Sunday, 5 February 2012

RASULLULLAH NABI JUNJUNGAN

Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Rasullullah S.A.W......ditinggalnya ISLAM pada kita, di tinggalnya Sunnah untuk di amalkan. Menghambakan dirinya hanya kerana UMMATnya. Beberapa kali mengadap Allah hanya kerana mohon di kurangkan waktu solat hinggalah tinggal 5 waktu sahaja. Islam itu saudara, musuh itu nyata NAFSU, IBLIS dan KAFIR....tp kita suka melanggar pesanannya....kalau tak mahu mengikut kesemua amalannya janganlah semua di tinggalkan. Di pesankan pada kita....terpecah 73 gulungan kesemuanya. Kita yang keberapa?

Cuba di kira bersama-sama.....ada yang kelat mukanya, katanya dia lebih Islam dari kita. Kita apa yang ada,....nak mentafsir surah pun tidak terdaya. Kiranya Rasullullah datang bertandang, kemana hendak kita bawa Baginda? Kiranya hendak bermalam dirumah kita, sesuaikah Baginda dengan Keluarga kita? Kalau di tanya siapa saudara kita, apa jawapannya hendak di kata. Kalau di tanya kita umat siapa, sesuaikah kalau kita katakan kita umatnya?

Hari ini tarikh Baginda di lahirkan dan tarikh kemangkatannya.....apa yang telah kita buatkan untuk Baginda? Perlukah kita ke kedai kek? atau membawa Baginda ke KFC atau ke lobi hotel.....atau kita panggilkan artis seorang dua.....lagu apa yang kita nak perdengarkan pada Baginda? Artis mana yang kita nak bawa? Kalau Rasullullah bertanya, ini budaya siapa....ini sunah siapa....mana kita nak letak muka. Sesuaikah kita menjadi UMATnya. Jawapannya ada pada saudara.