Tuesday, 14 February 2012

EVOLUSI KL Drif 3 by Tok Guru

Siapa pengarah Evolusi KL Drif 3(E-KL D3) film ini terhangat di pasaran sekarang ini. Pengembaraannya di buat hampir di seluruh negara. Dengan selekoh yang tajam dan permainan cerun yang membahayakan nampak seperti pemandunya mempertaruhkan nyawanya tanpa menggunakan STUNMAN. Kerangka kenderaan yang tidak di tambah dengan "Besi Tumpat" sebagai sefty tambahan kepada kenderaan tersebut pada hakikatnya tidak menepati piawaian seperti yang di tetap oleh International Drif Assation (IDA) Tapi pengarah E-KL D3 harus di beri pujian kerana berani menampilkan Wajah Baru Film Malaysia.

Gajet cerita memaparkan seorang Pemandu Drif yang telah di buang dari Team Asalnya kerana tidak berdisiplin telah datang kekampung-kampung dan menunjuk-nunjukkan skilnya kepada beberapa orang yang sedang tekun membaiki jambatan. Di sebabkan jambatan ini luas...maka mulalah dia ni mengada-ngada dengan keretanya. Dengan exzosnya sebesar lengan itu di "bengkok"nya pula kebawah dan bila di pressnya minyak maka berderumlah gema injinnya memekakkan telinga. Maka terujalah tiga orang yang sedang berada di atas jambatan tersebut.

Beberapa ketika kemudian....mereka pun bersama-sama dengannya bermaun DRIFF kemerata tempat yang ada "coner-coner".... sekejab sahaja beberapa sahabat baru ini telah pandai DRIFF dan suka sangat coner-coner ni. Sehingga di tegur oleh kawan-kawan baik pun tidak di endahnya...sebaliknya di halau KAWAN baiknya ini hanya kerana di janjikan mereka akan di bawa bermain di Putrajaya kalau tidak berkawan lagi dengan kawan yang di halau tadi.

Langit tidak selalu cerah...rupanya Pemandu driff yang terhebat ini ada lagi kawan-kawannya yang lain. Satu darinya adalah Sing. Sing ini sering menghalang Pemandu Driff yang baru ini. Seorang dari pemandu driff ini namanya Ady.....seorang lagi namanya Nick Abdhof sementara seorang lagi namany Nick Jizz.....mereka bertiga ini mula menaruh syak ada yang tidak kene dengan Pemandu driff yang hebat itu yang keretanya ada exzos bengkok.

Rupanya betul...telahan mereka ada kebenarannya. Pemandu hebat ini ada hubungan erat dengan Pemandu driff dari Israel.....dan dia berjanji untuk pusingan deterusnya nanti dia akan memberi kemenangaqn kepada Pemandu dari Israel....rupanya dia banyak terhutang budi dengan LAHANAT ISRAEL. Dalam masa yang sama...Sing kawannya pula cuba mengajar Nick Abdhof bagaiman nak mengingati "Kekasihnya" maka anginlah Abdhof....maka ditariknya HANDBREAK....maka memusing kenderaan yang sedang di pandunya....maka terkejut bewaklah Sing seekor ni... selepas itu Ady pula memecut kenderaannya dan memintas pemandu dari Israel...di potong sayur...maka di tareknya handbreak....berasap tayar dan memusing kenderannya.

Sungguh tak di sangka....ketua kepada Ady dan Nick Abdhof juga menarek hanbreak sehingga menggelupur Pemandu Driff yang hebat itu tak tahu bagaimana nak mengawal Pemandu-pemandu yang suatu ketika dulu pernah dididiknya....tapi pemandu exzos bengkok ini adalah Pemandu yang terhebat....kita tunggu mesti ada lagi cerita seterusnya. Ini kerana dia telah pulih sepenuhnya dari kecederaan tengkok dan tulang belakangnya kesan dari kemalangan yang terdahulu.....jangan kemana-mana, kita jumpa selepas ini.