Saturday, 24 March 2012

BILIK KAUNSELING DI BALAI POLIS dan Guru Ugama di libatkan sama untuk membenteras gejala sosial remaja kini..........

MASJID NURUL HUDA OLAK LEMPIT

Sabtu 2 Jamadilawal 1433 - Olak Lempit, semalam Jumaat. Semasa Aki ke masuk simpang ke Masjid Olak Lempit jam menunjukan 13:05 minit suasana tenang, cuma jalan raya agak sebuk. Semasa keluar dari Masjid selepas Solat Jumaat, simpang masuk Masjid amatlah sesak....rupanya berlaku KEMALANGAN 4 buah kenderaan serentak semasa SOLAT JUMAAT tadi. MasyaAllah....untuk meninggalkan KHARIAH seeloknya sebelum jam 11:00 pagi dengan itu kita boleh berniat musafir kalau ianya lebih 2 marhalah.

Pagi ini suasana tenang bersama isteri meredah embun pagi seawal jam 5:50 pagi mencari keredhaan Allah. Persimpangan masuk ke masjid agak tenang....masjid terang benderang. Selepas subuh...jam 6:40 pagi Aki bersama isteri singgah di pusara Almarhum Qhairul Al-Rafsyan Jani dan Mohammad Fudhail yang jarak sehasta sahaja antara keduanya. Ini adalah tahun ke 4 Almarhum meninggalkan Aki. Banyak daun-daun kering bertaburan di atasnya....Al-Fathihah untuk mereka,semoga Allah menjauhkan mereka dari siksa kubur dan ampunilah dosa-dosa mereka. Semalam sahabat baiknya Afiq datang menjengah Aki dan sempat isteri Aki menjamu nasi kepadanya serta kawan-kawannya. Segala kenangan silam menjengah sementara keruang fikiran Aki.

Jam 7:20 pagi Aki sampai di rumah....cucu Aki Iman Al-Faris berusia 4 bulan itu telah bersedia di atas tilam di ruang tamu untuk di "GOMOL"....maka mengekek-ngekeklah ia ketawa kegelian dengan janggut Aki ini dan akhirnya dia menangis bila aki menggigit perutnya kerana terlalu geram. Aki tinggalkan ia bersama Abahnya dan Aki mengadap Laptop melayari internet menjelaja dunia di hujung jari.
Tan Sri Ismail Omar - Ketua Polis Negara

Terjumpa Ketua Polis Negara mengatakan kejadian beberapa penculikan yang berlaku sekarang ini bukanlah semuanya melibatkan penculikan sebenar. Tapi sebaliknya adalah GEJALA sosial di mana anak-anak gadis yang mengikut kawan lelaki mereka tanpa pengentahuan ibu bapa. Dengan kenyataan ini, Aki nampak ruang untuk kejadian ini terus berlaku adalah amat besar sekali. Lelaki dalam fitrah kejadiannya adalah untuk melindungi perempuan. Dengan itu adalah lebih baik PDRM mengujudkan "UNIT KAUNSELING" untuk menyelesaikan kes-kes remaja lari dari rumah ini secara mendidik dan di jadikan "LEGAL" sebagai jalan terakhir.

Seandainya Ibubapa melaporkan anak perempuannya di culik, sedangkan dia bersama kawan lelakinya secara sukarela, maka kes seperti ini kedua-dua ibubapa di panggil ke Balai Polis dan PDRM menasihati kedua dua waris supaya di kahwinkan remaja ini kalau itu yang terbaik...dan kalau ada tentangan, maka Kawan Lelakinya di cas sebagai menyembunyikan anak gadis orang. Jika ada remaja perempuan yang degil selepas disuruh balik dia enggan....maka Kawan Lelakinya berhak menghubungi Polis untuk menyerahkan kawan perempuannya kepada Polis untuk tindakan seterusnya. Bagi pendapat Aki....dengan cara ini kes-kes seperti ini dapat di selesaikan walau pun tidak 100%.

Institusi KELUARGA tidak dapat di nafikan lagi....ianya telah runtuh dan gejala sosial amat parah sekarang ini. Pengaruh luaran ketas REMAJA seakan tidak dapat di bendung lagi. Menuding jadi kepada KELUARGA, KERAJAAN, NGO dan PIHAK BERKUASA bukanlah jalan yang terbaik. Jenerasi masa kini adalah pemimpin di masa hadapan. Keruntuan akhlak remaja kini akan menular kepada Dasar Kerajaan di masa hadapan.....

tangisanmelayu - Lengkapkan BILIK KAUNSLING di Balai Polis dengan seorang Guru Ugama.