Wednesday, 8 February 2012

PENDIDIKAN DAN KRISIS BUDAYA

Tergelak Aki melihat VIDEO Spiderman bersilat di depan Pengantin dalan sebuah Majlis Perkahwinan. Hati Aki berkata...celaru...celaru...ini krisis budaya namanya ni. Sebelum zaman Awal Merdeka dengan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Inggeris, kita ada dua jenis pendidikan ia itu Sekolah Melayu, Sekolah PONDOK dan Pendidikan amalan keluarga.

Sekolah Melayu banyak tertumpu kepada belajar tentang kehidupan semasa itu.... belajar menganyam atau Ilmu Pertanian dengan catatan di buat dalam tulisan Jawi di atas Papan Batu. Budaya Melayu de terapkan sepenuhnya. Berbaju Melayu sepanjang masa dan bersongkok. Sifat malu di tanam sepenuhnya kedalam jiwa mereka. Bertudung dan berkain labuh....pantang bercakap dengan lelaki bagi pelajar perempuannya.

Sementara Sekolah Pondok pula lebih tertumpu pada Pelajaran Ugama dan Pengajian bahasa arab dengan berteraskan beberapa kitab dan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan utama dengan catatan di buat dalam tulisan Jawi. Mereka berserban.... berbaju Melayu dan berkain pelikat. Mereka duduk dalam classnya yang tersendiri. Sangat di hormati. Mereka ini perantau....ini kerana,sekolah pondok memaksa mereka meninggalkan kampung halaman. Ini menjadikan mereka lebih dewasa dari dua jenis pendidikan lagi.

Pendidikan ketiga pula adalah amalan keluarga di teruskan seperti Guru Silat... anaknya pun menjadi Guru Silat, kalau Bapanya bermain Menora...anaknya juga menjadi pengamal menora...kalau bapanya bekebun kelapa maka anaknya juga akan menjadi pekebun kelapa. Kebanyakan mereka ini tercicir dalam persekolahan tp mereka berjaya dalam hidup. Sekolah Melayu dengan Pendidikan Keluarga ini mereka boleh berkawan. Tp mereka akan kalah dari segi moral kepada pelajar sekolah pondok.

Di waktu inilah banyak Pendatang Asing disedut masuk kedalam Budaya Tempatan. Mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik. Ada yg boleh menulis dan membaca Jawi dan ada juga yang boleh membaca Al-Quran. Batas Bangsa sangat kurang ketika ini. Mereka lebih suka dan mesra dengan kita. Banyak yang di Melayukan dan juga di Islamkan.

British sangat pintar. Perkara seumpama ini akan merugikan mereka dalam jangka masa panjang. Maka di ujudkan Sekolah Inggeris dan tidak menghalang Cina dan India yang mahu menubuhkan Sekolah berteraskan Bangsa ini. Mana-mana Pekerja Pejabat British akan menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris sementara pekerja ladang dan lombong akan menghantar ke sekolah cina atau india.

Pecah dan perintah terus berlaku. British terus menekan sekolah pondok dan menaikan taraf sekolah Inggeris. Sekolah Melayu hanya menumpukan celik HURUF. Pendidikan amalan keluarga semakin terhapus. Pertembungan Budaya Pendidikan Melayu dan Pondok mula menampakkan jurang negatif. Sekolah Inggeris dengan sekolah Melayu boleh berkawan dan mereka sisihkan sekolah pondok.

Produk sekolah Inggeris ini di berikan kerja dengan berjawatan Tinggi dan sekolah Melayu pula di letakkan dalam kelas kedua. Kedua-dua kelas ini di menopoli oleh Cina dan Melayu. Sementara kelas ketiga di letakkan India dan Melayu. Sekolah pondok terus disisihkan. mereka terus dengan tradisi mengembangkan Syiar Islam dengan menguasai Masjid sepenuhnya.

Era Merdeka .....duit menjadi keutamaan. Sektor pertanian di perlahankan. Ini menjadikan Melayu menjadi miskin. Harga kemoniti pertanian terus merendah. Harga bahan mentah yang berteraskan industeri di naikkan. Bijih Timah yang di monopoli kaum cina di naikan berkali ganda. Maka berlakulah PERJANJIAN SOSIAL, India di Estate, Cina berniaga dan Melayu bertani di kampung.

Kaum cina di anak emaskan oleh British. Ini kerana mereka banyak membantu British di sektor perlombongan dan cukai perniagaan telah menggantikan cukai pertanian. Ini menjadikan cina penyumbang cukai utama kepada Penjajah British selepas cukai pertanian yang di kuasai melayu. Keperluan kehidupan menjadikan Melayu juga perlu berubah kepada Industeri berasakan duit. ini menjadikan Melayu telah di serap dengan budaya asing.

Perkataan MODEN telah di terapkan dalam pemikiran Melayu. Sedangkan sangat kurang Melayu yang mengentahui yang perkataan MODEN itu berasal dari perkataan arab yang membawa maksud tak mahu pada agama atau mengasingkan agama. Selepas semuanya di modenkan.....maka DEMOKRASI di suntik masuk dalam pemerintahan dan kehidupan seharian. Semua bangsa menubuhkan Parti masing-masing berteraskan Bangsa. UMNO menjadi juara menyatukan orang Melayu di bawah satu parti dan MCA untuk Cina dan India dengan MIC nya.

Kumpulan Pondok dalam UMNO sangat marah dengan dasar UMNO yang mula berlembut dengan Cina dan India dan UMNO juga mula mengenepikan Impian Besar Orang Melayu yang berkehendakan Tanah Melayu ini di perintah berteraskan Islam sepenuhnya. Atas perselisihan Gulungan Pondok dengan Gulungan Sekolah Melayu dan Inggeris dan akhirnya PAS di tubuhkan. PAS berdiri sendirian. Menjadi Pembangkang kerana Allah, menitor perjalanan Pentadbiran Kerajaan. Kalau ada yang bercanggah...maka bergegarlah Perlimen.

UMNO terlalu leka dengan kuasa dan kemewahan. Teguran PAS tidak di endahkan. Dari sebuah kuasa berteraskan Ugama untuk kebaikan semua....kini PAS di Pinang oleh mereka yang membawa tradisi penjajah Pecah dan Perintah memperdaya mereka yang kita boleh menjadi pemerintah dan bukannya selamanya menjadi pembangkang. Janji di tabur keyakinan di beli dengan mudah. Segala kelemahan kerajaan di telanjangi. Dulu mereka sendirian kini mereka bertiga. Maka kuasa MENORITI dan mereka faham yang undi mereka menjadi penentu....maka mereka membuli kerajaan semahunya.

PAS mula berlembut dengan beberapa perkara....Negara Islam, Hudud, Tiada Paksaan Dalam Ugama, Kebudayaan dan mengambil hati telah berlebihan bila di bandingkan dengan UMNO. Ini semua adalah kerana PAS telah melakukan perubahan ketara dalam arah tuju Parti kerana kuasa Pembuat Dasar bukan lagi di kuasai oleh Gulungan PONDOK, tp ianya telah di kuasai Gelombang Perpecahan atau serpihan UMNO. Mereka ini adalah pendidikan British dan Melayu Kelas Pertama yang di terima masuk kedalam PAS dan dengan sendirinya menghapuskan kuasa Gulungan Ulamak Pondok didalam PAS. Sememangnya Pelajar Pondok ini jujur....dan mereka tidak tahu bila mereka akan di tipu. Mereka sangat bijak dalam keugamaan tp mereka mudah tertipu. Bangsa yang sememangnya menipu perjudian dan pelacuran menjadi kerja gelap ini menggunakan Serpihan UMNO yang masuk ke dalam PAS ini memjadi jambatan untuk Gulungan Kafir ini menghalalkan yang selama ini haram kerana PAS sendiri yang menentangnya.

Kini semakin terserlah dasar berlembut PAS itu membawa padah kepada Islam, Negarabangsa dan budaya Melayu. Berhala besar di Kg. Permatang, Pasir Panjang, Perak. Patung Kwan Yin Sabah. Patung Murugan Bt Cave, Buddha tidur di Kelantan dan Patong Buddha berdiri di PP, Gareja Terbesar di Bkt Jalil. Ini semua adalah dasar yang di bawa oleh PAS dan UMNO. Ini semua menjadi bukti. Kita kan di tendang keluar dari OIC bela-bila masa sahaja....dan kita juga akan disisih dari Negara berpendirian sederhana bula-bila masa sahaja dengan kenyataan ANWAR yang menjadi Rakan PAS.....dan kita kena bersedia di serap kedalam kebudayaan Kafir Cina sepenuhnya.

16 rabiul awal 1433=rabu 8/2/12 jam 9.53.