Wednesday, 15 February 2012

Adoiiiii....Sakitnya TELINGA

Sedih Tak Jujur laksana DEB. Luahan hati nurani RAJA Dr. NAZRIN SHAH. Sakit dan bernanah rasanya telinga ini. Pada tahun 1971 Ayahanda Tun Razak telah merangka DEB selepas 3 Peristiwa sejarah hitam 13 May. Jurang perbezaan antara antara kaum berteraskan kekayaan amat ketara. Pendatang di lihat lebih menguasai ekonomi negara dan kehidupan yang mewah sementara pribumi jauh tertinggal di belakang. Perbezaan pendapatan dan Penyusunan Masyarakat perlu di perbetulkan dengan segera.

DEB di lihat satu wadah baru yang boleh menyelesaikan jurang ini. Dengan konsep serampang dua mata, DEB di ujudkan untuk menghapus KEMISKINAN dan PENYUSUNAN MASYARAKAT. Ini konsep ISLAm sebenarnya dengan penglibatan semua kaum dan semua lapisan masyarakat dapt menikmatinya. Dalam penghijrahan Rasullullah ke Madinah, Baginda telah singgah di Thaif. Baginda nampak ketidakadilan dalam masyarakat Thaif. Ini kerana semua bidang ekonomi di kuasai oleh Yahudi. Mereka menguasai Pasar dan Bazzar. Dengan ukhwah Islamiah Nabi telah membuka satu lagi Bazzar dan di kawasan ini dikhususkan kepada orang Islam. Baginda sentiasa memeriksa peniaga disini.

Sihingga di riwayatkan Rasullullah pernah "menyeluk" kedalam makanan kerana Baginda merasakan ada penipuan keatas makanan tersebut. Memang benar seperti yang Baginda rasakan(Ilham dari Allah)makanan yang sejuk diletakkan di bawah dan di letakkan makanan yang panas di atas. Baginda menegur peniaga ini.

Jelas disini. Ada yang tak kena dengan DEB. PRASARANA telah di sediakan....garis panduan telah dirangka dan disemak berulangkali. Ini adalah dasar yang terbaik untuk semua raayat Malaysia. Mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan dasar ini telah mengambil kesempatan semahunya.....dari meja Tun Razak lagi perkara itu sudah ada "Niat" menyelewang dari kakitangan Jab. Perdana Menteri. Mereka ini kini banyak yang menjadi jutawan, selepas mereka ini sampai pula kepada Kementerian....Menteri-menteri dan pegawai-pegawai di kementerian ini pula menyapu saham-saham tanpa di agihkan kepada kompeni-kompeni Melayu....selepas itu sampai ke Jabatan-jabatan. Pegawai Jabatan pula menyepu licin apa yang di peruntukan kepada mereka yang sepatutnya di agihkan kepada raayat yang berhak.

Memang ada yang baik dan amanah dan mereka ini terlalu sedikit. Mereka ada asas keatas apa yang mereka ambil dan mereka inilah yang berjaya seperti yang di sebutkan oleh Raja Dr. nazrin Shah 6% peratus yang berjaya dan 2% sampai kegenarasu seterusnya. Tp yang gagal yang menjual saham dalam jangkamasa pendek, buat pinjaman mudah, melenyapkan hutang, menggunakan Ap yang di peruntukan pada Melayu dan segalamacam ini....inilah "MUSUH" kepada orang Melayu sebenarnya. Bagaimana Kerajaan hendak memantau semua ini sedangkan mereka ini adalah orang yang terdahulu nampak semua peluang ini dan mereka tahu bagaimana sistem mengesan KETIRISAN yang begitu lemah keatas perkara ini.....

Tun Razak sendiri mengambil keimana sebagai perisai untuk pegawai-pegawainya dari melakukan PENYELEWANGAN. Tp kalau peluang terhidang di hadapan mata. Maka di ratah semahunya. Jangankan isi....kuah pun belum tentu sampai kepada sasaran DEB. Semua ini telah hancur. Tapi kalau Kerajaan boleh buat pinjaman mudah....kenapa tidak boleh kerajaan naikkan intres kepada penyimpan Tabung Haji melebihi ASN....atau Bank Raayat? kita perlu bijak menyusun Masyarakat Melayu demi survival anak cucu kita nanti. Supaya telinga kita tidak terus bernanah di belasah Tuanku lagi. Takut Aki menjadi Raayat yang durhaka Tuanku......ampun Tuanku.

rabu 23 rabiul awal 1433=15/2/12 10:10 pagi. Iman Baru tidur.