Tuesday, 31 January 2012

#3 Kenduri Pak Uda Jein

Cuti sekolah memang menyeronokkan, dimasa ini aku berumur sekitar empat tahun. Tapi banyak perkara yang telah aku ingat. Abang hanya tiga tahun dari ku. Dimasa ini abang telah bersekolah darjah satu. Aku sunyi bila abang pergi sekolah. Tapi bila cuti seperti ini, aku akan mengikut abang pergi bermain bersama-sama kawan-kawannya.

“hang duk sini die-die” abang mengarahkan pada aku. Tanpa banyak bicara aku duduk dibawah rumah Wa Hassan. Halaman rumah Wa Hassan sangat luas. Wa Hassan berkongsi laman dengan rumah Tok Aji Nali ia itu bapanya.

Dibawah rumah Wa Hassan tanahnya berdebu dan terdapat sejenin kutu tanah yang kita panggil puyu.

“ haaa......, nak gi mana tu” abang menyergah aku.
“ nak gi cari kengge, nak mengail puyu” aku menerangkan pada abang.
“ sat lagi duk situ kelik “ abang mengarahkan pada aku.
“ haa laaaa...., “ aku menjawab pendek.

Aku berlari kerumah Pek Munah yang hanya empat puluh kaki dari rumah Wa Hassan. Aku membelek batang nonang dan menangkap beberapa ekor kerengge. Aku memegang kerengge itu berhati-hati bimbang takut ianya mati. Aku kembali kebawah rumah Wa Hassan. Kerengge tadi aku masukan perlahan-lahan kedalam lubang puyu. Sepantas kilar puyu itu menarik kai kerengge.

Semasa inilah aku mengangkat kerengge tersebut dan kutu tanah itu tergantung-gantung aku tersenyum tanda kepuasan.

         “ mana demo lagi ni “ tiba-tiba aku terdengar abang bersuara.
         “ tu demo dah mari tu “ Merdi menjawab.
         “ nak main apo ni “ Razak bertanya.
         “ kita main too gedang takak melekat “ Seli Mail Kelantan menjawab.
         “ ok.....” Abang menjawab pendek.

         Hari masih lagi panas. Terik matahari memancar seakan-akan tiada tanda-tanda hujan akan turun dalam dua tiga hari ni walau pun Perak merupakan kawasan yang terlembab di Tanah Melayu ini.

         “ ha sudah-sudah...gi main jauh-jauh.... “ tiba-tiba Tok Aji Nali bersuara.
         “ Tok bukenye marah.... jange laghi-laghi disini...” Pek Aji Bidah menegur lagi.

         Dengan badan yang bulat dan berisi aku duduk diatas tanah dan asyik dengan “puyu” ditangan. Aku melihat orang semakin ramai. Ada yang menjerang air, ada yang memasang tungku dan ada yang memotong sayur dan bawang.

         Sementara orang-orang lelaki pula datang dengan batang-batang kayu hutan dan buluh. Tok Aji Nali sebuk memberi arahan. Walau pun aku berusia linkungan empat tahun tapi aku dapat mengagak yang satu majlis besar sedang dirancang persiapannya.
        
         “ penanggah buat disini..., tempat masak buat disana tu...” Tok Aji Nali menuning dengan jarinya.

         “ ooiiiii,,,,air dah siap “ Wa Johei memberi tahu dari atas rumah.
         “ ha...bawak turun dibawah ni.....” Pek Aji Bidah memberi arahan kepada menantunya.