Saturday, 4 February 2012

Kepala Babi vs Sharizat / TGH Hadi Awang.

Hari ini Sabtu 12 Rabiul Awal bersamaan dengan 4hb. Feb. 2012....lepak depan TV tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O. Kakak baru berlepas balik ke USM, Abangnya, Mattin dan Kakak Iparnya ( menantu Aki) Shikin menghantarnya. Aki hanya menghantar dengan mata sahaja. Anak-anak....tiada apa yang orang tua mahu dari kamu.... memadailah melihat "Biji Mata" sahaja.

Seminngu ni asyik dengan TGH Hadi Awang tak mahu bertanding di PRU 13 dan desakan supaya Kak Jat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO kerana ISSU NFC dan NFcop. Aki pun tak tahu apa itu NFC dan NFcop. Confius memanjang Aki ni....maklumlah orang tua. Selepas itu di tambah pula dengan "Kepala Babi" dan organ yang lain di Masjid Al-Hidayah Sentul.

Dalam kes TGH Hadi Aki lebih nampak kepada "Penyesalan" keatas pemecatan Dato' Hassan Ali. Ini kerana cara pemecatan tidak mengikut "Syariat Islam". Dato' Hassan tidak di beri peluang untuk membela diri dan di panggil ke hadapan Jawatan Kuasa Disiplin. Kesalahan yang tidak jalas, musyawarah telah di adakan di hadapan MB Kelantan. Tp kenapa pemecatan terus di lakukan juga.

Rasa penyesalan yang menebal di hatinya membuatkan TGH Hadi mahu melepaskan menjadi calon di PRU 13. Sebagai Tuan Guru.....Haji Hadi lebih memahami yang sistem undi tidak boleh di pakai dalam "Perbicaraan" atau perdebatan....ini kerana, hujan dan Nas adalah penting dalam Islam dan bukannya undi. Aki percaya TGH Hadi sendiri tidak bersetuju dengan pemecatan ini.....beliau hanyalah orang yang membaca keputusannya sahaja.

Sementara kes Kak Jat pula lebih kepada Strategi PR untuk melemahkan Wanita Umno. Ini kerana nadi BN terletak pada Wanita UMNO. Nampaknya peringkat awal PR telah berjaya bila Kak Pidah telah mengusulkan Kak Jat berundur dari jawatan tersebut kerana menjejaskan BN dan Kerajaan. Tp Kak Jat masih tetap dengan pendiriannya tidak akan meletakan jawatan. Ini adalah langkah yang terbaik bagi Kak Jat tp belum tentu pada UMNO dan BN.

Dua tiga hari ini datang pula kes kepala babi....ini adalah kes yang ke 3 tak salah Aki. Kenapa kes kepala babi ini timbul di dalam kegawatan Hassan, Hadi dan Sharizat? Jelas menjadi mangsa sekarang adalah 3 entiti....Hassan, Kak Jat dan kepala babi. TGH Hadi nampak selamat sedikit sekarang ini bila PAS sebulat suara menolak hajat TGH Hadi. Dato' Hassan Ali nampak semakin selesa dengan "JATI" dan jelas Kak Jat terkial-kial mencari jalan untuk melepaskan diri.

Kepala Babi adalah pelengkap kepada Peristiwa Minggu ini. Adakah semua ini percaturan POLITIK manusia....atau ini adalah perancangan Allah yang mahu kita menoleh kembali kedalam hati.....untuk apa semua ini.....adakah kita melayan Nafsu kita atau kita sedang di cucuk Islis dan Syaitan atau kita menjadi alat kepada orang-orang Kafir kerana terlalu ketagih untuk ke Putrajaya sehingga kita lupa kepada Qhadhak dan Qhadhar.