Monday, 13 February 2012

REGIME Change

Menjengah Blog CHEDET kadang-kadang bagaikan bernafas dalam lumpur. Tapi siapa yang peduli dalan enteri terbarunya ia menjelaskan tentang penetangan US dan Eropah + Israel keatas negara-negara yang tidak sehaluan dengan mereka. US tidak faham tentang Negara Islam, Eropah juga keliru dengan dengan Negara Islam, tapi tidak bagi Israel. Untuk memporak perandakan negara Islam, perlu ada Israel bersama-sama US dan EROPAH.

Ini pernah di perkatakan LKY bila President Israel melawat Singapura beberapa bulan yang lalu. Dalam bualannya bersama President Israel LKY berkata "Kamu telah berjaya mengekang Islam di Padang Pasir....tolong ajarkan kepada kami bagaimana hendak mengekang Islam di Belentara". Perkara ini bukan lagi rahsia. Satu demi satu Negara Arah jatuh menyembah US dan kini Syiria sedang bergelut mententeramkan Negaranya yang sedang dirosakkan oleh raayatnya sendiri. Dunia di bahagikan kepada beberapa blok tertentu. Negara Arab, Israel menjadi perancangnya kerana ia sahaja memahami budaya padang pasir.....di Benua Afrika, pemberontak di bantu sepenuhnya berlawan dengan Kerajaan.

Sementara di asia Singapura sedang di didik untuk menjahanamkan Indonesia dan Malaysia. Kerja ini menjadi lebih mudah dengan menjadikan "Orang Dalam" memberi maklumat dan merancang bersama-sama untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Beberapa stesyen penyiran di Indonesia di miliki oleh Singapura, sementara di Malaysia perkara ini lebih mudah dimana DOLLAR Singapura mengalir kencang kedalam Akaun pemimpin tempatan. Mereka ini berada dimana-mana.....adakah anda tahu kemana LGE pergi? dengan siapa dia berhubung? Apakah perbezaan Cina Singapura dengan Cina Malaysia? Kalau Singapura jatuh ketangan LKY hanya dengan "Mengugut Tengku" adakah perkara ini tidak berlaku secara menjual rahsia kepada Singapura yang sememangnya ingin "MENJAJAH" Malaya ini.

Perkara ini semakin jelas kerana PAS tidak lagi menjalankan kerja-kerjanya. Sebaliknya dia disogokkan dengan Jawatan-jawatan tertentu yang telah menenggelamkan "Keimanan PAS". Perkara ini telah lama di prektikan di Singapura. Bahasa Rasmi Singapura adalah Bahasa Melayu....tapi mereka menggunakan Bahasa Orang Puteh. Di Singapura ada simpanan Melayu...tapi cuba tunjukkan di mana simpanan itu dan banyak lagi yang ada di dalam perlembagaan tapi di lenyakkan di alam nyata tapi masih tersurat. Pada awal kemerdekaan Singapura, President Pertamanya adalah MELAYU....tapi akhirnya.....wakil raayat pun tinggal berapa kerat sahaja.

Sudah sampai masanya Kerajaan Melayu itu boleh diruntuhkan. Jangan di pandang entang pendapat Hassan Alli. Pemuda PAS perlu lihat perkara ini secara nyata. Jangan bohongi Pak Long di Kuala Nerang. Melayu 13 juta itulah kekuatan kita. Tapi lihat kekuatan mereka dari sudut KAFIR vs Islam. Cina Malaysia 6 juta + Cina Singapura 2 juta dan Cina Singapura Luar Negara 1 juta + India 1.8 juta + Peribumi Sabah/Serawak 2 juta. Mereka ada 12.8 juta. Kita ada 13 juta tapi terbahagi kepada 3 kumpulan (PAS, UMNO dan PKR)

Hanya Kuasa Allah sahaja yang dapat menyelamatkan Tanah Melayu ini dari kejatuhan Kerajaan Melayu. Pemuda PAS jangan duk report POLIS pula dengan tulisan Aki ini....tapi inilah yang US dan Eropah telah lama nampak. Dengan statistik ini jugalah US sedaya upaya terus merosakan ASIAN + 3. Mereka tidak mahu Asia ini aman. Di peringkat bawah mereka telah berjaya memusuhkan antara Rakyat Indonesia dan Malaysia....tapi peringkat atasan masih lagi menjalin perhubungan yang baik. Tapi mereka telah berjaya menyelinap masuk kedalam pemikiran Umat Melayu.....ini menjadikan kita sukar mengenali siapa yang menjadi TALI dan siapa pula yang menjadi BARUT. Allah sedang menguji kita kerana kita jadikan Al-Qur'an sebagai modal politik dan Hadis sebagai menghalakan cara, kita jadikan Islam itu milik kumpulan kita supaya mudah untuk kita menghukum kumpulan yang lain. Sedangkan SHUHADAH kita adalah sama.