Saturday, 31 March 2012

KELAB MURTAD DI MALAYSIA (KMDM) telah di tubuhkan...... kemanakah mereka selepas ini?

SABTU 9 Jamadiawal 1433 - OLAK LEMPIT, Melihat mata cucu Aki Muhammad Qhairul Iman Al-Faris yang sedang minum susu di atas ribaan Ibunya amatlah sayu dan syahdu....ianya bagaikan kain puteh yang sedang dicorakkan dengan warna-warna baru. Berusia 4 bulan dan selepas ini sehingga umurnya 6 tahun....itulah warna yang dapat kita corakan. Tapi selepas 7 tahun, ianya akan bersilih ganti di tambah coraknya dengan warna-warna dari luar. Aki tiadak bimbang dengan kerjayanya, Aki tidak bimbang dengan rezekinya dan Aki tidak bimbang dengan keselamatannya. Tapi Aki bimbang dengan AKIDAH dan TAUHIDnya. Dengan gerakan Kristianisasi yang MENGGILA ianya seperti GENDANG PERANG sedang di palu. Kekuatan mereka ini seperti sukar untuk di jelaskan sehingga penganjur KURSUS yang menyedarkan tentang ancaman kristian ini terpaksa menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan.

Ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang tidak perlu diselindungkan lagi seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan.

"Orang-orang Yahudi (Jews)  dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

Begitu juga dengan gerakan YAHUDI, Hampir kesemua Umat Islam akan merasa pedih dan sakit bila menyebut ISRAEL. Kekejamannya keatas Umat Islam Plastine amatlah tidak masuk akal. Kebencian ke atas Israel menaikan semangat sesiapa saja, terutamanya kepada Penuntut-penuntut Universiti. Tidak terkecuali juga dengan PARTI-PARTI Politik....terutamanya PAS. Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis.

Satu ketika pasukan kriket ISRAEL datang ke Malaysia. Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan kita di larang dengan kerasnya, berhubung mahupun melihat mereka bermain kita akan dijatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS. Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun. Siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi. Sehingga ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS.

Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Bapak Presidents, “menyokong usaha melindungi negara Israel” dan untuk KEPENTINGAN yang sukar untuk di fahami, PAS sanggup berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Bapak Presidents menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, jelas bererti Bapak Presidents mengiktiraf Negara Israel.

Bapak Presidents juga mengecam keras penganjuran Seminar 'Ancaman Kristianisasi' yang bakal berlangsung pada hari ini (Sabtu) di Johor. Beliau menjelaskan, Penganjuran Seminar tersebut yang digelar beliau satu gerakan politik menjijikkan akan memberi tekanan terhadap hubungan sesama Agama di Negara ini.
Dalam Sidang Media di Lobi Parlimen baru-baru ini. Bapak Presidents berkata “Apa yang saya boleh katakan ini adalah satu gerakan yang menjijikkan apabila menggunakan agama untuk menakutkan orang lain,”.

“Adakah benar berlakunya gejala Kristianisasi dalam kalangan Muslim,” soal beliau kepada pihak yang membuat tuduhan sedemikian.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Jabatan Mufti Johor bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralism Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?” yang mana setiap sekolah perlu menghantar dua guru agama daripada keseluruhan 55 sekolah kebangsaan di negeri tersebut terpaksa mengugurkan perkataan KRISTIANISASI kerana hendak melayan orang-orang seperti ini. Apakah Allah telah manarik PERASAAN BERANI dan di tinggalkan hanya PERASAN TAKUT sahaja di hati kita?
 
Assalam alaikum saudara dan saudari dalam Islam yang sudah murtad.

Kawan saya Mohd Elfie Nieshaem Juferi dan saya berpakat dengan seorang lagi untuk menubuhkan sebuah persatuan untuk warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu yang murtad dari Islam. Keahlian terbuka kepada semua orang yang telah "Masuk Melayu" dan sekarang ingin "Keluar Melayu", atau orang yang "Lahir Melayu" dan sekarang ingin jadi Melayu Bukan Islam dan juga orang-orang Bukan Islam yang menyokong gerakan murtad di Malaysia.

Persatuan ini dinamakan KELAB MURTAD DI MALAYSIA (KMDM)

Kelab Murtad Di Malaysia (KMDM) ingin sekurang-kurangnya 1,000 ahli sebelum pilihan raya umum ke-13. Lagi banyak keahlian kelab kami lagi bagus! \:D/

Ibn Juferi




Gereja terbesar Asia Tenggara bakal siap di Bukit Jalil


 
 Jelas disini....NUSANTARA sedang di serang dengan KRISTIANISASI selepas dunia BARAT menolak mereka. Buktinya amat jelas disini dengan persedian awal membina sebuah GEREJA yang mengalahkan MASJID NEGARA di Bukit Jalil dan ianya di sokong oleh sebahagian besar Ahli-ahli POLITIK DAP di Selangor. Telah lama Kristian Bertapak di Sabah dan di Semenanjung semasa Kuasa Politik Melayu menguasai Perliment. Tapi mereka amat menghormati MELAYU ISLAM. Tapi selepas MELAYU ISLAM sendiri yang menyokong dan berkompromi dengan mereka, kerja-kerja "dakwah kristian" yang mereka diamkan selama ini digerakan dengan segera dan pantas bagi memenuhi peluang yang sedang terbuka luas ini.

Dalam dunia KONONnya DEMOKRASI adalah corak pemerintahan yang adil, sebenarnya DEMOKRASI itu sendiri telah banyak membunuh NEGARA-NEGARA ISLAM dan menjadi celaru "PENJAJAHAN dan BENTUK PERANG SALIB cara BARU" terus menyelinap masuk kononnya untuk membantu RAAYAT yang tertindas dan MUBALIG-MUBALIG KRISTIAN "MENDERU" masuk dengan berselindung di sebalik BANTUAN KEMANUSIAN.

tangisanmelayu - khatam Qura'an, hadis/sunnah, Sejarah/budaya Islam dan silat.....setiap anak Melayu Islam wajib lulus dan mengentahuinya.