Pinda Enakmen Negeri - Tunku Laksamana Kedah Buat Laporan Polis.
Kuasa Sultan pun depa nak ambil!!!
ALOR SETAR 22 April - Tunku Laksamana Kedah, Tunku
Mansor Tunku Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung langkah
Dewan Undangan Negeri Kedah yang meminda satu enakmen untuk memberi
kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.
"Saya buat laporan kerana rasa bimbang dengan kerajaan negeri yang
meluluskan Seksyen 22A dalam yang mana seolah-olah merendahkan
kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam
Negeri," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu di Ibu
Pejabat Polis Alor Setar di sini pada 9.30 pagi ini.
Dewan Undangan Negeri baru-baru ini meminda Seksyen 22A Enakmen Mufti
dan Fatwa Negeri Kedah 2008 untuk memberikan kuasa penuh kepada mufti
dan jawatankuasa fatwa berhubung agama dan orang Islam di negeri ini.
Berikutan pindaan itu, semua keputusan yang dibuat mufti dan
jawatankuasa fatwa tidak perlu diwartakan dan tidak boleh dicabar di
mana-mana mahkamah, sama ada syariah atau sivil.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Selamatkan Madrasah
Salihiah Kanchut, Mansor Ahmad menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa itu
telah menarik balik injunksi yang difailkan untuk menghalang madrasah
yang dibina pada 1909 itu daripada dirobohkan.
"Kami tidak pernah menarik balik pemohonan seperti yang Azizan katakan
tetapi kami ingin nyatakan bahawa ini hanya baru permulaan di mana kami
menarik permohonan lama dan akan menggantikannya dengan permohonan
baru," katanya.
amukanmelayu - MB nak ambil Kuasa Raja, Bapak Presidents nak ambil Kuasa Agung...durhaka kepada Sultan...buruk padahnya.