SUATU KETIKA - Dataran Merdeka
Perhimpunan
pelajar di Dataran Merdeka disebabkan mahu mansuhkan pinjaman PTPTN,
mereka telah bermastautin di Dataran Merdeka selama beberapa hari, tidak
disangka boleh berlaku kejadian rusuhan yang tidak diingini, tiba-tiba
pihak polis menjadi mangsa yang dikecam, sekali lagi kerajaan BN dituduh
menjadi penjahat, secara menyeluruh semua pihak “mengecam” tindakan
itu. Lakonan seperti ini diharap semua orang dapat memahaminya dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Kembali kepada isu perhimpunan,
apa yang boleh disebut di sini dengan jelas ialah “camping”, dan
beberapa orang ahli parlimen pembangkang termasuk Anwar Ibrahim
menghadirkan diri di tempat kejadian, ada yang belikan khemah serahkan
kepada pelajar-pelajar, saya tidak tahu apa tujuan dan maksud mereka.
Pejuang atau Perlukan Wang?
Ini bukan bermaksud kebebasan
dalam masyarakat, ini dinamakan mereka telah menduduki kawasan awam,
memburukkan suasana dan peraturan di situ. Suara seperti ini seperti
keluar dari mulut pihak polis, tetapi pada hakikatnya bukankah memang
benar begitu? Sekarang satu dunia sudah tahu apa yang mereka mahukan,
saya tidak faham apa maksud dan tujuan mereka menduduki tempat itu. Hari
ini semua orang tahu maksud perhimpunan dan kebebasan bersuara, jika
keadaan itu sudah wajar sepatutnya hentikan di situ sahaja, apabila
maklumat telah disebarkan, apa yang masih mereka mahukan lagi? Persoalan
ini, saya harap pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjawabnya.
Tiru Cara Yang Sama Tanpa Pembaharuan
Kita jangan lupa, apa yang
mereka maksudkan kebebasan “menduduki kawasan” itu jika diizinkan,
bukankah alasan yang dibuat itu sama sahaja seperti alasan yang lama
yang langsung tiada sebarang pembaharuan?
Contohnya saya boleh panggil
beberapa orang, dengan pergunakan isu “pemimpin Pakatan Rakyat
perbodoh-bodohkan rakyat”, berhimpun dan berkemah di Dataran Merdeka,
laksanakan apa yang disebut hak kebebasan “perhimpunan kebebasan
bersuara”, mahu Pakatan Rakyat dan sekutunya sokong permintaan saya,
jika tidak saya akan berterusan berkemah di situ, ataupun orang lain
teruskan kempen itu secara bersilih ganti.
Sudah tentu kita berharap jika
diizinkan Fong Kui Lun (AP Bukit Bintang) beri kita 10 buah khemah, dan
Anwar Ibrahim boleh datang beri kita semangat dan galakkan, bagi
menunjukkan beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau menyokong
perhimpunan menuntut hak kebebasan bersuara yang lakukan itu.
Bekas Pelajar - Baling Batu Sembunyi Tangan.
Tetapi kita memang sudah sangat
faham: bagaimana kita boleh terus mendirikan khemah untuk hentikan cara
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mahu perbodoh-bodohkan
rakyat itu, bagaimana pula kita mesti mahu mengharapkan Pakatan Rakyat
beri khemah dikatakan memberi sokongan dan galakkan kepada kita?
Di dalam jiwa saya saya lebih
memahaminya, jika saya gunakan taktik yang sama untuk sergah pemimpin
Pakatan Rakyat, walaupun perhimpunan itu bukan sebagai perhimpunan utama
untuk hak kebebasan bersuara, adakah perbuatan kita itu akan dituduh
dan dikecam, dianggap sebagai melawan arus demokrasi, dituduh menjadi
tali barut BN.
Tidak Hiraukan Pandangan Orang Ramai
Tidak kira apa yang berlaku,
mahasiswa ini telah menguasai Dataran Merdeka dan mendapat sokongan dari
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terbongkarlah dimana pemimpin itu
dapat capai matlamat politik mereka, sedangkan decency peraturan yang
paling asas pun mereka tidak hiraukan.
Pakatan Rakyat menyokong segelintir mahasiswa, telah meninggalkan mesej yang agak mencurigakan semua orang:
1, pinjam duit tak mahu bayar balik;
2,
walaupun isu ini tertumpu kepada kumpulan minoriti, pihak kerajaan
terpaksa “selamatkan keadaan”, pihak kerajaan tidak lagi menghiraukan
pandangan majoriti;
3, tidak perlu bertanggungjawab terhadap kelakuan diri mereka, yang penting dapat laksanakan hak-hak diri sendiri.
Sebab yang pertama 1, apa yang
saya rasa kesal ialah terhadap beberapa wakil rakyat dari kalangan
orang-orang Cina, sedangkan budaya kaum Cina yang begitu mulia dan indah
“ada pinjam ada pulang”, telah dicampakkan ke dalam lubang najis,
rupa-rupanya mereka meyokong pinjam duit tidak perlu pulangkan.
Yang kedua 2, sudah banyak kita
lihat tetapi tidak ramai yang tahu, mereka fikirkan mereka simpati
dengan isu-isu itu boleh menutupi semua usaha-usaha kerajaan, dimana
pihak kerajaan ada banyak lagi isu dan tanggungjawab yang perlu
diselesaikan.
Yang ketiga 3, sedangkan di
tempat itu ada anggota-anggota polis, samseng-samseng langsung tidak
hiraukan anggota polis, yang ambil bahagian dalam rusuhan begitu ramai,
pemusnah khemah adalah satu kesalahan, selain dari itu mereka tidak ikut
arahan dan peraturan pihak polis, kenapa mesti mahu salahkan pihak
polis yang berjaga di kawasan itu?
Nanyang Siangpau
Perkara: rusuhan di Dataran Merdeka-PR-BN?
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s C7
Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)
Perkara: rusuhan di Dataran Merdeka-PR-BN?
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s C7
Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)