Tuesday, 7 February 2012

HARAPKAN SOKONG, SOKONG TAK TAHU DIA NAK REBAH

Nampak "SUCI" Kak Jat sekarang ni selepas balik dari umrah. Bertudung puteh walau pun "Berkain Merah". Nampak pun bersemangat menyatakan "Berani Kerana Benar" kerana Nfcop bukan dia yang punya.....sama jugalah dengan Kak Fidah yang riuh sekampung dengan AP nya satu ketika dulu. Minta Kak Jat meletak jawatan. Tapi dia sendiri terus memegang jawatan walau pun AP menjadi "MODAL" tak berbayar kepada "Orang di sinun".

Menyokong sepenuh jiwa dan raga kepada UMNO. Tapi adakah ini juga di panggil PARASIT bila dalam suasana Najib bertungkus-lumus menawan hati raayat supaya kembali pada UMNO timbul desakan untuk mendesak Kat Jat meletak jawatan. Ini beerti Kak Fidah sealiran dan senada dengan PR mahukan Kak Jat meletak jawatan kerana mereka mahukan Wanita UMNO menjadi lemah di saat-saat PRU ke 13 menjelang tiba? Pandai sungguh mereka berpolitik sehingga terperangkap dengan Jarum Orang di sinun.

Tak habis lagi rupanya kita berpecah.....mungkinkah ini FASA terakhir perpecahan Melayu. Semalam Aki katakan "Dulu Orang mana, Sekarang Orang Apa?.....tak ada lagi satu fasa....Awak Orang Siapa. Mungkin Kak Fidah nakkan Orangnya meneraju Wanita UMNO semula....samalah juga Orang Pak Lah yang telah berehat panjang atau Orang Anuar yang berada di dalam Pas, PKR, DAP dan dalam UMNO sendiri. Saudara orang siapa agaknya. Aki masih lagi Orang Islam Dulu Kini dan Selamanya.

Dah habis kita berpecah....adakah lagi FASA seterusnya? Firasat Aki mengatakan tetap ada kalau "DEMOKRASI" di pertuhankan dan kita menghambakan pada DEMOKRASI. Habis berpecah, kita akan "BERDENGKI" pula. Dulu Putrajaya nak di LELONG kan. Kini Putrajaya di kejarkan walau pun Ugama dan Bangsa jadi pertaruhan. Cepat sungguh kita MENJILAT ludah sendiri. Berdengki dengan saudara sendiri bermewah kesana kesini dengan kereta besar dan rumah bertaraf ISTANA menjadi milik setiap orang yang berjawatan dalam UMNO. Ini benar belaka.....tak percaya? Pergilah pereksa.

Rupanya sama saja....sepenggal menjadi Tok Wakil.....rumah mereka pun sama. Bila datang musibah "Rumah Terbakar"....kereta mewah pun terbakar....datang ke kampung berkain pelikat berselipar berkopiah putih, nampak suci macam Kak Jat. Teringat Aki akan kes Khalwat dengan ISTERI ORANG datang ke Mahkamah dengan Kopiah Puteh. Biar nampak baik walhal pada hakikatnya "AMAT JAHAT". Mereka berani melanggari "Amanah Rasullullah....JANGAN KAMU MEMBAWA MASUK ORANG YANG TIDAK DISUKAI OLEH SUAMI KAMU KEDALAM RUMAH dan JAUHILAH ZINA.

Harapkan sokong....rupanya sokong tak tahu dia nak rebah. "Tabung JIHAD" menjalar di setiap ceramah, No. Akaun "Rumah Mewah dan Kereta Mewah" terbakar pun ada. Tak sedar rupanya Aki juga berdengki, bukannya nak simpati. Mungkin inilah penyakit HATI. Tp Aki dengki sedikit sahaja kerana Aki tidak Berparti. Aki cuma nak katakan apa yang terbuku di hati Aki dan Aki ada tanggung sosial keatas apa yang Aki perhalusi.

Kenapa berdengki dengan KAMI. Kami bukan orang PARTI. Kami tidak menyokong "MEMBUTA TULI" karana kami DENGAR, FIKIR dan kami PERHALUSI. Dari Negara Islam ke Negara Kebajikan, dulu jijik kini berkawan dengan DAP, termuntah bila bila berselisih dengan lori babi....kini selamba ke Gerai babi, bergaduh sakan dengan Tengku kerana memberi mereka menjadi Keraayatan....kini makan sepinggan, sanggup memberi PENAMPAR kepada kafir Imegran kerana memberi salam...kini bertakbir bila KAFIR mempermainkan Ayat Al-Quran. Sanggup membuang saudara sendiri kerana DAP.... yang menjadi mangsa adalah HASSAN ALI.

Tak habis lagi berdengki, nak di bubarnya pula FELDA kalau memerintah nanti. Kakitangan kerajaan turut di kurangi. Apa salah kami. Keraayatan telah kami beri, perniagaan lebih dari kami, pelajaran sama-sama di perolehi, harta dan wang ringgit melebihi kami, saudara kami pun kamu dah kamu beli, tempat ibadat kami pun kamu cerobohi.....ini bukan salah kamu, tapi salah kami. Kerana DOMOKRASI kami hilang Negeri. Pilih Tok Imam pun pakai UNDI. Asal dia orang PARTI. Jom sokong lagi.

Nukilan Aki Aji. 15 Rabiul Awal 1433=7/2/12. Jam 11:39 pagi.