Thursday, 9 February 2012

ANWAR dari SUDUT PANDANG AKI

"Berikan Aku Tujuh Pemuda, akan ku goncang dunia ini" Perhhhh....inilah kata-kata keramat Bung Karno. Pemidato yang hebat....di sanjung bagai Dewa, di sambut bagai Raja, di layan bagai Gusti Agung. Ibu bapa menjadi bangga kalau anak daranya di sapa mesra Bung Karno. Tp akhirnya kecundang dalam pelukan Ratna Dewi dan kerier Politiknya turut kecundang selepas itu. Sehingga pusaranya pun di biarkan sepi tidak di jaga.

Selepas Suharto melakukan perbagai penyelewangan dalam kerajaan Indonesia....nama Bung KArno mula di sebut-sebut....tp sudah tiada apa yang boleh di banggakan. Ideologinya sudah ketinggalan, Mao Zhi Thong juga menjadi pujaan jutaan raayatnya. Polisi buku merahnya dapat memerangkap keseluruhan pemuda China ketika itu. Seluruh negara mendewakannya. Pada sudut pandang Aki, inilah dua tokoh yang menjadi IDOLA tersembunyi Bung Nuar. Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi hanyalah luaran Bung Nuar sahaja.

Mao Zhi Thong dengan Buku Merah....Bung Nuar pula dengan Buku Jingga. Bung Karno dengan Perempuan Jelita....Bung Nuar pula dengan skendalnya. Tp amat memalukan kini menjadi Halaman Popular dalam Majalah Porno Jepun. Bung Nuar jauh lebih hebat dari Idola senyapnya. Dia pernah menjadi Hero dalam kes Ubi Kayu di Baling....meneraju ABIM sekian lama. Menjadi ikutan Pemuda-pemuda Malaya yang sangat hebat. Di Pancing Tun M, d bawa masuk UMNO. Terhinggut-hinggut Ahli ABIM menahan tangis....ini kerana ABIM lebih condong kepada PAS. Hebat Bung Nuar.

Pernah di beri ruang di PBB mewakili Belia Dunia.....memegang beberapa Kementerian semasa dalam Kabinet Tun M. Tidak pernah melawan....mengikut sahaja apa yang di suruh Tun M. Mempunyai hubungan yang akhrab denga beberapa Tokoh Agama yang di segani. Mempunyai hubungan yang amat baik dengan Ulamak-ulamak Dunia. Daya kepimpinan luar biasanya amat menyerlah. Banyak jasa telah di taburkan untuk Raayat semasa dalam kerajaan dulu.

Tetiba ribut datang melanda. Siapa Ummi Hafilda jika di bandingkan dengan Bung Nuar. Aki simpati dengan nasib tilam yang di usung kesana kemari dalam Kes Pertamanya. Di berhentikan dari Kabinet dan di pecat dari UMNO. Bung Nuar tidak punya apa-apa semasa di pecat. Hanya sebuah Proton Saga lama sahaja miliknya. Kesian di inaya seumpama ini. Ribuan orang menangis kerananya. Ada yang sanggup mati kerananya. Konspirasi tiba-tiba menjadi sebutan seluruh Negara kampung dan desa. Merengkok 6 tahun dalam Penjara. Di racun pula dengan ASENIK hingga renggang tulang lehernya dan lemah pinggangnya dan tak mampu berdiri dan sentiasa memakai penyokong leher dan berkerusi roda. Tp penyakitnya itu pantang "Orang Tengok". Kalau tiada orang tengok seperti dalam bilik atau dalam tandas atau sendirian bersama keluarga di rumah.....dia mampu berlari dan "menunggang Kuda".

Tp Alhamdulillah....selepas berubat di German, dia mampu berjalan dan mampu membuat Road Show di seluruh Negara. Memang hebat Bung Nuar ku. Kepetahan dan ketokohannya memang sukar di nafikan. Bung Nuar mampu menjalankan kerja-kerja PM walau pun bukan PM. Sangat hebat hubung "luarnya"...."tabii"nya juga sangat hebat di mana Kopi dan Karipap menjadi kesukaannya.

Bermacam-macam cara UMNO mengenakannya. Di upahnya budak sehingga "berlengeih" budak tu. Kata Karpal Singh...."ada barang masuk" tp evidan tak cukup....mana boleh pakai. UMNO kantoi lagi. Datang pula 3 T. Ini juga tidak sangkut.... UMNO menggigit jari lagi. Dasar UMNO yang malas...hanya mengharapkan "Keburukan" orang lain untuk memenangkan mereka. Jam Omega di curi oleh 3 T. Tapi Bung Nuar lagi stedy.....Ada Aku Kisah. Di ajak bersumpah...., nak bersumpah apanyer, macam Ayam curi, tp baca bismillah semasa menyembelihnya.....di perlukan ISLAM adalah 4 orang saksi. Video mana boleh jadi saksi. Bengong betul UMNO ni.

Tak habis lagi....keluar pula WSJ....Bung Nuar bertanggung jawab untuk melindungi Israel. Bung Nuar sememangnya hebat. Dia tetap di atas....kerana dia adalah Pemimpin yang hebat. Raja Petra keluarkan segala muntah HIJAUnya....kata Bung Nuar, "ada Aku kesah".....Mak Long di Chepor tak faham pun apa Raja Petra kata. Bang Mad di Bt. Reng tak tengok pun WSJ. Besuk tetap dengan tikar gulung di galas bawa ketiak walau pun beberapa kali jatuh dari moto....tetap juga nak "melangut" di bawah pentas mendengar "Amanat Bung Nuar".

Bila Ostat Zizan kene balun...tiada siapa yang peduli, bila Kereta Mewah TPJ PAS Johor terbakar....banyak orang mempertikai dari mana datangnya kemewahan itu, bila Haji Hadi merajuk...lambat jer mereka nak pujuk. Bila Hassan Ali balun mereka...cepat jerr mereka pecat Hassan Ali. Bila Guan Eng pindah rumah baru harga berjuta ...tiada siapa yang peduli. Bila Bung Nuar bergaya dengan kereta mewah terbaru....pindah rumah macam pindah Parking...tiada siapa yang peduli dari mana datang semua itu. Mana sumbernya? Kerana Bung Nuar sememangnya hebat. Lu apa peduli. UMNO sememangnya pendengki nombor satu.