seterusnya.

PENULIS: Apa peranan sebenar Cikgu Non?

AZMI: Peranan Cikgu Non ialah membantu menguruskan pentadbiran madrasah dan publisiti. Peranan luar. Melalui usaha beliau lah ramai orang bersimpati terhadap mangsa Tragedi Memali dan sumbangan terhadap tabung-tabung yang ada mencurah-curah.

Sebelum Cikgu Non membantu mentadbir kan madrasah, pengurusan kewangan madrasah dan tabung-tabung yang ditubuhkan tidak teratur. Mesyuarat Agung tidak pernah diadakan dan pembentangan kewangan tidak ada sama sekali. Semuanya terletak pada kawalan peribadi Yusuf Hussin sahaja. Maka mulai tahun 1996 Cikgu Non mula menyusun kira-kira kewangan berkenaan dengan teratur dan kemas.

Bagaimana pun, peranan Cikgu Non ini tidak ramai yang tahu. Beliau tidak mahu menjaja khidmatnya. Lagipun Cikgu Non ini seorang yang pendiam. Itu sebabnya bila timbul isu penyelewengan tabung, penduduk kampung berpecah dua. Ada yang menyokong Yusuf Hussin dan ada yang menyokong Cikgu Non.

Mereka yang menyokong Yusof Hussin ialah mereka yang tidak tahu apa-apa mengenai perjalanan pentadbiran Madrasah dan tabung-tabung berkenaan. Mereka nampak yang melakukan pembinaan baru terhadap bangunan-bangunan madrasah ialah Yusuf Husin. Begitu juga dengan wang sumbangan dari tabung. Yusuf Hussin yang mengeluarkannya. Mereka nampak khidmat Yusuf Hussin sahaja.

Tetapi bagi sebahagian besar kami yang tahu peranan Cikgu Non tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan Yusof Hussin yang terdapat pelbagai penyelewengan bila kewangan tabung-tabung berkenaan semakin banyak terkumpul.

PENULIS: Kenapa Cikgu Non meletakkan jawatan pada tahun 1997 ?

AZMI: Apabila wang tabung ada banyak dan populariti Cikgu Non di peringkat luar Baling semakin popular, Yusuf Hussin mula tak senang hati. Sementara Cikgu Non pula merasakan apa yang di lakukannya selama ini seperti tidak dihargai.

Sebelum itu Cikgu Non menegur disiplin guru dan pelajar serta soal meningkat kan mutu pembelajaran yang kelihatan merosot.

Teguran ini tidak disenangi oleh pihak Jawatan kuasa Tadbir, terutamanya Yusuf Hussin. Hubungan Cikgu Non dengan Yusuf Hussin tidak sebaik dulu.

Satu ketika Cikgu Non menegur tindakan mudir Madrasah dan Bendahari yang menghantar anak-anak-anak mereka belajar di sekolah agama lain.

Pada Cikgu Non, tindakan merka itu bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Tadbir sebelumnya yang memutuskan untuk berkempen di kampung-kampung bagi menarik ibu-bapa menghantar anak- anak mereka belajar di Madrasah Islahian Diniah ini.

Kalau begitulah tindakan mereka, sepatutnya mereka berdua meletakkan jawatan kerana tidak yakin kepada pembelajaran di madrasah ini. Tetapi oleh kerana kedua mereka adalah orang lama di madrasah tentulah mereka tidak wajar meletakkan jawatan.

Atas dasar itulah Cikgu Non mengambil keputusan biarlah beliau sahaja yang meletakkan jawatan.

Pada pendapat beliau daripada jemaah berpecah, biarlah beliau berundur. Cikgu Non pun meletakkan jawatannya pada tahun 1997.

PENULIS: Apa Cikgu Non buat selepas itu?

AZMI: Setelah meletakkan jawatan Cikgu Non pergi ke Afghanistan dengan tujuan mendalami ilmu agama. Tetapi dalam masa empat bulan beliau di sana, beliau sering bermimpi mengenai isu madrasah. Akhirnya beliau pun mengambil keputusan kembali ke tanah air.

Sesampainya beliau ke kampung berbagai fitnah dan tohmahan Yusuf Hussin terhadapnya disampaikan. Semuanya buruk dan tidak menyenangkan.

PENULIS: Apa antara fitnah dan tohmahannya?

AZMI: Ada banyak dan bermacam-macam. Antara yang paling tidak menyenangkan Cikgu Non ialah tohmahan kononnya dia melesapkan wang bengkel balu syuhada sebanyak RM 40,000.00 dan lain-lain wang lagi. Mereka mendakwa Cikgu Non pergi ke Afghanistan jadi jutawan.

PENULIS: Apa terjadi selepas Cikgu Non kembali ke Memali?

AZMI: Apabila Yusuf Hussin menyedari yang Cikgu Non telah kembali dan pelbagai fitnahnya telah disampaikan kepadanya. PAS Kawasan Baling telah menganjur kan satu majlis 'perdamaian' antara Cikgu Non dengan Yusuf Hussin.

Cikgu Non tak faham apa maksud perdamaian yang memerlukan satu majlis
seperti itu. Apa kesalahan yang telah di lakukannya.

Oleh kerana Yusuf Hussin adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling, tentulah majlis yang dianjurkan itu berpihak kepadanya. Segalanya dibuat untuk kepentingan dirinya dan menutup kesalahan yang telah beliau lakukan. Dan majlis 'perdamaian' itu dilakukan secara 'bersalaman' sahaja. Tak ada penjelasan khusus apa yang ingin didamaikan.

Cikgu Non berasa tak puas hati dan bangun memberikan pandangan. Pada pendapat Cikgu Non majlis

Ini tidak jelas dan tidak dapat membersih kan nama baik yang tercemar hasil fitnah dan tohmahan jahat. Oleh itu beliau mencadangkan supaya PAS Kawasan Baling menganjur kan satu majlis penjelasan yang lebih besar di mana dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung terdekat.

Cikgu Non seterusnya mencadangkan supaya dalam majlis itu nanti di perjelaskantu nanti di perjelaskan kepada ramai apa kesalahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan selama ini. Jika benar beliau ada melakukan kesalahan beliau sedia akan bertaubat dan jika ada kesilapan beliau berjanji akan membetulkannya.

Majlis itu tidak mencapai matlamatnya dan Cikgu Non mengambil keputusan membiarkan saja ia berlalu.

Sebagaimana biasa Cikgu Non meneruskan usahanya dalam perniagaan yang diusahakan selama ini, iaitu berjualan pada majlis-majlis ceramah PAS di seluruh negara. Dalam masa yang sama beliau membawa beberapa orang mangsa dan balu tragedi Memali, sama ada sebagai pembantunya atau menjalankan perniagaan sendiri bersama-samanya.

Bagaimanpun, orang luar Baling masih mengenali Cikgu Non sebagai perantara bagi urusan bantuan untuk balu-balu dan mangsa Tragedi Memali. Apabila PAS Kawasan di negeri-negeri lain mahu mengadakan majlis untuk balu dan mangsa Tragedi Memali, mereka masih menghubungi Cikgu Non. Keadaan ini wujud kerana selama ini beliaulah yang memperkenal kan mereka kepada jemaah-jemaah luar. Lagi pun Cikgu Non dikenali ramai kerana beliau pernah menjawat jawatan-jawatan seperti Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerang, Exco Pemuda PAS Pusat selama enam tahun dan juga wartawan Harakah.

Oleh kerana Cikgu Non sudah meletakkan jawatan maka semua dari luar diserahkan permintaan dari kepada Ustaz Zaki. Tapi kerana pihak pentadbir sudah rasa simpati kepada balu-balu dan mangsa, mereka menyuruh Cikgu Non sahajalah yang uruskan perkara itu.

Satu ketika Cikgu Non pun bawa lah beberapa orang balu untuk satu majlis di Melaka dan Taman Melewar. Dalam majlis itu, para dermawan yang simpati telah memberikan sumbangan wang sejumlah lebih kurang RM10 000. 00 secara terus kepada balu-balu.

Sekembalinya mereka ke kampung, Cikgu Non menasihat kan Kak Soleha (balu Ibrahim Libya) dan Pak Teh Mat Piah supaya membuka satu akaun bank sebagi tempat simpanan wang berkenaan. Tujuannya supaya wang tersebut tidak cepat habis dan cuma diberikan mengikut jumlah pembahagian sama rata, apabila balu-balu terbabit benar-benar memerlukan wang. Siapa selalu ambil, cepat lah habis wang untuknya itu.

Apa yang dilakukan itu menimbulkan satu fitnah baru dari kalangan Jawatan kuasa Tadbir madrasah. Mereka menyebarkan fitnah bahawa Cikgu Non menggunakan balu untuk mengutip derma dan wangnya tidak diserahkan kepada tabung yang dikelolakan oleh madrasah. Tidak cukup dengan cakap-cakap di sekitar kampung, tohmahan dan fitnah itu disampaikan mereka kepada pucuk pimpinan, terutamanya Datuk Fadzil Nor.

PENULIS: Apa tindakan Cikgu Non bila ditohmah sedemikian ?

AZMI: Cikgu Non mendiamkan diri dan memendam rasa sendirian. Satu ketika terjadi satu permasalahan mengenai tandatangan cek koperasi (KOMID).

Kisahnya, setelah Cikgu Non meletakkan semua jawatan, urusan koperasi diserahkan kepada Ustaz Zul tetapi tandatangan cek masih tidak diubah pada rekod bank.

Satu ketika, Ustaz Zul mengeluarkan cek koperasi dengan meniru tandatangan Cikgu Non. Bila pihak bank dapati tidak sesuai, maka cek itu jadi 'cek tendang. Bila penerima cek menyedari cek koperasi tidak dapat ditunaikan, ia berjumpa dengan Cikgu Non untuk meminta kepastian. Setelah Cikgu Non menyedari bahawa tanda tangannya pada cek tersebut adalah palsu, maka dia pun buat laporan polis atas perbuatan yang dianggap menyeleweng itu.

Apabila pihak polis memulakan siasatan, satu perjumpaan diadakan di madrasah. Dalam perjumpaan itu Ustaz Zul mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Cikgu Non atas apa yang terjadi. Akhirnya dengan persetujuan bersama Cikgu Non bersetuju menarik balik laporan polisnya itu.

Setelah selesai, dalam majlis itu Yusuf Hussin berkata kepada Cikgu Non, "Sekarang ente report Ustaz Zul, nanti ente akan repot ana pula !'. Jawab Cikgu Non , "Mungkin kalau Pak Cop tak ubah sikap - masih ego dan angkuh, ana akan dedahkan semua penyelewengan yang Pak Cop telah lakukan."

Pada pendapat saya, mulai saat itu Yusuf Hussin menyedari bahawa Cikgu Non adalah merbahaya dan kredibilitinya dalam PAS mestilah dihakis kan di semua peringkat. Itu pendapat saya saja.

Dalam bulan puasa tahun 1998, tersiar satu pengumuman oleh PAS Kawasan Baling, menyatakan bahawa Encik Zainon bin Ismail (Cikgu Non) tidak lagi ada hubungan dengan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali, dan kerana itu beliau tidak berhak menerima sumbangan atau derma bagi pihak madrasah dan balu-balu syuhada.

Ini sangat memalukan Cikgu Non dan perniagaannya pun jadi merosot kerana beliau rasa terhalang untuk berniaga. Malu. Tidak cukup dengan itu, beliau juga sering menerima panggilan telefon yang mengugut akan dipukul.

PENULIS: Cikgu Non masih terus berdiam diri ?

AZMI: Tidak. Beliau terus berusaha membersih kan nama baiknya yang tercemar. Pada mesyuarat agung tahunan PAS Cawangan Memali, Cikgu Non menimbulkan soalan dengan meminta penjelasan dari Yusuf Hussin apa maksud dan niat PAS kawasan membuat pengumuman mengenainya dalam Harakah.

Yusuf Hussin tidak mahu menjawab soalan yang ditimbulkan semasa ucapan penangguhan itu. Katanya, "Saya tidak dapat menjawab masalah itu kerana bapanya 'berwasiat' supaya jangan jawab."

Penjelasan itu tidak memuaskan hati Cikgu Non. Beliau seterusnya meminta supaya pihak PAS Kawasan mengadakan satu dialog atau penjelasan bagi menyelesaikan masalah dengan dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung berdekatan dan seorang Tok Guru yang dihormati.

Sehingga ke hari ini majlis yang diminta itu tidak pernah diadakan, malah lebih malang lagi, mesyuarat agung PAS Cawangan Memali pun tidak berani diadakan untuk tahun 1999 lalu.

Apabila PAS Cawangan Memali tidak bermesyuarat agung, sedangkan mesyuarat agung Kawasan sudah hampir tiba masanya, maka seramai 118 ahli PAS cawangan menanda tangai sarat perisytiharan untuk mengadakan mesyuarat agung khas.

Maka dilaksanakanlah mesyuarat khas dan tiga orang perwakilan dilantlik. Tetapi, pada mesyuarat agung Kawasan Baling, perwakilan Kampung Memali tidak diterima kerana tidak ada mesyuarat agung. Kami gagal lagi. Begitulah hebatnya permainan Yusuf Hussin. Oleh kerana beliau adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling, segalanya beliau kawal dengan baik dan cuma memihak kepadanya sahaja.

Bagaimana pun kami dapat tahu bahawa dalam mesyuarat agung itu terdapat enam cawangan yang tidak bermesyuarat agung tetapi menghantar perwakilan penuh dalam mesyuarat dan berhak pula bercakap mengenai usul.

Penyelewengan itu kami dedahkan kepada PAS Pusat dan akhirnya pihak pusat mengarahkan PAS Kawasan Baling hendaklah mengadakan semula mesyuarat agung kerana mesyuarat yang terdahulu tidak sah. Yusuf Hussin tidak senang hati dengan kami dan dendamnya semakin membara.

Justeru, dalam mesyuarat agung semula itu, seorang wakil Pemuda PAS Baling, mencadangkan

Selepas itu seorang wakil Pemuda yang lain mencadangkan supaya usul itu dipinda atau ditambah supaya berbunyi: 'Pemuda PAS Kawasan Baling mengusulkan supaya keahlian Cikgu Non dipecat dan semua jawatan Yusuf Hussin dalam PAS digugurkan'.

Kerana pengaruh Yusuf Hussin dalam PAS Kawasan Baling sangat kuat, maka usul itu ditolak.

Bagaimana pun, dalam mesyuarat khas jawatan kuasa PAS Kawasan selepas itu telah memutuskan bahawa Zainon Ismail dan Azmi Haji Salim dipecat keahliannya, sementara keahlian Ramli Cik Mid digantung.

Keadaan menjadi semakin rumit dan jalan penyelesaian kelihatan tertutup rapat. Tapi Cikgu Non masih tak berputus asa. Dia sendiri menganjur kan satu majlis dialog dengan menjemput semua ahli PAS Cawangan Memali dan pemimpin-pemimpin PAS Cawangan dalam Kawasan Baling termasuk Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib. Malangnya, Ustaz Taib tak dapat hadir pada malam itu kerana beliau berada di Teluk Intan, Perak.

Majlis itu juga gagal. Pemimpin tertinggi Kawasan Baling dan Ketua-Ketua Cawangan dalam Kawasan Baling tidak datang. Yang ada cuma lebih kurang seramai 50 orang yang terdiri dari penyokong Cikgu Non di kampung ini.

Setelah terus gagal, Cikgu Non menyediakan satu memorandum dan dihantar kepada pimpinan tertinggi PAS pusat. Dalam memorandum, itu diperjelaskan kenapa tiga nama yang dicadangkan pecat oleh PAS Kawasan Baling itu. Selain dari itu Cikgu Non juga menjelaskan rasa kecewanya terhadap pimpinan PAS Kawasan Baling dan Negeri Kedah yang tidak prihatin terhadap masalah yang timbul selama tiga tahun itu.

Bagi saya, ketidak prihatinan pimpinan PAS tertentu terhadap masalah ini sangat dikesali. Masalah yang timbul ialah masalah balu syuhada dan mangsa tragedi Memali. Kalau dulu mereka disanjung dan dihormati, kenapa apabila timbul masalah mengenai tabung mereka, semuanya diam dan tidak peduli lagi.

Kini wang tabung mereka telah kering dan mereka semua dalam kesempitan, sedangkan peruntukan untuk mereka sebenarnya ada tetapi telah diselewengkan oleh pentadbirnya.

Akhirnya, setelah semua tindakan dan langkah penyelesaian gagal serta tertutup rapat, mahu tidak mahu kami yang diketuai oleh Cikgu Non berserta balu-balu Syuhada terpaksa membuat laporan polis mengenai penyelewengan Tabung Memali pada 27 Julai 2000.

Malangnya, bila pecah khabar mengenai laporan polis itu seperti mana yang tersiar dalam akhbar, pemimpin atasan menggelabah dan bertindak mengecap kami dengan pelbagai gelaran bagi maksud menimbulkan rasa benci terhadap kami. Yang jadi mangsa ialah balu-balu syuhada yang dulu disanjung dan dimuliakan.

Cerita di atas juga dapat dibaca dalam buku berjudul ' MOHD SABU air mata di bumi Memali hasil tulisan Cikgu Non AL-Al-Afghani.

Disiarkan 3rd April 2012 oleh taipingmali


C.N Al-Afghani sambut cabaran laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.

Akhirnya C.N Al-Afghani lebih awal dari Hadi Awang menyambut cabaran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Matput Omar agar beliau membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.
DALAM SINARAN BULAN PURNAMA (KISAH AHLI PAS SEUMUR HIDUP)
 

Tuesday, 27 November 2012

Saya menyertai Pas awal 1985 ketika masih berkhidmat sebagai seorang guru. Walaupun belum lagi aktif, tetapi mula mengenali agak rapat dengan pimpinan Pas Kedah ketika itu, kerana saya berusaha menubuhkan badan penyokong Pas terdiri dari penjawat awam yang dikenali sebagai JPPP @ J3P (Jawatankuasa Pegawai Penyokong Pas). Saya adalah setiausahanya. Bila menyertai Pas, saya mulai membiasakan diri dengan memakai serban, seperti kebanyakan ahli-ahli Pas yang lain. Ramai di kalangan guru-guru yang cenderung pada Pas memakai serban. Pengetua dan PPD tak dapat buat apa-apa, sekadar keluar pekeliling etika berpakaian bagi guru.

Boleh kata, suara kami guru-guru yang sokong Pas didengari. Apa sahaja ko-kurikulum yang tidak sesuai dengan syariat, kami tentang atau boikot. Aktiviti sukan juga kami yang meletakkan garis panduan latihan. Pelajar lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur dalam apa-apa latihan dan pelajar perempuan wajib menutup aurat. Kami juga berjaya membentuk usrah di kalangan pelajar. Pelajar dan waris secara jelas mengetahui kami dari parti mana. Bercakap tentang Pas dan Umno dalam kelas dan bilik guru telah lumrah bagi kami.

Pada tahun 1986 saya terpilih menjadi Ketua Pemuda dalam mesyuarat agung Pemuda Pas Kawasan Padang Terap. Sejak itulah saya benar-benar menumpukan perhatian kepada aktiviti Pas. Seluruh kehidupan saya berada dalam sinaran Bulan Purnama. Terlibat secara serius apa juga program anjuran sama ada dari Pas kawasan, negeri mahupun pusat.

Semangat pengorbanan terhadap parti dipupuk semahu-mahunya. Saya sanggup meninggalkan tugas untuk menghadiri program parti. Kerjaya sudah menjadi nombor dua dalam hidup masa itu. Semangat ini semakin berkobar-kobar lagi bila berlakunya peristiwa rampasan tanah milik Pas Kedah di Batu 14, Pokok Sena pada awal 1987 oleh Kerajaan Negeri Kedah yang ketika itu MBnya Datuk Paduka Osman Arof. Setelah berkali-kali rundingan antara kedua pihak tidak berhasil, maka Pas bertegas mempertahan tanah tersebut.

Sistem kawalan sepanjang masa yang melibatkan kawasan-kawasan seluruh Kedah di atur. Ahli-ahli Pas yang berdekatan telah jadikan muasasah itu sebagai rumahtangga mereka. Setengahnya berpesan pada isteri yang mereka turun dari rumah dengan niat untuk mati syahid di muasasah itu. Dewan Pemuda Pas kawasan Padang Terap ditugaskan menjaga keselamatan kerana tapak muasasah berada dalam kawasan parlimen Padang Terap (sekarang di bawah kawasan parlimen Pokok Sena). Selaku Ketua Pemuda kawasan, saya dilantik sebagai ketua keselamatan Muasasah, termasuk keselamatan pimpinan yang hadir di situ.

6 Ogos 1988, saya ambil keputusan berhenti mengajar tanpa maklum pada jabatan pendidikan hingga sekarang. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan ketika itu. Bila isteri merungut, saya katakan yang saya terpaksa berkorban untuk parti yang berjuang kerana Islam. Saya katakan juga kalau tidak kita, siapa lagi yang akan berjuang menegakkan hukum Allah. Keputusan saya adalah muktamad.

Sepanjang bersama Pas, saya telah melalui beberapa proses pembinaan jati diri ahli. Ketika itu penekanannya menjurus kepada kekuatan akidah. Sesuai dengan itu, terbentuklah tema-tema pada muktamar Pas seperti ‘Menggempur Pemikiran Assobiyyah’, ‘Meroboh Rangkaian Penindas’ dan ‘Bertindak Menentang Kezaliman’. Apa juga program ke arah motivasi dan ceramah ketika itu, menghuraikan sedalam-dalamnya maksud assobiyyah, taghut, munafik dan juga kezaliman. Ayat-ayat Quran dan hadis yang di ketengahkan juga semuanya berkait rapat dengan isu itu.

Pimpinan Pas masa itu mahu ahlinya benar-benar bersih akidah. Bukan sahaja membuang fikiran assobiyyah dan sekularisme, malah juga membuang fitrah pertubuhan Islam lain seperti Abim, Al-Arqam, Tabligh, Jim, Hamim, Berjasa dan lain-lain yang tak sehaluan dengan Pas. Pas benar-benar bersendirian dalam arena dakwah dan berpolitik. Pas langsung tidak dapat menerima DAP waktu itu. Seperti kunyit dengan kapur atau kucing dengan anjing.

Ketegasan Pas ini menyebabkan beberapa isu kontroversi berlaku antara Umno dan Pas. Masyarakat ketika itu dengan mudah dapat membezakan antara orang Pas dan Umno. Pimpinan dan ahli Pas seolah-olah mewajibkan diri untuk memakai serban. Paling kurang pun kupiah putih. Begitu juga dengan janggut, yang ada seurat dua pun simpan juga, jangan nak cari yang berdagu licin. Kebanyakan pula memilih serban warna hitam dan merah. Lambang peperangan dan keberanian.

Sewaktu menjadi perwakilan Pas Kawasan Padang Terap dalam muktamar tahun 1987, saya mengenakan pakaian serba hitam sepanjang 3 hari bersidang. Dari serban hingga ke kasut semuanya hitam. Sementara semua perwakilan Dewan Pemuda Pas Terengganu pula, mengenakan serban Palestin warna merah yang di ketuai Ustaz Abu Bakar Abdullah. Majoriti perwakilan dan pimpinan Pas berserban, tak seorang pun yang berani memakai kupiah hitam, apa lagi tanpa kupiah.

Perbahasan para perwakilan pula sungguh bersemangat, pernah berlaku mesyuarat berlangsung hingga jam 2 pagi. Waktu itu sedang panas dengan isu kristianisasi. Usul ini dibahas dengan penuh panjang lebar. Pembahas utama adalah Mohamad Sabu yang berlawan hujah dengan Khalid Samad. Kedua-duanya mempunyai penyokong yang sangat hebat berhujah. Waktu itu, hal-hal berkaitan akidah, amat sensitif bagi pemuda Pas. Sanggup mati bila-bila masa. Perkataan jihad dan syahid meniti setiap bibir perwakilan yang berbahas. Menghentam Umno dan media yang pro pemerintah sudah lumrah. Setiap muktamar ada sahaja usul boikot media pro pemerintah.

Pimpinan Pas atau ahli sama sekali tidak akan berani memakai baju batik, baju berlengan pendek hatta kot sekali pun. Ada tok guru dan ustaz yang memberi fatwa, memakai tali leher boleh rosak akidah, kerana simpulan bahagian atasnya berbentuk salib. Topi keledar dianggap haram, kerana menyamai orang kafir. Banyak jugalah kes saman hingga bawa ke mahkamah berkaitan isu topi keledar ini.

Tidak keterlaluanlah kalau dikatakan waktu itu, masing-masing sanggup berkorban apa sahaja demi kawan atau istilahnya ‘orang kita’. Lingkungan orang kita ini hanyalah terdiri dari ahli Pas. Walaupun ahli keluarga, tetapi masih Umno tidak diiktiraf sebagai orang kita. Lebih dahsyat lagi hingga ada yang memutuskan hubungan keluarga. Pendirian ini diambil sebenarnya bukanlah mengikut nafsu, tetapi ada dalil-dalil yang disampaikan oleh pimpinan Pas.

Selalu ditekankan oleh penceramah dan tok guru Pas, antaranya tentang hukum kafir kepada pemerintah yang tidak melaksanakan perundangan Islam, sebaliknya mengamalkan undang-undang ‘Lord Reid’. Begitu juga dengan mengambil atau memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin. Juga haram di sisi Islam. Antara ayat yang di jadikan dalil adalah, Surah al-Nisa’ ayat 144,

‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu’.

Surah al-Maidah ayat 44,
Allah berfirman:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

‘Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah di turunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir’.

Surah at-Taubah awal ayat 29, 
Allah berfirman:
 
قَٰتِلُوا۟ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلْحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ حَتَّىٰ يُعْطُوا۟ ٱلْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَٰغِرُونَ
‘Perangilah orang yang tidak beriman pada Allah dan tidak beriman pada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang di haramkan oleh Allah dan RasulNya.’

Demikian juga dengan kepimpinan Islam. Pas mempertikaikan apabila Umno meletakkan calon wanita dalam pilihanraya. Hadis Imam Bukhari dijadikan dalil,

‘Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada kaum wanita.’


Selain dari Umno, pihak polis juga menjadi sasaran kebencian ahli Pas. Sebab itu, kalau ada program ceramah Pas dan ada pula sekatan polis, lebih ramailah yang datang. Dengan niat ingin bertembung dengan pihak polis yang setengahnya menganggap anggota polis ini sebagai ‘talibarut atau anjing kerajaan BN/Umno’. Menanam rasa benci ahli Pas dengan sistem kehakiman negara juga sudah lumrah ketika itu. Apa juga keputusan hakim yang tidak memihak pada mereka, akan dikecam Umno sebagai dalang


Posted by Air Mata Mamali 

PAHIT ITU PENAWAR

Monday, 26 November 2012 


Kafirkah Aku?


Nama sebenar Zainon bin Ismail. Berhenti sebagai guru semata – mata untuk membantu perjuangan Pas. Pernah berjuang bersama dengan Mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988. Merupakan ahli Pas seumur hidup dan pernah menjadi exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari 1991 hingga 1997.

Sangat taksub dengan Amanat Hj Hadi hingga sanggup kafirkan saudara kandung. Tahun 2001 hingga 2006 di tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Pengalaman sebagai bekas wartawan Harakah, banyak menulis buku – buku politik. Bukunya bertajuk Air Mata Di Bumi Memali keluaran November 2010, menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualan kepada ahli Pas.

Beliau terpaksa membuat repot polis kerana diugut sebab mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali. Iaitu tabung yang ditubuhkan oleh Pas untuk membantu anak yatim dan balu mensa Memali. Buku Kafirkah AKu? Ini adalah buku ke 20 beliau yang dijangka akan mengundang satu lagi kontroversi di kalangan pimpinan dan ahli Pas.

ULASAN BUKU : MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI – CN Al-Afghani

Add caption
Semasa hamba membaca buku ini serta buku Kafirkah Aku?, hamba sebenarnya sedang membaca sebuah buku yang lain. Namun tarikan kuat yang ada pada kedua-dua buku ini membuatkan hamba menangguhkan sebentar pembacaan buku tersebut dan membaca buku ini terlebih dahulu sehingga habis. Sebenarnya sudah bertahun-tahun juga hamba tidak membaca buku politik. Bukannya apa buku politik selalunya berkisar mengenai isu semasa dan kebanyakannnya sesuai dibaca pada masa tersebut sahaja. Ia akan basi setelah beberapa lama. Makanan sendiripun apabila telah basi nak diperhangatkanpun tak guna.


Buku ini menyingkap banyak perkara yang mengejutkan hamba, terutamanya mengenai penyelewengan Tabung Mangsa Memali serta nasib waris Memali. Pada fikiran hamba pihak PAS tentunya mengambil berat akan nasib waris-waris Memali ini memandangkan kutipan derma untuk mangsa selalu diiklankan. Begitu juga dengan majlis-majlis memperingati syuhada’ Memali yang kerap diadakan bagi mengenang kembali perjuangan mereka. Namun apabila membaca kandungan buku ini, kadang-kadang hamba merasakan nasib waris Memali umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Mungkin mereka terbela apabila kejadian Memali baru sahaja berlaku. Namun semakin masa berganjak, mereka seperti dilupakan.

Walaupun tajuk buku ini memaparkan nama Mohd Sabu, namun hamba melihat isu kandungan buku ini bukanlah sepenuhnya mengenai beliau. Boleh hamba katakan bahawa seluruh isi kandungan buku ini adalah satu kritikan atau pendedahan terbuka buat seorang senator PAS yang semsa berlakunya tragedi Memali turut bersama berada dengan kumpulan yang mempertahankan As Syahid Ibrahim Libya. CN Al-Afghani seolah cuba menyingkap sisi gelap individu tersebut yang boleh diibaratkan umpama musang berbulu ayam atau pepat di luar, rencong di dalam.

Penulis seolah meletakkan individu tersebut sebagai penyebab terbesar berlakunya penyelewengan tabung Mangsa Memali. Namun kerana ‘kebijaksanannya’ beliau dapat meyakinkan pucuk pimpinan bahwa beliau tidak bersalah bahkan kesalahan itu kembali pula kepada penulis. Namun hamba melihat bahawa penulis mempunyai hujah yang kukuh untuk melindungi diri beliau. Walau apapun hamba melihat bahawa apa yang beliau kritik perlu dilihat secara adil dan dilakukan siasatan demi kepentingan bersama. Penulis turut melahirkan kehairanan apabila laporan polis yang dibuat mengenai penyelewengan tabung tersebut seolah-olah lenyap tanpa sebarang tindakan. Penulis lebih pelik apabila kes tersebut tidak dapat disiasat oleh polis tempatan sebaliknya dipindahkan ke Bukit Aman.

Sebagai seorang yang berada di luar parti PAS hamba ingin melihat kebenaran muncul di depan mata. Perkara ini perlu disiasat agar pihak yang benar berada di tempatnya dan mangsa yang tertindas akan mendapat pembelaan. Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai cara hidupnya, hamba harap mereka telus bukan seperti tuduhan yang selalu mereka lontarkan pada parti lawan.

Panas !!! Penulis Buku Air Mata Bumi Memali Buat PAS Ketakutan

Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam.

Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin.

"PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang.

"Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,"dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.

C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk " Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali," mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS.

Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum.

Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas.

Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut. - Medan Tempur

ARKIB : 31/01/2011

Tabung Memali: Saya fitnahkah?


AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling.

Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.

Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya.

Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010.

Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.

Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual.

Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya.

Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.

Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas.

Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk.

Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.

Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi.

Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?

Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah.

C.N Al-Afghani

Memali

Zainon akan dedah bukti penyelewengan Tabung Memali

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Penulis buku Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail akan menyahut cabaran Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar agar beliau membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.

Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas berkata, beliau bukan sahaja akan membuat laporan polis dalam masa terdekat, malah bakal menyerahkan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Pada masa sama, beliau mencabar Salahuddin dan Mahfuz agar membuat laporan polis ke atasnya jika Pas merasakan segala pendedahan mengenai penyelewengan Tabung Memali menerusi buku Air Mata Di Bumi Memali adalah fitnah.

"Saya sahut cabaran Salahuddin dan Mahfuz. Laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat dan saya tidak berseorangan. Pihak bersimpati dengan nasib anak-anak yatim serta balu tragedi Memali akan bersama saya demi kebenaran.

"Sekarang saya sedang meneliti beberapa bahagian penyelewengan sebelum laporan polis dibuat. Saya akan kemukakan beberapa bukti bagi membantu siasatan polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Isnin lalu, Salahuddin dan Mahfuz mahu Zainon atau lebih dikenali sebagai C. N. Al-Afghani membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali selepas beliau mendesak pucuk pimpinan Pas menyiasat perkara itu.

Zainon yang merupakan salah seorang daripada tiga individu bertanggungjawab menguruskan Tabung Memali mendakwa berlaku penyelewengan ke atas tabung bernilai jutaan ringgit itu apabila hak anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.


PERINGATAN.

Tangisanmelayu  tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.


AMUKANMelayu - Maklumat apa lagi yang mahu dicari dalam tragedi yang menyebabkan 4 anggota polis dan 14 orang awam terbunuh pada 19 November, 1985. Sekali lagi kita akan lihat, waris Memali ini akan diusung dan di janjikan kata-kata manis dan sekali lagi kita akan tengok 'TABUNG JIHAD" akan berlegar di setiap ceramah dan akhirnya LESAP....... PENGINAYAAN akan terus di HALALkan keatas waris mangsa.....

Kemana lagi TELUNJUK nak di arahkan?.

Persoalannya:
 

1 - Apakah sebabnya mereka masih tidak puas hati?
2 - Siapa yang BERIA-IA sangat nak Tubuh RCI ini?
3 - Apakah perkara penting yang masih belum terjawab?

RCI akan melibatkan kos yang tinggi. RCI bukan percuma, ada kosnya kepada rakyat,