Thursday, 9 February 2012

DITIPU - KERANA JANJI atau MENGEJAR NAFSU

Kena tipu, di tipu, tertipu, mangsa tipu dah di tipu baru tahu...., kalau di perhatikan semuanya Melayu Bangsaku. Dari Tuanku Raja hinggalah kepada hamba sa'aya, dari tergadai Negeri hinggalah kepada tergadai diri. Baginda Raja Pasai tergadai negerinya hanya kerana berjudi....."belalang" jadi taruhannya. Sehingga Beringin Rendang menjajah Pasai tanpa peperangan. Ini mungkin dongeng film Melayu klasik. Tp perkara ini berlaku hingga kini.

Banyak Tanah Melayu tergadai kepada CETI. Banyak Daerah tergadai kepada British. Pattani digadai kepada Thailand oleh British. Anak Isteri menjadi mangsa di tipu ALONG, merengkok dalam penjara di negara asing kerana Kaldai Dadah, tersungkur di sarang pelacuran kerana pujukan, jatuh muflis kerana belaian Kad Kredit, Merempit kerana tertipu dengan cikaro.....

Dalam sejarah bangsa Bernegara....Melayu sering tertipu. Lebih parah bila ada yang sanggup menipu diri sendiri. Tanyalah dalam diri anda, berapa kali telah anda di tipu? Jangan di tanya siapa yang menipu...tp tanyalah pada diri anda, kenapa anda di tipu? Sedangkan anda bukanya orang yang KAYA atau berkepentingan.

Kenapa anda mangjadi mangsanya. 1. Anda tidak menghayati ISLAM dengan sepenuhnya. 2.Anda mudah terpengaruh dengan janji dan anda mudah di peralatkan. 3.Anda kurang faham yang anda boleh di jadikan "Kambing Hitam" jika ianya bercanggah dari sudut perundangan. 4.Anda gagal menilai harga keatas kerja yang di berikan. 5.Anda mudah termakan "Puji". 6.Anda terlalu suka menunjukan kesetiaan bila berkawan atau menjadi pengikut. 7.Anda gagal melawan atau suka mengikut nafsu. 8.Anda sememangnya seorang yang BODOH.

Perhatikan...SIAPA yang menipu anda atau dengan siapa dia berkawan. Di belakang PENIPUAN ini mesti ada KAFIR atau berperangai macam kafir yang membawa kepada kegagalan anda mengawalnya 1. Pergaduhan, 2.Hutang, 3.Menunjuk, 4.Kuasa, 5.Nafsu.

Sanggupkah anda menggadai Maruah Ugamabangsa dan Negara hanya kerana KUASA, sangguhkah anda memakan daging saudara sendiri BERGADUH hanya kerana berselisih pendapat, Sanggupkah anda BERHUTANG janji hanya kerana mahukan jawatan. Sampai bilakah anda hendak melayan NAFSU serakah ini hanya kerana DENGKI dan GERAM kepada kejayaan Bangsa sendiri yang seagama dengan kamu.....biar Menang menjadi ARANG dan kalah menjadi ABU. Kerana anda suka MENUNJUK-NUNJUK asalkan NAFSU anda puas. Fikir-fikirkanlah.

Tok Aki Aji 17 Rabiul Awal 1433=Khamis 9/2/12 9:28 pagi.