Friday, 30 March 2012

PENGUNDI MALAYSIA MENGIKUT MOOD...............bukanya memikirkan masa hadapan Generasi muda dan NEGARA.......

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah

JUMAAT 8 Jamadil Awal 1433 - OLAK LEMPIT, Mahkamah akan bergolak kembali. Datuk Seri Muhammad Shafee akan menjadi Lowyer kepada Senator Datok Nalla. Mantan kawan baik Bapak President. Tapi kenapa tiba-tiba Datuk Seri Muhammad Shafee berminat dengan kes ini? Ini bukan kebijaksaan Datuk Seri sebagai Lowyer tapi sebaliknya Datuk Nalla mahu menelanjangkan Bapak President habis-habisan. Tapi kenapa pula kali ini Bapak President perlu menyaman Datok Nalla dan utusan sehingga RM 100 juta?

Peperangan baru hendak bermula. Belum apa-apa lagi yang jahat adalah UMNO. UMNO yang memaksa Datok Nalla "memfitnah Bapak President, UMNO yang memaksa Datuk Seri Muhammad Shafee menjadi Lowyer kepada Datok Nalla. UMNO memang jahat".

PRU ke 13 dah semakin hampir. Issu-issu hangat seperti sudah tiada. Najib telah banyak masuk kedalam jiwa raayat marhein. Kenaikkan harga minyak dapat di kekalkan dengan harga sekarang selepas subsidi disuntik. Kedai 1 Malaysia banyak menurunkan harga barang yang menjadi nadi kehidupan raayat bawahan. Kesilapan-kesilapan lampau sudah banyak di baik pulih oleh Najib. Selepas RM di jinakkan Najib dan tidak lagi mendahului Najib, rangking Najib melonjak ke 69% dari 59% sebelum itu seperti yang di dedahkan oleh Merdeka Center.

Hampir semua Pemimpin-pemimpin BN menutup mulut tapi dalam masa yang sama merangka kerja dan menyelinap turun kebawah menyelesaikan masalah raayat. Sedangkan PR sering melakukan kesilapan demi kesilapan. Kes liwat dan Video seseorang yang menyerupai Bapak Presidents telah memerangkap PR. Saksi keatas setiap kes adalah penting dan kemenangan Bapak Presidents adalah di sebabkan saksi. Kejadian sudah tidak menjadi penting kepada PR, tapi saksi keatas setiap kes adalah penting. Ini menjadikan PR terperangkap keatas kes-kes yang melibatkan UMNO, seperti kes NFcop. Walau pun perbicaraan belum bermula...tp Kak Jat telah meletak jawatan walau pun ini adalah kes suaminya dan tidak melibatkan Kak Jat. Ini adalah bonos kepada UMNO. 

Perhimpunan Wanita yang mencecah lebih 10,000 orang adalah kemenangan moral keatas Kak Jat. Tapi bagaimana dengan Bapak President?....bangaimana dengan Ustaz Dr. Badrulamin?....bagaimana dengan Azmin Ali dan bagaimana dengan Bang Mad Sabu?

Issu WSJ menyiarkan kenyataan Bapak President mahu melindungi Israel telah memusnahkan banyak harapan penyokong PR terutamanya PAS. Bagaikan menarik "AUR MENYUNSANG" kepayahan demi kepayahan terpaksa di galas oleh PAS. Harapan untuk ke Putrajaya hanya terletak pada PAS. Tapi PAS tidak sedar dengan kelebihan yang mereka ada. Sebaliknya PKR dan DAP melanyak PAS secukupnya. Untuk menarik diri dari PR adalah mustahil bagi PAS dan nak terus bersama banyak kerugian yang terpaksa di tanggung. Kemerosotan pengunjung ke cerahan PAS berlaku begitu ketara sekali, ini semakin terasa selepas Hassan Alli di pecat. 

Dunia Koperat juga semakin terasa dengan ketidakstabilan Politik Malaysia. PELABOR "PILIHAN RAYA" sudah kehilangan kepercayaan dan  menyumbang DANA kepada Bapak Presidents bukan lagi satu pelaburan yang bijak. Mereka juga terpaksa bersaing dengan kelahiran "Koperat Samseng" yang berselindung di sebalik kerjaya "POLITIK" samseng dengan melanggar semua undng-undang Negara. Ini menjadikan politik kita setaraf dengan Philipina, Thailand dan Indonesia. Sebagai Lowyer yang di segani, Tan Seri Muhammad Shafee, Datok Nalla dan beberapa orang lagi Ahli Koperat perlu mematikan langkah Bapak President dan kembalikan kesetabilan Politik untuk menyedarkan raayat dan faedahnya adalah untuk semua raayat Malaysia.

Bapa Presidents juga menyedari hakikat ini. Faktor usia (64 tahun) sekarang ini. PRU ke 13 adalah peluang terakhirnya untuk memegang tampuk Pemerintahan Negara. Bapa Presidents juga tahu yang PENGUNDI MALAYSIA mengundi mengikut MOOD dan bukannya memikirkan masa hadapan Negara. Hanya tinggal satu sahaja taliyan hayat yang ada...ia itu perlu mencipta issu baru yang boleh menyentuh hati nurani Orang Melayu. SIMPATI. Simpati adalah satu senjata seperti yang telah mereka lakukan semasa KES MATA LEBAM dan USUNG TILAM. 
 KASIHAN - masih adakah yang bersimpati dengannya atau........

Sekiranya emosi raayat dapat di mainkan, Bapa President mengharapkan undi protes 2008 bertukar menjadi UNDI SIMPATI, kerana undi simpati belum di cuba. Bapak Presidents cuba mengambil kesempatan ini dan ini yang telah dapat di baca oleh Datuk Seri Muhammad Shafee. Datok Nalla pula adalah saksi utama dan banyak bukti yang tersimpan padanya.....mungkin termasuk Rambut Palsu. Bagaimana PR hendak menolak saksi utama ini sedangkan kemenangan Bapak Presidents keatas kes Liwat adalah kelemahan saksi....Datok Nalla seorang yang bijak, Datuk Seri Muhammad Shafee seorang yang arif dan Bapak Presidents juga seorang yang "LICIN". Mematikan KERIER politik Bapak Presidents + saksi BERBUKTI vs undi SIMPATI + Campur tangan Asing..... siapa pilihan RAAYAT.....PRU ke 13 adalah penentu kuasa MELAYU di MALAYSIA.

tangisanmelayu - kita tidak perlukan dua PEMIMPIN didalam satu Negara.