Saturday, 24 March 2012

SAMSENG MANA PULAK YANG HALANG MENTERI BELIA masuk ke Permatang Pauh ni.....ini mesti kerja UMNO ni....

Samseng Buat Onar,Halang Menteri Hadir Majlis

 

BUKIT MERTAJAM 24 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA. 



tangisanmelayu - ini tentu kerja UMNO ni...hantar samseng buat kacau majlis Sabiri Chik di Permatang Pauh...semua tempat dia nak langgarnya...UMNO ingat ini cerita ARUNACHALAM ka?....